To make money, create value.
To create value, solve problems.
To solve problems, build skills.
Noor Amin Ahmad
Noor Amin bin Ahmad (born 20 February 1982) is a Malaysian politician who served as the Member of Parliament (MP) for Kangar from May 2018 to November 2022. He is a member of the People's Justice Party (PKR), a component party of the Pakatan Harapan (PH) coalition. He has served the State Chairman of PH of Perlis since May 2021. More on Wikipedia
-
Noor Amin Ahmad reposted
Stijn Noorman
@stijnnoorman
-
Noor Amin Ahmad reposted
khalid karim STEMKITA
@khalidkarim
"Hidup makin susah bawah Anwar?"
Jom semak angka.
✓Inflasi: 4.0% masa beliau ambil alih, 1.8% sekarang.
✓Gaji: 2022–2025, gaji median naik 21%, harga barang naik 6%. Selepas tolak inflasi, gaji sebenar masih naik 14%.
✓Pengangguran: 3.6% turun ke 2.9%.
✓Subsidi: dari pukal ke bersasar. Duit yang dijimat disalur terus ke rakyat. STR + SARA naik dua kali ganda, RM8 bilion (2023) ke RM16 bilion (2027).
✓Gaji masih tak cukup tinggi? Betul. Tapi "makin susah"? Data tak sokong. -
Noor Amin Ahmad reposted
eKharus™ 🍉 🪳
@eKharus
Mahathir was right on this.
NationIntegrity
@NegaraGemilang
Mahathir said this
-
Noor Amin Ahmad reposted
ًِ
@bckupacc99
.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Meredith Gay 🛋️✨
@MerGarza
La portada de The Economist en los últimos 10 años.
👀✨ -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Angka di poster ini harus menjelaskan juga jumlah kerusi Parlimen yang bertambah.
Pada tahun 1995, hanya 192 kerusi dipertandingkan. Tambahan satu kerusi dibuat pada tahun 1999.
Bermula 2004, jumlah kerusi melebihi 200, iaitu 2019 kerusi. Ini juga adalah tahun BN menang paling besar dalam sejarah. Setelah itu jumlah kerusi bertambah kepada 222 dan kekal sehingga sekarang.
Sebagaimana dinukil sebelum ini, kepadatan penduduk tidak sama. Oleh kerana itu di kerusi-kerusi yang dimenangi oleh BN jumlah pengundinya kebanyakan lebih kecil berbanding kerusi-kerusi yang ditandingi oleh Pakatan Rakyat dan kemudian Pakatan Harapan.
Dalam semua tempoh pengundian ini, BN mengalami kemerosotan kerusi yang jelas. Sudah tentu juga jumlah peratusan undi juga lebih kecil berbanding jumlah pengundi.
1995: 42.95% (menang 84.38% kerusi)
1999: 38.80% (menang 76.68% kerusi)
2004: 45:84% (menang 90.41% kerusi)
2008: 37.38% (menang 63.06% kerusi)
2013: 29:48% (menang 59.91% kerusi)
2018: 27.32% (menang 35.59% kerusi)
2022: 16:34% (menang 13.51% kerusi)
Kita boleh lihat bagaimana BN tidak perlu mendapat undi terlalu besar untuk menang majoriti kerusi. Tetapi BN perlu kalah besar untuk jumlah undi diterima lebih seimbang dengan jumlah kerusi.
Persoalannya, adakah BN mengalami kemerosotan ini kerana bekerjasama dengan PH? Jawapannya jelas: Tidak. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Beria kongsi Undi PH = DAP berkuasa. Punya la malas guna akal. Kalau undi PH bertambahlah kerusi KEADILAN dan Amanah lebih daripada DAP. DAP bukan bertanding majoriti kerusi.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Reads with Ravi
@readswithravi
Major cheat code for life. A person's capacity for growth is directly linked to how much truth they can face about themselves without running away.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Kevin Box
@Fuel_YourGrowth
High performers don't just work harder.
They protect time to think better.
Ask better questions. Cut what does not matter.
Challenge your assumptions. Think beyond this week.
Your thinking sets the ceiling on your results. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Melaka
Bagi ramai orang, termasuk diri saya, Melaka ialah bandaraya bersejarah. Begitulah seringkali didengari sejak kecil. Dari kisah Parameswara membuka Melaka sampai kegagahan Hang Tuah yang kemudian dihukum mati oleh Sultan.
Semasa kecil, sekali dibawa ke Melaka melihat A Famosa dan menaiki model kapal besar, ingatan saya tentulah lebih kepada catatan kehadiran Tunku Abdul Rahman di Bandar Hilir lewat kepulangannya dari London usai rundingan kemerdekaan. Dalam perhimpunan yang dihadiri lebih 10,000 orang itulah Tunku buat kali pertama melaungkan “Merdeka!” sebanyak tujuh kali. Menurut cerita, Melaka dipilih oleh Tunku untuk mengumumkan berita tersebut kerana ia merupakan tempat terawal negara dijajah. Dan saya pula lebih cenderung mengingatnya kerana pengumuman tersebut dibuat pada tarikh 20 Februari, tarikh lahir saya.
Hanya kemudian saya lebih mengerti bahawa ia bukan hanya kisah untuk diingat. Pada sejarah Melaka terhidang ibrah dan falsafah. Kebetulan pula baru beberapa minggu lalu saya sempat hadir menonton muzikal (Sultan) Mansur (Shah) dan (Puteri) Liu lewat sentuhan seniman M. Nasir yang diilhamkan daripada teks klasik Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) mengenai hubungan diplomatik Melaka-China abad ke-15.
Hampir 20 tahun lalu, ketika mula bertatih menulis, saya masih ingat antara lain memajukan satu pandangan bahawa globalisasi memperkaya budaya. Contoh Melaka diambil, lewat catatan Tome Pires dalam Summa Oriental, di mana 84 bahasa dan dialek dipertuturkan pada abad ke-15-16, menunjukkan betapa kosmopolitan Melaka yang dikenali dunia, jauh daripada sikap takut kepada kepelbagaian. Bahkan Islam itu sendiri berkembang daripada sikap terbuka manusia menerima dakwah.
Esok Melaka akan berpilihan raya lagi. Sekali lagi berasingan daripada pilihan raya umum. Dan Melaka pada hari ini sudah tidak lagi di bawah kesultanan yang pernah gah satu ketika dulu. Kita berdemokrasi kerana mengiktiraf kepelbagaian. Bahawa kita berbeza tetapi boleh bersatu untuk hidup bersama. Semoga Melaka mendapat kepimpinan terbaik, yang boleh dibanggakan kerana keperibadian, kepimpinan dan pencapaiannya. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Beberapa orang di pelbagai tempat bertanya kepada saya apakah peluang Pakatan Harapan menang di Melaka?
Saya menjawab terus-terang, pada pandangan saya, PH tidak akan membentuk kerajaan di Melaka. Kecuali.... ya, tentunya ada caveat, iaitu pengundi Melaka mengambil sikap berbeza dalam diam.
Apakah saya pesimis? Tidak. Sebagaimana di Johor dan Negeri Sembilan, saya tidak terlalu pesimis. Meskipun mengharapkan keajaiban khususnya di Negeri Sembilan, saya tetap realistik.
Pertama, dari segi sejarahnya Johor-Melaka-N9 memang kubu kuat BN. Cuma antara ketiganya N9 lebih menunjukkan persaingan sengit sejak sebelum PRU 2018. Johor dan Melaka pula BN hanya pernah kalah 2018. Itu pun sementara sebelum Langkah Sheraton. Dan persaingan beberapa penjuru. Malah di Johor antara 2018-2022 (sebelum PRU 2022), MB ada sampai tiga! Maksudnya apa? Kestabilan kerajaan tidak mudah diwujudkan meskipun dalam gabungan kerjasama politik.
Kedua, bila BN bekerjasama dengan PN, gambaran umumnya sudah tentulah mereka boleh mendapat super-majoriti. Kecuali di Johor di mana rancangan kerjasama terbengkalai dan PAS menyertai PRN sekadar melepas batuk di tangga dan menjelaskan lagi misi menyahkan Bersatu daripada PN, umumnya campuran undi BN-PN di atas kertas di Johor-N9-Melaka boleh memberikan natijah yang sama - super-majoriti.
Ketiga, ini berbeza dalam kerjasama PH-BN, di mana yang lebih beruntung ialah BN. Ini kerana pemindahan undi (vote transfer) PH ke BN boleh mencecah separuh manakala pemindahan undi BN ke PH boleh dikatakan sangat minima, malah ada yang tidak berlaku dalam beberapa siri PRN-PRK. Jika ia berlaku, natijahnya sama sebagaimana kerjasama BN-PN, BN dan PH sebenarnya akan mendapat kekuatan di banyak tempat. Ia tidak berlaku kerana jelas pengundi BN tidak mahu PH menjadi lebih kuat berbanding pengundi PH sedia mengundi BN atas semangat kerjasama.
Keempat, PH sendiri memilih tidak bertanding di semua kerusi. Ada khabar mengatakan wujud kerjasama longgar dengan Bersatu. Saya tidak dapat mengesahkannya. Ia mungkin berlaku tetapi formula yang ternampak sama seperti Sabah. Ada kerusi bertindih dan tidak.
Kelima, jika kita melihat formula di Sabah, PH dan BN masing-masing mengalami kemerosotan yang agak besar/teruk. Dalam kata lain, formula tersebut berisiko kepada kedua-dua pihak (dalam kes ini BN dan PH) dan lebih menguntungkan pihak ketiga, sama ada mereka bersikap seperti rakan kepada BN dan/atau PH, atau sebaliknya.
Keenam, seperkara yang kurang disebut ramai ialah kerana faktor persempadanan dan sistem First Past-The-Post (FPTP), BN lebih mudah menang lebih banyak kerusi dengan jumlah undi yang kecil (nisbah pengundi di kerusi BN menang lebih kecil berbanding kerusi PH menang). Sebagai contoh, BN menguasai ~86% kerusi dengan 59% undi sahaja di Johor. Manakala PH menguasai ~14% kerusi meskipun mendapat ~33% undi.
Di Negeri Sembilan juga hampir sama. BN mendapat 16 kerusi (2018), turun kepada 14 kerusi (2022) dan naik semula 18 kerusi (2026). Menariknya, meskipun kehilangan lebih 50,000 undi (sekitar 15% undi) antara 2018-2022, BN hanya kehilangan dua kerusi sahaja. Dengan kerjasama bersama PN dalam PRN 2026, BN mendapat manfaat pemindahan 100,000 undi.
Dalam PRN Melaka 2021, jumlah undi BN 122,741 atau 38.39%, lebih kira-kira 8,300 undi berbanding PH 114,457 atau 35.80%. Tetapi kerusi? BN 21, PH 5. PN mendapat 2 kerusi dengan 77,731 undi atau 24.31%. Nampak kenapa BN dan PN saling memerlukan?
Itu khabar yang tidak sedap, berbunyi pesimis. Jadi kenapa saya tidak terlalu pesimis?
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Pertama, sifat politik memang begitu. Ada naik dan turun. Ia berlaku di mana-mana negara 'demokrasi yang sihat'. Samuel Huntington sendiri pernah menjelaskan keperluan sekurang-kurangnya dua kali pertukaran kuasa kerajaan (two turn-over test) secara aman sebagai petunjuk kestabilan demokrasi di sesebuah negara.
Kedua, saya masih ingat selepas 2018, hadir ke sejumlah siri kempen PRK-PRN. Meskipun PH membentuk kerajaan (bersama Bersatu-UPKO ketika itu), di lapangan ternyata kempen BN masih jauh meninggalkan kempen PH dari segi gahnya. Sampai kami tertanya, "siapa kerajaan sebenarnya?", haha. Kempen PH memang serba-serbi kurang. Cuma semakin teratur sikit.
Ketiga, semasa menang di Johor 2018 (bersama Bersatu), PH mendapat jumlah undi sekitar 803,148 undi. Bila kalah 2022 (kempen semasa Covid dengan keterbatasan tertentu), ramai tidak balik mengundi. PH hanya tinggal 367,525 undi. Meskipun hilang kerusi daripada 36 (2018 bersama Bersatu) kepada 12 (2022) dan 8 (2026), PH menunjukkan peningkatan kepada 611,983 undi.
Keempat, di Negeri Sembilan, meskipun menurun kerusi daripada 20 (2018 bersama Bersatu) kepada 17 (2022) dan 11 (2026), menyaksikan pengundi teras masih 'intact' di paras 258,737 (2018), 225,180 (2022) dan 256,386 (2026). Namun, ia tidak harus menjadikan kita lega kerana dari satu pilihan raya ke satu pilihan raya ada pertambahan pengundi. Ketika BN menambah empat kerusi dengan pertambahan 100,000 pengundi, PH kehilangan enam kerusi meskipun ada pertambahan 30,000 pengundi.
Kelima, meskipun BN menikmati kemenangan selesa di Melaka dalam PRN 2021, di mana kempen semasa Covid-19 yang lebih ketat berbanding di Johor kemudian sehinggakan tidak boleh bersua muka dari jauh semasa mengedar bahan kempen dari rumah ke rumah, agak mengejutkan bila pengundi Melaka memberi 'telur ayam' kepada BN di kerusi Parlimen semasa PRU 2022, kira-kira lebih setahun kemudian. BN menang 75% undi DUN tetapi kalah di semua kerusi Parlimen. Antara PRN 2021 dan PRU 2022, BN mendapat peningkatan kira-kira 30,000 undi. Menjadikan jumlah undi 152,613 undi, kurang sekitar 7,000 undi berbanding PN yang menang tiga Parlimen Manakala PH yang mendapat 191,822 undi juga menang tiga Parlimen.
Keenam, dengan asas rendah 5 kerusi yang dimenangi di Melaka dalam PRN 2021, PH boleh dikatakan berjaya meskipun hanya mengekalkan kemenangan 5 kerusi dalam keadaan realiti BN dan PN bergabung. Jika lebih kerusi dimenangi ia adalah bonus.
Tulisan ini hanya berasaskan data dan tidak mengambil kira sejumlah perkembangan yang tidak kurang signifikan misalnya kemunculan Bersama, perpecahan dalaman PN khususnya Bersatu, pembebasan Najib Razak dan sebagainya. -
Noor Amin Ahmad reposted
Reads with Ravi
@readswithravi
Cicero said it right:
“More is lost by indecision than wrong decision.” -
Noor Amin Ahmad reposted
Science girl
@sciencegirl
Just because things aren’t working out today doesn’t mean your story is finished.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Reads with Ravi
@readswithravi
One of the highest forms of intelligence is janusian thinking.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Ini pula koleksi Jurnal Pemikir dan koleksi majalah Aliran. Majalah Aliran lengkap dari edisi pertama (1980) sehingga jilid 20 (2000) kerana dapat beli semua yang dijilidkan oleh Aliran - belum disusun semua di rak.
Ada himpunan majalah Nadi Insan (Terima kasih kepada Fahmi Reza yang mengimbas semua majalah ini dan boleh dimuat turun semua). Selain itu al-Islam dan Pengasuh - banyak tetapi tidak lengkap. Begitu juga ada koleksi tidak lengkap Diskusi, Panji Masyarakat (Malaysia), Panji Masyarakat (Indonesia) yang banyaknya semasa di bawah kepimpinan Hamka. Tidak dilupakan majalah Sarina dan Mastika era 1970-an dan 1980-an yang sarat maklumat politik sezaman.
Sama juga, jika ada kawan-kawan nak menjual edisi yang saya belum ada, boleh berhubung. Terima kasih.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Sebahagian koleksi jurnal sejarah di perpustakaan peribadi di rumah.
Ada JMBRAS, Purba, Malaysia in History, Malaysia Dari Segi Sejarah, Peninjau Sejarah, Journal of the Historical Society UM, Federation Museums Journal, Jebat, Jernal Sejarah dan pelbagai lagi.
Mengalukan sekiranya ada rakan-rakan mahu menjual edisi yang saya belum ada pada harga munasabah. Juga boleh bertukar edisi kerana saya telah asingkan sekotak (kira-kira 50 buah edisi yang terbeli lebih - almaklum masa beli tak ingat semua mana yang ada kerana belum semua dibaca).This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad reposted
Caramel 🎀
@ccaramelh2h
NEW YORK TIMES : THE AIR IS BAD, THE ECONOMY IS BAD, THE VIBE IS BAD
dan dipampang pake fotonya wowoq
MANTEP BGT NY TIMES SEMUA BAD😭🫵🏻 -
Noor Amin Ahmad reposted
-
Noor Amin Ahmad reposted
Free Malaysia Today
@fmtoday
Kelantan govt confirms Kamarudin’s exit from state exco
👇🧵 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Semalam mahkamah mengesahkan bahawa apa yang dipersoalkan Peguam Negara itu sah. Lalu mahkamah mengeluarkan perintah baru yang lebih tepat dengan titah lega hukum YDP Agong untuk perintah tahanan bersyarat kepada Najib Razak di rumahnya di Langgak Duta.
Sebelum itu berlaku, riuh sejumlah penyokongnya menuduh kerajaan zalim, sengaja melengahkan. Peguam Negara dikutuk. Laporan polis dikerah di seluruh negara.
Apabila terbukti persoalan Peguam Negara tepat, adalah mereka yang membuat segala tuduhan, membuat kecaman dan laporan polis itu mengaku khilaf dan terlebih laku? Tidak. Mereka hanya akan terus senyap seolah-olah tiada apa berlaku.
Tuduhan, kecaman dan laporan polis dibuat cocok dengan naratif yang mahu dimainkan - bahawa kerajaan campur tangan, sengaja mahu mengenakan Najib dan Peguam Negara menjadi alat kerajaan. Itu saja matlamatnya.
Ramai menyambutnya pula kerana kena dengan selera masing-masing. Bila tahu kebenaran, mereka tidak juga akan belajar beza politik dan ilmu di sebalik peristiwa.
Sebab itu eloklah kita mengingatkan semula pesan Saidina Ali r.a., pintu gedung ilmu Rasulullah s.a.w., “Tidaklah kebenaran itu dikenali daripada orangnya. Tetapi kenalilah kebenaran nescaya kamu tahu siapa ahlinya.” -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Dulu, semasa belajar menulis (dan tetap terus belajar), guruku menjelaskan bahawa pada masa akan datang mungkin saja ada pandangan dan sikap kita terhadap sesuatu telah berubah. Maka itu adalah keniscayaan.
Pandangan dan sikap manusia terhadap sesuatu boleh berubah kerana banyak sebab terutama kerana pengalaman yang lebih mematangkan dan ilmu baru yang diperolehi. Pada ketika itu pandangan sikap lama boleh jadi terasa buruk, lemah, teruk, mentah dan lekeh. Ia mungkin membuatkan kita berasa malu kerana pernah berpandangan dan bersikap demikian.
Namun pesannya, janganlah kerana itu kita cuba menyorokkan, menafikan atau menipu bahawa itu adalah pandangan dan sikap yang pernah kita ambil pada satu waktu dahulu. Jujurlah menerima bahawa kita telah melalui satu proses yang mendorong kepada perubahan pandangan dan sikap baru. Ia adalah tanda bahawa kita ini manusia, serba lemah dan pada masa yang sama boleh berubah ke arah kebaikan, moga-moga.
Menyorok, menafikan dan menipu pandangan dan sikap lama yang pernah kita pegang hanya kerana kita mempunyai pandangan dan sikap baru hanya akan merugikan diri sendiri. Kerana yang cuba disorok, dinafi dan ditipu itu ialah kebenaran realiti pada masa lalu. Sesungguhnya pencerahan, sebagaimana tegas Kant, adalah keupayaan mengatasi ketidakmatangan yang ditempa sendiri. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
TERIMA KASIH SDR ANTHONY LOKE. fēicháng gǎnxiè!
Saya menghormati pendirian sdr. untuk ‘mewakili’ pendirian DAP dengan meletak jawatan daripada Kabinet.
Sepanjang tempoh memegang jawatan, sdr. telah berjaya melakukan beberapa penambahbaikan berikut, antaranya;
✅ Pendigitalan JPJ (MyJPJ) - memudahkan proses membayar cukai jalan, bayar saman;
✅ Lesen memandu boleh diperbaharui sehingga 10 tahun;
✅ LRT Kelana Jaya (jurang waktu puncak 3 min);
✅ Inisiatif FLYSiswa (subsidi RM400 tiket penerbangan bagi mahasiswa Sabah dan Sarawak);
✅ Gerabak Khas Wanita LRT dan MRT (bermula 2023) - KTM telah bermula lebih awal;
✅ Penambahbaikan Prestasi Prasarana – gangguan perkhidmatan rel daripada 252 kes pada 2022 kepada 31 kes pada 2025;
✅ Tindakan tegas terhadap lori lebih muatan;
✅ Hentikan monopoli Touch N’ Go;
✅ Wajibkan kerusi kereta untuk bayi/kanak-kanak kecil;
✅ Pas bulanan MyRail5 untuk pelajar sekolah, OKU; selain penjawat awam di Putrajaya dan pekerja di KLIA1 dan KLIA2;
✅ Bidaan terus nombor plat secara telus melalui JPJeBid
✅ Bas merah jambu;
✅ Perkhidmatan bus on demand bagi first and last mile;
✅ Naik taraf ratusan tempat menunggu bas dan laluan pejalan kaki;
✅ Bantuan kewangan khas kepada pemandu bas, teksi dan bas sekolah melalui jualan nombor plat khas H;
✅ Menyelaraskan pelarasan gaji sehingga 12% ke 15% bagi kakitangan bukan eksekutif KTMB, menaikkan elaun syif kerja bagi kakitangan Prasarana, serta memberikan elaun memandu harian tambahan kepada kapten bas Rapid Bus;
✅ Memastikan kelancaran kemajuan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang mencapai kemajuan pembinaan melebihi 91% menjelang awal 2026, serta projek Rapid Transit System (RTS Link) Johor Bahru–Singapura;
✅ Membantu kelulusan projek bernilai lebih RM21 bilion merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, perkhidmatan feri baharu, dan penaiktarafan Swettenham Pier; dan
✅ Dasar Uniform Berhijab - Mengumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) tiada halangan dan membenarkan syarikat penerbangan menetapkan pakaian seragam mesra hijab - memberi lampu hijau kepada syarikat seperti Malaysia Airlines dan AirAsia untuk melancarkan pakaian seragam bertudung rasmi mereka.
Terima kasih sdr Anthony Loke Siew Fook! fēicháng gǎnxiè! -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Ya perintah lama dibatalkan. Perintah baru keluar hari ini. Yang dok pertikai perintah lama yang dibatalkan tu elok belajar perlahan-lahan. Faham hujah berasaskan ilmu, bukan hujah berasaskan sentimen peribadi.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad reposted
🧬Maxpein🧬
@maximumpain333
There was no such thing as white people in the 1600s.
Europeans didn’t call themselves white.
They called themselves English, Irish, German, Italian.
And they hated each other.
The English despised the Irish.
Northern Italians didn’t even recognize southern Italians as equals.
Germans fought everybody.
There was no “white team.” No shared identity.
Just Europeans killing Europeans over land, religion, and power.
That’s the actual history of Europe. Then suddenly, mid-1600s in the American colonies, something changed. “White” was invented. Why? Because the colonial elite the rich landowners could count.
They looked around and realized they were outnumbered. Badly. African slaves, European indentured servants, poor peasants who had no land and no future. Together, they were a threat.
So the rich did what they’ve always done: they divided them. They created “whiteness” as a concept and gave poor Europeans just enough legal protections, small privileges, the promise that they’d never be at the bottom to make sure they’d never unite with enslaved Africans.
It worked. Poor whites started policing Black people instead of fighting the system exploiting them both. And that’s the con. The whole history of America is rich white men convincing poor white people that their enemies are Black and Brown not the system keeping them all broke.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad reposted
Trump Girl 🇺🇲🦅🇺🇲
@MAGA__Patriot
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Beria seorang puteri-wanita UMNO persoal bila Anthony Loke nak letak jawatan dan apa jasa Anthony Loke. Malas nak tulis banyak. Kawan tu dipilih banyak penggal juga ke DUN dan Parlimen. Pasti ada jasanya. Yang pasti ada satu perkara yang ramai tak boleh buat tapi zaman dia berlaku - pramugari Malaysia Airlines kini dah boleh bertudung. Puteri-wanita UMNO sekian lama dalam kerajaan dengan kuasa penuh pun tak boleh buat. Patut ada rasa malu sikit sebelum nak persoal jasa Anthony Loke.
-
Noor Amin Ahmad reposted
JOKER 🔺
@tjerealjoker
2016: Felda beli share Eagle High dari Peter Sondakh.
Harga saham hanyalah RM473juta.
Felda bayar RM2,300 juta.
Kenapa bayar mahal bang?
Bukan ke kita kalo beli mesti nego nak murah?
Sebab Umno dik.
Kenapa tiber kuar balik citer Peter Sondakh ni?
Sebab ada rumor kata dia yg tolong bayar denda Najib.
Ok laa kan. Sebat 2,300 juta.
Bagi balik 50.
Hiduppp Umnoooooo🤣 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Akal jernih akan tahu apa sikap TG Nik Abdul Aziz jika masih hidup
-
Noor Amin Ahmad reposted
Faisal Aziz ☕️🇲🇾
@faisalazizfa
Antara malapetaka berlaku zaman gelap Eropah adalah amalan “indulgence” - surat pengampunan dosa iaitu pencuri / pelaku dosa akan diampunkan oleh gereja jika membayar sejumlah bayaran.
1/5 -
Noor Amin Ahmad reposted
Daniel Adetona
@daniel_adetona
"If you want a goal, accept the lifestyle it requires."
— Epictetus -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Deepavali Nal Valthukal
-
Noor Amin Ahmad reposted
𝙂𝙀𝙉𝘾𝙊
@Genco_1881
Japonya’da filmler sinemada artık 4DX teknolojisi ile izleniyor. Filmin içindesiniz 😳😳
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad reposted
Janardan Mishra
@janardanmis
दक्षिण अफ्रीका का राष्ट्रपति बनने के बाद एक बार नेल्सन मंडेला अपने सुरक्षा कर्मियों के साथ एक रेस्टोरेंट में खाना खाने गए। सबने अपनी-अपनी पसंद का खाना ऑर्डर किया और खाना आने का इंतज़ार करने लगे।
उसी समय मंडेला की सीट के ठीक सामने की सीट पर एक व्यक्ति अपने खाने का इंतजार कर रहा था।
मंडेला ने अपने सुरक्षा कर्मी से कहा कि उसे भी अपनी टेबल पर बुला लो।
ऐसा ही हुआ। सभी खाने लगे। लेकिन खाना खाते वक़्त उस आदमी के हाथ कांप रहे थे।
खाना ख़त्म कर वह सिर झुकाकर रेस्त्रां से बाहर निकल गया।
उस आदमी के जाने के बाद मंडेला के सुरक्षा अधिकारी ने बताया कि वह व्यक्ति शायद बहुत बीमार था। खाते वक़्त उसके हाथ लगातार कांप रहे थे और वह ख़ुद भी कांप रहा था।
मंडेला ने कहा, ऐसा नहीं है।
वह उस जेल का जेलर था, जिसमें मुझे 27 साल क़ैद रखा गया था। जब कभी मुझे यातनाएं दी जाती थीं और मैं कराहते हुए पानी मांगता था तो ये मेरे ऊपर पेशाब करता था।
मंडेला ने कहा, "मैं अब राष्ट्रपति बन गया हूं। उसने समझा कि मैं भी उसके साथ शायद वैसा ही व्यवहार करूंगा। पर मुझे लगता है कि बदले की भावना से काम करना विनाश की ओर ले जाता है। वहीं धैर्य और सहिष्णुता की मानसिकता हमें विकास की ओर ले जाती है"। -
Noor Amin Ahmad reposted
Pelabur Bijak 🇲🇾 🇵🇸
@Pelabur_Bijak
Bank Rakyat disyaki kena hack malam ni. Website dia keluar mesej “MARLANWG IS HERE”.
Pihak yang letak mesej tu mendakwa dah masuk sistem dalaman dan ambil sampel data.
Dakwaan data tu belum dapat disahkan. -
Noor Amin Ahmad reposted
Hadi Azmi
@amerhadiazmi
Meanwhile Najib’s mansion at Langgak Duta has been gazetted as a prison. Not sure what that would do to the property value of Taman Duta. Thoughts and prayers
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
Turut berdukacita atas pulangnya ke rahmatullah, tokoh pendidikan tersohor negara, Allahyarhamah Tan Sri Asiah Abu Samah, Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
Sosok Allahyarhamah amat dekat di sudut hati saya sebagai mantan pengetua ketika saya menuntut ilmu di Kolej Tunku Kurshiah (TKC). Sepanjang hayatnya, Allahyarhamah melakar legasi besar dalam ekosistem pendidikan Malaysia, khususnya menerusi peranan utamanya memperkasa kurikulum kebangsaan, memartabatkan dasar bahasa, dan menggerakkan penerbitan buku teks asas negara.
Semoga Allah mengampuni roh Allahyarhamah dan tempatkannya bersama para solihin. Aaminn YRA
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Didoakan agar sabar dan tabah atas kehilangan ini. -
Noor Amin Ahmad reposted
Men's Bible
@MansBible_
Dear Bro,
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Buya Hamka di alma mater saya, UPM dulu
-
Noor Amin Ahmad reposted
Maria
@real1maria
The 1994 car bomb explosion outside the Israeli embassy in London was carried out by Mossad according to MI5.
Two innocent Palestinians were arrested, charged and convicted of conspiracy to cause the attack.
@AnnieMachon -
Noor Amin Ahmad reposted
NaSH - Chapter 1
@Nashman
Before Abdul there were:
Evenstar
@ArwenmhEvenstar
Never thought I’d live to see the day Americans voting for someone named Abdul. 🤯
Acyn
@Acyn
El-Sayed: Donald. I know, you, you struggled with my name. So after JD swears me in in January, you can just go on and call me senator.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Joshua
@CreeCoder
Nature is healing 🐦
-
Noor Amin Ahmad reposted
Nas
@Nas_tech_AI
Trump will remain President, but what he CANNOT do now:
Cannot approve any laws:
He needs Congress. With Democrats at 90, all his legislative proposals will be blocked.
2. Cannot secure funding:
Congress controls the budget. No financing for his MAGA projects, the Wall, etc.
3. Faces the risk of impeachment: Democrats can launch investigations and even proceed with impeachment.
4. Cannot appoint judges/officials freely: The Senate will block his choices.
5. Cannot conclude major foreign deals:
Trade agreements, war funding require Congress's approval.
In short: He will remain in the White House, sign executive orders, but Congress and Courts can overturn them. President in name, powerless in reality. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
HADI DI MELAKA
Tahukah anda di Melaka dulu pernah ada sebuah institusi pendidikan yang dinamakan Sekolah al-Hadi?
Ya, meskipun hanya sempat bertahan sekitar dua tahun antara 1916-1918, sekolah yang dibuka oleh Syed Sheikh al-Hadi ini adalah petunjuk jelas bahawa faham yang dibawa oleh Kaum Muda pernah bertapak di sana seawal itu.
Sekolah yang terletak di Bandar Kaba, di pinggir Melaka Tengah ini ditutup selepas pengambilan pelajar tahun kedua. Puncanya kerana ia dinilai tidak mempunyai sambutan. Jumlah keseluruhan pelajarnya hanya kira-kira 30 orang sahaja. Pada tahun pertama ada 24 orang dan kesemuanya lelaki dewasa.
Dikatakan orang Melayu Melaka tidak menggemari Syed Sheikh al-Hadi kerana ajarannya yang disifatkan keras dan faham Kaum Muda itu sendiri tidak cukup berpengaruh di sana.
Bagi yang ingin meneruskan pengajian dan mampu, mereka terpaksa ke Johor Baharu mengikuti kuliah-kuliah yang disampaikan oleh Sheikh Tahir Jalaluddin dan seterusnya ke Madrasah al-Mashor di Pulau Pinang.
Meskipun perdebatan Kaum Muda-Kaum Tua hanya lebih marak kemudian pada sekitar dekad 1920-an dengan bertambahnya pendakwah kelompok masing-masing terutama dari Sumatera-Minangkabau, kumpulan Kaum Tua yang lebih awal bertapak di Tanah Melayu adalah lebih dominan. Justeru itu, bukan sahaja Syed Sheikh al-Hadi diboikot atau dipulaukan, malah Sheikh Tahir Jalaluddin dilaporkan pernah dipukul di Masjid Keling, Melaka.
Sheikh Tahir Jalaluddin dinisbahkan sebagai tokoh yang memperkenalkan faham Kaum Muda di Alor Gajah, Melaka. Beliau yang mengajar di Johor dan kemudian di Pulau Pinang, pernah beberapa kali datang ke Melaka, khususnya di Kampung Baharu di mana beliau mempunyai hubungan persaudaraan dengan sejumlah keluarga di situ. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
PMX ditunjuk gambar lama masa baru menang PRU 1982. Beliau ingat dan boleh nukilkan sedikit kisah berkaitan. Sebab dia pelaku. Tambahan pula dalam PRU itu sebahagian kalangan UMNO memboikot beliau rentetan sejarah penentangannya terhadap dasar-dasar kerajaan semasa di zaman mahasiswa-belia meskipun bapanya ahli Parlimen dan ibu-bapanya juga antara tokoh pengasas UMNO di Pulau Pinang.
Bukan semua pemimpin boleh ingat pengalaman dgn orang bawah. Ada yg mudah menuduh org lain tidak melalui kesusahan, seolah tidak berjuang. Malah dituduh pengampu. Walhal hakikatnya kurang mendengar dan ambil tahu. Mungkin berasa parti itu dia, dia itu parti. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Khairy Jamaluddin ada ulas tentang 'dua buku belanjawan' bila merujuk penggunaan GLC dan GLIC dalam menggerakkan pembangunan negara.
Ia bukan perkara baru. Telah lama dibuat malah semasa zaman BN. Ia disebut off-budget expenditure. Perbelanjaan di luar belanjawan.
Ia adalah corak perbelanjaan yang neutral. Ini kerana GLC, GLIC malah badan berkanun tidak terlepas daripada tanggungjawab sosial melebihi sumbangan CSR semata-mata. Kewujudan GLC dan GLIC dengan pangkal G iaitu Government adalah atas inisiatif kerajaan di mana tatakelola korporat yang lebih cekap, 'kurang' birokrasi dan tenaga mahir dibayar dengan lebih tinggi sepatutnya menjadi ciri-ciri kakitangannya.
Yang harus dipantau ialah sama ada kewujudan sesetengah GLC atau GLIC ini wajar. Ada ribuan anak syarikat kecil diwujudkan oleh induk. Sama ada mendapat kelulusan MOF atau tidak, perlu dipastikan. Rata-rata rugi dan dilihat tidak ada keperluan wujud bila kos operasi menjadi terlalu tinggi lebih daripada kemampuan menjana kekayaan. Lebih malang lagi kos operasi yang tinggi itu hanya untuk menampung elaun pengurusan.
Satu jawatankuasa khas penyusunan semula GLC dan GLIC dalam hal yang dinyatakan di atas perlu dibuat.
Baik buruk perbelanjaan di luar belanjawan ini juga boleh dipantau terutama pinjaman GLC dan GLIC yang dijamin oleh kerajaan kerana ia nanti boleh bertukar menjadi liabiliti kerajaan bila gagal dibayar balik pada masanya. Ini pernah berlaku dan tidak mustahil akan terus berlaku.
Kita perlukan ahli Parlimen yang boleh dan terus bercakap tentang isu fiskal kerajaan, lebih daripada hanya bercakap tentang kawasan sendiri.
Peranan ahli Parlimen yang sebenarnya sangat penting, sampai kau bergaduh dengan keluarga, jiran, kawan masa pilihan raya perlu disebar luas agar rakyat boleh menilai kemampuan mereka menggalas tanggungjawab tersebut.
Takkanlah kau bergaduh gila-gila sampai kafir-mengkafir, fitnah, maki hamun, semata-mata untuk memilih pemberi bakul makanan terbaik? -
Noor Amin Ahmad reposted
edvyisonfire
@edayisonfire
Gila babi ramai
SinarHarian
@SinarOnline
Serbuan pusat scam di Pakistan: Polis sahkan 130 rakyat Malaysia ditahan
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan 130 rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Pakistan di Rawalpindi, baru-baru ini berhubung penglibatan mereka dalam sindiket jenayah siber.
#sinarharian #beritaterkini #scammer #pakistan #rakyatmalaysia -
Noor Amin Ahmad reposted
kamaghul deghaman
@kamaghul
Lepas tu claim kaya sebab kuat kerja walaupun ditindas.
Padahal kerjanya menipu memanipulasi dan mengelirukan orang je. Buat naya betul 😅 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Sekolah Sukan Perlis contoh umum semasa RMK-9 2007 tapi mula lantik kontraktor 2013/2014. Tak siap. Kos meningkat. Siap RMK-14. Mujur PMX ada iltizam selesaikan. Terpaksa korban inisiatif baru. Guna duit selesai kerja lama.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Alhamdulillah Sekolah Sukan Malaysia Perlis dijadual akan dibuka pada tahun hadapan.
Semasa bercakap dengan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis ketika menonton perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Royal 7s beberapa bulan lalu, saya dimaklum bahawa ia akan bermula dengan Fasa 1 melibatkan 200 pelajar dan dari tahun ke tahun akan bertambah sehingga Fasa 3. DYTM Tuanku Raja Muda mencadangkan pengambilan awal terdiri daripada sukan-sukan individu memandangkan jumlah pengambilan Fasa 1 masih terhad. Baru-baru ini juga saya telah melihat iklan pengambilan pengetua, guru-guru dan staf pentadbiran telah mula dihebah.
Ramai bertanya kenapa ia tertunda sampai belasan tahun? Jawatankuasa Kira-Kira Parlimen pernah membincangkan hal ini. Boleh rujuk di capaian berikut: www.parlimen.gov.my/index.php?modload=content&action=001&…
Saya pernah menyambut kenyataan Menteri Pendidikan dulu tentang projek sakit ini (Rujuk www.malaysiakini.com/news/556269).
Menurut laporan siri pertama Ketua Audit Negara 2018, fasa satu projek itu diberikan kepada syarikat Pantas Technologies Sdn Bhd (Pantas Technologies) pada 11 Jan 2013 dan sepatutnya siap pada 1 Ogos 2014.
Bagaimanapun kontraktor terbabit diberikan tempoh lanjutan sebanyak 109 hari namun sehingga 14 Nov 2014 hanya 49 peratus daripada projek tersebut selesai.
Kontrak Pantas Technologies kemudiannya ditamatkan.
10 syarikat penyelamat dikenal pasti tetapi kesemua ditolak dan diserah semula projek kepada Pantas yang telah gagal berkali-kali menyiapkannya
Bagaimanapun, Pantas Technologies mendapat semula projek berkenaan pada 11 Jan 2018. Pada 31 Disember 2018, hanya 4.5 peratus saja dapat selesai dan kontrak mereka ditamatkan lagi. (Rujuk www.malaysiakini.com/news/556427). -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Ramai ‘sembang pandai’ tak perlukan pemimpin pandai berhujah/pidato/debat. Yang benar ialah mereka tak mencapai apa yang dicapai pihak dikecam. Juara kecam sahaja.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Yang bagus tentang AI ialah ia boleh membantu ‘menciduk’ sesiapa yang terlebih berbual
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Entah apa ada dalam fikiran orang BN yg pertikai calon muda PH di Melaka. Dia ingat Najib Razak masuk politik umur berapa dulu?
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Sejak saya saman orang, sering terima e-mel daripada FB tentang cubaan ceroboh akaun. Kebetulan.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Walaupun tidak sepenuhnya menjawab maksud kritik Wan Ji kepada beliau, saya berpuas hati dengan penjelasan Rafizi tentang cara fikir dan budaya kerja berbeza bagi sesetengah orang dengan pihak lain.
Saya berpuas hati kerana ia menyentuh beberapa perkara penting dalam hal budaya pengurusan. Penjelasannya baik dan memang parti politik terdedah kepada budaya pengurusan yang lemah memandangkan demokrasi mengizinkan sesiapa pun bersuara. Cuma ia tidak sepenuhnya menjawab kerana di sebalik kritik Wan Ji itu bukan hanya terkandung soal wacana (seperti yang disebut oleh Rafizi).
Berbeza pandangan adalah keniscayaan dalam politik dan pelaksanaan tanpa ‘wacana’ sering bersifat penggunaan kuasa yang sah dan tidak sah dari atas ke bawah, mengenepikan bukan sekadar pandangan pihak berbeza, cenderung mengamalkan favoritism dan tidak semestinya berdasarkan merit. -
Noor Amin Ahmad reposted
Iskandar Fareez 🇲🇾🚀
@iskandarfareez
Hari tu Sdr @sumdekjoe tuduh saya fitnah Bersama. Ini jawapan balas saya.
Katanya saya fitnah, tapi video mereka sendiri tulis RON95 mungkin berharga RM4.32 apabila harga minyak dunia USD105 satu tong. -
Noor Amin Ahmad reposted
Mom of KL™️
@amuse_gueule
You may not have mentioned RM4.32, but that is the current unsubsidised market price of RON95. It wasn’t plucked out of thin air. Your own budget says the pump price follows the market, so that figure is relevant. Stop throwing a hissy fit just because your budget is being criticised. You put forward a public policy proposal. Expect public scrutiny.
Sum Dek Joe
@sumdekjoe
Disappointing, honestly. I expected better from you, @iskandarfareez
You deliberately cut out a substantial part of my reel explaining how BERSAMA’s proposed fuel mechanism works, then inserted an RM4.32/L headline, a figure I never once mentioned, to grab attention and take my words out of context. Instead of engaging in a healthy, substantive policy debate, you chose to resort to populist rhetoric.
What has DAP become? Not worth engaging further. -
Noor Amin Ahmad reposted
Reads with Ravi
@readswithravi
-
Noor Amin Ahmad reposted
Warrior
@Warrior_Pk00
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Adik-adik gen-Z perlu tahu tindakan Umi Umairah tu jika dibuat 20-25 tahun lalu, ada harapan kena tindakan drpd pentadbiran uni, tekanan drpd sekumpulan siswa-pemuda parti politik termasuk sampai ke ibu-bapa. Saja nak bagitau zaman gelap IPTA satu ketika dulu. Namun tetap ada kumpulan siswa yang melawan.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya suka baca nasihat2 yg sering diberikan. Semoga pemberi nasihat selalu sedar hatinya, akalnya, lebih dulu terdetik dengan nasihat itu, dan telinganya lebih dekat dgn mulutnya sendiri. Begitulah sering kita dibimbing dalam dakwah.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya tidaklah teruja bila melihat MB N9 berdepan suara tegas YDPB N9. Cuma mesejnya jelas, jika kamu tidak mengiktiraf Baginda, apa keperluan kamu mahu bertemu Baginda? Benang kusut mesti dirungkai dari hujung.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Nikmat mengumpul buku-majalah lama antaranya ialah adanya tulisan pemikir tersohor negara pada zamannya.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Takziah YB @niknazmi atas pemergian bapa. Semoga beliau ditempatkan bersama kalangan beriman.
Buku biografi bapanya ditulis sendiri oleh beliau dan diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh saya. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Liverpool ni dengan pasukan nak kena relegate pun kalah teruk 🤭😜🫣
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
“PMX beri insentif siapa bela haiwan dari pusat perlindungan terpilih.”
“Ini tidak boleh jadi. Kita nak kena mendaftar di pusat mana?”
“Kita Hang Kucen 5 bersaudara mesti terus memantau keadaan. Pastikan suku-sakat kita terus mendapat pembelaan.” -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Boleh semak sendiri
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Belanjawan dan Kita - Siri 3
Komponen belanjawan terdiri daripada anggaran hasil dan perbelanjaan. Ia disebut anggaran kerana angka tepat hanya boleh ditentukan apabila jumlah hasil dan perbelanjaan sebenar telah diterima atau dibelanjakan.
Hasil dianggar berdasarkan data-data yang dirujuk kerajaan misalnya kadar cukai pendapatan yang boleh dikutip berdasarkan jumlah pendapatan rakyat yang layak dicukai.
Daripada data yang ada, kita mempunyai sekitar 17.3 juta tenaga buruh. Daripada jumlah ini, 16.8 juta tenaga buruh dikategorikan sebagai jumlah penduduk yang bekerja. Ini menjadikan kadar pengangguran kita berada pada tahap ~3 peratus, iaitu mencapai tahap pekerjaan penuh mengikut konsep ekonomi. Sejak dulu, kerajaan sentiasa cuba memastikan tahap pengangguran kita rendah dan mencapai tahap pekerjaan penuh ini. Cuma, banyak masa ia dilakukan dengan menyediakan peluang pekerjaan sementara atau kontrak seperti MyStep atau mengeluarkan mereka daripada kategori penduduk yang bekerja dengan memasukkan mereka ke dalam program-program latihan berelaun.
Meskipun jumlah penduduk bekerja mencapai 16.8 juta, hanya sekitar 7.8 juta pekerja yang membuka fail cukai pendapatan. Ia bermaksud tidak sampai separuh penduduk bekerja yang membuka fail cukai pendapatan. Ini kerana mereka telah mencapai gaji RM3,111 sebulan atau RM37,333 setahun selepas penolakan KWSP. Namun, data menunjukkan hanya sekitar 20% sahaja penduduk Malaysia membayar cukai pendapatan. Ia membentuk kira-kira 2/5 atau sekitar 40 peratus hasil yang dikutip oleh kerajaan.
Dalam contoh lain yang boleh digunakan, di sebuah penempatan 100 orang, 20 orang membiayai 2/5 daripada keperluan semua - gaji, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.
Bagi mereka yang layak dicukai, potongan cukai dibuat mengikut tahap pendapatan. Setakat rujukan terkini, ia bermula dengan 0% bagi RM5,000 pertama, diikuti 1% untuk pendapatan antara RM5,000-RM20,000, seterusnya 3% untuk RM20,000-RM30,000 dan seterusnya lagi sehinggalah 30% bagi pendapatan melebihi RM2,000,000 setahun. Dalam kata lain, semakin tinggi pendapatan kita, semakin tinggi kita akan dicukai. Di sinilah sebenarnya orang kaya membayar lebih banyak berbanding semua.
Oleh kerana hanya sekitar 20% sahaja penduduk Malaysia membayar cukai, kita boleh mengatakan secara umumnya sekitar 80% penduduk di Malaysia berpendapatan di bawah RM3,111. Adakah ini benar? Jawapannya terpulang kepada sejauh mana penduduk benar-benar mengisytiharkan pendapatan mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Tahniah dan terima kasih kepada semua pembayar cukai pendapatan!
Sebagai langkah pro-aktif, bagaimanakah kerajaan boleh mengawal selia dan menguatkuasakan pengisytiharan pendapatan yang benar supaya ia lebih adil kepada penduduk Malaysia yang benar-benar mengisytiharkan pendapatan mereka dan menampung 40 peratus hasil kerajaan?
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Bagi 20 peratus pembayar cukai pendapatan ini, meskipun kadarnya berbeza mengikut jumlah pendapatan, lazimnya mereka lebih kritis kepada cara kerajaan berbelanja dan menguruskan kewangan negara. Ini kerana mereka ‘lebih terasa’ ke mana hasil cukai digunakan kerana ‘pada asalnya’ ia adalah wang hasil titik peluh mereka. Melihat dari lensa ini, adalah tidak menghairankan jika kita mengatakan orang Melayu/bumiputera masih miskin dan kurang membayar cukai (bukan jumlah tetapi purata) dan orang bukan Melayu kaya (sebagaimana sering diwar-warkan), maka masyarakat bukan Melayu akan menjadi lebih kritis (tanpa menafikan ramai orang Melayu yang membayar cukai juga kritis).
Saya pernah membangkitkan keperluan meneliti gaji layak dicukai sebagai sasaran mobiliti sosial berbanding menggunakan istilah gaji minima atau B40. Bagi saya, kenaikan gaji pekerja baik di sektor awam mahu pun swasta, mesti mengutamakan pekerja berpendapatan rendah di mana mereka berpeluang mencapai gaji layak dicukai setelah 5-10 tahun bekerja. Insentif cukai boleh diberikan kepada syarikat-syarikat yang memastikan 100% pekerja mereka mencapai gaji layak dicukai.
—
Sekiranya tulisan ini bermanfaat dan anda mahu membaca mengenai topik/tema yang sama lebih banyak lagi, boleh tinggalkan komen untuk saya tahu.
—
Amin Ahmad ialah mantan ahli Parlimen Kangar. Beliau pernah berkhidmat dalam sektor awam, swasta dan badan bukan kerajaan yang meneliti pelbagai isu-isu dasar awam. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Belanjawan dan Kita - Siri 2
Dalam Siri 1, saya telah nyatakan bahawa proses belanjawan yang baru telah bermula sebaik sahaja belanjawan sebelumnya dibentang.
Sebenarnya, ia boleh juga dikatakan bermula lebih awal, iaitu semasa penyediaan dokumen Rancangan Malaysia yang dibuat lima tahun sekali. Melalui Rancangan Malaysia, satu perancangan pembangunan lima tahun telah dirangka. Selepas diluluskan, berjalanlah apa yang disebut sebagai rolling plan 1, 2, 3, 4 dan 5 dengan mengambil kira lima tahun perlaksanaan sesebuah Rancangan Malaysia.
Rancangan Malaysia ini dulu disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. Kini ia dibuat oleh Kementerian Ekonomi. Di sinilah sebenarnya Perdana Menteri 'campur tangan' dan 'tidak membiarkan' pengurusan ekonomi hanya dibuat oleh Kementerian Kewangan. Tetapi mereka tidaklah berkuasa penuh. Baik Rancangan Malaysia dan belanjawan, setiap kementerian memberikan input, berhujah dan berdebat untuk membolehkan mereka mendapat peruntukan sebanyaknya daripada Kementerian Kewangan untuk menjalankan tujuan mereka.
Asas ekonomi mengajar permintaan manusia tidak terhad tetapi penawaran selalunya terbatas pada sesuatu masa. Ia terpakai di sini. Semua kementerian memang mahukan peruntukan yang banyak. Kementerian lazimnya memohon peruntukan berdasarkan maklumat daripada pelbagai agensi di bawahnya yang perlu mendapatkan pula maklumat daripada jabatan-jabatan di bawahnya, sampai ke peringkat negeri dan daerah.
Sebab itu saya nyatakan bahawa proses libat urus memakan masa yang panjang dan banyak. Kerajaan pula membuat pelbagai pendekatan untuk mengumpul maklumat. Bukan hanya daripada agensi kerajaan tetapi juga daripada orang ramai daripada pelbagai sektor misalnya pembuatan, perlombongan, perkhidmatan dan sebagainya. Tidak terhad sekadar itu, kerajaan juga mendekati kelompok misalnya anak muda, wanita, peniaga kecil dan sebagainya. Kadangkala dibuka cadangan umum atas talian. Dengan teknologi komputer sekarang, mungkin kata kunci berkaitan mudah dikumpul dan dikelaskan. Bayangkan jika ada satu juta cadangan? Kau yakin ia dibaca? Hehe
Sebagai pemimpin kerajaan, mereka perlu membuat keputusan tentang hala tuju negara dalam persaingan global dan serantau, kecekapan pentadbiran, kebajikan rakyat dan sebagainya. Semua ini mesti diadun dan keutamaan mesti dipilih. Suka atau tidak, antara pilihan yang ada termasuklah apa yang popular tetapi tidak semestinya baik untuk negara. Tetapi kita tidak boleh semudahnya menganggap semua yang popular tidak baik untuk negara.
Dalam semua pilihan ini, pemimpin kerajaan dan ahli-ahli Parlimen yang menyokong pastilah mahu sesuatu yang menggembirakan. Paling tidak kawasan mereka mendapat projek-projek yang dinilai bermanfaat untuk rakyat. Jika mereka merasakan penduduk di kawasan yang diwakili tidak gembira, maka suara itulah yang akan dibangkitkan dalam perbahasan. Dengan harapan kerajaan akan melakukan sesuatu untuk menampung kehampaan. Juga pastinya jauh lebih penting daripada itu penduduk masih mahu memilih mereka ke Parlimen.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Masalah terbesar ialah manusia selalu bercakap tentang kepentingan diri mereka atau ruang setakat mana kepentingan mereka terlibat. Di sini, perlu difahami bahawa rakyat itu tidak seragam. Meskipun semua boleh membahasakan diri mereka rakyat, realitinya banyak perbezaan dan persamaan yang wujud. Kehendak penduduk bandar tidak semestinya sama dengan luar bandar. Wanita tidak semestinya mahu hal yang sama dengan lelaki. Keperluan kanak-kanak berbeza dengan remaja dan dewasa. Apatah lagi jenis pekerjaaan berbeza baik nelayan, petani, pekebun kecil, peniaga kecil dan sederhana, penjawat awam yang ramai dan pelbagai serta ramai lagi.
Di sinilah sebenarnya politik menjadi menarik dan menuntut daya akliah yang tinggi. Banyak perkara memerlukan penyelesaian intelektual kepada kemahuan dan ikhlas niat masing-masing. Masalahnya ialah bila kita lebih selesa berpolitik tanpa menggunakan otak dengan lebih baik. Oleh kerana daya akliah kita lemah dek kerana tidak pernah berlatih atau dilatih, kita menganggap daya akliah tidak diperlukan dan kita masih boleh berkuasa dan mentadbir tanpa menggunakan otak!
—
Sekiranya tulisan ini bermanfaat dan anda mahu membaca mengenai topik/tema yang sama lebih banyak lagi, boleh tinggalkan komen untuk saya tahu.
—
Amin Ahmad ialah mantan ahli Parlimen Kangar. Beliau pernah berkhidmat dalam sektor awam, swasta dan badan bukan kerajaan yang meneliti pelbagai isu-isu dasar awam. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Belanjawan dan Kita - Siri 1
Semasa menjadi ahli Parlimen dalam penggal ke-14 (2018-2022), saya pernah mengadakan perkongsian atas talian tentang belanjawan untuk menggalakkan lebih ramai memahami proses Parlimen dan juga belanjawan.
Semasa baru menang PRU-14, saya telah dijemput menjadi ahli jawatankuasa pemandu Young Parliamentarians on the World Bank, satu inisiatif Bank Dunia yang cuba menghimpunkan ahli-ahli Parlimen muda dan baru dalam perbincangan dasar peringkat tinggi terkait banyak isu.
Saya pernah menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet di Dewan Rakyat yang dipimpin oleh Tok Pa (Mustapha Mohamed) dan dianggotai oleh beberapa ahli Parlimen lain termasuk Alex Nanta Linggi, Khairy Jamaluddin, Tan Yee Kew, Dr Kelvin Yii dan Cha Kee Chin.
Saya juga pernah dilibatkan dalam perbincangan manifesto Pakatan Harapan, mewakili Pakatan Harapan dalam rundingan Belanjawan 2022 bersama Menteri Kewangan Tg Zafrul dan pasukannya serta dijemput bersama beberapa ahli Parlimen muda lain oleh Timbalan Menteri Kewangan Shahar Abdullah bagi mendapatkan input perspektif ahli Parlimen muda rentas parti ini memandangkan saya telah mengasaskan Kaukus Ahli Parlimen Muda Dewan Rakyat semasa tempoh berkhidmat.
Belanjawan adalah antara dokumen terpenting di Parlimen. Secara moralnya, sekiranya belanjawan yang dibentang gagal diluluskan di Parlimen, penggal pentadbiran jemaah Menteri pada masa ia dibentang bolehlah dikatakan berakhir. Meskipun ada bahagian belanjawan boleh dibelanjakan, umumnya kerajaan tidak boleh menjalankan mandat pentadbiran tanpa sokongan belanjawan.
Di Parlimen, belanjawan dibentang sebagai rang undang-undang (RUU) perbekalan. Sama seperti RUU lain, ia melibatkan bacaan pertama (baca: pengenalan tajuk, objektif dan kepentingannya), bacaan kedua (baca: perbahasan di peringkat dasar dan juga di peringkat jawatankuasa) serta bacaan ketiga (baca: simpulan).
Meskipun ia penting, sesebuah belanjawan hanya memerlukan sokongan mudah, bukan sokongan dua pertiga untuk diluluskan di Parlimen.
Di Parlimen, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat selalunya akan bertanya “Jika sokong kata sokong, jika tidak sokong kata tidak sokong…” dan ‘tiba-tiba’ akan berkata “lebih suara menyokong” meskipun suara yang mungkin menjerit “tidak!” lebih kuat. Ini kerana di Parlimen, kerajaan sentiasa dianggap mempunyai majoriti. Sekiranya sesuatu RUU memang benar mahu dibantah, sekurang-kurangnya 15 ahli Parlimen perlu bangun meminta undi belah bahagi.
Dulu, loceng dibunyikan selama 2 minit untuk memanggil ahli-ahli Parlimen masuk ke dalam Dewan Rakyat sebelum proses mengundi dimulakan. Bentara akan merekod kehadiran. Wakil blok masing-masing (kerajaan, pembangkang dan bebas) akan mengutip undi dengan menanda pada kertas dan ia dihimpunkan oleh bentara sebelum diumumkan oleh Yang Di-Pertua Dewan.
Semasa menjadi ahli Parlimen, pernah sekali saya menghantar mesej kepada Yang Di-Pertua Dewan TS Azhar Harun mempertikai jumlah undi yang diumum kerana terdapat ahli Parlimen yang tidak ada di Dewan dan jumlah undi adalah tidak tepat. Tanpa diduga, semasa hari berikutnya beliau memaklumkan hal tersebut dan Nazri Aziz aka Chief ahli Parlimen Padang Rengas ketika itu mengaku beliau tidak ada di Dewan. Selepas itu proses pengundian di Parlimen diubah sedikit. Wakil-wakil blok ditambah di mana wakil kerajaan dan pembangkang bergerak sekali dan tempoh menunggu ahli Parlimen masuk ke Dewan dipanjangkan dengan cara Dewan ditempohkan 10 minit selepas bunyi loceng. Meskipun hal ini nampak kecil, rakan-rakan di Parlimen pada waktu itu berkata sebenarnya saya telah mencetuskan reformasi di Parlimen. Saya pun tidak terfikir begitu tetapi amat berterima kasih kepada TS Azizan Harun yang banyak melayan ‘gangguan’ mesej saya setiap kali ada perkara yang tidak saya persetujui dalam hal cara beliau mengendalikan Dewan.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Lazimnya, proses belanjawan yang baru telah bermula sebaik sahaja belanjawan sebelumnya dibentang. Maksudnya, selepas belanjawan 2026 dibentang, proses membentuk belanjawan bagi tahun 2027 sebenarnya telah bermula. Ini kerana kerajaan perlu melakukan banyak proses libat urus, perbincangan dan rundingan sebelum memuktamadkannya menjelang hari pembentangan sebenar belanjawan di Parlimen.
Meskipun proses-proses libat urus ini dijalankan, ia tidak bermaksud kerajaan tidak boleh memasukkan perkara baru di luar perbincangan. Ini kerana sifat politik-ekonomi yang cair (fluid) dan boleh berubah-ubah dengan cepatnya berdasarkan perkembangan global, serantau dan dalam negara.
Dokumen belanjawan lazimnya dimuktamadkan sebulan sebelum bagi membolehkan proses cetakan dibuat. Mungkin saja teknologi sudah semakin baik untuk membolehkan cetakan dibuat dalam tempoh lebih singkat, justeru itu membolehkan pindaan dibuat sehingga saat akhir.
—
Sekiranya tulisan ini bermanfaat dan anda mahu membaca mengenai topik/tema yang sama lebih banyak lagi, boleh tinggalkan komen untuk saya tahu.
—
Amin Ahmad ialah mantan ahli Parlimen Kangar. Beliau pernah berkhidmat dalam sektor awam, swasta dan badan bukan kerajaan yang meneliti pelbagai isu-isu dasar awam. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Belum baca Belanjawan Alternatif oleh Bersama. Setakat baca Bab GST, alih subsidi petrol kpd bantuan tunai petrol itu tak jauh beza dgn pandangan saya semasa retreat KEADILAN di Forest City dulu. Nanti saya belek dan komen sikit.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Negarawan tidak bercakap hanya untuk menang pilihan raya 4-5 tahun sekali.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Rashid Yusoff
@RashidYusoff11
Guru PM @anwaribrahim menyebut Grand Prix dgn cara yg betul.
“Grand Prix" is pronounced "grahn pree" (grã: 'pri:/ or /gran pri:/), with a silent "d" in grand and a silent "x" in prix. -
Noor Amin Ahmad reposted
FILOSUFI
@Filsafat_Muslim
-
Noor Amin Ahmad reposted
Curious Minds
@CuriousMindsHub
-
Noor Amin Ahmad reposted
Reads with Ravi
@readswithravi
The biggest flex is a well read mind.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Le Crapaud
@Le_Crapaud47
"Friends" version communiste
Épisode 2️⃣
Un autre dictateur rejoint la bande...This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad reposted
Le Crapaud
@Le_Crapaud47
"Friends" version communiste
« Engueulade au Central Perk »This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad reposted
Reads with Ravi
@readswithravi
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Dr Hasmah ‘berkorban’ dengan menjadi paksi kekuatan Tun M meskipun sebenarnya beliau juga tidak kurang berjiwa pejuang. Antara pengasas Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Bila fikir Hari Kebangsaan baru kali ke-69 dan perkahwinan Tun M dan Tun Hasmah dah cecah 70 tahun, baru terasa agungnya.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kenapa Anwar memanggil Dr Hasmah kakak walaupun mereka berbeza usia di mana Dr Hasmah lebih sebaya dengan bapa Anwar? Antara lain ialah kerana hubungan baik Anwar dengan Saleha, kakaknya melalui penglibatan dalam badan bukan kerajaan. Jika sebelum ini orang mula tahu bahawa Profesor Diraja Ulung Tan Sri Syed Muhammad Naquib al-Attas antara yang berada dalam rombongan meminang Dr Wan Azizah Wan Ismail, seorang lagi ialah Saleha Mohd Ali, kakak kepada Dr Hasmah.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Reads with Ravi
@readswithravi
I’m in love with this sentence:
“Bigger dreams call for healthier habits and healthier habits require more self discipline.” -
Noor Amin Ahmad reposted
Dr. Abu Hafiz SH
@abuhafiz1
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Berdasarkan kes lama, ROS tak buat keputusan batal. ROS akan hantar notis minta penjelasan dulu. Sebab tu dulu dikata Dr M sengaja biarkan UMNO haram. Tunku Abdul Rahman persoal kenapa UMNO (Baru) ambil aset UMNO - 2 entiti berbeza.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Sampai sekarang tidak ada sesiapa yang tahu apakah sebab sebenar YDB Tuanku Muhriz hendak dijatuhkan secara tiba-tiba setelah 18 tahun berada di takhta dan lebih 40 tahun berada dalam ‘giliran’.
Alasan diberi? Kononnya menjaga aib Tuanku. Walhal segala macam tindakan termasuk pengumuman meja minum kopi yang disiar atas talian oleh media terkait parti sendiri jelas satu tindakan mengaibkan, tidak beradat dan berperlembagaan.
UUTKNS mensyaratkan secara khusus beberapa perkara yang membolehkan Tuanku diminta turun. Sakit? Tidak. Cacat? Tidak. Sengaja melanggar syarak? Tidak? Sengaja melanggar perlembagaan? Tidak.
Jika ada, ia mesti dibawa ke satu perbicaraan penuh dan lengkap untuk pembuktian dan pembelaan. Malangnya ini tidak berlaku.
Ada dakwaan bahawa penyiasat penuh dan lengkap telah dibuat. Bila? Katanya 2 hari di bulan Mei. Siapa terlibat? Tidak dijelaskan. Logik akal mengatakan tak mungkin seorang Raja mahu dijatuhkan dengan penyiasat 2 hari, secara tidak jelas.
Dan kita tahu sebelum itu ada pertikaian-pertikaian bersifat kepentingan kuasa yang datang dengan laba antaranya oleh pihak-pihak yang bersungguh mahu menjatuhkannya. Ia bahkan berlanjutan sehingga memberi kesan kepada politik kepartian yang kononnya menarik sokongan disebabkan pertikaian-pertikaian bersifat kepentingan kuasa yang datang dengan laba itu tidak diselesaikan.
Muncul pakar-pakar adat dan undang-undang memberi komentar. Tidak kurang pemerhati politik. Ada yang lebih berhati-hati mungkin kerana belum pasti siapa akan menang.
Sejak beberapa bulan ke belakang kita membaca banyak kenyataan-kenyataan media, tindakan pecat-memecat, dakwa-dakwi yang tidak menunjukkan krisis ini akan berakhir.
Ia mengingatkan saya pelajaran dalam permainan peta dan kompas. Pada beza bacaan 1 darjah, kita masih boleh melihat rakan di sebelah jika hanya berjalan 20-30 langkah. Tetapi jarak penglihatan kita akan semakin jauh apabila 1 darjah ini semakin mencapah bila kita berjalan semakin jauh.
Dalam kata lain, semakin isu berlarutan, maka ia semakin rumit.
Tetapi orang tua-tua kita telah mengajar sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan (walaupun dalam ilmu hutan, jika sesat sebaiknya kekal di tempat sedar dan tiup wisel atau nyalakan api untuk isyarat asap. Jika ilmu luas banyak cara lain misalnya menyusur sungai, melihat lumut, cahaya matahari dan sebagainya).
Bagi saya jawapan sebenar seluruh pertikaian yang ada pada keperluan melihat semula keabsahan sekurang-kurangnya Undang yang dipertikai. Kerana tanpa keabsahannya, seluruh penglibatan dan keputusannya tidak ada nilai lagi.
Dalam soal Adat, Adat mana dilanggar boleh dan patut dibincang dan tidak semuanya sepatutnya dinilai setara yang sampai kepada penurunan takhta atau pemecatan. Sebagaimana saya baca, ada Undang yang pernah dipertikai di zaman mudanya kerana telah melanggar belasan Adat, tetapi kekal juga dia lama. Jika hendak dipersoal dari bawah, rujuklah pertikaiannya dari bawah. Jika hendak dipersoal tidak boleh pecat dari atas, rujuklah sama ada dia ada memecat dari atas. Mungkin di sanalah jawapan sebenarnya. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Ketika Tunku nasihat lantik Tuanku Jaafar dulu sementara Tuanku Muhriz masih muda, itu adalah satu bentuk 'campur tangan luar'. Tak perlu takut pun.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Sebelum ini saya ada menulis tentang bagaimana sistem memberi perlindungan dan imuniti tertentu kepada institusi Diraja dan Raja itu sendiri.
'Faham murni' Beraja ialah kekal bertakhta selagi hayat. 'Faham murni' boleh diturunkan jika sakit, cacat, (sengaja) langgar hukum agama dan Perlembagaan adalah dalam kes tidak berupaya/cenderung jahat tetapi berkeras mahu bertakhta. Bukan kesalahan/kekurangan yang sengaja dicari-cari terutama apabila ada pertimbangan untung-rugi.
Pada hemat saya ia adalah cara sebenar sesebuah sistem dibentuk bagi mengelak kemungkinan kezaliman Raja dan derhaka rakyat. Raja tidak sepatutnya menjadi jawatan yang mudah terdedah kepada lobi kuasa naik turun takhta sebagaimana politik kepartian biasa.
Menganggap Raja semudahnya boleh diturun naik mengikut kaedah politik kepartian, apatah lagi dengan tafsiran sempit atau luas teks tanpa menilai kesannya kepada keseluruhan kestabilan sistem, bagi saya adalah petunjuk naif atau kecenderungan kurang baik (jika tidak jahat). -
Noor Amin Ahmad reposted
Alok Kumar
@Alokkumarzz
Steve Jobs literally predicted the iPhone, the Internet, AI and the next 50 years of technology in a single speech from 1983:
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad reposted
Diaryofadreamywriter
@Briellefine
When you stop reading books, you start losing verbal dexterity, depth of thought and imagination. A closed book is a closed mind. Don't EVER stop reading.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Apa juga isu semasa yang timbul hanyalah contoh fakta kes. Di sebalik setiap isu sebenarnya ada persoalan kenegaraan yang lebih luas menyentuh prinsip, kaedah serta amalan dan sebagainya.
Bagi mereka yang bercakap sebatas Politik Kepartian, perbincangan hanya akan berlegar sekitar Najib-Anwar, pembangkang-kerajaan, parti UMNO-BN, PH, PAS dan sebagainya. Di sebalik perbincangan jenis ini ada sarat kepentingan yang tentu saja boleh kita fahami.
Bagi mereka yang bercakap dalam konteks Politik Kenegaraan, perbincangan akan lebih meluas tentang konsep adil, pemisahan kuasa, batasan kuasa, konsep ihsan yang tentu saja patut melandasi kaedah dan amalan dalam pentadbiran.
Jurang sentiasa ada antara idealisme dan realiti. Sebab itu politik sentiasa wujud untuk sepatutnya mencari jalan mendekatkan idealisme dan realiti tersebut, bukan menjauhkannya dan kemudian hairan mengapa hidup kita berlegar di takah yang sama. Lebih buruk daripada itu takah itulah dianggap sebagai kebenaran konon kerana manusia tidak mungkin boleh lebih maju dalam kehidupan berperadaban. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Meskipun saya tidak bank in sebagai solidariti, saya yakin cukai yg dibayar sampai puluhan tahun antaranya untuk biayai hutang dan liabiliti 1MDB. Kira dah menyumbang juga tu 🥹
-
Noor Amin Ahmad reposted
from the river to the sea, Palestine will be free
@mohamad_azwar
Math of the day
-
Noor Amin Ahmad reposted
یاسر
@yasir_00X
"Do not be saddened by what people say".
-Al Qur'aan [36:76] -
Noor Amin Ahmad reposted
CapitánHorton
@fortavat
Volley con anabólicos.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Bila ada rakan bertanya tentang sikap dalam isu di N9, maka saya jelaskan sedikit-sebanyak faham saya tentangnya.
1. Dalam konteks demokrasi, apabila mana-mana ketua eksekutif, baik PM, MB atau KM kehilangan sokongan majoriti misalnya, ia tidak serta-merta hilang kuasa. Tidak tahulah hendak kata kita bernasib baik atau tidak kerana ada banyak contoh kes ini berlaku di Malaysia.
2. Malah, ketua eksekutif itu berhak pula pergi menghadap ketua negara atau ketua negeri - Agong, Sultan, Raja, Yang Di-Pertuan Besar, Yang Di-Pertua Negeri - untuk mengusul pembubaran dewan eksekutif bagi memberi laluan kepada pilihan raya baru (baca: sumber mandat rakyat). Namun, pada masa yang sama, semua ketua negeri berhak menolak usul tersebut bagi membolehkan seorang pengganti dipilih.
3. Pada hemat saya, dari segi keutamaan, satu pilihan raya baru patut dipanggil. Namun, Perlembagaan memberi wewenang kepada pemilihan pengganti kerana sifat situasi misalnya krisis wabak dan sebagainya. Jika tidak ada situasi sekalipun, kuasa untuk menolak usul memang ada pada ketua negeri. Saya hanya menceritakan semangat asal demokrasi yang murni - mandat daripada rakyat. Walaupun orang boleh berhujah bahawa pengganti juga mendapat mandat rakyat, kita boleh berbahas sampai lembu pulang rumah bahawa matriks pemilihan seseorang wakil rakyat itu pelbagai - ada orang undi kerana parti, kerana individu dan pendirian mereka pula boleh berubah bila ada krisis.
4. Tapi itu ketua eksekutif. Orang politik. Ini Raja. Di negeri beradat. Termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri pula tu!
5. Benar. Cuma saya berpandangan bahawa mana-mana Perlembagaan demokrasi, meskipun memang berpaksikan mandat rakyat (baca: dari bawah dan ramai), juga menekankan persoalan pembahagian dan batasan kuasa. Tambahan pula ia adalah sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
6. Raja, sebagai ketua negeri, lebih daripada ketua eksekutif negeri. Mereka mempunyai imuniti dan perlindungan yang lebih besar. Perlindungan dari segi apa? Tidak mudah untuk dijatuhkan. Bukan tidak boleh, tetapi hampir mustahil. Sebab itu antaranya ialah sebarang undang-undang yang hendak digubal dan ia menyentuh kedudukan dan kepentingan Raja-Raja, mestilah mendapatkan persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu.
7. Dalam konteks Negeri Sembilan, meskipun memang ada klausa Undang-Undang Tubuh menjelaskan tentang kuasa menaik dan menurun takhta Yang Di-Pertuan Besar, ia bukanlah teks mati yang menyerahkan hanya semata-mata kepada individu-individu yang bergelar Undang.
8. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan menggariskan secara terperinci sebab-sebab yang mewajarkan ia dilakukan, yang logik pada akal waras manusia - kesihatan, melanggar hukum syarak dan membelakangi perlembagaan.
9. Lebih daripada itu, ia mesti dibuktikan melalui satu proses penuh dan lengkap. Nampak? Bagaimana Perlembagaan melindungi ketua negeri dalam kes ini dan tidak meletakkan kedudukannya rapuh mengikut tafsiran emosi manusia?
10. Maka pengumuman pemecatan, yang dibuat tanpa tertib meskipun bergegar bercakap soal adat, disiar susun oleh media sosial terkait hubungan parti pada mulanya, disusuli dengan beberapa tindakan tergesa-gesa, sudah tentulah menggambarkan ada keterdesakan pihak tertentu di belakangnya. Siapa? Kita belum tahu sepenuhnya meskipun tanda-tanda itu jelas.
Saya percaya dan yakin bahawa Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan masih Ketua Negeri yang sah bagi Negeri Sembilan dan tindakan cuba menjatuhkan Baginda dengan cara tidak tertib bahkan mengaibkan wajar diberi hukuman keras. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Dalam politik, ribut-ribut hanyalah bertujuan satu. Iaitu memberi kesan kepada kestabilan. Kerana kestabilan adalah tunjang pentadbiran. Demokrasi memang proses yang tidak sunyi daripada bunyi bising. Namun, demokrasi juga adalah mekanisme yang memberikan ketertiban dalam pengurusan konflik. Mesti pandai membeza.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Anwar Internasionale
Baru-baru ini Anwar hadir ke Sidang Kemuncak BRICS. Muncul komentar sinis golongan pembenci yang mempertikai keperluan Anwar hadir. Sudahlah buta geopolitik, tapi ada hati nak ulas. Mungkin golongan ini tidak sedar tanpa hubungan luar yang baik mungkin sekarang kita semua sedang berdepan dengan krisis bekalan minyak yang lebih buruk.
Bagi yang mengikuti sedikit perkembangan global, BRICS pada mulanya adalah tandingan kepada TPPA. Sekarang TPPA pun nampak ke laut terutama selepas pelobi utamanya, Amerika Syarikat menarik diri. BRICS pula masih konsisten berkembang. Sama ada dunia sedang beralih paksinya atau tidak, masa akan menentukan. Apa yang pasti, hegemoni Barat memang sentiasa diimbang oleh Timur.
Dulu di rantau Asia Tenggara, ketika kuasa Barat mengukuh, aliran yang cuba mengimbanginya ialah golongan kiri - sosialis dan komunis. Satu sidang besar yang penting dibuat di Bandung, dinamakan Sidang Asia-Afrika. Jika sesiapa pernah ke Bandung pasti pernah bertemu dengan nama jalan sempena Sidang ini. Tanah Melayu belum Merdeka ketika itu. Meskipun kita sudah menjalankan Pilihan Raya Umum 1955, Tunku Abdul Rahman tidak dijemput hadir. Indonesia khususnya mengecam kita sampai pada satu tahap berkempen Ganyang Malaysia rentetan pembentukan Malaysia melibatkan Borneo Utara (baca: Sabah) dan Sarawak. Filipina juga kerana menuntut Borneo Utara. Namun, seorang tokoh Islamis-kiri Dr Burhanuddin al-Helmy telah hadir ke Sidang ini. Beliau antara pemimpin yang kemudian ditahan ISA dan meninggal dunia tidak lama selepas dibebaskan.
Sengaja saya menceritakan latar tersebut kerana di celah pertembungan blok Barat-Timur, kumpulan Islamis juga terbentuk dan memberi reaksi kepada kolonialisme dan sekaligus menolak komunisme.
Anwar, sebagai anak muda, belajar pidato antaranya daripada kesempatan mendengar Soekarno lewat corong radio, selain rakaman-rakaman yang disimpan dan dikongsikan arwah Sanusi Junid kepadanya. Tentu saja bapanya, Pak Ibrahim yang merupakan ahli Parlimen ketika itu pening kepala kerana Soekarno keras menentang pembentukan Malaysia.
Melalui sastera, beliau berkenalan dengan dunia luar. Di MCKK pada waktu itu, pelajar sudah didedahkan kepada Shakespeare, Longfellow dan sebagainya. N J Ryan adalah pengetua Inggeris terakhir di sana. Seorang sejarawan asal Australia. Menurutnya, antara pendekatan diambil bagi menjadikan murid pintar ialah menyediakan bahan bacaan bermutu di perpustakaan. Muzafar Tate guru sejarahnya menggalakkan beliau membaca bahan-bahan tinggi misalnya The Economist dan Foreign Affairs. Meskipun begitu, beliau juga terdedah dengan bahan-bahan Islam bersifat pemikiran seperti karya Nursi dan Muhammad Abduh sehinggakan editor majalah tahunan MCKK mengatakan rakan-rakan ingat beliau graduan al-Azhar!
Menurut Anwar, beliau kali pertama ke luar negara setelah ditawarkan (Tun) Musa Hitam. Musa Hitam pemimpin pemuda UMNO ketika itu yang disifatkan sebagai Young Turks. Rakan baiknya Akashah Khalil pernah datang ke Cherok To’ Kun bertemu dengan rakan-rakan UMNO termasuk bapa Anwar, Pak Ibrahim. Melalui perkenalan di sanalah Musa Hitam menamakan Anwar ke satu program di Bogor, Indonesia - The Future of Youth Leaders, di mana Anwar mula berkenalan dengan Herbert Feith, antara sarjana bidang Asia Tenggara yang terkenal di zaman itu serta Dr Virginia Matheson Hooker, yang menulis tentang The Precious Gift yang diterjemahkan ke bahasa Melayu dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu Islam.
Seterusnya Anwar berkelana ke Pekalongan, Indonesia bersama senior-senior Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam (PKPIM) menghadiri tamrin Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) Indonesia di mana beliau mula berkenalan dengan ramai tokoh Islam di sana termasuk antaranya Pak Muhammad Natsir, HAMKA dan ramai lagi yang seangkatan dirinya.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Sebagai Setiausaha Agung PKPIM, Anwar terlibat dalam pembentukan Persatuan Mahasiswa Islam Asia Tenggara (PEMIAT) di mana beliau sering dijemput hadir ke program-program di Indonesia dan Singapura khususnya. Semasa menjadi Presiden PKPIM, beliau pernah mengambil tindakan drastik menghentikan pelibatan dalam PEMIAT rentetan pertikaian terhadap Nurcholish Majid, Pengerusi PEMIAT ketika itu yang mewakili HMI.
Beliau juga terlibat dalam rangkaian International Islamic Federation of Students Organization (IIFSO) sebagai ahli jawatankuasa. IIFSO pada waktu itu dipimpin oleh Dr Ahmad Totonji. Menurut arwah Mak Yan, ibu Anwar, Totonji adalah antara rakan Anwar yang sering bermalam di rumah mereka jika ke Malaysia.
Hubungan Anwar dengan rakan-rakan IIFSO khususnya Totonji diteruskan kepada pembentukan International Institute of Islamic Thought (IIIT) di mana Anwar merupakan ahli lembaga pengarahnya dan kemudian mempengerusikannya. IIIT adalah antara badan yang paling banyak menerbitkan pelbagai bahan berkaitan Islamisasi Ilmu.
Setelah dibebaskan daripada tahanan ISA 1974-1976 rentetan demonstrasi kemiskinan Baling, Anwar telah dipilih menjadi wakil Asia Pasifik bagi World Assembly of Muslim Youth (WAMY) yang berpengkalan di Jeddah, Arab Saudi.
Melalui Majlis Belia Malaysia (MBM), beliau menghadiri pelbagai program serantau dan antarabangsa. Pernah menjadi Setiausaha Agung dan Presidennya. Terlibat dalam Majlis Belia Asia (AYC) dan Majlis Belia Dunia (IYC) sebagai ahli jawatankuasa.
Beliau antara yang bertuah kerana dipilih antara empat wakil Malaysia untuk ke Sidang Kemuncak Belia Bangsa Bersatu yang diadakan di ibu pejabat PBB di New York pada tahun 1971.
Banyak lagi penglibatan Anwar di dunia antarabangsa sebenarnya. Cuma saya nukilkan pelibatan awal di zaman mudanya terutama sekali kerana sepanjang pemerhatian saya tidak ada atau mungkin sangat sedikit sekali pemimpin besar di negara kita telah membina rangkaian perhubungan antarabangsa seawal usia muda.
Kita dapat lihat bagaimana Anwar telah membina jaringan di Timur dan Barat di celah-celah kehangatan Perang Dingin. Di celah-celah benturan peradaban (meminjam istilah Samuel Huntington).
Zaman sekarang peluang lebih terbuka. Jadi anak muda jangan siakan masa anda dengan hal-hal remeh. -
Noor Amin Ahmad reposted
Fauno
@FabrizioFauno
Noticia triste para el mundo del fútbol. 🕊️
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Trivia
“Kami Guru Malaysia”
lagu sedap sempena Hari Guru diperkenal pada tahun 1988 semasa Anwar Menteri Pendidikan.
#guruanwar -
Noor Amin Ahmad reposted
Reads with Ravi
@readswithravi
Never underestimate the power of daily reading.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Guru Anwar
Bukan. Ini bukan kisah N. J. Ryan, Abdul Rahman Arshad, Abdul Aziz Ismail, Mr Nadarajah, Muzafar Tate dan ramai lagi. Mereka guru sekolah Anwar.
Tetapi ini sedikit kisah Anwar sebagai guru atau Menteri yang menjaga guru dan memartabatkan pendidikan - setakat ingatan saya.
1. Semasa di Stowell, beliau ‘mengajar’ rakan sebaya dari kaum Cina asas pertuturan bahasa Melayu dengan baik. Semasa menunggu masuk universiti, beliau menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin, Bukit Mertajam.
2. Di MCKK, beliau mencuri masa ke Maahad Idrisiah di Bukit Chandan untuk ‘mengajar’ pelajar-pelajar di sana bahasa Inggeris;
3. Semasa bercuti sekolah, beliau membuka kelas percuma kepada adik-adik yang masih bersekolah. Turut sama ialah kumpulan belia yang dikenali sebagai Belia Teraju Negara (BETERA) dan rakan sekolah. Antara yang sering singgah di Cherok To’ Kun ialah Profesor Emeritus Dr Tahir Azhar, sama ada sebelum balik ke Perlis atau dari Perlis hendak ke Kuala Kangsar atau Kuala Lumpur. Profesor Dr Tahir ialah mantan Timbalan Rektor di UIAM, junior Anwar MCKK Class of 1963, antara pendebat handalan Koleq ketika itu;
4. Anwar menolak cadangan Tun Abdul Razak untuk menyambung pengajian dalam bidang Undang-Undang di United Kingdom dan bekerja di FAO PBB berpengkalan di Bangkok, Thailand. Beliau bukan saja mengasaskan ABIM bagi meneruskan idealisme ke-Islam-annya dan menjadi pemimpin Majlis Belia Malaysia (MBM), tetapi juga membuka Yayasan Anda Akademik untuk menyediakan tawaran belajar percuma atau dengan kos minima terutama kepada pelajar-pelajar miskin atau tercicir pada zaman itu. Anwar menjadi Pengetua dan ramai rakan-rakan seangkatan dari UM dan mahasiswa junior yang masih belajar di UM terlibat membantu. Ramai antara alumni Yayasan Anda Akademik ini berjaya sebagai orang politik, pegawai tadbir dan diplomatik, pensyarah dan sebagainya. Dengan gaji yang jauh lebih rendah berbanding menjadi penjawat awam pada ketika itu, beliau percaya anak-anak muda wajar diberi peluang menghabiskan sekurang-kurangnya 11 tahun pengajian sebagaimana di negara maju;
5. Di samping itu Anwar turut menjadi tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia yang baru dibuka sebagai satu mercu tanda perjuangan mengangkat martabat bahasa Melayu dalam pengajian tinggi. Kursus yang beliau ajar sebagai tutor ialah Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu yang diajarkan oleh arwah Profesor Diraja Ulung Tan Sri Syed Muhammad Naquib al-Attas;
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
6. Anwar menjadi Presiden Kedua UIAM setelah kematian Tun Hussein Onn. Tun Dr Mahathir meminta Anwar menjadi Presiden Kedua UIAM ini kerana amat tahu kesungguhan Anwar dalam mendorong penubuhan UIAM dan membantu perkembangannya melalui jaringan hubungannya dengan ulama dan gerakan Islam seantero dunia;
7. Di UIAM, Anwar menubuhkan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamadunan Islam (ISTAC) yang dipimpin oleh Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas pada ketika itu. Anwar membantu ISTAC dalam banyak segi terutama pembinaannya dan pemerolehan banyak naskah nadir akademik. Melalui minat beliau kepada persoalan tamadun dan peradaban juga, Anwar membantu penubuhan Pusat Dialog Peradaban di Universiti Malaya. Beliau mempengerusikan jawatankuasa yang memperkenalkan kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia di IPTA dengan harapan masyarakat pelbagai kaum akan boleh menghargai sumbangan pelbagai tamadun, belajar yang baik daripada satu sama lain dan meningkatkan standard perhubungan kaum kepada perkara membina;
8. Anwar juga mencetuskan penubuhan Universiti Telekom yang kemudian dikenali sebagai Universiti Multimedia setelah mendapati Telekom pada waktu itu mendapat keuntungan besar daripada perniagaannya. Galakan yang sama diberikan kepada Tenaga Nasional untuk menubuhkan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) kemudian. Bagi Anwar, keuntungan korporat mesti mempertimbangkan sumbangan sosial yang diperlukan oleh negara;
9. Sebagai Menteri Pendidikan 1986-1991, bagi saya yang paling besar ialah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara (kini dikenali Falsafah Pendidikan Kebangsaan) yang diguna pakai sehingga kini. Selain itu:
- Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan
- Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) untuk uji kemahiran 3M
- Rancangan Makanan Tambahan (RMT) - Memperkenalkan Program Susu Sekolah untuk meningkatkan nutrisi pelajar. RMT semasa diberi peruntukan tertinggi iaitu lebih RM700 juta setahun dengan variasi menu ditambah daripada 20 kepada lebih 30
- Baju kurung bagi pelajar perempuan dan tudung litup penuh (mungkin jika jadi Menteri sekarang disindir Menteri Baju Kurung macam Dr Maszlee kena Menteri Kasut Hitam)
- Membuang silibus khurafat Mandi Safar daripada pengajian Islam
10. Kini lebih 100 buah sekolah baru akan dibina berdasarkan kelulusan Belanjawan 2024-2026, lebih 6,000 kelas baru akan dibina melalui teknologi IBS. Begitu juga Kolej Universiti Institut Jantung Negara (KUIJN).
Banyak lagi sebenarnya jika nak ambil kira kelulusan yang beliau berikan semasa menjadi Menteri Kewangan 1991-1998.
Semoga Tuhan berikan Anwar kesihatan untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara - kita semua!
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
*Ralat: Dr Tahir Azhar Class of 1966. Masuk 1962.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Laut Bercerita akan masuk panggung Oktober 2026 nanti dengan pelakon utama Reza Rahadian.
Sempat aku dapatkan novel yang diadun dari banyak kisah realiti lewat Pesta Buku Antarabangsa Indonesia tahun lalu.
Tertarik pastinya dengan latar aktivisme siswa-masyarakat yang diburu aparat penguasa yang rasmi dan tidak.
Teringat menikmati Arca Berdiri Senja yang aku beli dari celahan buku lelong di sebuah kedai di Pudu Raya dulu dan tentunya Cinta Hari-Hari Rusuhan yang muncul dari tangan Faisal Tehrani ketika bara Reformasi 1998 masih menyala. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Malaysian Malaysia, hehe
Free Malaysia Today
@fmtoday
Umno akan pastikan Malaysia untuk semua, bukan hanya Melayu, kata Tok Mat
👇🧵 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Baru-baru ini Anwar Ibrahim hadir merasmikan acara peringatan negarawan Tun Abdul Razak di memorialnya.
Anwar sempat 'bersama' Tun Abdul Razak banyaknya di era krisis. Meskipun bermula dengan perkenalan persahabatan antara bapa beliau yang merupakan ahli Parlimen Malaysia 1959-1969, Anwar kemudian lebih dikenali kritikal kepada kepimpinan Tunku Abdul Rahman di mana Tun Abdul Razak adalah timbalannya.
Mereka bertemu dalam kapasiti pemimpin mahasiswa-belia dan pemimpin kerajaan, di Parlimen, di kampus, di pejabat, di rumah malah di jalan raya.
Tun Abdul Razak melancarkan Majlis Perundingan Belia Negara yang dianggap sebagai Parlimen Belia semasa Anwar menjadi Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM). Lebih kurang setahun kemudian Anwar dipilih menjadi Presiden MBM.
Menurut arwah Pak Ibrahim, Tun Abdul Razak ada mencadangkan kepada beliau agar Anwar dihantar belajar Undang-Undang di United Kingdom untuk menyediakan beliau sebagai pemimpin. Anwar juga turut ditawarkan pilihan bekerja di Pertubuhan Makanan Sedunia (FAO) berpengkalan di Bangkok, Thailand. Kedua-duanya ditolak oleh Anwar kerana mahu berada di Malaysia memperjuangkan idealismenya melalui MBM, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Yayasan Anda yang beliau asaskan.
Menariknya, menjelang penggal kedua kepimpinannya, Anwar telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada awal Disember 1974 rentetan demonstrasi kemiskinan Baling. Ketika di dalam tahanan inilah beliau mendapat berita pemergian Tun Abdul Razak di London. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Sesetengah orang sangat percaya seorang Raja berdaulat di sesebuah negeri boleh dijatuhkan dengan lebih mudah berbanding membuang seseorang daripada kerjaya mereka.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kebetulan kelmarin berucap dalam ceramah kelompok isu RCI Tabung Haji, saya sengaja mengajak khalayak mengingati sejarah dan tokoh di sebaliknya. Naskah lama yang saya dapat dan simpan ini tentu sekali menjadi enak dibaca ulang.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Apa yang saya sampaikan dalam dua ceramah kelompok penerangan KEADILAN di Tangga Batu, Melaka semalam?
1. Melaka dikenali bandaraya sejarah. Kebetulan kita baru menyambut Hari Kebangsaan ke-69 sempena Bulan Kemerdekaan Tanah Melayu dan nanti 16 September akan menyambut pula Hari Malaysia ke-63. Pada masa yang sama bagi pendokong Reformasi dan KEADILAN, tanggal 2 September sampai 20 September tentulah mempunyai signifikan tersendiri rentetan pemecatan DS Anwar dari kerajaan dan penangkapannya.
2. Saya menghimbau peristiwa-peristiwa ini bagi mengingatkan diri sendiri dan semua tentang erti perjuangan. Kita Merdeka bukan semata-mata kerana mahukan kemajuan material. Pihak Inggeris juga mampu mengadakan pembangunan. Namun, kita Merdeka kerana maruah dan keyakinan diri bahawa kita BOLEH MENTADBIR NEGARA SENDIRI DENGAN LEBIH BAIK. Ia adalah persoalan governance, tatakeloka. Secara politik, ekonomi dan sosial.
3. Ini dibuktikan setelah dua tahun Merdeka, apabila seorang pemikir ulung negara, yang kemudian dikenali dengan gelaran Profesor Diraja Dr Ungku Aziz, mengemukakan kertas kerjanya yang menyentuh soal penambahbaikan terhadap pengurusan haji di negara kita. Ini kerana, sebagai Profesor dalam bidang ekonomi yang banyak menulis tentang persoalan kemiskinan, beliau melihat sesuatu perlu dilakukan daripada membiar orang-orang Melayu-Muslim menjual-gadai tanah dan aset-aset mereka demi menunaikan Rukun Islam Kelima.
3. Sebagai latar, pemilikan ekuiti orang Melayu pada waktu itu masih sangat rendah, sekitar 2 peratus sahaja. Kemiskinan melata. Peluang pendidikan amat terhad. Pengenalan pekerjaan berasaskan kaum boleh dirasakan ketara. Malah, parti-parti politik Melayu pun mengharapkan wang loteri sebagai sumber dana parti sehingga berlaku perdebatan hukum agama yang besar pada ketika itu. Itulah hakikatnya.
4. Sebab itu idea Tabung Haji, yang bermula sebagai Perbadanan Wang Simpanan Bakal Haji (PWSBH) pada tahun 1963, sebelum ditukar menjadi Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) di bawah pimpinan TS Hanafiah, antara akauntan Melayu terawal di negara kita, adalah idea yang sangat bernas dan hebat. Kehebatan Tabung Haji malah dirasakan di seluruh dunia Islam kemudiannya. Umumnya orang Islam di Malaysia tanpa mengira perbezaan politik begitu sayang dengan institusi ini.
5. TRIVIA: Kebetulan, selepas kalah Pilihan Raya Umum 1969, mantan ahli Parlimen Seberang Prai Tengah, Ibrahim bin Abdul Rahman, iaitu bapa kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, diambil menjadi Pengurus Perdagangan dan Pengangkutan Tabung Haji antara tahun 1969-1979.
6. Tabung Haji berkembang mengikut zaman bagi memenuhi dua tujuan asas pembentukannya iaitu 1) mengurus dana simpanan pendeposit haji dan 2) mengurus hal ehwal jemaah haji untuk pergi dan balik. Dengan besarnya dana yang tersimpan, ramai mula melihat Tabung Haji sebagai sumber pendapatan pasif melalui dividen pelaburannya. Tabung Haji pun mula memperluas aset pelaburannya.
7. Ini sedikit-sebanyak mendorong Tabung Haji menjadi sebuah institusi yang mempunyai impak politik khususnya kepada rakyat Melayu-Muslim.
8. Maka program-program politik berkaitan umrah-haji mula dapat dilihat. Daripada sumbangan wang belanja, pakaian ihram dan sebagainya, tajaan kursus sampailah tajaan penuh untuk menunaikan haji. Kuota menunaikan haji pun kadangkala menjadi pertikaian politik. Punya rancak orang kita berpolitik.
9. Setakat ini jelas. Tabung Haji institusi kebanggaan orang Islam di Malaysia. Ia dihormati dunia. Semua mahu ia terus berjaya dan menjadi contoh kehebatan pengurusan orang Islam. Tidak ada siapa mahu ia gagal.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
10. Sekonyong-konyong secara peribadi saya terkesan bila isu 1MDB hangat satu ketika dulu, Tabung Haji membeli tanah 1MDB. Setakat berita yang dirujuk, 1MDB membeli tanah TRX dan Lapangan Udara Sg Besi dengan murah daripada kerajaan ketika itu. Kemudian Tabung Haji membeli daripada 1MDB pada harga yang mahal. 1MDB mendapat tanah seluas 700 ekar dengan harga sekitar RM190 juta, Tabung Haji membeli 1.5 ekar dengan harga sekitar RM185 juta. Nampak bezanya?
11. Tapi Tabung Haji tidak betul rugi. Kerana tanah tersebut sebenarnya bernilai lebih tinggi. Cuma, logiknya, 1MDB syarikat kerajaan ketika itu dan Tabung Haji pula agensi kerajaan. Boleh saja kerajaan menjual kepada Tabung Haji pada harga semurah ia dijual kepada 1MDB. Tetapi itu tidak berlaku. Maka, pada waktu itu saya menyimpulkan ia sebagai satu helah permainan akaun untuk Tabung Haji membantu kecairan wang 1MDB.
12. Rupanya selepas dipilih menjadi ahli Parlimen pada tahun 2018, saya membaca berita pegawai kanan Tabung Haji membuat laporan polis dan SPRM tentang beberapa hal mengenai institusi tersebut. Di sinilah bermula pendedahan tentang situasi Tabung Haji yang membawa kepada isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang hangat sekarang.
13. Kerajaan yang dipilih rakyat pada tahun 2018 telah mengumumkan situasi sebenar Tabung Haji dan mengambil beberapa langkah pemulihan. Ia dipertikai oleh pihak pembangkang pada ketika itu yang bertegas Tabung Haji tidak ada masalah. Di sinilah kita perlu memahami dengan teliti. Satu pihak, berdasarkan fakta teguran lima kali oleh Bank Negara Malaysia, pengakuan Jabatan Akauntan Negara (JAN) dan audit pihak ketiga, mengesahkan Tabung Haji ada masalah dan mahu membetulkannya. Satu pihak lagi, berdasarkan jawapan kepada Bank Negara bahawa tindakan diambil daripada teguran, pengakuan Ketua Audit yang tidak tegas mengatakan ada masalah dan proforma pihak ketiga, bertegas bahawa tidak ada sebarang masalah dan kerajaan pada ketika itu mengambil langkah yang salah.
14. Baiklah. Mari kita tegaskan semula asas dulu. Kita semua sayangkan Tabung Haji dan mahu ia terus berjalan baik dan dihormati pengurusannya. Isu Tabung Haji bukan isu politik atau individu. Jika tidak ada masalah, maka betulkan semula kelemahan. Jika ada masalah, maka mari sama-sama kita luruskan apa yang bengkok.
15. Kes yang dibincangkan ialah dari 2014-2020. Antara 2014-2018, Perdana Menteri Anwar Ibrahim di dalam penjara. Antara 2018-2020 beliau menjadi ahli Parlimen biasa. Antara 2020-2022 beliau adalah ketua pembangkang. Tidak ada kuasa, hubungan yang menunjukkan beliau campur tangan secara tidak wajar dalam pengurusan Tabung Haji, proses audit dan pelantikan ahli jawatankuasa Suruhanjaya.
16. Tuntutan RCI datang daripada pihak pembangkang khususnya UMNO dan PAS antara tahun 2018-2020.
17. Apabila terlibat dalam ‘rampasan kuasa’ Langkah Sheraton pada tahun 2020, isu Tabung Haji senyap sebentar mungkin kerana Covid-19 yang mendorong banyak isu lain seperti tidak boleh keluar-bekalan terputus-penyakit menular.
18. RCI Tabung Haji diumum dan jawatankuasa dibentuk. Pemain-pemain politik yang banyak mempertikai langkah kerajaan cuba memulihkan Tabung Haji memberi gambaran higher moral ground seolah-olah mereka tidak takut membuktikan tuduhan mereka benar.
19. Namun, selepas RCI selesai, laporan ini tidak didedahkan. Mereka tidak pernah menjelaskan kenapa. Apakah mereka tahu tentang kebenaran bahawa mereka selama ini telah memfitnah banyak pihak yang cuba memulihkan Tabung Haji? Apakah mereka bimbang kebenaran tersebut akan memberi kesan kepada pengundi menjelang PRU 2022?
20. Kini dapatan RCI Tabung Haji telah jelas. Soalan asas yang patut ditanyakan ialah adakah mereka yang mengatakan Tabung Haji tidak bermasalah masih kekal mengatakan ia tidak bermasalah?
21. Jika kini mereka mengubah pendirian dan mengaku bahawa Tabung Haji ada masalah, maka mari kita sama-sama memulihkannya.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
22. Jika mereka mengaku bahawa Tabung Haji ada masalah, tetapi kamu tidak setuju dengan cara ia diselesaikan, maka datang dengan cadangan dan pandangan berguna.
23. Jika mereka masih bertegas mengatakan Tabung Haji tidak ada masalah, maka nyatakan. Tidak perlu gentar. Mudah untuk kami tahu bahawa kumpulan inilah yang kini aktif cuba mengelirukan orang ramai. Bak kata orang putih, when you cannot convince us, you are trying to make us confuse about the truth. Kamu tak boleh yakinkan kami Tabung Haji tak ada masalah, maka kamu cuba kelirukan kami.
24. Kamu boleh terus cuba mengelirukan orang ramai dengan pelbagai cara. Tapi kamu tidak boleh lari daripada asas persoalan - Tabung Haji hadapi masalah atau tidak dalam tempoh 2014-2017?
25. Nanti kami akan tanyakan beberapa perkara kepada kamu misalnya;
- Pelaburan-pelaburan rugi 100% itu masalah atau tidak?
- Pelaburan-pelaburan ke dalam syarikat-syarikat yang ada konflik kepentingan itu masalah atau tidak?
- Mengubah berulang-kali rosot nilai untuk menampakkan akaun cantik atas kertas tetapi hakikatnya tidak itu masalah atau tidak?
- Kamu minta RCI dan pertikai dapatan RCI dan ahli jawatankuasa RCI yang dilantik oleh pentadbiran kamu dan direstui oleh YDP Agong itu masalah atau tidak?
Dan banyak lagi boleh kami tanyakan.
26. Hakikatnya bila kamu mengatakan Tabung Haji tidak ada masalah, kamu sedang mencadangkan tidak ada tindakan perlu diambil dan kamu sangat berpuas hati dengan segala kerugian dan tatakelola Tabung Haji terutama sepanjang tempoh 2014-2020 yang kamu tetapkan untuk siasatan RCI.
27. Kita tidak mahu menuding jari kepada mana-mana organisasi atau individu. Tapi jangan salahkan rakyat atau lawan politik kamu jika mereka menyatakan fakta bahawa sekurang-kurangnya empat ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dalam tempoh bermasalah 2014-2017 itu adalah pemimpin parti tertentu. Mereka, bersama yang lain, termasuk yang mewakili Pejabat Perdana Menteri dalam tempoh itu, tidak dapat mengelak daripada tanggungjawab. Siapa pun, parti mana pun, jika itu situasinya, maka akan dipertanggungjawabkan.
28. Ingatlah! Kita bercakap tentang Tabung Haji sebagai institusi kebanggaan umat Islam di Malaysia yang disayangi oleh kita bersama.
29. Kita tidak bercakap tentang Tun, Tan Sri, Dato’ Seri, Dato’ dan segala pangkat serta kedudukan yang besar. Kita bercakap tentang institusi yang bertanggungjawab terhadap amanah jutaan umat Islam yang menyimpan cita-cita untuk menunaikan Rukun Islam kelima. Mereka ini ialah orang biasa seperti kita semua! Ada guru, kerani, peniaga kecil, pesawah, nelayan, polis, tentera, peladang dan ramai lagi. Merekalah yang sedang cuba kita lindungi melalui pemulihan Tabung Haji.
30. Kamu boleh tahu sama ada diri kamu kini hanyalah antek orang-orang berkepentingan buruk semudah dengan menjawab adakah kamu yakin bahawa Tabung Haji ada masalah dalam pentadbirannya sebagaimana Laporan RCI atau tidak.
Sekian, terima kasih. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Daripada berbalas kenyataan media, lebih baik TS Madinah terus-terang apakah kenyataan beliau kpd RCI yg akan mengubah apa-apa. Yang tak ada dalam audit TH oleh JAN dan dalam jawapan kepada 75 soalan. Rakyat pun nak tahu.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Mmmmmmmm
Semalam ditanya tentang kenaikan subsidi petrol 300 liter. Syukur, Alhamdulilah.
Kemudian ditanya kenapa sebelum ini kerajaan turunkan kepada 200 liter?
Dia begini. Berdasarkan data majoriti besar perlukan sekitar 300 liter. Menurut rekod, pengenalan Budi95 telah menyelamatkan kira-kira RM400j sebulan atau hampir RM5 billion ketirisan setahun. Bayangkan selama puluhan tahun berapa banyak ketirisan yang berlaku dan mengkayakan penyeludup?
Namun, takdir Tuhan berlaku penutupan Selat Hormuz. Ada dua perkara besar menjadi cabaran pada ketika itu iaitu 1) Bekalan dan 2) Kesan kepada harga minyak. Masa itu kerajaan kata bekalan ada sehingga Jun/Julai seingat saya. Bila kapal pertama dibenarkan melalui Selat Hormuz, bekalan dianggar boleh bertahan sehingga September.
Kerajaan galakkan syarikat dan agensi perkenalkan semula bekerja dari rumah. Kenapa? Dengan harapan penggunaan minyak kurang dan dapat memanjangkan tempoh bekalan. Namun, data tunjuk ianya tidak berlaku. Kita beraktiviti lebih kurang sama, seolah tidak ada krisis minyak.
Kerajaan bertindak mencari sumber bekalan lain yang tidak melalui Selat Hormuz. Alhamdulillah, berkat hubungan diplomasi kita yang baik, ia berjaya dan tekanan bekalan reda. Tapi kita bukan terus serta-merta dapat bekalan. Jumlah 200 liter yang diumum sementara adalah satu bentuk 'paksaan' oleh kerajaan agar kita berhemat dalam penggunaan minyak.
Sehingga suku kedua didapati pertumbuhan ekonomi negara baik. Saya menantikan data suku ketiga yang hanya mungkin boleh dapat Oktober atau November nanti. Data tersebut akan menunjukkan kepada kita kesan dasar yang diambil termasuk pengenalan 200 liter Budi95, khususnya BudiDiesel yang lebih terkait dengan industri.
300 liter bagi saya angka yang munasabah. Ia tidak akan memenuhi keperluan 100% semua orang. Dan ia tidak juga diperlukan 100% semua orang.
Dengan harga minyak RM3.82 dan harga di pam RM1.99, kerajaan memberikan subsidi kira-kira RM1.83 sen subsidi minyak per liter. Untuk 300 liter, kerajaan sebenarnya memberikan kepada kita kira-kira RM549 sebulan. Setahun sekitar RM6,588. Harga diesel pula RM4.72 dan harga di pam RM2.10, bersamaan dengan subsidi sebanyak RM2.62 seliter. Bagi 400 liter, kerajaan memberikan kepada kita kira-kira RM1048 sebulan atau kira-kira RM12,576 setahun.
Jumlah kenderaan petrol berdaftar di Malaysia adalah sekitar 27.9 juta buah manakala kenderaan diesel berdaftar kira-kira 1.5 juta. Pemegang lesen kenderaan yang aktif ialah seramai kira-kira 15 juta orang.
Kerajaan menganggarkan perbelajaan subsidi minyak mencecah RM40 billion bagi tahun 2026, iaitu RM20 billion lebih tinggi daripada jumlah dividen Petronas kepada kerajaan bagi tahun 2026. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Pada hemat saya, UMNO dan PAS sebenarnya boleh dan patut konsisten.
Maksud saya, mereka boleh saja membuat kenyataan menerima laporan RCI Tabung Haji yang dibentuk, dijalankan dan disiapkan semasa UMNO-PAS bersama membentuk kerajaan.
Mempertikai dapatan RCI seolah-olah berkeras mengatakan RCI gagal dan dapatan mereka salah sama sekali, membuang duit rakyat.
Tidak perlu fokus bab sakau. Kekal konsisten dengan menerima laporan RCI, maka terbuka jika proses pengadilan berjalan.
Boleh berbeza pendapat tentang kaedah pemulihan yang diambil di zaman PH 1.0 jika perlu. Tapi lebih cantik jika UMNO-PAS masing-masing boleh kemuka kaedah terbaik untuk memulihkan. Nak buat cadangan bersama pun OK.
Dalam situasi semasa, nampak seolah-olah UMNO-PAS hanya nak kata Tabung Haji sebenarnya tak ada masalah. Tetapi pandangan itu tidak selari dengan dapatan RCI.
Sebab tu banyak pusing-pusing dan tidak sentuh perkara teras - TH ni ada masalah atau tidak? -
Noor Amin Ahmad reposted
Abdullah Gymnastiar
@aagym
Jangan mengambil keputusan penting ketika sedang:
1. sangat marah
2. sangat sedih
3. sangat takut
4. sangat senang
5. sangat lelah.
#aagymnotes -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
ISU PEROBOHAN KUIL DI BUKIT LAGI, KANGAR, PERLIS: MENGURUS KEBEBASAN DENGAN TANGGUNGJAWAB DEMI MENCAPAI PERPADUAN
Malaysia adalah negara yang terkenal relatif aman meskipun dari semasa ke semasa kita akan mendengar isu kaum dan agama muncul sesekali tegang. Ini terbukti melalui kedudukan Malaysia di tangga ke-12 daripada 163 buah negara yang dinilai dalam Indeks Keamanan Global.
Sejak Merdeka, dan seterusnya pembentukan Malaysia, bapa-bapa pengasas negara kita telah berusaha memastikan hikmah kepelbagaian kaum dan agama termaktub dalam sistem dan dokumen rasmi negara. Malah, dalam realiti ketegangan 13 Mei 1969, Rukunegara menegaskan kepentingan perpaduan dan sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai corak.
Dewasa ini muncul beberapa isu bersifat kaum dan agama yang sebenarnya telah lama ada misalnya pembinaan rumah sembahyang di tapak tidak sah milik - sama ada milik kerajaan atau persendirian. Tidak boleh dinafikan ada pihak menjadikan isu ini sebagai peluang membakar emosi dan mengaitkan dengan kepentingan politik (sedangkan banyak kes jelas menunjukkan ia bukan baru).
Pendekatan berhemah dituntut tanpa mengabaikan prinsip asas undang-undang memandangkan perihal rumah sembahyang boleh menjadi terlalu sensitif atas sifat supra-rasional yang mendasari keimanan atau kepercayaan seseorang penganut.
Di Malaysia, kita mempunyai banyak agensi agama di peringkat Persekutuan dan negeri. Manakala kuasa agama terletak di bawah kuasa negeri, di mana Raja atau Sultan menjadi ketua agama Islam.
Saya percaya Islam mempunyai jawapan kepada masalah hidup masyarakat majmuk. Keadilan Islam bukan hanya dalam memberikan hak kepada yang berhak di mana tuan tanah berhak mengambil semula tanah mereka dan penceroboh sepatutnya didakwa. Keadilan Islam juga boleh diperlihatkan dalam mengurus penetapan hak membina rumah sembahyang kepada penganut agama bukan Islam - baik Kristian, Hindu, Buddha, Sikh dan sebagainya.
Ini boleh dilakukan dengan pembentukan sebuah majlis antara agama bukan Islam sebagaimana Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao yang telah ada di Malaysia sejak tahun 1983. Semasa berkhidmat di Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor hampir 15 tahun lalu, saya tahu MCCBCHST ini bertemu empat tahun sekali dan kini jumlah pertemuan mereka bertambah.
Ia pasti tidak sempurna tetapi boleh menjadi wadah terbaik memastikan hubungan agama dan kaum di negara kita dapat berlangsung dengan lebih baik dan tertib.
Saya percaya setiap agama dan kepercayaan tidak akan menyokong pencerobohan tanah awam dan persendirian. Pada masa yang sama, pihak berkuasa boleh memanfaatkan siri pertemuan bersama untuk membolehkan semua agama dan kepercayaan mendapat rumah sembahyang yang mencukupi, munasabah dan tertib sebagaimana jaminan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan undang-undang tubuh negeri dalam perkara berkaitan kebebasan beragama.
NOOR AMIN BIN AHMAD
Pengerusi,
Pakatan Harapan Perlis
Parti KEADILAN Rakyat, Perlis
Ketua Cabang Kangar, KEADILAN Perlis
21 OGOS 2026 -
Noor Amin Ahmad reposted
My #HadithTime
@myhadithtime
Semoga Allah SWT membimbing kita agar sentiasa reda dengan takdir-Nya.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Fakta Bukan Auta
@FaktaBukanAuta
Tahukah anda tahun 2000 lalu Tabung Haji telah diyakinkan oleh seorang VVIP utk beli saham MAS milik TS Tajuddin Ramli pada harga RM8 sesaham atau total RM1.7 bilion.
Padahal harga didagangkan pada waktu itu cuma RM3 sesaham saja kerana MAS time tu sedang tenat.
Sikit lagi TH nak beli! ✅
Mujur Prof Ungku Aziz sempat halang.
Prof Ungku kata TH bukan Bulan Sabit Merah utk digunakan bagi selamatkan kroni yg tenat!
Perghhhh.
Bayangkan kalau hari ni beliau tau TH bayar Al- Rawda upfront RM1.5 bilion hanya guna sekeping nota dan janji mulut saja. -
Noor Amin Ahmad reposted
Tansu Yegen
@TansuYegen
A simple “journey to the past” can hit harder than any new plan.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Benarlah kehilangan bulan bintang pada bendera Malaysia di Terengganu itu berpunca daripada DAP, yakni deruan angin pantai.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Mr.Nazril
@Nazril_Iznil
𝗧𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸 𝗠𝗮𝗻𝗶𝗽𝘂𝗹𝗮𝘀𝗶 𝗟𝗶𝗺 𝗦𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗲 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿!
CNP : 𝗦𝗵𝗮𝗺 𝗚𝗵𝗮𝘇
Lim Sian See Kantoi Sorok Kegagalan Terburuk Era PN: 3 Tahun Pendapatan UJSB RM0, Kerugian Terkumpul Melonjak Hingga Cecah Rekod Terburuk RM13.36 Bilion!
Dia melompat terus daripada data tahun 2019 ke 2025 untuk menuduh kononnya prestasi Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) hancur di bawah kerajaan hari ini. Walhal Kerajaan Madani yang tambah pendapatan syarikat.
Apabila data 2020, 2021 dan 2022 dimasukkan semula, dokumen rasmi SSM menunjukkan gambaran yang sangat berbeza.
1. ERA PN (2020–2022): REKOD TERBURUK UJSB
Tahun 2019 (PH1.0):
Pendapatan: RM233.98 juta.
Kerugian terkumpul: -RM9.96 bilion.
Tahun 2020 (Bermulanya PN):
Pendapatan: RM0.00.
Rugi bersih: -RM1.65 bilion.
Kerugian terkumpul: -RM11.62 bilion.
Tahun 2021 (PN):
Pendapatan: RM0.00.
Rugi bersih: -RM637.15 juta.
Kerugian terkumpul: -RM12.26 bilion.
Tahun 2022 (Akhir PN):
Pendapatan: RM0.00.
Rugi bersih: -RM1.11 bilion.
Kerugian terkumpul: -RM13.36 bilion.
Daripada -RM9.96 bilion pada 2019, kerugian terkumpul meningkat kepada -RM13.36 bilion pada 2022, iaitu pertambahan kira-kira RM3.41 bilion. Dalam tempoh 2020 hingga 2022 pula, UJSB merekodkan pendapatan RM0.00 selama tiga tahun berturut-turut.
Kerugian terkumpul mencecah REKOD TERBURUK DALAM SEJARAH SYARIKAT iaitu -RM13.36 bilion (-RM13,364,683,461.00)!
2. ERA MADANI (2023–2025)
Sebaik sahaja PN hilang kuasa, fungsi perniagaan dihidupkan semula untuk menghentikan pendarahan kewangan dan mula menjana semula hasil ratusan juta serta bilion ringgit
2023: Pendapatan RM430.23 juta.
2024: Pendapatan RM1.41 bilion dan keuntungan bersih selepas cukai +RM948.10 juta. Kerugian terkumpul mengecil kepada -RM12.42 bilion.
2025: Pendapatan RM244.25 juta dengan kerugian terkumpul -RM13.20 bilion.
Angka -RM13.20 bilion pada 2025 masih lebih rendah berbanding rekod -RM13.36 bilion pada akhir 2022.
Kerugian yang masih direkodkan pada era Kerajaan Madani perlu dilihat dalam konteks kedudukan kewangan yang diwarisi. Kerajaan Madani mengambil alih selepas kerugian terkumpul UJSB telah mencecah rekod terburuk RM13.36 bilion pada 2022, selepas tiga tahun berturut-turut mencatat pendapatan RM0.00.
Sebab itu angka kerugian hari ini tidak boleh dibaca seolah-olah semuanya berpunca daripada pentadbiran Madani
3. KENAPA LIM SIAN SEE SKIP 2020–2022?
Kerana apabila keseluruhan garis masa ditunjukkan, rakyat boleh melihat bahawa UJSB mencatatkan pendapatan RM0.00 selama tiga tahun berturut-turut pada 2020–2022 dan kerugian terkumpul mencapai paras -RM13.36 bilion pada 2022.
Jadi, jangan hanya lompat daripada 2019 terus ke 2025.
Bentangkan SEMUA angka 2019–2025 supaya rakyat boleh menilai sendiri.
Dokumen SSM yang dikongsikan itu akhirnya menjadi “senjata makan tuan” apabila keseluruhan data dibaca, bukan hanya tahun yang dipilih. -
Noor Amin Ahmad reposted
Roses Rania
@rania_roses
Pesanan Tuan Guru Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman (juga dikenali sebagai Tuan Guru Haji Rahim Pendang) ialah seorang tokoh ulama pondok terkenal dan pengasas Pondok Sungai Jagung / Bukit Jagong di Pendang, Kedah. #madanibekerja #fypシ゚viral #rcitabunghaji #doayangbaik2
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad reposted
ReeN 🇵🇸
@ReeNGaston
Setan mendandani keburukan di hadapan ulama hingga berhasil menjerumuskan mereka dalam kemurkaan Allah.
Mereka lalu memakan dunia dengan memanfaatkan agama...
- Abu Ishaq al-Shirazi -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Alhamdulillah.
Dapat mesej yang tidak disangka. Cerita beberapa tahun lalu. Masa tu nampak komen seorang ibu di FB mantan MB Shukri. Cuba berhubung. Dimaklum ibu bekerja di kedai dobi dan ayah sudah tiada. Anak belajar MRSM dan ingin menyambung pengajian. Cuma keluarga tidak mampu. Bukan di Parlimen Kangar tetapi di DUN Beseri, Padang Besar.
Semoga Tuhan melorongkan kemudahan seterusnya. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Permainan Hadi Awang-Hamzah menyingkirkan Mahiaddin Yassin akan diteruskan bersama UMNO-BN. Zahid Hamidi akan menjadi sasaran seterusnya.
Tak perlu percaya terlalu awal. Sama-sama kita lihat tabir yang akan terbuka. -
Noor Amin Ahmad reposted
Adam Yusuf
@adamyusuf88
Ini kerja gila!!!!
Tak bayar zakat rupanya.
Cilaka!!!
Kau kelentong umat Islam kata dah bayarkan zakat siap²
Kita pun rasa lega dan selamat sebab simpanan bersih
Syok hibah tinggi rupanya dosa sama tinggi?
*Takpe umat Islam tak marah sebab boleh salahkan DAP -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad reposted
ijam
@zulhasnizam26
Peguam Negara (AGC) dah sahkan dari segi undang-undang bahaso Tuanku Muhriz memang keka, sah sebagai YDPB ke-11. Selesai kemulu, tak usah nak dipolemikkan laei.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Di Jeram Padang, di bawah Parlimen Jempol. Berpeluang berucap sempena ceramah penutup kempen Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan 2026.
Meskipun negara kita pernah ditadbir oleh British yang lebih maju dari segi material dan membawa sejumlah pembaharuan dan kemajuan di negara kita, tetaplah nenek moyang kita menuntut Merdeka. Kerana apa? Kerana yakin dan percaya bahawa kita boleh mentadbir sendiri dengan lebih baik lagi.
Kebetulan, antara tokoh pejuang kemerdekaan yang agak lantang dan berani adalah anak kelahiran Jempol iaitu Zainal Abidin bin Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Pendita Za’ba.
Pilihan raya tidak hadir setiap hari atau setiap minggu dan bulan. Dalam banyak kita memperkatakan kuasa rakyat, mengundi adalah peristiwa penting yang menjelaskan lagi maksud kuasa rakyat ini kerana setiap pilihan kita akan memberi kesan kepada jumlah undi bagi calon dan seterusnya jumlah calon parti yang menang untuk membentuk kerajaan.
Sejak Merdeka kita melalui pelbagai siri pilihan raya dengan maksud memberi peluang rakyat menilai kepimpinan dan pentadbiran dari semasa ke semasa. Ia sudah tentu merujuk kepada visi dan prestasi. Ia mesti ditunjuk dengan data, fakta dan bukti kelebihan dasar baru yang diambil.
Malangnya, sesetengah pihak seolah-olah bankrap idea. Tidak ada apa hendak ditawarkan. Maka, ditiup api perkauman dan semangat keagamaan yang salah dan sempit. Apakah mereka tidak ada bukti pencapaian yang boleh ditunjuk atau dibanding? Sudah merosotkah kualiti dan prestasi yang ada?
Sejak dulu Pakatan Harapan sering dimomokkan sebagai tidak mampu mentadbir dan lebih memberi keutamaan kepada orang bukan Melayu. Hakikatnya, bila diberi peluang berkuasa, termasuk di Negeri Sembilan, prestasinya jauh lebih baik. Memang ia tidak sempurna dan tidak mungkin sempurna, namun ia jauh lebih baik di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Ini termasuklah dalam hal ehwal Islam dan orang Melayu yang tentunya diketuai oleh Sultan, Yang Dipertuan Besar dan Yang di-Pertuan Negeri. Lihat saja kepada Belanjawan dan program-programnya. Lihat saja kepada peningkatan bantuan kepada guru-guru pengajian Islam dan pentadbirannya.
Fitnah dan maki hamun bukanlah sebahagian Islam dan Islam tidak akan tertegak dengan sikap itu malah bangsa Melayu juga tidak akan mulia dengan cara itu.
Pakatan Harapan akan terus berkhidmat kepada agama, nusa dan bangsa. Sampai bila-bila. -
Noor Amin Ahmad reposted
Nungsari A Radhi
@nungsari
Tan Sri Md Nor Yusof dan Nik Hasyudeen dilantik sebagai Pengerusi dan CEO pada tahun 2019 utk bersihkan TH. Siapakah Menteri dan PM yg berhentikan mereka pada tahun 2021?
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Malaun membuka sebuah kedai runcit. Dia meminjam daripada semua adik-beradiknya seramai lima orang untuk dijadikan modal perniagaan. Ini terutama modal pusingan untuk memesan stok barangan untuk dijual kepada pelanggan. Dia membayar balik sedikit demi sedikit kepada semua adik-beradiknya termasuk 10% keuntungan tahunan yang dikongsi bersama.
Setelah sekian lama, perniagaan malaun bolehlah dikatakan stabil. Beliau dapat membayar kepada adik-beradiknya secara konsisten termasuk berkongsi keuntungan yang diperolehinya. Pembekal barang jualan juga menerima bayaran yang elok. Semua orang percayakannya.
Tanpa disedari, rupanya setelah banyak tahun berniaga dengan baik, malaun mula cuai dan kurang berdisiplin. Barang-barang di kedai runcit itu diambil oleh anak-anak dan dirinya sendiri untuk kegunaan peribadi. Keropok, ais krim, gula-gula, rokok dan macam-macam lagi. Kadangkala anak-anak juga mengambilnya dan berkongsi dengan rakan-rakan di sekolah dan taman permainan.
Nak dijadikan cerita, satu hari malaun jatuh sakit. Tak dapat berniaga seperti biasa. Adiknya datang membantu mengendalikan perniagaan. Bila membuat kiraan stok dan unjuran pendapatan serta komitmen pembayaran yang perlu dibuat, adiknya melihat ada sesuatu yang tidak selari.
Tapi malaun berkeras “selama ini aku berniaga OK. Boleh bayar pelaburan hangpa. Siap untung lagi. Boleh bayar pembekal. Mai hang dok sembang pandai kata ada benda tak kena itu ini. Padahal selama ni aku yang berniaga bukan hang yang berniaga. Hang nak tolong aku ka nak pejatuh aku?”
Anaknya dan kawan-kawan pun percaya malaun betul dan mereka banyak mendapat manfaat bila malaun berniaga sebelum itu. “Mesti adik dia tak pandai berniaga”, getus hati mereka.
Demikianlah alkisah malaun dan anaknya. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Rukun Islam Ke-5
Mengerjakan Haji ✅
Mengerjakan Tabung Haji ❌ -
Noor Amin Ahmad reposted
Dr. Abu Hafiz SH
@abuhafiz1
Kata kawan saya: “Dalam slip keputusan SPM, kita tak jumpa ayat ‘bebal’ walau ada result yang dapat G (gagal). Hakikatnya, yang G tu la bebal. Begitulah samanya dgn orang yg cari ayat sakau dalam laporan RCI Tabung Haji. Mungkin bebal juga.”
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Daripada 5 pingat emas Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2026, 2 emas disumbangkan oleh atlet Perlis.
Tahniah! -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
PILIHAN RAYA NEGERI DAN KRISIS BERGANDA DI NEGERI SEMBILAN - Siri 2
Meskipun kempen yang sedang hangat berlangsung tidak menyentuh secara langsung kaitan krisis 'pemecatan' Yang Dipertuan Besar oleh Pembesar-Pembesar Memerintah, ia sebenarnya menjadi arus bawah (undercurrent) yang terus bergerak.
Sebagaimana telah ditunjuk, UMNO-BN cuba mewajarkan penarikan sokongan terhadap MB Aminuddin konon kerana isu Adat yang memicu isu sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sebagaimana lazim amalan demokrasi, seorang Ketua Eksekutif yang kehilangan sokongan majoriti boleh mempersembahkan kepada DYMM Sultan/Raja dan dalam kes Negeri Sembilan Yang Dipertuan Besar untuk mencadangkan pembubaran DUN. DYMM Sultan/Raja/YDPB pula berhak sama ada bersetuju dengan usul pembubaran atau menolaknya dengan melantik Ketua Eksekutif yang baru.
Meskipun pada mulanya ada gambaran bahawa MB Aminuddin telah kehilangan majoriti, ia bagaimanapun 'terbatal' rentetan kenyataan oleh sekurang-kurangnya dua ADUN Perikatan Nasional Bersatu yang menarik balik Kenyataan Bersumpah mereka.
Dalam kes di Negeri Sembilan juga, ada pertikaian kerana pembubaran dibuat tanpa persetujuan Pembesar-Pembesar Memerintah. Yang pasti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun menerima notis daripada Speaker DUN, menentukan proses dan tarikh PRN.
Penyertaan UMNO-BN dan Perikatan Nasional dalam PRN Negeri Sembilan secara tidak langsung menunjukkan bahawa mereka mengiktiraf keputusan pembubaran DUN.
Namun, ada persoalan lain yang boleh muncul kemudian.
Pertama, jika UMNO-BN menang dalam PRN kali ini, adakah mereka akan mengangkat sumpah jawatan di depan DYMM Tuanku Muhriz sekaligus mengiktiraf keabsahannya sebagai Yang Dipertuan Besar dan menolak pengumuman 'pemecatan' Baginda (atau dalam maksud lain 'pemecatan' tersebut menyalahi adat dan undang-undang yang mewajarkan satu tindakan lain pula).
Kedua, jika UMNO-BN menang, adakah mereka akan diiktiraf oleh Pembesar-Pembesar Memerintah setelah membantah pembubaran DUN?
Sama ada ia akan menjadi akademik atau mengheret kita ke krisis yang lain hanya mungkin diketahui kemudian. Yang pasti, ia akan menjadi satu duluan (precedent).
Bersambung ... -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
PILIHAN RAYA NEGERI DAN KRISIS BERGANDA DI NEGERI SEMBILAN - Siri 1
Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan sedang hangat berlangsung.
Meskipun Dewan sebenarnya boleh dibawa sehingga lewat September 2028 sebelum terbubar dengan sendirinya, dan ada tempoh 60 hari setelah itu untuk diadakan PRN Negeri Sembilan ke-16, ia bagaimanapun telah terbubar lebih awal lebih sebulan lalu.
Kehangatan kempen ini berpunca daripada beberapa faktor iaitu;
1. Kejutan kenyataan Pembesar Memerintah yang sekonyong-konyong membuat 'LIVE Facebook' dengan sebaran khas media terkait parti politik tertentu untuk memaklumkan 'pemecatan' Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Muhriz.
2. UMNO-BN mengumumkan penarikan sokongan terhadap Menteri Besar Dato' Seri Aminuddin Harun konon atas kegagalan menguruskan isu Adat. Pengumuman penarikan sokongan diatur bersama Perikatan Nasional (PN) dengan niat mengambil alih kuasa Eksekutif di Negeri Sembilan. Berdasarkan sejumlah kenyataan dibuat, termasuk tuduhan terhadap MB Aminuddin, ramai melihat UMNO-BN merestui dan akan memuktamadkan 'pemecatan' DYMM Tuanku Muhriz.
3. UMNO-BN baru menang besar dalam PRN Johor namun kurang yakin dengan kekuatan di Negeri Sembilan. Oleh kerana itu satu 'persefahaman' dibuat dengan Perikatan Nasional PAS-Wawasan untuk menghadapi Pakatan Harapan.
Meskipun nampak sedikit tenang, ketiga-tiga perkara ini sebenarnya adalah krisis berganda yang sedang berlaku dan menarik diberi perhatian.
Saya akan membincangkannya dalam siri tulisan seterusnya... -
Noor Amin Ahmad reposted
The Futurizts
@TheFuturizts
Once you hit RM10k salary, you're working essentially one month every year just to pay the government.
This is why tax reliefs are so important.
Here’s an example:
- Sam (left): Received RM13k reliefs, paid RM11.1k in total tax.
- Nurul (right): Received RM33k reliefs, paid RM6.9k in total tax.
^ Even though both earn the same gross, the total tax they paid is very different.
Calculate it yourself here: payroll.my -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Maksud tulisan adalah untuk ceritakan bagaimana pembangunan tidak hanya eka-dimensi. Tapi fokus diberi ialah kepada berapa gaji sebenar. Tidak salah cuma di luar maksud tulisan. Tulisan tu mmg bersifat andaian daripada julat gaji minimum-maksimum serta peruntukan kerajaan untuk menyerap ~18,500 doktor dalam masa 3 tahun kebelakang. Tapi itu bukan maksud tulisan.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Yang dibincang benda lain. Yang difokus benda lain.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
N9 Cemerlang Bersama Harapan
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Bayangkan 18,500 doktor baru ini dilantik sejak 2023. Katakan gaji purata mereka RM7,500 sebulan. Ia bermaksud kerajaan menyelesaikan isu doktor kontrak dan tambahan doktor dengan kos paling tidak RM138 juta sebulan atau kira-kira RM1.6 billion setahun.
Ya, mungkin bagi sesetengah orang RM1.6 billion itu boleh ditunjuk dalam bentuk bangunan dan kemudahan yang nampak. Tapi di sini kerajaan memilih untuk memberi makna kepada pembangunan dalam bentuk lain.
Bayangkan jika 18,500 doktor bertemu 10 orang pesakit sehari. Ia bermaksud 185,000 pesakit ditangani sehari. Itu jika 10. Jika 20? 30? Malah lebih lagi? Katakan mereka berkhidmat selama 200 hari setahun. Itu bermaksud kira-kira 37 juta pertemuan setahun dengan nisbah 10 orang sehari.
Ada banyak cara melihat pembangunan dan menentukan keutamaan pembangunan. Semoga usaha ini memberi manfaat berpanjangan kepada semua. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
PRN JOHOR |
4) Calon PRN
Perkara keempat yang saya sebutkan ialah tentang calon. Bukit Batu di tempat saya berceramah memang dimenangi oleh calon KEADILAN-PH dalam PRN Johor 2022. Kerusi tunggal yang dimenangi KEADILAN ketika itu.
Saya percaya beliau telah memberi khidmat terbaik sepanjang penggal lalu. Seorang anak muda yang kini baru berusia 36 tahun. KEADILAN, sejak awal penubuhannya, memang sering memberi ruang kepada ramai pemimpin muda untuk tampil ke depan.
Cuma agak mengejutkan saya, UMNO-BN kali ini menampilkan ramai calon lebih berusia di mana sekitar separuh berusia 50 tahun ke atas. Selain Onn Hafiz, boleh dikatakan tidak ada calon yang memberi faktor “Wow” kepada pengundi meskipun daripada nama lama.
Di sinilah pertikaian Puad Zarkashi menjadi relevan. Meskipun kritikan beliau cuba disudutkan sebagai orang kecewa kerana anaknya tidak diberikan peluang menjadi calon, tetapi fakta bahawa calon-calon BN agak berusia dan kurang terkenal kepada pengundi terutama pengundi muda tidak boleh dipandang enteng.
Faktor usia mungkin bukan faktor yang besar dalam politik Malaysia. Kita pernah mencipta sejarah memilih Tun Mahathir sebagai ahli Parlimen yang dicalonkan sebagai PM oleh Pakatan Harapan 1.0 dalam PRU-14 pada usia melebihi 90 tahun. Namun, Tun M mungkin sedikit berbeza kerana aura dan penghormatan terhadap beliau juga besar kerana sejarah perjuangan dan sumbangannya.
Faktor pengundi muda terutama yang baru semakin memberi kesan kepada corak pengundian. Pertikaian terhadap Undi-18 pada satu ketika kini telah menjadi realiti baru yang bukan saja menghantui ramai orang politik, tetapi juga membuka satu ruang dinamik dalam politik Malaysia yang memerlukan sentuhan perubahan (baca: distruption). -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
PRN JOHOR |
3) Pakatan Harapan (3/4)
Hujah seterusnya ialah tentang Pakatan Harapan.
Kita semua maklum bahawa Johor adalah kubu kuat UMNO-BN. Dari segi sejarah pun, UMNO dikatakan bermula di Istana Johor (meskipun sejarah penubuhan UMNO berlaku lebih awal di Kg Baru dan pernah juga saya tuliskan beberapa waktu sebelum ini). Sehingga kini, parti alternatif Melayu terbesar seperti PAS pun masih belum berjaya bertapak dengan lebih kukuh di negeri ini.
Namun, dalam realiti itu, UMNO-BN tetap berjaya dikalahkan buat kali pertama di Johor semasa PRU-14. Sesuatu yang mengejutkan ramai pihak.
Saya masih ingat ketika itu seorang rakan yang berkhidmat sebagai felo di sebuah institusi terkenal di Singapura menulis satu makalah sederhana tentang peralihan politik Malaysia selepas kemunculan Bersatu sebelum PRU-14. Tidak ditulis jelas tentang kemungkinan UMNO-BN boleh kalah di Johor. Tetapi semasa bertemunya di Jakarta pada awal 2018, beliau menjelaskan kepada saha bahawa satu kejutan besar mungkin berlaku. Menurutnya, beliau tidak menulis dengan jelas tentang perkara ini kerana mengambil sikap berhati-hati. Dapatan kualitatif menggambarkan ada arus bawah yang sedang bergerak cuma mungkin pengundi mengambil sikap ‘sembunyi kuku’.
UMNO-BN memang mempunyai kelebihan besar di Johor, namun kehadiran Pakatan Harapan boleh menafikan majoriti mereka - sama ada majoriti dua pertiga atau majoriti mudah. Dan ia masih lebih baik daripada Perikatan Nasional (baca: gabungan PAS-Bersatu) yang sepatutnya menjadi alternatif BN. Setakat ini, Perikatan Nasional ‘Baru’ menunjukkan PAS terus lemah di Johor dan tidak melawan manakala pecahan Bersatu yang rapat dengan PAS - Parti Wawasan Negara pimpinan Hamzah Zainuddin - tidak ada strategi mengatasi UMNO-BN dan hanya berharap boleh memancing BN bekerjasama dengan mereka, bukan dengan PH.
Apakah PH tidak boleh mentadbir? Sudah tentu itulah momokan yang sentiasa akan cuba disebarkan. Itulah apa yang pernah berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dulu.
Namun, fakta telah menunjukkan bahawa apabila PH diberi ruang memimpin di ketiga-tiga negeri itu sekurang-kurangnya dua penggal, lonjakan ekonomi terus berlaku dan banyak pencapaian baik telah dicapai di ketiga-tiga negeri tersebut. Ia dicapai oleh tiga parti utama yang boleh bekerjasama, saling melengkapi dan memperbaiki. Apakah ia sempurna? Tidak. Tetapi adalah ia berhasil? Ya. Malah lebih baik.
Petunjuk-petunjuknya ada pada angka-angka ekonomi pelbagai. Pada pertumbuhan, kebajikan, peluang, pekerjaan, pelaburan dan inovasi. Tiga negeri ini sahaja menyumbangkan lebih 38% KDNK negara.
Manakala di Pahang dan di Perak, di mana Menteri Besarnya daripada BN disokong oleh PH dan di Melaka yang membawa masuk pimpinan PH ke dalam barisan EXCO negeri sebagai isyarat menerima perpaduan. Di ketiga-tiga negeri ini menyumbang 12.3% - mengekalkan prestasi sedia ada.
Jika Pakatan Harapan boleh memimpin dengan begitu cemerlang di ketiga-tiga negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, saya yakın Pakatan Harapan boleh menyumbang juga kepada kemajuan negeri-negeri lain.
Bersambung … -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
PRN JOHOR |
2) Sejarah dan Potensi Johor (2/4)
Hujah kedua, ialah ttg Johor sendiri.
Dari segi sejarahnya, Johor sebuah negeri besar. Ketika krisis di Negeri Sembilan timbul (dan belum sepenuhnya selesai), kita disajikan dgn sejarah “Beraja di Johor, Bertali ke Siak dan Bertuan ke Minangkabau.”
Juga masih ingat mendiang Profesor Tan Sri Khoo Kay Kim, sejarawan besar negara pernah bercerita kpd saya ttg pengakhiran Dinasti Melaka, peralihan kesultanan Johor drpd Wangsa Bendahara kpd Wangsa Temenggung, penekanan ttg Johor sbg negeri pertama mempunyai Perlembagaan moden sendiri serta perihal kedaulatan drpd Inggeris yg terpamer pada seragam Diraja. JMF adalah contoh unik.
Johor juga besar kerana sejarah Merdeka Malaysia tidak terpisah drpd penglibatan ramai tokoh khususnya Onn Jaafar, pemimpin pengasas UMNO yg terdidik, berani dan unik dlm sikapnya termasuk ketika berdepan dgn kuasa kolonial, tingkah laku Sultan dan pergeseran kaum. Meskipun Hussein Onn pernah menjadi PM buat seketika selepas Tun Razak, nama Tun Dr Ismail, seorang lagi anak Johor yg tegas lebih menonjol dlm pengiktirafan umum sehingga dianggap sebagai ‘Perdana Menteri yg tidak kita miliki’.
Cuma, kerana kedudukan geografinya, Johor sering dibayangi oleh Singapura dari segi kualiti hidup sehinggakan saban hari begitu ramai melintas ke seberang mencari rezeki.
Mungkin umum tidak sedar bhw sejak sekian lama ramai pemimpin Johor mendapat tempat dlm Kabinet Malaysia.
Fokus ke Johor lebih jelas semasa Pak Lah mula membangunkan IRDA. Lonjakan ekonomi mula dirasai di zaman Najib Razak sekitar 6.2% dan kini di zaman Anwar Ibrahim sekitar 8%, tertinggi di Malaysia.
Ia sekaligus menjadikan Johor penyumbang ekonomi ketiga tertinggi di Malaysia dari segi KDNK. Nilainya sekitar RM170 billion atau 9.7%.
Sebagai perbandingan, negeri yg terus unggul di atas dari segi sumbangan kpd ekonomi tentulah Selangor, dgn nilai KDNK sebanyak kira-kira RM460 billion atau 26.5%.
Tidak. Kita bukan hendak membandingkan Selangor atau Johor lebih baik. Ini kerana banyak pembolehubah tidak setara misalnya dari segi jumlah penduduk. Cuma kita boleh melihat peluang sekaligus cabaran drpd perbezaan negeri penyumbang nombor satu dan nombor tiga dlm negara. Dlm kata lain, ketika pemimpin politik bercakap ttg pelbagai perkara utk memajukan Johor, pelbagai kayu ukur yg dinamik perlu dilihat.
Secara peribadi saya melihat manifesto setiap parti biasa saja. Hasrat di sebalik semua manifesto ini ialah utk memajukan negeri dan rakyat. Caranya ada yg sama, berbeza tetapi tidak byk yg unik. Ini kerana kemampuan negeri terbatas. Selangor meskipun negeri termaju, belanjawannya baru sekitar RM3-4 billion manakala Johor pula sekitar RM2 billion.
Sebab itu dorongan pembangunan dan pelaburan sebenarnya adalah mandat Persekutuan lazimnya menentukan kepantasan pertumbuhan di negeri. Sama ada ini mahu diakui atau tidak oleh mana-mana pemimpin politik, terpulang.
Cuma Selangor akan lebih lama unggul di depan kerana sebagai negeri sedia maju aktiviti ekonomi dan infra lebih baik telah sedia ada (meskipun belum menyeluruh dan sentiasa ada inovasi baru utk menambah baik).
Selain itu, dari segi belanjawannya, Selangor memperuntukkan lebih 40% utk tujuan pembangunan berbanding kurang 60% utk tujuan mengurus. Manakala Johor sejak sekian lama masih mengekalkan belanja mengurusnya pada tahap 70% dan belanja pembangunannya hanya sekitar 30%. Aspek pengurusan fiskal ini adalah satu cabaran khusus tersendiri mengambil kira komitmen sedia ada dan kreativiti pemimpin dlm menyusun semula corak pengagihan ekonomi (economic distribution) utk memberi lebih impak.
Di sinilah lensa sebenar yg perlu digunakan dalam menilai manifesto. Apakah sebenarnya hala tuju pengurusan fiskal di sebalik senarai tawaran untuk memikat hati pengundi? Adalah ia hanya sekadar meneruskan cara lama atau kesempatan pertumbuhan besar diambil untuk memberi lebih tumpuan kepada pembangunan agar Johor dapat ke depan.
Bersambung … -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
PRN JOHOR |
Semasa berucap dalam kempen PRN Johor anjuran Angkatan Muda KEADILAN di DUN Bukit Kubu, saya sentuh hanya empat perkara:
1. PRN Johor (1/4)
Ia diadakan lebih awal pada tahun 2022 dan kini 2026. Kedua-duanya ketika UMNO-BN sendiri berkuasa. Tahun 2022 ketika Ir. Hasni menjadi MB. Cuma, walaupun Ir. Hasni dijadikan poster boy pada waktu itu, beliau kemudian tidak diangkat semula menjadi MB. Sebaliknya Onn Hafiz yang dipilih. Kali ini, tahun 2026 ketika Onn Hafiz menjadi MB dengan jumlah kerusi lebih besar yang dimenangi dalam PRN Johor 2022 itu - 40 buah.
Objektifnya sama, untuk UMNO-BN kekal berkuasa. Ia bukan satu kesalahan. Cuma pengekalan kuasa yang cuba dicapai ialah melalui strategi PRN dibuat pada masa lebih ramai mungkin tidak dapat hadir mengundi.
Tahun 2022, ketika Covid-19 masih menjadi perhitungan hidup-mati-sakit-susah ramai, jumlah pengundi keluar hanya sekitar 55%. UMNO-BN menang 40 daripada 56 kerusi. Selepas kemenangan itu kita semua tahu UMNO-BN kuat mendesak Parlimen segera dibubarkan lebih awal sekitar April-Jun 2022. Sebelum Najib Razak disabitkan salah.
Apabila ia benar-benar dibubarkan pada November 2022 - hanya sekitar 10 bulan selepas PRN Johor - ia dikira terlewat kerana Najib Razak telah disabitkan salah. Dan UMNO-BN hanya menang 9 daripada 25 kerusi Parlimen. 14 dimenangi Pakatan Harapan, Perikatan Nasional menang 2 dan MUDA yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan menang 1.
Apa yang menarik ialah dalam PRU 2022 itu jumlah pengundi hadir mencecah sekitar 74%. Dan undi UMNO-BN? Dalam PRN Johor 2022 mereka mendapat sekitar 599,000 undi manakala dalam PRU 2022 mereka mendapat sekitar 598,000 undi. Kurang 1,000. Seolah-olah jumlah pertambahan 19% pengundi (74% semasa PRU berbanding 55% semasa PRN) langsung tidak memberikan undi kepada UMNO-BN.
Angka ini membuktikan bahawa sokongan yang diterima UMNO-BN dalam PRN Johor 2022 sehingga membolehkan mereka menang 40 kerusi sebenarnya tidak mewakili sikap sebenar pengundi Johor terhadap mereka. Ia bukanlah cek kosong untuk Onn Hafiz anggap sebagai legitimasi sehingga meremehkan pihak lain semudahnya.
Jika dalam PRN Johor 2022 kekangan hadir mengundi berpunca daripada Covid-19 dan kos balik mengundi yang mungkin menjadi tinggi kerana PRU juga ketika itu dijangka dipanggil pada tahun yang sama, dalam PRN Johor 2026 ini kita tahu kos harga minyak buat masa ini lebih tinggi dan sekali lagi cakap-cakap tentang PRU-16 juga semakin banyak kedengaran walaupun tempoh sah Parlimen ke-15 boleh bersidang sehingga Disember 2027.
Di sinilah asasnya kenapa PRN Johor secara taktikal telah dipanggil lebih awal oleh Onn Hafiz. Malah lebih awal daripada Melaka yang juga terbubar awal pada tahun 2022 atas faktor komposisi majoriti yang tidak jelas.
Sekali lagi, ia bukanlah satu kesalahan secara prosedurnya. Namun, ia seolah-olah membayangkan Onn Hafiz tidak mempunyai keberanian moral untuk mengesahkan legitimasi UMNO-BN di Johor dengan penyertaan lebih ramai sesuai dengan semangat demokrasi sebenar.
Bersambung … -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Nak baca satgi
Mark Lansvin
@lansvin
Corruption goes even deeper - documents reveal that the US$13 million mansion was purchased by Najib Razak and Rosmah's son-in-law for only US$10.00 in cash - not only they try to bribe Najib's way out of jail, they do it while laundering money and evading US tax payments.
#rosmahdaninjpalace
#istananjrosmahdani
@yeobeeyin
@zunarkartunis
@jameschin110
@thomasfann
@malaysianbar
@malaysiakini
@fmtoday
@staronline
@bersihofficialThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Bila Nazif komen kemenangan Johor isyarat untuk bebas Najib, ia seolah mengiakan dakwaan Nga Kor Ming sebelum ini dan juga bayangan isu dalaman DAP yang diberikan oleh Marina Ibrahim.
More than meets the eye. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya pernah tulis dulu. Semasa berkhidmat dengan TS Abdul Khalid Ibrahim di Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor, antara tema penting yang banyak diungkapkan ialah ketelusan. Namun, TS Khalid secara bersahaja pernah berkata ramai yang tidak sedar bahawa ketelusan datang dengan birokrasi tertentu.
Tulis macam ni pun ramai yang faham tak faham sebenarnya. Kita suka ketelusan namun tidak bermaksud kita sukakan birokrasi yang datang bersama dengan hal teknikal berkaitan ketelusan itu sendiri.
GST sebagai contoh. Ramai percaya GST dapat mencegah pelarian cukai. Tapi bila dilaksanakan, ramai rasa leceh. Begitu juga e-invois yang cuba menampung kekurangan SST dalam hal yang sama - mencegah pelarian cukai. Ramai tidak suka.
Contoh boleh ditambah. Termasuk dalam menyusun semula subsidi. Atau dalam pendaftaran TCC oleh kontraktor.
Yang pasti dalam hidup kita ini slogan perubahan sentiasa meniti di mulut. Orang itu tidak kena, orang ini tidak betul. Semua orang perlu berubah, kecuali diri kita sendiri. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Aneh-aneh orang kita berpolitik.
Hari ini PM rasmi LRT3 yang telah siap dan sedia diguna. Maka ada pihak ambil kesempatan memperleceh. Katanya itu projek Najib Razak. Anwar tidak payah ambil kredit.
Sebenarnya kita semua patut lebih faham. Perancangan jangka masa sederhana dan panjang kerajaan untuk negara tetap berjalan terlepas parti mana pun mentadbir. Tetapi, ... ya, ada tetapinya.
Sejak dulu ada saja perancangan yang tidak atau gagal dilaksanakan. Ada yang dibatalkan. Ada yang diubah skopnya. Ada yang ditunda. Ada yang dihentikan. Itu belum termasuk ada yang siap tetapi tidak berguna atau ada yang siap kemudian terbiar tanpa selenggara berkala sebaiknya. Banyak punca dan sebab sama ada sahih atau tidak.
Untuk projek-projek besar, ia biasanya makan tahun. Kita ambil misalnya projek Sekolah Sukan Negeri Perlis yang dah mencecah lebih 10 tahun. Projek tak siap, kos meningkat.
Kita boleh ambil kredit projek itu dimulakan zaman siapa. Tapi itu tidak cukup. Apabila pemimpin kemudian membuat keputusan meneruskannya sampai siap dengan tambahan kos, beerti mereka menggunakan sumber baru yang sepatutnya boleh buat projek-projek lain. Katakan, jika projek lama diteruskan pun tanpa kenaikan kos, projek lama itu sendiri telah menelan perbelanjaan pentadbiran baru kerana rancangan pembayarannya makan tahun. Nak mudah faham contoh bayar balik hutang 1MDB katakan secara purata RM2 billion setahun. Ia beerti RM2 billion yang boleh dipakai untuk perkara lain telah ditetapkan untuk bayar hutang 1MDB setiap tahun sampai habis.
Sebab itu dalam konteks belanjawan, kita jangan hanya terpesona dengan banyaknya pengumuman sahaja. Umum lebih mudah. Bekerja keras mencari dana untuk menjayakan lebih susah.
Kita tahu sebelum ini ada projek dibatalkan, ditangguh, diubah skop dan sebagainya. Ia tidak semestinya salah kerana terpulang kepada keutamaan yang mahu diambil pentadbiran ketika itu. Sebagai contoh jambatan bengkok. Marah Tun M terhadap Pak Lah dulu. Tetapi bila Tun M kembali menjadi PM, kita tidak mendengar beliau beria mahu meneruskannya.
Apabila kerajaan semasa meneruskan mana-mana projek lalu, beerti mereka bersedia menggalas tanggungjawab memastikan cukup dana. Ia mengambil kira juga apakah perkara baru yang penting bagi menyediakan keperluan masa depan misalnya tentang pusat data, AI, nuklear dan sebagainya.
Apapun, saya kekal percaya pembangunan tidak wajar hanya diukur melalui kanta material. Kisah Raja Midas wajar kita teladani bahawa dimensi manusia itu pelbagai. Terpulang kepada pemimpin bagaimana mahu memajukan pendekatan berimbang ini. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Ragbi Malaysia Piala Agong 2026
Penentuan Tempat Ketiga-Keempat
Best PDRM dan Kelantan saling berbalas try. Semasa PDRM 29 Kelantan 29. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
PRN JOHOR - PANDANGAN AWAL
Mood pilihan raya nampak lebih terbangkit dengan pengumuman Pilihan Raya Negeri Johor berbanding Pilihan Raya Sabah. Mungkin saja ia terasa lebih dekat dengan penduduk Semenanjung.
Pada mulanya, ada suara jengkel kerana Johor masih boleh meneruskan penggalnya sehingga hampir pertengahan tahun hadapan. Lima tahun sekali Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen bermula dari tarikh pertama ia dibuka semasa penggal tersebut. Bukan dihitung daripada tarikh pilihan raya atau seorang ketua eksekutif, sama ada Perdana Menteri atau Menteri Besar/Ketua Menteri mengangkat sumpah.
Sidang pertama Dewan Negeri Johor untuk Penggal ke-15 telah berlangsung pada 16 Jun 2022 hingga 23 Jun 2022. Penggal ke-15 itu merujuk Pilihan Raya Negeri ke-15 sejak ia mula diadakan.
Setelah itu timbul pula pertikaian tentang hasrat UMNO-BN bertanding solo, seolah-olah meletakkan kedudukan kerjasama kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan dalam keadaan goyah. Sebahagian memang mahu gambaran itu berlaku kerana menolak kerjasama yang berlaku walhal diam tidak diam sudah hampir empat tahun dengan banyak pencapaian baik.
Akhirnya kini masing-masing menerima hakikat. Pilihan Raya Negeri Johor akan diadakan dan UMNO-BN serta PH masing-masing akan bertanding memakai bendera sendiri, di semua 56 kerusi yang akan dipertandingkan. Selesai. Fokus rundingan kerusi dan penentuan calon. Setakat ini PH telah selesai. BN saya percaya akan selesai tidak lama lagi.
Pertembungan PH dan UMNO-BN di Johor ini bukanlah cerita baru. Kita semua tahu sejarahnya Johor adalah kubu kuat UMNO-BN. Meskipun UMNO mula dirundingkan di Kampung Baru, Selangor (kini di bawah Kuala Lumpur), yang selalu diingati ialah UMNO lahir di Istana. Kenyataan itu bagaimanapun bermuka dua.
Meskipun umumnya ia tanda kebesaran dan kehormatan, apatah lagi kita pernah berada dalam sistem monarki mutlak, satu wawancara saya bersama Mokhtar Petah, wartawan tersohor masa lalu menghadirkan satu sudut pandang langka. Menurutnya, penubuhan UMNO di Istana dulu adalah usaha untuk menyudutkan kepimpinan UMNO kepada golongan bangsawan dan tidak membiarkan kemungkinan majoriti ‘terpilih’ pemimpin yang ‘tidak bangsawan’. Betul atau tidak terbuka kepada penafsiran. Ahmad Boestamam sendiri ketika menceritakan tentang Onn Jaafar yang dikenalinya, menegaskan bahawa UMNO bukanlah pertubuhan kebangsaan Melayu yang pertama kerana telah ada Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) lebih awal daripadanya - yang diharamkan Inggeris dan pemimpinnya diburu, dihukum dan ada yang menyertai UMNO termasuk antaranya Ghafar Baba.
Berbalik kepada PRN Johor, pertembungan PH dan UMNO-BN sebenarnya hanyalah keniscayaan (necessary). Ini kerana BN telah lama bertapak di sana dan PH pula kian membesar sebagai pembangkang paling kukuh dulunya sehingga berjaya menjadi kerajaan. Menariknya, PH menjadi kerajaan pada tahun 2018 dengan mengalahkan UMNO-BN. Kali ini, PH bersama BN dalam kerajaan perpaduan. Cuma, oleh kerana PRN Johor diadakan lebih awal pada tahun 2020, pertembungan kedua-duanya telah berlaku dan UMNO-BN menang besar 40 daripada 56 kerusi.
Tetapi data tidak berbohong. Semasa PRU 2018, PRN 2020, PRU 2022, terlepas berapa peratusan pengundi hadir, UMNO-BN belum melepasi 600,000 undi. Paling tinggi 599,000 undi dalam PRN 2020, sebelum jatuh semula sekitar 583,000 undi dalam PRU 2022. Ia membayangkan dalam jurang kehadiran pengundi antara dua pilihan raya itu (sekitar 25% pengundi, namun harus mengambil kira angka lebih besar memandangkan jumlah 100% lebih ramai dengan pendaftaran automatik), UMNO-BN seolah-olah tidak menambah walaupun satu undi!
Saya percaya situasi mungkin telah berubah. Cuma ia hanya boleh dibuktikan dengan data untuk menentukan perubahan itu ke arah mana.
Bersambung … -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka ke-70 yang akan disempurnakan oleh TYT YDP Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar berserta YABhg Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Fauziah binti Mohd Sanusi.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Syed Saddiq tidak sama parti dengan saya. Meskipun semasa beliau berada dalam parti lamanya, kami di dalam PH, hubungan kami baik namun terhad.
Pada usia relatif muda beliau telah membina nama baik dengan mengolah kebijaksaaan, keberanian dan keikhlasan untuk berkhidmat sebagai pemimpin. Sudah tentu kita tidak boleh mengharapkan mana-mana manusia, apatah lagi pemimpin politik, akan disukai semua.
Dalam pengalaman hidup yang singkat, sesekali kita akan bertemu dengan sesetengah pihak yang tidak begitu suka melihat mana-mana pihak ada kelebihan tertentu. Mereka hanya pandai menunjuk salah sekadar bagi membuktikan seseorang itu tidak cukup bagus. Kesempurnaan dijadikan musuh kebaikan.
Dalam pengalaman hidup kita juga, seringkali baik buruk ditentukan mengikut kepentingan atau keuntungan peribadi penilai, tanpa mempedulikan sama ada ia mungkin memberi kesan kepada pihak-pihak lain dalam pelbagai bentuk atau untuk satu tempoh masa.
Syed Saddiq mungkin ada kekurangan tertentu. Tetapi beliau juga ada kelebihan tertentu. Kita tidak perlu bersetuju dengan beliau dalam semua perkara. Namun, saya terpaksa puji beliau kerana bukan senang untuk menjadi sasaran kritik seorang berstatus Raja. Itu saja telah meninggikan kedudukan Syed Saddiq itu sendiri.
Semoga lakonan Syed Saddiq terus Blockbuster. -
Noor Amin Ahmad reposted
Norman Goh
@imnormgoh
Big in Asia on @NikkeiAsia | Twenty-four years after his dramatic fall from power, Anwar Ibrahim @anwaribrahim is now four years into his premiership and focused on a different challenge: keeping Malaysia politically stable while positioning it for the AI era.
In an exclusive interview with Nikkei Asia, the 78-year-old reflects on reform, economic transformation, geopolitics, and how he hopes history will remember him.
Read more: asia.nikkei.com/spotlight/big-in-asia/malaysia-s-anwar-al… -
Noor Amin Ahmad reposted
Syahir
@syahir
agak rare minyak mentah dari Venezuela sampai Malaysia (sebab sekatan ekonomi). bulan lepas Malaysia ada import dari Venezuela bernilai RM265.9 juta.
penangan perang dan kena cari sumber lain.
bulan yang sama (Mei 2026) takde satu tong pun minyak sampai dari Saudi yang merupakan sumber terbesar minyak mentah negara kita. -
Noor Amin Ahmad reposted
sofyank96
@sofyank96
Alhamdulillah diberi peluang untuk hasilkan video travel Malaysia bersama @mshaffuan07
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad reposted
Russia's Pivot to Asia
@RussiasPivot
Direct Kazan-Malaysia Flights Being Discussed
russiaspivottoasia.com/direct-kazan-malaysia-flights-bein…
Direct flights between Kazan and Malaysia are being discussed at senior Ministerial levels by both countries. Visa-free access for visitors from both Russia and Malaysia is expected to be in place later this year. -
Noor Amin Ahmad reposted
Scarlett
@Scarlett1476896
The dog sensed impending danger and saved its owner. ❤🥰
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad reposted
Mr.Nazril
@Nazril_Iznil
𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗹𝗼𝗻𝗷𝗮𝗸 𝟴 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗶𝗻𝗱𝗲𝗸𝘀 𝗱𝗮𝘆𝗮 𝘀𝗮𝗶𝗻𝗴 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮
Malaysia mencatatkan pencapaian terbaik dalam indeks Kedudukan Daya Saing Dunia (WCR) 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD), apabila melonjak lapan anak tangga kepada kedudukan ke-15 daripada 70 negara.
Ini merupakan peningkatan ketara berbanding tangga ke-23 tahun lalu, yang sebelum itu juga meningkat daripada tangga ke-34 pada 2024, sekali gus menjadi pencapaian terbaik Malaysia dalam indeks tahunan tersebut setakat ini.
Malaysia menduduki tempat kedua tertinggi di Asia Tenggara di bawah Singapura, yang berada di kedudukan teratas keseluruhan.
Tahniah PMX dan Kerajaan Madani -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
DINAMIKA POLITIK MENUJU PRU-16 - Siri 13
Dalam siri sebelum ini, saya telah nyatakan lima tema yang mendorong berlakunya perubahan politik di Malaysia dewasa ini iaitu 1) kehidupan pelbagai kaum yang perlu dibaiki; 2) anti-rasuah; 3) jurang ekonomi yang memberi kesan kepada kos sara hidup; 4) kepimpinan dan 5) kestabilan politik (atau lebih tepat ketidakstabilan politik).
Sama ada kita sedar atau tidak, ahli-ahli politik bersilih ganti cuba menjual masa depan yang lebih baik kepada kita. Dan masa depan yang lebih baik itu tidak lari jauh daripada lima tema yang dinyatakan di atas.
Ahli-ahli politik akan menyatakan bahawa situasi hubungan kaum kurang baik. Polarisasi berlaku dalam masyarakat. Sentimen kaum akan ditiupkan dari semasa ke semasa. Prasangka malah kebencian seolah sengaja tidak mahu dipadamkan.
Sebahagian mereka jugalah kemudian akan ke depan menjadi wira. Ada yang cuba menenangkan. Ada yang berkobar bercakap mewakili kaum masing-masing. Ada yang cuba mencari titik tengah keharmonian hidup bersama. Tidak sedikit yang cuba membesarkan perkara kecil yang boleh diselesaikan secara berhemah dalam kumpulan kecil terlibat.
Kehidupan bersama yang aman damai dan berpadu menjadi taruhan. Kemarahan dan kebencian menjadi komoditi. Hasutan sengketa secara terang dan tersembunyi dibumbui perasaan berjuang malah dikorbarkan sebagai sebahagian tuntutan hidup beragama.
Bara kaum dan sentimen agama menjadi-jadi menjelang pilihan raya. Sayangnya, yang ditiup hanyalah slogan dan semangat berbaur kebencian. Walhal dari satu pilihan raya ke satu pilihan raya (baca: tempoh berkuasa), seharusnya mereka boleh menceritakan apakah kemajuan dalam perpaduan yang telah diusahakan? Apakah ekonomi orang Melayu dan India misalnya (kerana sering dibangkitkan orang Melayu dan India tertinggal miskin) telah bertambah baik semasa masing-masing berkuasa? Apakah aturan pengurusan keperluan misalnya rumah ibadat, perkuburan malah makan-minum masyarakat berbilang kaum dan agama telah bertambah baik dengan kuasa yang ada?
Kita mengelak dan tidak pun bertanya kepada pemimpin apakah erti perpaduan sebagaimana sering mereka laungkan dalam banyak ucapan? Adakah ia hanya pemanis bibir dan dalam kesempatan lain merekalah yang paling keras membangkitkan perasaan perkauman dan diselang-seli kenyataan atau gambar dengan komuniti kaum lain sebagai bukti mereka sebenarnya sukakan perpaduan?
Perpaduan telah dan akan terus menjadi tema penting dalam politik Malaysia. Jika dulu ia disebut kerana kesedaran perlunya masyarakat berbilang kaum lebih saling memahami untuk hidup bersama, kini ia lebih kerap disebut kerana sentiasa ada mereka yang mahu hidup dalam perpecahan. Anehnya, Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang seharusnya menjadi alat penyatu, dan ikrar Rukunegara sebagai peringatan kepada kita dari semasa ke semasa, dimanipulasi sebagai alat pengesah perpecahan apabila kita hanya mahu memanfaatkannya demi kepentingan peribadi, kumpulan atau apa juga agenda bersifat sempit.
Sejauh mana modal perpaduan (dan juga perpecahan) menguntungkan ahli politik, ia boleh diukur daripada kekerapan ia dijadikan isu utama dalam wacana politik negara.
 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
DINAMIK POLITIK MENUJU PRU-16 - Siri 12
Dalam siri-siri sebelum ini, saya telah menghimbau tentang sejumlah peristiwa utama yang berlaku dalam politik Malaysia sejak beberapa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang membawa kita ke situasi hari ini.
Saya teringat lebih kurang persoalan yang pernah dilontarkan oleh mendiang Dr Khoo Kay Kim, profesor emeritus dalam bidang sejarah iaitu adakah peristiwa masa kini lebih dipengaruhi oleh perkembangan terdekat atau perkembangan masa lalu? Dalam contoh mudah, adakah peristiwa menjelang atau selepas Merdeka misalnya perang gerila yang dilancarkan oleh Parti Komunis Malaya terhadap Inggeris dan sekutunya lebih mempengaruhi cara kita memandang masa kini atau kemajuan yang dicapai terutama selepas milenium baru lebih membentuk cara kita memandang masa kini?
Saya percaya persoalan ini boleh dikembangkan lagi.
Manakala masa lalu itu bersambungan ke masa kini, justeru itu perkembangan selepas milenium boleh dikatakan tidak sepenuhnya terpisah daripada apa yang pernah berlaku sepanjang sejarah moden negara kita, kita tidak boleh melepas pandang bahawa masa lalu dan masa kini, malah masa depan bukanlah seragam. Meskipun ada apa yang selalu disebutkan sebagai ‘sejarah arus perdana’, ia cenderung termasuk dalam konteks ‘sejarah ditulis oleh orang-orang yang menang’. Seharusnya sejarah, sebagaimana definisi sederhana mendiang Dr Khoo Kay Kim, ialah segala peristiwa masa lalu yang dapat dibuktikan - terlepas sama ada ia adalah tentang kumpulan majoriti, minoriti bahkan individu.
Tanah Melayu umumnya ‘bernasib baik’, kerana dengan hikmah masa lalu, kita menjadi sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Berbanding Eropah yang boleh dikatakan hampir seragam kini menerima sistem yang sama (meskipun pada satu tahap terbahagi kepada blok Perang Dingin kapitalisme lawan sosialisme-komunisme), rantau Asia lebih rencam sehingga kini. Bayangkan misalnya dengan pengaruh sosialisme-komunisme di Indonesia, Vietnam dan Kemboja sebagai contoh, kita ‘dipaksa’ menjadi sebahagian blok yang sama kerana tekanan perang, pastilah ‘sejarah arus perdana’ kita akan berbeza. Begitulah jika kita ‘ditakluk’ oleh sistem berbeza.
Dan kerana itulah meskipun kita menganggap ‘bernasib baik’, bukanlah demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan itu tidak ada yang mempertikai. Sebahagian menilai demokrasi sebagai alat penjajah. Menerima demokrasi beerti tunduk kepada kehendak penjajah. Sebahagian mahukan monarki mutlak dengan keistimewaan dan sistem pewarisannya. Sebahagian mahu mewujudkan daulah agama dengan struktur autoritinya tersendiri. Sebahagian mahu menjadi hidup sama rata dengan panji pertentangan kelas. Semua ini adalah realiti yang berlaku dalam sejarah.
Sebab itu kita harus melihat sejarah dalam kanta yang lebih jernih bahawa ia sebenarnya mencatatkan bagaimana manusia itu sentiasa cuba mengolah persetujuan - daripada persamaan dan perbezaan - untuk hidup bersama, sama ada secara rundingan atau perang.
Apa yang dilihat sebagai pergolakan politik lazimnya berlaku kerana formula umum yang dianggap telah memberi kestabilan kepada pelbagai kumpulan dan individu manusia yang tidak seragam tidak lagi dapat berfungsi dengan baik, sama ada dari segi dasar atau tindakan. Ia juga antara lain didorong oleh perubahan nilai, sikap dan tingkah laku manusia dan masyarakat - sama ada kerana pengaruh ilmu, maklumat, persepsi benar atau salah dan sebagainya.
Dalam siri-siri sebelum ini, saya telah mengenal pasti lima tema yang mendorong berlakunya perubahan politik di Malaysia dewasa ini iaitu 1) kehidupan pelbagai kaum yang perlu dibaiki; 2) anti-rasuah; 3) jurang ekonomi yang memberi kesan kepada kos sara hidup; 4) kepimpinan dan 5) kestabilan politik.
Saya tidak pasti sama ada masing-masing melihat hal yang sama, atau mungkin hanya sebahagian atau tidak melihat langsung! Apakah lima tema ini akan menjadi panduan kepada pengundi menuju PRU-16? -
Noor Amin Ahmad reposted
zafran | weddingtemplate | takaful
@zafranmustafa
Dah pernah try selama seminggu, slowly Allah bagi rezeki yang tak disangka-sangka. Boleh cuba, dengan niat bhw Allah satu-satunya yang boleh tolong kita.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
RM92.8 bilion pelaburan diluluskan pada Suku Pertama 2026.
Apa maknanya? 1,249 projek. 50,226 peluang pekerjaan.
Ramai bertanya, “Mana kilangnya?”
Sebab itu saya sertakan beberapa projek utama yang akan dibangunkan. Ni baru sebahagian. Banyak lagi sebenarnya.
Pelaburan bukan sekadar angka. Yang penting ialah bagaimana pelaburan itu diterjemahkan kepada projek sebenar, pekerjaan berkualiti dan peluang ekonomi untuk rakyat.
#tza #mida #ekonomirakyat #madanibekerja -
Noor Amin Ahmad reposted
SoyaCincau
@Soya_Cincau
The Malaysian Banking industry pays tribute to 68 Bank Staff for successfully blocking over RM139 million in fraudulent transactions in 2025. They stepped up by identifying suspicious transactions, intervening in potential scam cases, and safeguarding customers from financial loses.
Last year, the Banking Industry have successfully prevented RM1.19 billion in fraudulent transactions which is a three-fold increase year-on-year.
The banks said their anti-scam and security measures are making a real difference in tackling scams:
Money Vault / Money Lock
More than 38,000 customers have secured over RM600 million in protected accounts.
Malware Shielding
Blocked over 60,000 malware-related scam attempts, preventing around RM22 million in potential losses.
Kill Switch
Activated by about 300,000 users, helping prevent close to RM7 million in losses.
Security Self-Checks
Many banking apps now let you review your account security settings, devices and login activity, making it easier to spot and fix potential risks.
#scam #jangankenascam #bank #onlinescam #pdrm -
Noor Amin Ahmad reposted
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
@sprgovmy
PELAKSANAAN URUSAN SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN APRIL TAHUN 2026 (DPT BLN4/2026)
Sila layari www.spr.gov.my untuk maklumat lanjut... -
Noor Amin Ahmad reposted
Syahir
@syahir
Jumlah perbelanjaan subsidi minyak:
Jan: RM700 juta
Feb: RM700 juta
Mac: RM5 bilion
Apr: RM7.5 bilion
Jumlah: RM13.2 bilion
Dalam Belanjawan 2026 Kerajaan peruntukkan RM29.8 bilion untuk subsidi dan bantuan tunai (STR+SARA).
Tolak STR+SARA RM15 bilion tinggal RM14.8 bilion untuk subsidi minyak.
Kerajaan dah belanja RM13.2 bilion atau 90% peruntukan asal untuk subsidi minyak dalam 4 bulan yang pertama.
Perbelanjaan subsidi adalah item perbelanjaan mengurus (OE) yang hanya boleh dibiayai menggunakan hasil (cukai dan bukan cukai).
Tahun 2022 jumlah subsidi minyak mencecah RM48.8 bilion setahun.
RM45.2 bilion dibiayai melalui hasil, RM3.6 bilion dibiayai menggunakan hutang (Kumpulan Wang Covid-19).
Tahun 2022, sebahagian subsidi boleh dibayar guna hutang sebab ada darurat atau Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (COVID-19).
Sekarang takde darurat dengan itu Kerajaan tak boleh pinjam untuk tampung subsidi macam tahun 2022. -
Noor Amin Ahmad reposted
jon
@bumilangit
Syukur, hasil kestabilan dan kerjasama pelbagai pihak kini Ringgit Malaysia amat jelas mengukuh memberi manfaat kepada rakyat!
-
Noor Amin Ahmad reposted
Free Malaysia Today
@fmtoday
Surat Muhyiddin kepada PAS dedah plot tumbang kerajaan PH Negeri Sembilan
👇🧵 -
Noor Amin Ahmad reposted
Astro AWANI
@501Awani
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada Isnin membuat keputusan menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan ini setelah meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas dan Bersatu berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa.
#awaninews -
Noor Amin Ahmad reposted
Malaysiakini (BM)
@mkini_bm
Penasihat ekonomi PMO gesa rakyat berbelanja cara berhemah www.malaysiakini.com/news/776849
-
Noor Amin Ahmad reposted
Free Malaysia Today
@fmtoday
Unifi TV offers fans coverage of all 104 Fifa World Cup matches
👇🧵 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Anwar Ibrahim dan Syed Hamid Ali @ Pak Habib.
Kata pengantar Profesor Diraja Dr Ungku Aziz dalam Buku Mahasiswa Menggugat menukilkan dua nama ini.
Beliau menyarankan kedua-dua mereka menulis tentang pengalaman mereka di zaman mahasiswa. Syed Hamid Ali baru sahaja menerbitkannya. Anwar Ibrahim belum lagi.
Insya-Allah, saya akan cuba siapkan jilid kedua kisah hidup beliau di Universiti Malaya antara 1967-1971. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
zizie
@zziemhd
Ramai yg tak kenal TS Rais Yatim tu siapa dan apa latarbelakang beliau. LLB & LLM from NUS. PhD from King's College - his PhD thesis was titled "The rule of law and executive power in Malaysia: a study of executive supremacy".
TS Rais Yatim is widely recognized as a prominent scholar and expert on Adat Perpatih and Malaysian constitutional law. -
Noor Amin Ahmad reposted
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
@sprgovmy
[ KENYATAAN MEDIA ]
PEMBUBARAN DEWAN NEGERI YANG KE-15, NEGERI SEMBILAN -
Noor Amin Ahmad reposted
jon
@bumilangit
Bila sebenarnya kena bubar?
Johor penggal ke 15, April 2027.
Melaka penggal ke 15, 30 Disember 2026.
Sarawak penggal ke 19, Februari 2027.
N9 penggal ke 15, Ogos 2028.
Parlimen Malaysia penggal ke-15, 19 Disember 2027. -
Noor Amin Ahmad reposted
𝐕𝐚𝐫𝐭𝐢𝐜𝐨
@Varticoo
The Chelsea new home kit is magnificent. 🔥💙
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
NEGARA |
Dana Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah berkembang
2009: RM61.50 billion
2010: RM70.52 billion
2011: RM78.93 billion
2014: RM89.51 billion
2018: RM136.51 billion
2019: RM147.48 billion
2020: RM153.82 billion
2021: RM159.03 billion
2022: RM158.10 billion
2023: RM169.80 billion
2024: RM185.60 billion (Rekod pertumbuhan RM15.8 billion) -
Noor Amin Ahmad reposted
Utusan TV
@UtusanTV
24 MEI 26: Anwar betul-betul reformis atau retorik? KJ kagumi daya tahan Anwar
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad reposted
muz
@MuzammilKhairi
For the international audience, here is the list of our exports.
The Spectator Index
@spectatorindex
Malaysia exports rise by 36.9% over past year, to a new record high and beat market forecasts.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Baru tiba di tangan.
Dr Azizan Bahari. Anak Perlis yang pernah bersekolah di Oran dan STAR Ipoh sebelum ke Kolej Pertanian Serdang.
Antara aktivis mahasiswa lewat 1950-an dan MBM 1970-an.
Namanya pertama kali saya kenal semasa diberitahu tentang orang Perlis yang menjadi Pengarah di Institut Kajian Dasar (IKD) satu ketika dulu. Ketika itu sempat melihat buku puisinya.
Harap dapat habiskan segera sebelum pertengahan Jun 2026. -
Noor Amin Ahmad reposted
Imigresen Malaysia
@imigresenmy
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐏𝐀𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀
Tahukah anda? Malaysia merupakan antara negara pengeluar pasport terpantas di dunia dengan tempoh siap seawal 1 jam hasil transformasi sistem dan pendigitalan perkhidmatan pasport negara. -
Noor Amin Ahmad reposted
Xabii Alonso
@XabiiAlonsoCFC
It’s an honor to manage Chelsea. Together, we will take the club to new heights. 💙
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Insya-Allah hari ini akan berada di UTM sebagai panel Telaah Siri 2/2006.
-
Noor Amin Ahmad reposted
o6🍂
@DonaldSaysSo
🚨Xabi Alonso on IG: I just signed for the world champions 💙
-
Noor Amin Ahmad reposted
Chelsea FC
@ChelseaFC
Chelsea Football Club is delighted to announce the appointment of Xabi Alonso as Manager of the Men’s Team.
The Spaniard will begin his role on July 1, 2026, having agreed a four-year contract at Stamford Bridge.
Welcome to Chelsea, Xabi! -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Alumni Sekolah Merdeka pasti ingat nama-nama parti yg ada dalam modul yg dibuat sejak 2014 - Perikatan Nasional, Pejuang, Bersama dll.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
So take the photographs and still frames in your mind
Hang it on a shelf in good health and good time
Tattoos of memories, and dead skin on trial
For what it's worth, it was worth all the while -
Noor Amin Ahmad reposted
𝑭𝒅𝒆𝒛
@fdezcfc
Chelsea FC, el equipo al que mas le han robado en finales en toda la historia
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad reposted
Chelsea FC
@ChelseaFC
It's FA Cup final day! 🏆
Let's do this - together. 😤
#cfc | #emiratesfacup -
Noor Amin Ahmad reposted
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Semua negara beri insentif pelaburan. Persoalannya bukan “ada insentif atau tidak”. Persoalannya: apa Malaysia dapat balik? 🇲🇾
Pelaburan yang betul bukan sekadar buka kilang. Ia bina pekerjaan, bakat, vendor tempatan dan industri masa depan Malaysia.
#tza #madanibekerja #mida #intel #semikonduktor #pelaburan #nif #ekonomirakyat #malaysiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kita sering bercakap tentang subsidi bersasar (targeted), tetapi bukan subsidi bersyarat (conditional). Ini pernah saya bahaskan dulu.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Dulu belajar main catur guru mengajar awal antaranya penting untuk mengetahui rupa bentuk posisi syahmat yang boleh saja berpunca daripada serangan bidak, menteri, kuda, tir atau ratu permaisuri. Dari situlah pemikiran strategik diolah.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Hampir pasrah
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
PAS tiada pendirian tetap
-
Noor Amin Ahmad reposted
Apurva Sanghi
@ApurvaSanghi
Btw on taxes, if you paid even 1RM in tax, you would be in the top 64% of taxpayers! (h/t to @thevesh for this)!
Apurva Sanghi
@ApurvaSanghi
One overlooked point about Msia’s personal tax system:
Tax reliefs don’t help the poor for two subtle reasons (beyond tax reliefs being captured by the rich):
1. In a “normal” economy, some reliefs still might help the poor, if say 90% of workers, paid taxes. But not in economies like M’sia where 21-22% of the economy is still informal.
2. Then, there are those workers who qualify to pay income tax but their taxable income (before reliefs) is just not high enough for them to benefit from reliefs. So they get excluded.
In short, trying to use tax reliefs to address progressivity when many are outside the tax system is challenging to say the least! -
Noor Amin Ahmad reposted
Pelabur Bijak 🇲🇾 🇵🇸
@Pelabur_Bijak
Tikus berkeliaran di dapur sebenarnya boleh jadi masalah serius.
Wabak Hantavirus di kapal MV Hondius bulan lepas bunuh 3 orang.
Strain Andes disahkan (Merebak sesama manusia)
Panduan ringkas Hantavirus.
Next Pandemic yang lebih teruk daripada Covid-19?
Mungkin. -
Noor Amin Ahmad reposted
Nathaniel Tan
@NatAsasi
Interfaith Dialogue on National Unity
📅 Date: 16 May 2026, Saturday
🕒 Time: 3:00 PM – 5:30 PM
📍 Venue:
Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Wisma Merdeka,
230, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
☕ Followed by High Tea & Networking
✍️ Register here : docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe_k3SMJqHRv_zaMFTqdHjVm… -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
False Flag
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Simpan buat kenangan
-
Noor Amin Ahmad reposted
ASEAN FOOTBALL
@theaseanball
📺 With just 40 days to go until the FIFA World Cup 2026 kicks off, the broadcasting situation in Southeast Asia is still partially unresolved.
✅ 6 out of 11 ASEAN nations have already secured TV broadcasting rights
⏳ 5 countries still negotiating:
#fifa #wc2026 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad reposted
Chelsea FC
@ChelseaFC
The Blues will be in Jakarta this summer! 🇮🇩
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Ini bukan pandangan baru.
Saya percaya undi tidak percaya sepatutnya HANYA boleh dibuat di dewan perundangan.
Ia ada dalam perkara yang boleh diusulkan dan ia sepatutnya dijadikan KEUTAMAAN agenda sebelum sesuatu sidang berjalan.
Sebab itu dulu saya membantah Azhar Harun bila memilih tafsiran terpencil untuk memaksa agenda eksekutif didahulukan bila menerima usul undi tidak percaya walhal beliau sendiri dalam video pendek bersifat pendidikan pernah menerangkan sebaliknya.
Membenarkan kenyataan dan akuan bersumpah di luar dewan perundangan menjadikan seolah-olah usul undi tidak percaya tidak ada ertinya di dewan itu dan menjadikan mana-mana ketua eksekutif TERDEDAH kepada undi tidak percaya pada setiap masa.
Saya juga pernah tegaskan penafsiran kuasa dalam hal mencadang dan melantik, menggugurkan dan menggantikan, mesti diperkemaskan dalam undang-undang kita. Ini kerana walaupun sebahagian kita berpendapat ia telah jelas dalam undang-undang tubuh dan Perlembagaan Persekutuan, hakikat bahawa kita telah melalui krisis dalam isu ketua eksekutif di negeri - Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah - dan Persekutuan sebelum ini, dan sesekali kita mendengar ada suara perebutan takhta, menunjukkan ada ruang penafsiran yang perlu diperkemaskan.
Paksinya tetap demokrasi (baca: majoriti), aturannya boleh pelbagai. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad reposted
Syahir
@syahir
Pengeluaran minyak mentah dari negara-negara Teluk jatuh 14.5 juta tong sehari atau 57% di bawah pengeluaran sebelum perang.
Mungkin kita rasa takde kena mengena dengan Malaysia.
Tapi kita import 70% daripada keperluan minyak mentah dari negara-negara Teluk macam Saudi, UAE, Oman, Kuwait, Iraq dan Qatar.
Malaysia mengimport 1/3 daripada minyak mentah dari Saudi yang merupakan sumber import minyak mentah utama negara kita di mana import dari Saudi mewakili lebih 50% import minyak mentah Malaysia dari negara Teluk.
Sebelum perang setiap bulan minyak mentah dari Saudi akan tiba di pelabuhan-pelabuhan negara kita secara purata dengan nilai RM1.4 bilion atau 4.4 juta tong sebulan (3 ke 4 kapal tangki minyak mentah).
Selepas perang bermula dengan Selat Hormuz ditutup, pada bulan Mac, tidak ada langsung minyak mentah tiba dari Saudi.
Kalau masih ada yang fikir kita tak terkesan, fikir balik.
Bloomberg
@business
Oil output from Persian Gulf nations has been running 14.5 million barrels a day below pre-war levels this month, according to Goldman www.bloomberg.com/news/articles/2026-04-24/goldman-says-p…
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad reposted
BFM News
@NewsBFM
Badminton will switch to a 15-point scoring system from Jan 4, 2027, with matches decided over the best of three games.
The BWF said the change aims to make matches faster and more exciting.
The current 3×21 system, introduced in 2006, requires 21 points to win a game.
🧵1 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
ULASAN PODCAST RAFIZI
1. Saya baru menerima potongan ulasan podcast Rafizi Ramli mengenai saya dan situasi politik di Kangar yang saya sifatkan tersasar mungkin kerana tidak cukup maklumat atau cenderung mengesahkan biasnya.
2. Beliau mendakwa saya adalah pembencinya (hater). Ini sangat tidak benar. Perbezaan pandangan saya dengan mana-mana pihak tidak pernah menjadikan saya pembenci. Sebab itu dalam banyak keadaan saya sukakan perbincangan yang matang, ada suntikan intelektual dan fokus kepada isu.
3. Seperti yang pernah ditulis sebelum ini, saya sebenarnya mengenali Rafizi melalui perkenalan dengan arwah Adlan Benan Omar. Namun kami tidak pernah bertemu sehinggalah Rafizi menyertai Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor kerana ketika itu saya berkhidmat sebagai Pegawai Komunikasi kepada Daro' Menteri Besar Selangor TS Abdul Khalid Ibrahim.
4. Sebab itu semasa Rafizi mulanya bertanding untuk jawatan Ketua Angkatan Muda KEADILAN pada tahun 2010, saya cuba memperkenalkan beliau seiring dengan calon-calon lain Shamsul Iskandar (yang kemudian menang), Chegu Bard dan Hasmi Hasmi. Ketiga-tiga mereka ini juga saya kenal baik sejak sekitar 2001/2002. Saya masih ingat Rafizi ketika itu ada mengucapkan terima kasih kerana sedar beliau adalah 'calon baru' setelah menyepi daripada politik mengikut jejak langkah Adlan Benan sejak sekitar tahun 2004 seingat saya. Rafizi kemudian menarik diri - seingat saya setelah pencalonan yang diterima (ketika itu memakai sistem lain) tidak cukup besar.
5. Seperti pernah dikisahkan, saya memilih secara sedar untuk menjadi anggota di Kangar kerana saya adalah pengundi Kangar, meskipun ada ajakan untuk saya aktif di Shah Alam (dan lama sebelum itu di Bangi kerana saya belajar di UPM). Situasi parti pada waktu itu jauh berbeza terutama di luar bandar. Meskipun berpendapatan kecil, aktiviti parti tetap diusahakan.
6. Menjelang PRU 2018, saya telah dimaklum oleh Pengerusi MPN pada waktu itu Faisol Abd Rahman bahawa beliau mahu mencadangkan nama saya untuk Kangar. Ia bukan perkara baru. Pada tahun 2013 pun hasrat tersebut pernah disampaikan kepada saya. Saya sendiri terlibat mmebawa seorang calon alternatif berjumpa Dato' Seri Anwar di Bukit Segambut pada masa itu. Cadangan daripada negeri untuk nama saya dipertimbang mungkin kerana saya berkhidmat dengan Dato' MB Selangor. Waktu itu saya ialah Pengarah Pilihan Raya Keadilan Perlis. Saya juga tahu bahawa saya sebenarnya bukanlah calon pilihan sebenar. Saya tahu sdr Faisol lebih dekat dengan seorang calon lain dan Chan Ming Kai, ADUN Indera Kayangan pada waktu itu juga berminat untuk bertanding di Kangar. Semua ini pernah saya tulis sebelum ini.
7. Pada masa yang sama Nik Nazmi Nik Ahmad selaku Ketua AMK Malaysia juga mencadangkan nama saya. Seingat saya ada 5 calon cadangan AMK untuk kerusi Parlimen semasa PRU 2018. Nik sendiri, Chang Lih Kang yang menjadi SU AMK, Akmal Nasir, Raymond Ahuar dan saya.
8. Jangkaan saya tepat ketika itu bagaimana permainan politik menghilangkan nama saya daripada calon daripada negeri kerana walaupun kenal baik dengan Azmin, saya dilihat bukan penyokong kuat dan mungkin menjadi saingan pengaruh untuk menjadi orang kepercayaan Azmin di negeri. Tipikal.
9. Chan Ming Kai juga mungkin tidak sedar ketika negeri setuju mengangkat namanya, ia adalah juga satu permainan politik. Ini kerana namanya tidak diangkat berseorangan dan nama saya telah terkeluar daripada cadangan negeri. Beliau ada berhubung dengan saya ketika itu kerana keresahan apabila Faisol memberitahunya jika beliau bertanding di Kangar maka Indera Kayangan akan diletakkan calon Melayu. Bagi saya ia adalah tawar-menawar politik yang biasa meskipun saya tahu permainan politik yang sedang berlaku. Entah bagaimana ia menjadi semacam isu kaum apabila ada pertikaian "kenapa seorang pemimpin Cina tidak boleh bertanding di kawasan majoriti besar Melayu?"Post not available here, view on X
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
20. Dalam satu sesi di lounge Parlimen, Datuk Abdullah Sani yang ketika itu menjadi ahli Parlimen Kapar bertanya kepada saya, "Amin, parti kita lepas ni siapa yang akan menjadi Timbalan Presiden?" Saya tidak ada jawapan. Saya nyatakan kepada beliau jika mahu diambil yang senior, dipercayai oleh DS Anwar dan boleh diterima anggota parti (kerana dua faktor itu), saya melihat Saifuddin Nasution. Kebetulan ketika itu Saifuddin masuk ke lounge dan saya menyampaikannya hal ini kepadanya. Beliau pada waktu itu nampak tidak bersedia.
21. Tetapi saya tahu, daripada perbualan rakan-rakan di Parlimen, ada hal yang mereka berselisih dengan Rafizi. Sebab itu saya melontarkan pandangan agar Rafizi kembali ke jawatan Naib Presiden yang ditinggalkannya semasa bercuti. Saya tidak merendahkannya dan menganggap dengan beliau menjadi Naib Presiden semula, kekeruhan yang mungkin ada boleh dijernihkan.
22. Namun beliau menerima perkara itu sebaliknya. Saya dianggap menyerangnya sehinggakan saya diungkit konon meminta pinjaman daripadanya semasa PRU 2018. Setelah beberapa kali, saya mula sedar bahawa Rafizi jauh tidak boleh disentuh berbanding Anwar. Rafizi mungkin seorang teknokrat tetapi tidak cukup demokrat.
23. Sebenarnya saya tidak meminjam daripada beliau. Semasa PRU 2018, Invoke yang menawarkan kepada calon-calon pinjaman wang RM10,000. Seingat saya jika kalah tidak perlu bayar balik. Jika menang perlu bayar balik. Not a bad deal. Satu surat perjanjian didrafkan untuk kami tandatangan. Semasa Rafizi mengungkit hal itu, saya sebenarnya telah pun selesai membayar balik.
24. Mengenai pemilihan di Kangar, Rafizi sebenarnya ada dalam mesyuarat MPP semasa saya pertama kali masuk setelah dilantik menjadi Pengerusi MPN pada lewat penggal lalu. Saya yang membangkitkan isu-isu pemilihan yang perlu dibetulkan termasuk kaedah pindah pengundi yang dibuat dalam Pemilihan 2022. Saya telah menulis siri ulasan kenapa Rafizi tewas dalam Pemilihan 2025. Saya juga ada bangkitkan selama hampir 3 tahun pemilihan, berapa ramai anggota MPP pernah turun ke Perlis walaupun hanya sehari? Diam. Saya bertanya bukan kerana ia menyentuh kem Rafizi, tetapi parti mesti menjadi lebih baik terlepas kem mana pun kamu.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
25. Selepas mesyuarat tersebut dalam satu sela masa, Setiausaha Politik Rafizi Che Zam ada bertemu saya dua kali. Saya dan Che Zam dulu bersama dalam Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP). Kami pernah juga bertelagah semasa Pemilihan 2022 apabila saya mengkritik aplikasi ADIL dikawal oleh kem Rafizi. Tetapi saya boleh menghormati beliau kerana kenal peribadinya. Maka saya sampaikan pandangan-pandangan saya tanpa perlu berlapik. Beliau hanya berkata "Yang lepas tu lepaslah..."
26. Saya percaya Che Zam tahu pandangan saya tentang pemilihan yang sedikit berbeza dengan kem Rafizi meskipun sama tujuannya - mahu pemilihan parti dibuat lebih baik dengan membetulkan sistem keanggotaan di Cabang. Ia saya bangkitkan lagi selepas Pemilihan 2025 dan parti kini dalam proses melihat penambahbaikan yang perlu dibuat. Sama ada Che Zam menyampaikan pandangan-kritik saya kepada Rafizi itu terserah.
27. Sebab itu bila saya menulis SEBAHAGIAN MEREKA YANG MENDAKWA PRO RAFIZI, saya memang tidak mengatakan semua. Tetapi saya faham sebahagian yang memerlukan isu untuk diulas akan membingkainya seolah-olah saya mendakwa semua. Benar YB Gan Ay Ling memang tidak pro Rafizi kerana beliau berkempen untuk Azmin semasa Pemilihan 2018. Di belakang beliau adalah seseorang yang Rafizi sendiri kecam semasa Pemilihan 2025. Saya tahu orang itu kecewa dan pernah bertanyakan seseorang yang juga dikecam Rafizi semasa Pemilihan 2025, "Macam mana Amin boleh menang saya sudah buat kerja setahun di sana (untuk menjatuhkan dia)?" Rafizi tahu bahawa saya tidak berselindung bila menyampaikan pandangan dalam MPP. Beliau mungkin tidak tahu bahawa saya juga menyampaikan pandangan terus kepada Presiden bila mengkritik penglibatan berlebihan pegawai-pegawainya semasa Pemilihan.
28. Sama ada kekalahan kem Rafizi di tempat lain terkait dengan kaedah pindah pengundi itu terpulang kepada penilaian masing-masing. Ia bukan kaedah baru kerana telah diamalkan saban pemilihan. Sebahagian mungkin merasa remeh apatah lagi kerana ia menguntungkan mereka tanpa pedulikan hasrat sebenar pengundi tempatan. Jika hendak berbangga menang dengan sokongan majoriti pengundi luar juga terpulang kepada masing-masing.
29. Saya menyertai parti politik dengan kesedaran risiko yang banyak sedangkan pekerjaan terkait politik sebagai pengurus badan penyelidikan, latihan dan advokasi pun sudah tentu menyenangkan. Justeru itu, saya tidaklah hairan sangat dengan sepak terajang politik yang cuba dimainkan segelintir kumpulan yang merasa diri mereka maha penting.
30. Rakan-rakan tahu malah saya pernah mengumumkan secara terbuka dalam pertemuan-pertemuan parti bahawa Pemilihan 2025 ialah kali terakhir buat saya di Cabang. Cukuplah tiga penggal sejak 2018. Kenapa saya mengumumkannya? Kerana saya mahu pemimpin baru naik, bersedia lebih awal dan sedar bahawa kita tidak menongkat langit. -
Noor Amin Ahmad reposted
Mr.Nazril
@Nazril_Iznil
𝗥𝗲𝗸𝗼𝗱 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮: 𝗞𝘂𝘁𝗶𝗽𝗮𝗻 𝗟𝗛𝗗𝗡 𝗖𝗲𝗰𝗮𝗵 𝗥𝗠𝟮𝟬𝟯.𝟵 𝗕𝗶𝗹𝗶𝗼𝗻
Kutipan cukai langsung Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) buat kali pertama melepasi RM200 bilion apabila merekodkan RM203.9 bilion pada tahun 2025.
Pencapaian itu menyaksikan peningkatan sebanyak RM19.19 bilion atau 10.38% berbanding tahun sebelumnya.
Rekod Bukan Kebetulan, Ini Hasil Tadbir Urus. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
1. Isu bermula daripada ketidakpuasan hati semasa Pemilihan parti apabila calon Ketua Cabang kumpulan mereka iaitu YB Gan Ay Ling kalah.
2. Mereka ada buat bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat. Tetapi keputusan kekal kerana bantahan tidak benar.
3. Sebenarnya sebelum Pemilihan lagi saya telah membantah kumpulan ini kerana mereka telah mendaftarkan ribuan anggota dari luar kawasan Kangar untuk menjadi anggota di Kangar.
4. Sebahagian anggota ini didaftarkan dengan cara tidak wajar seperti janji bantuan, memegang kad sim mereka dan menipu alamat mereka seolah-olah mereka tinggal di Kangar.
5. Kami hanya sempat membantah sebahagian kerana kesuntukan waktu. Tempoh bantahan pula berlangsung semasa Tahun Baru Cina.
6. Pasukan saya hanya kalah dalam sekitar 100 undi atau kurang. Namun, saya berani mengatakan pasukan saya disokong oleh anggota-anggota tempatan di Kangar, bukan ratusan pengundi atas talian dari luar yang tidak mengundi di Kangar malah ada yang dari luar Perlis mungkin tidak pernah datang ke Perlis pun untuk tujuan parti.
7. Selaku Ketua Cabang, saya berhak melantik tambahan 11 anggota parti ke dalam jawatankuasa. Ia antara lain adalah untuk memastikan saya ada kuorum dan menjadi Ketua Cabang yang berfungsi, bukan lame duck.
8. Semua yang dilantik adalah mereka yang komited kepada parti dari dulu sehingga kini. Bukan anggota baru.
9. Sejak menang, saya telah menjalankan 6 mesyuarat dan 1 mesyuarat agung. Ini tidak termasuk mesyuarat-mesyuarat kecil yang lain. Ia memenuhi peraturan parti dari segi kuorum dan puluhan program telah dijalankan sejak itu.
10. Mereka yang meletakkan jawatan ini rata-rata tidak pernah hadir walaupun satu mesyuarat. Ada yang pernah hadir 1-3 mesyuarat.
11. Kumpulan ini bukan saja tidak komited malah kita juga maklum ada yang aktif berkempen untuk calon menentang parti dan ada yang aktif menyerang parti dari semasa ke semasa.
12. Sebahagian mereka yang meletak jawatan ini juga baru didaftarkan sekitar 2 tahun (setahun sebelum pemilihan), tinggal di luar kawasan malah ada yang maklum tinggal di Thailand (kerana keluarga di sana). Jadi tidak hairan mereka tidak komited.
13. Jika mereka menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti dan rakyat, sebenarnya mereka patut mencontohi ramai anggota dan pimpinan parti yang terus berkhidmat walaupun kalah sama ada dalam Pemilihan dan Pilihan Raya. Tetapi mereka tidak.
14. Mereka meletak jawatan setelah menerima satu surat tunjuk sebab yang menunjukkan bahawa mereka telah 6 kali tidak hadir ke mesyuarat sah parti. 6/6 bermaksud langsung tidak hadir.
15. Alasan-alasan yang diberi untuk meletak jawatan sebenarnya hanyalah alasan untuk mengelak daripada tanggungjawab.
16. Sebahagian mengaku penyokong kuat Rafizi. Saya yakin jika Rafizi tahu kerja buat memindahkan ribuan pengundi luar, daftar dengan janji bantuan, pegang sim kad dan letak alamat palsu, beliau pun tidak ingin mengaku sebahagian mereka ini penyokongnya.
Utusan Malaysia
@UMonline
PKR cabang Kangar bergolak, sekumpulan 15 AJK didakwa letak jawatan
www.utusan.com.my/berita/2026/04/pkr-cabang-kangar-bergol… -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
ISU ZAKAT - Satu pandangan
Ramai juga yang bertanyakan saya tentang isu zakat di Perlis. Mungkin kerana saya orang Perlis, mantan ahli Parlimen yang masih aktif dalam politik, justeru itu terkait dengan kepimpinan umum di Perlis. Saya percaya rakan-rakan yang mempunyai profil hampir sama - pimpinan politik/masyarakat - juga mungkin berdepan pertanyaan yang sama.
Ada yang berkongsi Perlis berada di kedudukan keempat dalam kutipan zakat terbanyak. Bagi saya itu hanya satu perspektif. Perlis sebenarnya di kedudukan pertama jika kita mengambil kira nisbah kutipan per kapita (baca: per kepala).
Memang sedikit sulit bercakap tentang hal ini memandangkan dari segi struktur pentadbiran Islam berada di bawah bidang kuasa negeri di mana Raja/Sultan adalah ketua agama. Namun, saya juga yakin bahawa ramai yang berminat dengan persoalan ini terutama umat Islam kerana tuntutan wajib berzakat dan juga keyakinan bahawa Islam adalah penyelesai masalah umat.
Meskipun berminat, saya bukanlah 'alim dalam persoalan ekonomi dan kewangan Islam vis a vis zakat. Minat saya terhadap persoalan ekonomi secara amnya mendorong saya mengambil tahu sedikit sebanyak. Saya mempunyai beberapa pandangan tentang zakat dan ekonomi Islam secara am yang bersifat peribadi, tidak semestinya mewakili pandangan pertubuhan di mana saya terlibat. Jika pandangan sama, Alhamdulillah. Jika sebaliknya, saya sentiasa berlapang dada dengan ilmu baru yang lebih mantap.
Sama seperti cukai secara amnya, zakat melibatkan persoalan dari mana sumber didapatkan dan ke mana ia dibelanjakan. Manakala zakat diwajibkan kepada Muslim, perbelanjaannya dikhususkan kepada lapan jenis asnaf. Ia bersandarkan dalil kitab suci al-Quran.
1. Ramai percaya diri mereka tidak perlu membayar zakat kerana termasuk dalam kategori fakir atau miskin - 'Isytihar sendiri'. Saya percaya, SEMUA ORANG sebenarnya perlu mengisytiharkan harta. Hanya setelah itulah baru kita boleh tahu sama ada kita layak membayar zakat (dan cukai); atau layak menerima zakat dah bantuan kerajaan.
2. Pengecualian cukai setara RM1 = RM1 bagi setiap zakat yang dibayar perlu disemak semula. Zakat adalah kewajipan agama manakala cukai adalah kewajipan negara. Had pengecualian cukai bagi bayaran zakat mestilah dibataskan hanya setakat jumlah kewajipan berzakat seseorang. Jika kewajipan berzakat misalnya hanya RM1,000, tetapi bayaran cukai RM10,000, maka pengecualian cukai bagi zakat yang dikeluarkan sepatutnya hanya RM1,000, bukan RM10,000. RM9,000 baki mestilah disalurkan kepada cukai. Umat Islam mesti sedar bahawa tanggungjawab terhadap agama juga termasuk tanggungjawab terhadap watan.
3. Saya percaya zakat mesti terlebih dahulu dibayar di tempat kita tinggal, terutama kepada asnaf fakir dan miskin. Ini bersandarkan maksud hadis "tidak sempurna iman seseorang yang tidur kekenyangan sedang jirannya tidur kelaparan". Sesuai dengan perkara ini, sebaiknya amil dilantik dari kariah berkenaan.
4. Mereka yang digajikan oleh kerajaan, bagi saya, tidak sepatutnya diberi keutamaan sebagai amil. Kecuali sekiranya mereka dilantik oleh kariah berkenaan. Pendapatan amil tidak sewajarnya menjadi satu lubuk keuntungan kerana zakat bukanlah perniagaan sebagaimana yang kita fahami. Ia adalah perniagaan kita dengan Allah s.w.t..
5. Oleh kerana kira-kira 1/4 penduduk Malaysia tinggal di Lembah Klang, maka kita boleh menganggar bahawa lebih ramai golongan fakir dan miskin di sini. Perbahasan dan penilaian kemiskinan sentiasa segar dan memang sulit juga kerana sifat perubahan yang sentiasa bergerak. Sebagai contoh, dalam kes yang pernah saya temui, seorang suri rumah jatuh miskin apabila suaminya meninggal dunia kerana suami menjadi pencari nafkah. Maka gambaran harta peninggalan suami seperti kereta yang tidak lagi dapat dibawa dan rumah yang nampak elok tidak mencerminkan pendapatan sebenar bulanan. Begitu juga dalam kes pendapatan dengan jumlah isi rumah berbeza.Post not available here, view on X
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
9. Asnaf al-Gharimin (golongan yang berhutang) jarang dibincang. Semasa berkhidmat dengan TS Khalid Ibrahim di Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor, saya pernah mendapat panggilan daripada sdr Eekmal Ahmad yang merupakan SU Akhbar Dato' Seri Anwar pada waktu itu. Kisahnya ada seorang pemuda datang ke ibu pejabat parti meminta bantuan. Parti tidak ada dana khusus apatah lagi jika jumlahnya besar untuk tujuan ini secara berterusan. Beliau meminta saya melihat bagaimana kerajaan negeri boleh membantu. Pemuda tersebut mempunyai hutang Ah Long kira-kira RM3,000. Dia meminjam kerana tidak dapat bekerja selama tiga bulan selepas tiga jarinya putus semasa membuat kerja kontrak. Lebih mengharukan dia telah membayar selama lebih setahun dan jumlahnya telah melebihi pinjaman. Pinjam RM3,000, sudah bayar lebih RM4,000 tetapi hutang masih tidak bergerak. Inilah riba dan saya percaya satu fungsi zakat adalah untuk mengatasi riba. Saya membawanya ke Pusat Zakat Selangor (PZS). Dia menerima bantuan segera RM300 dan tanggungan sewa rumah selama 6 bulan. Namun, dia tidak layak dikategorikan sebagai asnaf al-Gharimin kerana meminjam daripada Ah Long.
Saya percaya kategori al-Gharimin dalam asnaf zakat sebenarnya adalah asas kepada keperluan pembentukan Bank Islam - perbankan tanpa faedah. Ini saya serahkan kepada bijak pandai dalam bidang Kewangan Islam dan Ekonomi Islam untuk mencerakinkannya.
10. Dalam ekonomi secara amnya, atau zakat secara khususnya, kita selalu merasakan bagusnya kerajaan atau pengurus zakat jika boleh memberi lebih banyak peruntukan atau meramaikan lagi penerima bantuan. Tanpa sedar, sebenarnya lebih banyak bantuan dan lebih ramai penerima bantuan itu juga boleh menjadi satu petunjuk kegagalan dasar, program atau kaedah.
Jika kita belajar sedikit tentang sosiologi, masyarakat seharusnya bergerak daripada kebergantungan kepada kemandirian dan seterusnya saling melengkapi. Kejayaan dasar ekonomi dan zakat ialah apabila mengeluarkan orang miskin di mana mereka beralih daripada penerima bantuan dan cukai kepada penyumbang cukai dan zakat.
Ini memang sulit dan kurang popular. Dalam pengalaman terhad, kadangkala kita terkejut kerana yang berebut bantuan adalah mereka yang sebenarnya mampu. Semasa Covid-19 pun, mereka yang gajinya jalan mahukan bantuan 'konon' mereka juga berhak tanpa mempertimbangkan ramai yang kehilangan kerja dalam situasi tersebut.
Banyak yang perlu kita lakukan. Ia mesti bermula dengan niat dan cara fikir yang betul. Saya memohon ampun kepada Allah s.w.t. atas segala kelemahan dan kelalaian melaksanakan tanggungjawab. Semoga ada kebaikan pada kita menjalankan urusan umat.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Zakat, bagi saya, sebenarnya bukanlah hanya sekadar rekod lejar kewangan yang biasa. Zakat sebenarnya adalah daya (force) pencetus perubahan.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Free Malaysia Today
@fmtoday
#fmtbusiness This is a 10% increase from Q1 2025, with exports up by 12.7% year-on-year to RM426.53 billion, the second-highest recorded in a quarter.
Full Article: www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2026/04/20/mala… -
Noor Amin Ahmad reposted
Bloomberg
@business
The Malaysian ringgit is likely to retest its year-to-date peak versus the dollar thanks to strong fundamentals, according to strategists www.bloomberg.com/news/articles/2026-04-20/malaysian-ring…
-
Noor Amin Ahmad reposted
Malay Mail
@malaymail
Malaysian scientist Swee Lay Thein shares US$3m Breakthrough Prize for pioneering gene-editing research www.malaymail.com/news/life/2026/04/19/malaysian-scientis…
-
Noor Amin Ahmad reposted
Globe Data
@data_globe
🌏 Top 20 Most Loved Countries in Asia
❶ 🇲🇾 Malaysia
❷ 🇹🇼 Taiwan
❸ 🇸🇬 Singapore
❹ 🇯🇵 Japan
❺ 🇦🇪 UAE
❻ 🇰🇷 South Korea
❼ 🇵🇭 Philippines
❽ 🇮🇱 Israel
❾ 🇹🇷 Turkiye
❿ 🇸🇦 Saudi Arabia
⓫ 🇹🇭 Thailand
⓬ 🇮🇩 Indonesia
⓭ 🇻🇳 Vietnam
⓮ 🇳🇵 Nepal
⓯ 🇯🇴 Jordan
⓰ 🇧🇭 Bahrain
⓱ 🇱🇰 Sri Lanka
⓲ 🇭🇰 Hong Kong
⓳ 🇮🇳 India
⓴ 🇴🇲 Oman -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Celaka Yahudi Israel
MIRZA BEY™
@AuctionMirza570
Caution: its a shocking video This is gut wrenching i came across this video of Palestinian prisoners getting crushed . there is no one i can tag for help I can only Tag Almighty . Oh Almighty get rid of oppressors.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Words of Wise | Mindset Coach
@Wordofwise_
We don't have to be smarter than the rest. We have to be more disciplined than the rest.
— Warren Buffett -
Noor Amin Ahmad reposted
Nga Kor Ming
@NgaKorMing
Under the Madani government lead by PMX @anwaribrahim, KL is now the top 10 most popular city in the world. 🎆🇲🇾
Welcome to visit Malaysia, spend your holiday here and bring back unforgettable wonderful memories! 🫶🏼🫶🏼❤️
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Noor Amin Ahmad reposted
Global Statistics
@Globalstats11
The True Size of Malaysia 🇲🇾
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Selesai MATC Kangar tengah hari tadi. Anggota yang komited saban tahun dalam susah dan senang.
-
Noor Amin Ahmad reposted
SNEAKO HQ
@SNEAKOHQ
SNEAKO asks Prime Minister of Malaysia why they banned Israelis from visiting their country🇲🇾🇮🇱
"We don't recognize them as a state. How can you recognize a state that has colonized Palestine? They are expanding, causing atrocities, and are barbaric."This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya sokong agar kerajaan negeri Selangor jelaskan. HSAH selama ini dipajak sbg hutan pendidikan, penyelidikan dan pengembangan kepada UPM. Dah banyak diberi untuk pembangunan dulu. ‘Rumah kedua’ saya semasa belajar di UPM.
malaysiakini.com
@malaysiakini
Subang MP Wong Chen has urged the Selangor government to explain allegations that 68.4ha of the Ayer Hitam Forest Reserve land had been sold at a low price.
Wong said checks through the National Property Information Centre (Napic), under the Finance Ministry, showed that the land was acquired by Jakel Group at only RM13.80 per square foot.
“I want the Selangor government to confirm this matter. Is it true that the land was sold at RM13.80 per square foot?"
Full story: www.malaysiakini.com/news/772815 -
Noor Amin Ahmad reposted
Apurva Sanghi
@ApurvaSanghi
Dengan izin, post panjang sedikit hari ini 😅
Atas permintaan dan nasihat beberapa kawan, saya ingin kongsikan ucapan TEDx saya mengenai ekonomi Malaysia, tetapi kali ini dalam Bahasa Melayu!
Ucapan ini antara top 10 ucapan TEDx di seluruh dunia pada bulan lepas (mengikut bilangan paparan) - maksudnya rakyat Malaysia memang menyambut baik idea² yang diutarakan!
Oleh itu, saya pun rasa memang sesuailah jika saya terjemahkan kpd BM supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat menelitinya.
Seperti biasa, komen² saudari-saudari amat dialu²kan 🙏
_______
5 perkara semua rakyat Malaysia patut tahu tentang ekonomi mereka… tapi tak tahu!
[Pautan ke video penuh: www.youtube.com/watch?v=12Hin12Eo9Y]
Orang selalu panggil saya “walking economy”. Tahu tak kenapa? Rambut saya sedang menguncup. Perut saya pula mangsa inflasi. Maka saya pun sedih sampai kemeseletan 😊
Mengenai ekonomi, saya rasa anda semua tahu dua ekonomi terbesar di dunia adalah China dan Amerika Syarikat. Selepas melaraskan harga — seperti bagaimana potongan rambut di Shanghai lebih murah daripada di San Francisco — China menyumbang kira-kira 19–20% kepada GDP dunia, dan Amerika sekitar 15%.
Tapi pernah tak anda terfikir, berapa besar Malaysia? Jawapannya: 0.7%. Kurang daripada satu peratus! Itu pun lebih kecil daripada margin of errordalam ramalan ekonomi Bank Dunia! 😊
Tapi hakikatnya: Malaysia kecil dari segi saiz, tetapi besar dari segi jiwa dan cerita.
Dan hari ini, saya nak kongsikan cerita itu dalam bentuk “5 perkara semua rakyat Malaysia patut tahu tentang ekonomi mereka… tapi tak tahu!”
#1. Yang pertama: Walaupun Malaysia hanya sebahagian kecil daripada ekonomi global, negara ini telah berjaya mengangkat lebih 14 juta rakyat keluar daripada kancah kemiskinan.
[Pautan ke Fakta #1: www.youtube.com/watch?v=12Hin12Eo9Y&t=85s]
Itu bukan sekadar statistik; itu 14 juta hidup yang berubah… itu satu keajaiban di peringkat nasional.
10 tahun selepas merdeka, lebih kurang 50% — separuh daripada rakyat Malaysia — hidup dalam kemiskinan. Hari ini, hanya sekitar 5%.
Apabila Malaysia dan Singapura berpisah, Malaysia mewarisi populasi yang lebih besar, lebih miskin dan lebih berpaksikan pertanian. Namun Malaysia tetap berjaya mengeluarkan jutaan rakyat daripada kemiskinan — dan ia dilakukan tanpa mewujudkan kawasan setinggan kekal.
Setiap rakyat Malaysia patutlah bangga.
Dan sejujurnya: Nasi lemak Malaysia juga lebih sedap daripada Singapura😊
Berita yang lebih baik lagi: sebahagian besar daripada kejayaan ini tertumpu dalam kalangan rakyat Bumiputera, yang dahulunya paling ketinggalan. Dua puluh tahun dahulu, Bumiputera 2–3 kali ganda lebih berisiko kekal miskin berbanding Kumpulan etnik lain. Hari ini, jurang itu telah dihapuskan.
Kini, kemiskinan sebenarnya bukan lagi berpaksikan kaum atau etnik — tetapi kelas sosial. Cabaran hari ini? Menutup jurang dalam etnik, bukan antara etnik.
#2. Perkara yang kedua:
[Pautan ke Fakta #2: www.youtube.com/watch?v=12Hin12Eo9Y&t=170s]
Anda mungkin tahu Malaysia masih belum menjadi negara berpendapatan tinggi. Tapi tahu tak berapa lama Malaysia tersangkut dalam middle‑income trap (perangkap negara berpendapatan sederhana)?
Hampir empat dekad! Lamanya!
Korea Selatan, Taiwan, Singapura — semua sudah melepasi perangkap itu, tapi Malaysia belum.
Berkenaan itu, walaupun Malaysia tidak mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi, tahu tak apa yang Malaysia ada? Pendapat per kapita yang tinggi!
Berita yang baik: Malaysia boleh mencapai status berpendapatan tinggi dalam 5–7 tahun akan datang. Dan saya harap Michelle Yeoh boleh datang potong reben dan merasmikan mana-mana majlis meraikan kejayaan ini nanti😊
Berita yang buruk: Apabila itu berlaku, 6 daripada 10 rakyat Malaysia masih akan berada di bawah paras pendapatan tinggi.
Ini menunjukkan betapa luasnya jurang antara golongan berada dan golongan rentan: Rakyat di KL lebih kaya daripada rakyat Portugal — sebuah negara berpendapatan tinggi. Tetapi rakyat di Kelantan hampir 7 kali lebih miskin daripada rakyat KL — dan setaraf Sri Lanka.
Ini peta Malaysia yang kita kenal dan cinta:
Dan ini pula peta Malaysia diubah mengikut tahap kekayaan setiap negeri:
📷
Jurang itu meletup, secara literal. Pengajarannya: anda tidak boleh menjadi negara berpendapatan tinggi atas bahu segelintir sahaja! Jika tidak, anda bakal dengar soalan: “Macam mana negara aku kaya tapi aku miskin?"
________
Setakat ini, saya telah berkongsi dua fakta: (1) Malaysia berjaya menaikkan lantai dan mengurangkan kemiskinan dengan ketara (2) Malaysia masih belum berjaya menaikkan siling pendapatan. Persoalannya, mengapa?
________
#3. Jadi mari kita tanyakan diri kita — apakah yang menggerakkan ekonomi Malaysia?
[Pautan ke Fakta #3: www.youtube.com/watch?v=12Hin12Eo9Y&t=322s]
Kita semua tahu apa yang menggerakkan rakyat Malaysia: tentunya Teh Tarik dan Roti Canai! 😊
Tetapi ekonomi? Dahulu, komoditi — termasuk getah, bijih timah, minyak, dan gas — menjadi penggerak ekonomi. Namun, sumbangannya semakin mengecil.
Yang menggerakkan ekonomi Malaysia hari ini ialah semikonduktor.
Malaysia antara 10 pengeksport semikonduktor terbesar dunia.
Sebenarnya, semikonduktor bagi Malaysia umpama Angsa Bertelur Emas dalam cerita dongeng Aesop. Namun… angsa ini sudah semakin letih, dan semakin tua: Patutnya bermain badminton tapi sudah puas hati dengan bermain pickleball 😊 …pada hujung minggu 😊😊
Kenapa?
Sebab angsa itu tidak berinovasi.
Dunia kini berlumba dalam AI dan cip maju, tetapi Malaysia berisiko kekal di hujung rantaian nilai sahaja— hanya mengeluarkan cip melalui mass production tetap kurang terlibat dalam reka cipta, iaitu bidang yang paling membawa keuntungan.
Fakta: Hanya 18% paten semikonduktor Malaysia dimiliki rakyat Malaysia.
China? 40%.
Taiwan? 60%!
Ini bukan kerana orang Malaysia tak inovatif.
Anda semua tahu benda ini [kad Touch ’n Go],
Dan anda juga tahu situasinya: Anda kat tol, buka tingkap kereta, pusing tangan macam pakar yoga, cuba sehabis daya nak pastikan kad TnG bersentuh dengan sensor ajaib tu… tapi entah macam mana, tak boleh sampai juga 😊
Kemudian munculnya seorang genius Malaysia dan menyelesaikan masalah ini: voila… saksikanlah tongkat ajaib TnG! 😊
Saya harap ada genius yang boleh membaiki RFID pula — sebab di Malaysia, ada yang cakap RFID bermaksud: “Reverse Forward Insyallah Detect” 😊
Jadi masalahnya bukan rakyat tak inovatif, tetapi ekosistem inovasi yang lemah: Tahap pembiayaan jangka panjang yang rendah, toleransi terhadap kegagalan yang rendah, dan perbelanjaan R&D yang rendah
Malaysia membelanjakan kurang daripada 1% KDNK untuk R&D.
Singapura? Dua kali ganda;
Korea Selatan? Empat kali ganda!
“Middle‑income trap” (Perangkap negara berpendapatan sederhana) Malaysia sebenarnya ialah “Innovation trap” (Perangkap inovasi)
——-
Ok, 3 sudah selesai dijelaskan, tinggal 2 lagi.
Yang #4: Kadar pengangguran Malaysia rendah — cuma 3%. Tetapi di sebalik angka itu: 4 daripada 10 rakyat Malaysia bekerja di bawah tahap kemahiran mereka. Mereka dianggap “underemployed”.
[Pautan ke Fakta #4: www.youtube.com/watch?v=12Hin12Eo9Y&t=535s]
Saya selalu teringat Izwan, pemandu Grab saya dulu… dia pernah menjadi kontraktor bergaji tinggi di Petronas. Saya teringat guru matematik anak saya… yang mengurus beberapa kerja sambilan. Saya teringat jutaan rakyat Malaysia yang bekerja di bawah tahap kemahiran, berusaha untuk menampung kehidupan. Malah, hampir separuh daripada semua pekerja di Malaysia mendapat gaji kurang daripada RM3,000 – ataupun kira-kira $700 USD – sebulan. Jumlah itu pun tidak cukup untuk membayar cukai
Angka “brain-drain” jelas menggambarkan hal ini. Pada 1990, hanya 350,000 rakyat Malaysia duduk di Singapura. Hari ini? Lebih 1.5 juta, belum termasuk yang ulang-alik secara harian. Itu hampir satu suku daripada populasi Singapura! Ramai juga yang kini sudah menjadi warganegara Singapura. Jelas sekali, rakyat Malaysia tidak kekurangan semangat; yang kurang hanyalah peluang.
Ini membawa saya kepada sesuatu perkara… biar saya tanya: apakah sumber boleh diperbaharui paling berharga di Malaysia? Ia bukannya balak, solar atau hidro. Ia adalah generasi muda. Anak muda Malaysia sangat mempunya daya inovasi dan jati dari yang tinggat tinggi. Tetapi mereka jugalah yang paling susah nak mencari pekerjaan, dengan kadar pengangguran tiga kali lebih tinggi dalam golongan belia berbanding yang lain.
Mengapa? Pertama, mereka sudah ketinggalan sejak usia muda: 40% kanak-kanak Malaysia pada umur 10 tahun masih belum mampu membaca atau memahami teks yang sesuai dengan usia mereka. Pelajar menghabiskan 12.5 tahun di sekolah, tetapi pembelajaran sebenar mereka bersamaan sembilan tahun di negara lain. Itu bermakna kira-kira tiga setengah tahun persekolahan terbuang begitu sahaja. Tidak hairanlah apabila mereka memasuki alam pekerjaan, mereka sudah pun ketinggalan. Jadi, memang penting untuk membetulkan keadaan ini. Namun, tanpa mewujudkan pekerjaan yang lebih baik, hanya bermakna kita melatih bakat untuk lebih banyak yang dieksport.
Jadi, inilah soalan bernilai US$420 bilion — dan sekarang anda sudah tahu KDNK Malaysia, nampaknya makin bijak! — mengapa pekerjaan berkualiti tinggi masih kurang? Salah satu sebabnya ialah peranan kerajaan yang terlalu dominan dalam ekonomi sehingga mengekang dan mengehadkan sektor swasta, manakala satu lagi ialah kerenah birokrasi yang menyekat inisiatif.
Contohnya: satu kementerian mengawal selia penjagaan kanak-kanak, manakala kementerian lain mengawal prasekolah. Jadi, jika anda sebuah perniagaan swasta yang ingin menawarkan perkhidmatan penjagaan dan prasekolah secara bersama — seperti yang diminta oleh para ibu bapa zaman sekarang— anda perlu mendapatkan dua lesen berasingan daripada dua kementerian berbeza. Bukan itu sahaja, anda juga perlu mempunyai premis yang berasingan, lengkap dengan pintu masuk masing-masing.
Hasilnya? Anda sudah boleh beragak: ramai penyedia swasta memilih untuk beroperasi secara tidak sah.
Justeru, kita perlu mengembalikan semula ‘mojo’ sektor swasta. Dan kita juga perlu menangani kemiskinan pembelajaran dari akar umbi. Mana-mana jumlah bantuan tunai, AI atau latihan di peringkat kemudian pun tidak akan mampu menampung kelemahan asas ini.
Ini kerana anda tidak boleh membina negara berpendapatan tinggi berasaskan kemahiran rendah dan sektor swasta yang lemah!
#5. Dompet kerajaan semakin ringan
[Pautan ke Fakta #5: www.youtube.com/watch?v=12Hin12Eo9Y&t=821s]
Tahukah anda:
· 80% cukai pendapatan individu Malaysia dibayar oleh hanya 7% pekerja.
· Hasil cukai Malaysia sebagai peratusan KDNK kurang daripada 13% … jauh lebih rendah berbanding 12 tahun lalu, dan jauh ketinggalan daripada negara yang bercita-cita menjadi negara berpendapatan tinggi.
Dompet yang ringan ini memberi Kesan negative kepada pembinaan infrastruktur penting seperti hospital, Sekolah, dan jalan. Faedah hutang sahaja pun sudah makin membebankan. Ya, walaupun mengurangkan subsidi dan membanteras rasuah akan membantu — itu tidak mencukupi. Malaysia mesti memperluas asas hasil negaranya.
Anda tidak boleh membina negara berpendapatan tinggi dengan sumber yang rendah!
____
[Pautan ke Penutup: www.youtube.com/watch?v=12Hin12Eo9Y&t=900s]
Itulah lima fakta saya.
Persoalannya: apa yang boleh anda lakukan? Sebenarnya banyak, dan anda boleh mulakan dengan memperluaskan pengetahuan. Dan saya benar-benar berharap perkongsian saya hari ini membantu.
Berkenaan dengan maklumat, apabila saya tiba di Malaysia empat tahun lalu, saya agak terkejut bahawa sebuah demokrasi seperti ini belum mempunyai Akta Kebebasan Maklumat.
Sekarang, satu akta sedang diusahakan dan berpotensi mengubah budaya semasa Malaysia daripada ‘rahsia kecuali diterbitkan’ kepada ‘terbuka kecuali dirahsiakan.’ Satu perubahan yang besar!
Namun, semua Kerajaan di mana-mana pun memang terkenal dengan pelbagai silat untuk mengelak daripada menerbitkan maklumat: dengan melengah-lengahkan permohonan, mengenakan bayaran untuk maklumat, atau menggunakan alasan keselamatan negara.
Anda tahu, ramai orang ingat Kerajaan berkuasa sebab mengeluarkan wang. Salah. Khazanah Kerajaan yang sebenar adalah kepercayaan. Dan tiada apa yang lebih cepat menurunkan mata wang kepercayaan selain menyembunyikan maklumat atau menyebarkan maklumat salah.
Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, anda boleh memastikan Malaysia meluluskan — dan melaksanakan — Akta Kebebasan Maklumat terbaik di dunia
___
Saya pernah tinggal di Rusia selama lima tahun sebelum berpindah ke Kuala Lumpur. Pada 2017, di Moscow, sepanjang bulan Disember, kami menerima ada enam minit cahaya matahari. Enam minit… untuk 31 hari. Itu kurang daripada 12 saat cahaya matahari sehari. Ini kurang daripada masa yang anda layan TikTok pada waktu pagi!
Tetapi setiap pagi apabila saya membuka langsir di Kuala Lumpur, saya hampir pasti disambut dengan cahaya matahari yang indah dan keemasan.
Malaysia mungkin ekonomi yang kecil di persada dunia. Tetapi jiwa, semangat, harapan dan cita-cita Malaysia adalah setinggi langit.
Malaysia memanglah luar biasa. Terima kasih 🙏 -
Noor Amin Ahmad reposted
All day Astronomy
@forallcurious
SHOCKING🚨: Neuroscience confirms that brains cells are directly influenced by self-talk, the internal dialogue or conscious thoughts
-
Noor Amin Ahmad reposted
Saufiyah Ali
@saufiyvh
How to respect yourself:
-
Noor Amin Ahmad reposted
The Market Mind
@Market_Mind_
World’s Largest Oil Chokepoints 🛢
1. 🇲🇾🇸🇬 Strait of Malacca - 23.2 Mn B/D
2. 🇴🇲🇮🇷 Strait of Hormuz - 20.9 Mn B/D
3. 🇿🇦 Cape of Good Hope - 9.1 Mn B/D
4. 🇩🇰 Danish Straits - 4.9 Mn B/D
5. 🇪🇬 Suez Canal - 4.9 Mn B/D
6. 🇾🇪🇩🇯 Bab El-Mandeb - 4.2 Mn B/D
7. 🇹🇷 Turkish Straits - 3.7 Mn B/D
8. 🇵🇦 Panama Canal - 2.3 Mn B/D
Note: Average daily transit measured in million barrels per day; total global oil flow ~80 Mn B/D -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Malaysia dalam rekod pertumbuhan dan unjuran.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
2023: 4.0% (sebenar)
2024: 4.3% (unjuran) → 4.4% (semakan menaik)
2025: 4.1% (unjuran) → 4.5% (semakan menaik)
2026: 4.3% (unjuran) → 4.7% (semakan menaik)
Bank Dunia
2023: 3.7% (unjuran) → 4.0% (semakan menaik)
2024 : 4.3% (unjuran) → 4.9% (semakan menaik)
2025: 3.9% (unjuran) → 4.1% (semakan menaik)
2026: 4.1% (unjuran) → 4.4% (semakan menaik) -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Agenda sifar kemiskinan tegar ini adalah misi Kerajaan Persekutuan.
Masa bentang PAS pertikai.
Bila data tunjuk pencapaian PAS dakwa usaha dia. -
Noor Amin Ahmad reposted
DaVinci
@BiancoDavinci
Japanese high school teacher Hirotaka Hamasaki draws amazing blackboard art for his students, then erases it to show the beauty of letting go.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dari 4.0% ke 4.1%. Kini ke 4.4%.
Dalam keadaan ekonomi global makin tak menentu, World Bank TAK turunkan unjuran pertumbuhan Malaysia — tapi NAIK, bukan sekali tetapi DUA KALI!
Ini bermakna ekonomi kita terus berkembang. Peluang pekerjaan bertambah, perbelanjaan rakyat meningkat, dan aktiviti dalam negara kekal rancak.
Tetapi kita tidak boleh terlalu selesa.
Apa yang berlaku di luar negara boleh ubah keadaan kita dengan cepat. Bila harga minyak dunia naik, kesannya akhirnya sampai kepada kos barang dan perniagaan di sini. Bila perdagangan global tegang, peluang eksport dan pelaburan juga boleh terjejas.
Dalam masa yang sama, kita juga perlu akui bahawa ekonomi kita masih bergantung kepada beberapa sektor utama.
Sebab itu, fokus kita bukan sekadar mengekalkan momentum ini, tetapi memastikan ekonomi kita lebih pelbagai, lebih tahan, dan lebih bersedia menghadapi sebarang kejutan.
Momentum ini petanda baik — tetapi masa depan ekonomi kita ditentukan oleh apa yang kita bina sekarang.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat #malaysiamadani
www.bernama.com/bm/news.php?id=2542893 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Acahan mengena
-
Noor Amin Ahmad reposted
Yan
@CFC_Yan_
How couples met (1930-2024)
-
Noor Amin Ahmad reposted
My Mixtapez
@mymixtapez
18-year-old sprint phenom Gout Gout rewrote history by breaking Usain Bolt’s 20-year-old 200m record ⚡️💯
-
Noor Amin Ahmad reposted
Malay Mail
@malaymail
Wow, so beautiful 😍 A netizen in Kota Tinggi, Johor spotted rare iridescent clouds on 8 April at around 4.49pm and shared the moment online after seeing it for the first time, with the colourful sky quickly catching attention online and leaving many in awe.
#malaymail #iridescentclouds #johor -
Noor Amin Ahmad reposted
Free Malaysia Today
@fmtoday
#beritafmt Pelantikan dibuat susulan Sultan Mizan Zainal Abidin akan beristirahat daripada semua tugas serta atur cara rasmi atas nasihat pegawai perubatan.
Artikel Penuh: www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2026/0… -
Noor Amin Ahmad reposted
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dewan penuh di Mesyuarat Agung Tahunan Cabang-Cabang PKR Pahang. Tapi yang lebih penting, kesedaran yang kita kongsi malam ini.
Ini bukan malam untuk sembang santai. Kita sudah masuk fasa kritikal menuju PRU16.
PKR hari ini bukan lagi pembangkang. Kita kerajaan. Jadi cara kita bekerja, berkempen dan berkomunikasi mesti berubah.
Tak cukup dengan ceramah dan media sosial sahaja. Kita kena turun padang, jumpa rakyat, bina kepercayaan dari bawah.
Dalam masa sama, jangan hilang kekuatan kita. Kena kembali agresif di media sosial. Jawab isu, bentuk naratif, pertahankan parti.
Dan paling penting, jangan berpecah. Kalau kita sendiri tak kuat sebagai satu pasukan, rakyat tak akan percaya kita boleh urus negara.
Malam ini bukan sekadar pertemuan. Ini peringatan bahawa masa makin suntuk, dan kerja kita perlu digandakan.
#keadilan #pkr #pahangbangkit #tza -
Noor Amin Ahmad reposted
Adam Yusuf
@adamyusuf88
Aku baru tahu benda ni.
Itu pun sebab tersebar dalam wasap group.
Rugi kalau tak share
Bagus kerajaan MADANI 👍
Terima kasih @KWSPMalaysia
Terima kasih PMX @anwaribrahim topup RM500 -
Noor Amin Ahmad reposted
Jabatan Penerangan Malaysia ❤️🇲🇾
@JPenerangan
📢 Isu Diesel Malaysia ke Filipina 🇲🇾❌
▶️ Transaksi ini melibatkan kerajaan Filipina & syarikat swasta antarabangsa sahaja. 🤝🌍
▶️ Malaysia hanya lokasi transit/logistik. ⛴️
▶️ Minyak dibeli dari pasaran global, bukan Petronas. ⛽ -
Noor Amin Ahmad reposted
Malay Mail
@malaymail
MACC tracks RM203m foreign fund flows linked to ex-CEO in share sale scandal ebx.sh/YG0DHF
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Gila
ÓMÒÉLÉRÍNJÁRÉ
@omoelerinjare
He was scheduled to fly AirAsia to Thailand with his son. They boarded the boy but informed the father that the flight was overbooked and he could not board.
He calmly explained at the counter that his young son was already on the plane and could not travel alone. The staff ignored him. Frustrated, he raised his voice and shouted, “Return my fucking son back!” -
Noor Amin Ahmad reposted
jon
@bumilangit
Cara Thailand dan Malaysia bantu rakyat hadapi krisis harga bahanapi tak sama, sebab cara mereka bagi subsidi berbeza.
Misalnya bila orang tanya kenapa diesel di sana lebih murah?
Kita tengok secara menyeluruh:
🇲🇾 vs 🇹🇭
Ini adalah bebenang mudah faham: -
Noor Amin Ahmad reposted
Stake Football
@StakeFootball
Chelsea FC 🔵🏆
-
Noor Amin Ahmad reposted
Lee Seng Foo🇲🇾李成富
@sengfoo88
Something is definitely going on...
-
Noor Amin Ahmad reposted
Syahir
@syahir
Malaysia tidak terkesan secara langsung oleh sekatan di laluan Selat Hormuz?
70% import minyak mentah Malaysia dari Asia Barat tu kena lalu Selat Hormuz apa yang tak terkesannya?
Lepas sebulan lebih baru Iran bagi satu tanker yang bawak Malaysia punya minyak mentah lepas. Apa yang tak terkesan?
Lepas tu Presiden PAS cakap Malaysia banyak sumber, tak patut naikkan harga minyak. Memang Malaysia ada sumber, sebagai pengeluar minyak, pengeluaran minyak Malaysia tiap-tiap tahun menurun.
Pengeluaran minyak Malaysia dah memuncak tahun 2004 lagi lepas tu menurun setiap tahun.
Sejak 2018 pengeluaran minyak mentah negara jatuh daripada 197.4 juta tong (2018) sekarang (2025) tinggal 124.6 juta tong turun dekat 40% jatuh.
Nak taknak kena buat subsidi bersasar, hentikan subsidi pukal.
Kalau dulu harga minyak masak, ayam, telur naik melambung-lambung tak boleh kawal sebab faktor luaran, jangan cakap harga minyak petroleum la.
Berita KS
@berita_ks
KUALA LUMPUR, 8 Apr - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempersoalkan kebimbangan terhadap bekalan dan kenaikan harga minyak di Malaysia, dengan menyatakan tiada sebab bagi kenaikan itu berlaku dalam negara.
Beliau menegaskan bahawa tidak wajar harga minyak dinaikkan dengan alasan situasi global khususnya konflik Asia Barat, memandangkan Malaysia tidak terkesan secara langsung oleh sekatan di laluan Selat Hormuz. -
Noor Amin Ahmad reposted
econsmalaysia
@econsmalaysia
Saya rasa ramai akan marah dan kecewa esok kerana harga RON95 tak turun setelah harga Brent jatuh dari USD100+ ke USD90+ hari ni. Tapi ini bukanlah harga yang terpakai untuk menetapkan harga RON95 - and I don't mean MOPS
-
Noor Amin Ahmad reposted
Cerlong Paceroh
@MeeRebus11
Peta Negeri-Negeri Utara Semenanjung pada tahun 1850. Semuanya nama Melayu.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Danial
@masterofnone
Malaysia is building world-class industrial clusters from Perlis to Sarawak. 🇲🇾
But if a kid from Kelantan or Sabah can’t access the skills to work in them…who exactly are we building this for?
Upskill the nation. All of it. -
Noor Amin Ahmad reposted
Al Jazeera Breaking News
@AJENews
BREAKING: Iran says Malaysian ship has passed through Strait of Hormuz
🔴 LIVE updates: www.aljazeera.com/news/liveblog/2026/4/6/iran-war-live-te… -
Noor Amin Ahmad reposted
Iran Embassy In Malaysia
@iraninmalaysia
We just used it for malaysian friends, and put it back again👌
-
Noor Amin Ahmad reposted
KroniRakyat
@KroniRakyat
15K bungkus nasi lemak sehari weh!!!
Anak dia Dr medik terus jadi COO company.
Ini baru usahawan sejati!
Lain maciam!This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad reposted
Error Mohibur
@Mohibur_Tech_Ai
MY WIFE KEEPS PAYING FOR GMAIL STORAGE.
I told her to do this before.
She went from 14.9/15 GB to 6 GB in a single afternoon.
I hope this helps you ↓ -
Noor Amin Ahmad reposted
teme Abdullah
@itsteme
Saya dapat 10A untuk SPM.
Alhamdulillah, layak untuk mohon hampir kesemua scholarship.
Saya bukan tiba-tiba nak bagitahu result tau hahaha! Apa yang saya nak cerita ialah, tindakan kita selepas SPM itu yang menentukan hala tuju kita. SPM tidak menjamin. Jangan ulangi silap saya.
Dipendekkan cerita, saya dapat scholarship ijazah architecture ke United Kingdom. Namun, ada kesilapan yang saya buat, yang mengakibatkan saya hilang kesemuanya.
Saya terpaksa jadi pelukis jalanan buat beberapa tahun.
Lepas SPM, kita terdedah dengan alam dewasa yang sebenar. Kita perlu buat pilihan besar. Tak ada orang pantau kita kat universiti. Nak tidur 24 jam tak pegi kelas pun tak ada siapa yang marah.
Time ni lah jiwa remaja kita teruji. Lagi mencabar dalam keadaan tiada pemantauan.
Instead of menjadi pelajar yang baik, saya banyak menyimpang. Saya berniaga, saya belajar agama (tidak salah. Cuma pembahagian masa & keutamaan saya yang salah), saya banyak cuba benda baru.
Saya jadi tak nak study.
Merasa diri dah besar, saya banyak buat keputusan pramatang.
Rebel. Saya terlupa tujuan & tanggungjawab sebenar saya. End up saya tidak capai keputusan yang baik untuk exam terakhir saya sebelum layak terbang ke United Kingdom.
Saya kurang 1 point sahaja. Sangat sayang.
Scholarship saya untuk ke UK dibatalkan. Rayuan ditolak.
Bila saya apply universiti dalam negara, hampir tak jumpa universiti yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia yang terima result A-Level. Semuanya minta result SPM.
Maksudnya, saya terpaksa bermula dari awal.
2 tahun A-Level ‘terbakar’ macam tu sahaja. Sedangkan kawan-kawan saya yang masuk asasi, matriks, diploma, semuanya berbaki 2-3 tahun je lagi untuk dapat ijazah. Ada yang dah nak kerja pun.
Saya? Daripada baki 3 tahun, jadi 5-7 tahun untuk ijazah seni bina. Sebab intake tahun tersebut dah tak dibuka.
Masa hadapan terasa gelap masa tu.
Memang rasa tak nak sambung belajar dah. 2 tahun yang 'sia-sia' itu ibarat 10 tahun bagi budak belasan tahun. Kita rasa stress & asyik compare dengan kawan-kawan yang lebih bernasib baik pada mata kita.
Sedih tengok kawan-kawan semua dah hampir tamat belajar sedangkan saya dengan SPM je.
Namun semua tu berlaku atas kesilapan saya juga. Maka, saya terpaksa hadap & perbetulkan semuanya semula.
Apa yang saya nak share ialah, hati-hati membuat keputusan di alam dewasa. SPM bukan penamat, bukanlah penentu segalanya.
Ya, alhamdulillah saya dapat 'kejar' balik akhirnya. Saya terbang ke UK dengan biaya sendiri. Terpaksa buat macam-macam kerja sambil belajar di negara orang. Siap jadi pelukis jalanan. Macam-macam cabaran saya lalui termasuklah kata-kata yang kurang enak daripada orang terdekat.
Tapi, kalian tak perlu lalui semua tu. Kalian boleh elakkan buat kesilapan yang sama.
Dan jika kalian temui jalan buntu, insyaAllah akan ada jalan keluar. Jika kita berusaha, tak give up, serahkan kepada Allah dalam semua hal, insyaAllah akan ada penyelesaiannya.
Take your time untuk bersedih.
Tapi ingatlah, gagal sekali, tak bermakna gagal selamanya. 🌹 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Teknologi
Saeed Amiri 🇦🇪 ♕
@S3eedWB
A man in Dubai suffered a sudden heart attack, within moments responders acted, using an advanced CPR machine to bring him back to life. 🇦🇪⛑️
-
Noor Amin Ahmad reposted
Elvis Tunde
@Tunnykvng
“It’s just Port Vale”
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Tak ramai menulis lebih mendalam tentang Lekra dan Manikebu. Membaca Goenawan Mohamad lebih menjelaskan kepada saya kenapa Hamka dituduh plagiat Magdalena dan mengapa HB Jassin membelanya.
Kita mungkin biasa mendengar karya-karya Bung Pram yg diharamkan semasa Orde Baru. Cuma baru ini saya tahu ada juga karyanya diharamkan semasa Orde Lama meskipun beliau nama besar Lekra yg kuat mendukung ‘Politik Adalah Panglima’.
Tentu saja lebih menarik kerana bukan saja Sutan Takdir (baca: pemuka Manikebu) membawa diri ke Malaysia dan menjadi Ketua Jabatan Pengajian Melayu di UM (era Anwar Ibrahim belajar di sana), malah karya Pram (baca: Lekra) juga diajar di Malaysia. -
Noor Amin Ahmad reposted
Ihtesham Ali
@ihteshamali
A Nobel Prize winner spent his entire career proving that your brain lies to you constantly, and the most unsettling part is that the smarter you are, the more convincing the lies become.
His name is Daniel Kahneman, and the research that earned him the Nobel Prize in Economics was not about markets or money.
It was about the two systems running inside every human mind at all times, and why one of them is almost always in charge when you think the other one is.
Here is what he found, and why it changes how you should think about every decision you make.
Kahneman called them System 1 and System 2.
System 1 is fast, automatic, emotional, and operates almost entirely outside your conscious awareness. It is the system that reads the mood in a room before you process a single word, that flinches before you hear the sound, that forms an impression of a stranger in milliseconds.
System 2 is slow, deliberate, effortful, and exhausting. It is the system you engage when you do long division or carefully weigh a major life decision. The critical insight is not that these two systems exist. It is that System 2 is lazy by design, and System 1 runs the show far more often than any of us want to believe.
The most dangerous finding in Kahneman's research is what he called the what-you-see-is-all-there-is problem. System 1 does not pause to ask what information might be missing. It builds the most coherent story it can from whatever data is currently available, then delivers that story to your conscious mind as a conclusion that feels like it was carefully reasoned.
You experience the output of an automatic process as if it were the result of deliberate thought. The confidence feels earned. It almost never is.
This is why cognitive biases are not character flaws. They are structural features of a brain optimized for speed. The availability heuristic makes you overestimate the probability of whatever comes to mind most easily, which is why people fear plane crashes more than car accidents and dramatic rare diseases more than the conditions that actually kill most people.
The anchoring effect makes your judgment of any number heavily influenced by whatever number you heard first, even if that number was completely arbitrary. The halo effect makes your overall impression of a person contaminate every individual judgment you make about them, so the same resume gets rated more competitively when attached to an attractive photo.
The part that Kahneman spent the most time on, and that most people resist the hardest, is what he called expert overconfidence. He studied stockbrokers, surgeons, military commanders, clinical psychologists, and financial analysts people at the absolute top of their fields with decades of experience and found systematic evidence that their confidence in their own judgments consistently exceeded the accuracy of those judgments.
Experience in a domain does not eliminate cognitive bias. In many cases it amplifies it, because experts build elaborate mental models that feel comprehensive but are often just more sophisticated versions of the same shortcuts everyone uses.
The most honest thing Kahneman ever said about his own research was that writing the book did not make him any less susceptible to the biases he spent fifty years documenting. He still felt the pull of every heuristic he described. The difference was not immunity.
The difference was recognition, and the discipline to slow down in moments when the fast answer felt suspiciously easy.
Knowing that your brain lies to you does not stop the lies. But it teaches you which moments deserve a second look before you trust the story you are already telling yourself. -
Noor Amin Ahmad reposted
Polymarket
@Polymarket
JUST IN: MIT study warns AI can reinforce false beliefs and trigger “delusional spiraling” in users.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Bagi saya kita tak perlukan Madani Mart. Cukup perkemas SARA dan jualan rahmah dan tengok bagaimana sistem bagus seperti ecoss lebih mesra kumpulan rentan terutama yang ketinggalan bab teknologi digital. 2013 kita belanja hampir RM400 juta untuk KR1M. Kini dah 2026 jika kos lebih kecil tak perlu. Jika kos lebih besar lebih baik manfaatkan cara lain. Jika tidak belanja operasi sewa kedai saja sudah tinggi.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Mario Nawfal
@MarioNawfal
🚨MIT researchers have mathematically proven that ChatGPT’s built-in sycophancy creates a phenomenon they call “delusional spiraling.”
You ask it something, it agrees. You ask again, and it agrees even harder until you end up believing things that are flat-out false and you can’t tell it’s happening.
The model is literally trained on human feedback that rewards agreement.
Real-world fallout includes one man who spent 300 hours convinced he invented a world-changing math formula, and a UCSF psychiatrist who hospitalized 12 patients for chatbot-linked psychosis in a single year.
Source: @heynavtoor -
Noor Amin Ahmad reposted
Malay Mail
@malaymail
Kim Na Eun, 17, has become the first South Korean student in Malaysia to score A+ in all 10 subjects she sat for in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, including Bahasa Malaysia.
Her father, Kim Taeho, told The Borneo Post that the family was in disbelief when they visited SMK St Columba on Tuesday to collect her results.
“I cried the moment she told me her results. We did not expect her to get straight A+ in all subjects, including Bahasa Malaysia, as she struggled with learning Bahasa Malaysia during her primary school years,” he said.
Na Eun took Bahasa Melayu, English, Moral, History, Mathematics, Additional Mathematics, Physics, Chemistry, Biology, and Bible Knowledge for SPM 2025. -
Noor Amin Ahmad reposted
Syahir
@syahir
TNB meramalkan bil elektrik akan mula meningkat bermula Julai 2026 dengan mekanisme Automatic Fuel Adjustment (AFA) berubah daripada rebat kepada surcaj.
Kesan perang Iran meningkatkan harga arang batu apabila negara-negara Asia mula kembali menggunakan arang batu untuk penjanaan elektrik meningkatkan permintaan bahan api tersebut.
Tahun lepas arang batu mewakili 58.8% daripada penjanaan elektrik Semenanjung Malaysia.
SoyaCincau
@Soya_Cincau
𝐏𝐞𝐭𝐫𝐨𝐥 𝐚𝐧𝐝 𝐃𝐢𝐞𝐬𝐞𝐥 𝐩𝐫𝐢𝐜𝐞𝐬 𝐚𝐫𝐞 𝐮𝐩, 𝐛𝐮𝐭 𝐰𝐡𝐚𝐭 𝐚𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐞𝐥𝐞𝐜𝐭𝐫𝐢𝐜𝐢𝐭𝐲?
TNB has revealed the Automatic Fuel Adjustment (AFA) rate for April, with consumers receiving a lower rebate of 0.47 sen/kWh. The AFA is forecast to turn into a surcharge of 0.08 sen/kWh in July 2026.
Unlike petrol/diesel prices, electricity rates in Peninsular Malaysia remain stable despite the ongoing Middle East conflict. The AFA is a mechanism that adjusts based on the market cost of fuel (gas, coal, etc.) and foreign exchange rates. When prices are low, it results in a rebate, but if there’s a spike, it will be reflected as a surcharge.
Malaysia’s power generation is still largely coal-based, with long-term contracts helping to reduce exposure to global price volatility.
Jan 2026: -4.99 sen/kWh
Feb 2026: -2.77 sen/kWh
Mar 2026: -2.15 sen/kWh
Apr 2026: -0.47 sen/kWh
May 2026: -0.39 sen/kWh (Forecast)
Jun 2026: -0.91 sen/kWh (Forecast)
Jul 2026: +0.08 sen/kWh (Forecast) -
Noor Amin Ahmad reposted
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
ISLAM DAN NEGARA
Sebagai anak muda yang agak aktif berdakwah di zaman muda dulu, saya juga sedar bahawa pentingnya ilmu dan tidak terbawa dengan semangat kepartian secara berlebihan.
Oleh kerana itu penting memahami beberapa asas misalnya:
1. Islam itu ajarannya sempurna (bagi yang beriman kepadanya) tetapi manusia terdedah kepada kelemahan;
2. Agama dan pentadbiran agama adalah dua perkara berbeza;
3. Pentadbiran Islam bukan beerti tidak ada orang boleh melakukan dosa. Boleh melakukan dosa di sini bukan galakan melakukan dosa tetapi penegasan bahawa fitrah manusia memang terdedah dengan kemungkinan melakukan dosa;
4. Dosa dan jenayah adalah dua perkara berbeza dari sudut pentadbiran. Jenayah itu berdosa malah ada yang berdosa besar. Dosa pula tidak semestinya bersifat jenayah;
5. Di zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat r.hum ada kes bunuh, zina, minum arak. Ia tidak menjadikan kepimpinan mereka lemah atau tidak boleh diteladani;
6. Rasulullah s.a.w. dan sahabat r.hum mengadili kes berdasarkan bukti dan hujah. Walaupun berhak, jika bukti dan hujah lemah, keputusan dibuat berdasarkan bukti dan hujah yang lebih baik. Pada masa yang sama Rasulullah s.a.w. sentiasa mengingatkan hal keimanan - yakin pengadilan sebenar di akhirat;
7. Rasulullah s.a.w. tidak menyeru kepada semangat suku, kaum, warna kulit atau daerah. Malah Rasulullah s.a.w. menegaskan sesiapa yang menyakiti orang bukan Islam sama seperti menyakiti dirinya;
8. Rasulullah s.a.w. bertanyakan kepada yang lain dalam banyak hal. Ada ruang berbeza pandangan meskipun akhirnya Baginda s.a.w. hanya akan mengambil satu keputusan;
9. Bila Rasulullah s.a.w. wafat, ramai tidak percaya, sehingga sahabat r.hum membacakan dalil Muhammad hanyalah seorang Rasul. Jika kamu beriman kepadanya, Baginda telah wafat. Ia mengajar kita bahawa pemimpin datang dan pergi;
10. Selepas kewafatan Baginda s.a.w., para sahabat r.hum juga berbeza pandangan tentang siapa layak menggantikannya;
11. Walaupun sahabat r.hum sempat bersama Nabi s.a.w. - hidup, melihat, mendengar, berjuang bersamanya, perbezaan pendapat mereka bukan kecil bahkan sampai berperang dan berbunuhan.
Bagi saya 11 perkara ini fundamental dan perlu dihadam oleh mana-mana individu atau kumpulan yang mahu bercakap tentang Islam dan Negara. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Hamka, Anwar, Khurshid Ahmad antara pimpinan-pemikir gerakan Islam yang awal dijemput pasca Revolusi Iran dulu.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Contoh mabuk tanpa minum
-
Noor Amin Ahmad reposted
𝐌𝐚𝐥𝐜𝐨𝐥𝐦
@Malcolm_Pal9
Donald Trump is going to get 'Regime change', but the visuals suggest it will happen in the United States🇺🇸 not in Iran🇮🇷.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Stats Globe
@statsglobe
🇲🇾 Malaysia Passport Power Ranking Since 2000:
2000 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 13th
2001 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 13th
2002 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 13th
2003 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 13th
2004 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 13th
2005 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 13th
2006 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 9th
2007 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 10th
2008 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 11th
2009 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 11th
2010 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 11th
2011 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 10th
2012 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 10th
2013 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 9th
2014 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 8th
2015 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 8th
2016 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 8th
2017 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 7th
2018 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 10th
2019 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 12th
2020 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 13th
2021 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 13th
2022 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 12th
2023 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 11th
2024 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 11th
2025 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 10th
2026 ➜ 🇲🇾 Passport Rank: 6th -
Noor Amin Ahmad reposted
Al Jazeera Breaking News
@AJENews
BREAKING: Trump says he wants to 'take the oil in Iran'
🔴 LIVE updates: www.aljazeera.com/news/liveblog/2026/3/30/iran-war-live-w… -
Noor Amin Ahmad reposted
Justin Snyder || TheMaineWonk
@TheMaineWonk
Holy shit. This is an anti-Trump rally today.
IN LONDON. -
Noor Amin Ahmad reposted
Brian Krassenstein
@krassenstein
Philadelphia No Kings.
The tide has turned. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
MINYAK: HARGA, SUBSIDI DAN KEJUTAN
1. Siapa yang pernah mengikuti Sekolah Merdeka yang saya anjurkan melalui Institute for Leadership and Development Studies (LEAD) sejak 2014 pasti biasa dengan topik i. Harga dan ii. Subsidi dalam tema Politik-Ekonomi.
2. Harga ditentukan oleh pasaran - permintaan dan penawaran. Dulu pensyarah saya ajar "Amin, jika kamu faham ini, kamu telah faham separuh daripada persoalan ekonomi."
3. Bagaimanapun, harga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain termasuk antaranya cukai dan subsidi. Itu belum dikira faktor lain seperti monopoli, pencatutan, penipuan, perang, sekatan ekonomi dan sebagainya.
4. Apabila harga minyak di pasaran berjumlah RM5 seliter misalnya, tetapi kita hanya membayar RM3 seliter, itu bukan bermaksud harga minyak adalah RM3 seliter. Harganya tetap RM5 seliter. Cuma, RM2 seliter dibayar oleh pihak lain. Pihak lain ini ialah syarikat dan individu yang membayar cukai. Ya, syarikat yang kamu mungkin tuduh sebagai kapitalis atau individu yang kamu kata kaya itu. Cuma kita tak boleh tentukan secara khusus syarikat atau individu mana bagi setiap liter yang disubsidi.
Kita hanya membayar RM3. Selebihnya syarikat minyak berkaitan akan membuat proses tuntutan daripada kerajaan untuk setiap baki RM2 subsidi tersebut.
Percaya atau tidak, jika ditanya syarikat dan individu yang membayar cukai ini, mereka hampir pasti lebih suka wang cukai mereka digunakan untuk beri lebih kepada sekolah, hospital, rumah ibadat dan sebagainya berbanding memberi subsidi minyak kepada kita. Jadi, eloklah kita berterima kasih kepada semua pembayar cukai kerana tanpa mereka, kerajaan sukar untuk membiayai subsidi.
5. Ramai mengungkit cerita hampir 20 tahun lalu kerana Anwar Ibrahim bercakap tentang minyak boleh lebih murah ketika itu. Setuju atau tidak, dalam debat harga minyak, Anwar menunjukkan kepada kita tentang RM5 billion yang diperlukan bagi mengurangkan harga minyak ketika itu.
Berapa harga minyak ketika itu?
Harga minyak MOPS (Mean of Platts Singapore) pada tahun 2008 mencapai paras tertinggi dalam sejarah sebelum jatuh mendadak, selari dengan lonjakan harga minyak mentah dunia, berikutan krisis ekonomi global. Purata harga minyak mentah Asia-Pasifik (Tapis) adalah sekitar USD 103.69 setong, dengan harga runcit petrol di Malaysia naik sebanyak 78 sen - dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.
Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion pada tahun tersebut. Kerajaan mahu menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.
Tanpa subsidi, harga pada masa itu sebenarnya dianggarkan sekitar RM3.30-RM3.80 bagi petrol dan RM3.00-RM3.50 bagi diesel.
Logiknya, anggaran RM5 billion Anwar pada ketika itu munasabah kerana kerajaan sendiri mengumumkan pelarasan harga dibuat bagi menjimatkan RM4 billion. Sama ada kita bersetuju dengan cadangan Anwar pada ketika itu, termasuk dari mana sumber RM5 billion itu dicadangkan diambil adalah soal kedua, dan menjadi akademik.
Untuk rekod, bagi tahun 2007, cukai pendapatan petroleum kerajaan ialah RM20.5 billion, dividen Petronas RM24.0 billion, royalti petroleum RM4.2 billion. Bagi tahun 2008, cukai pendapatan petroleum berjumlah RM24.1 billion, dividen Petronas RM30.0 billion dan royalti petroleum RM6.2 billion. Cukai pendapatan petroleum bagi tahun 2009 pula ialah RM27.2 billion, dividen RM30.0 billion dan royalti petroleum RM6.6 billion.
Saya hanya menunjukkan angka-angka daripada Laporan Ekonomi 2007-2009 sesuai dengan kadar terdekat isu yang dibincang.
Angka-angka ini mungkin boleh dipersoalkan lagi kerana laporan berasaskan tahun kewangan Petronas menunjukkan bayaran kepada kerajaan ialah RM52.3 billion (2007), RM67.6 billion (2008), dan RM74.0 billion (2009)Post not available here, view on X
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
14. Berapa pula cukai petroleum, dividen dan royalti minyak kepada kerajaan antara 2024-2026?
Bagi tahun 2024, masing-masing RM21.8 billion; RM32 billion dan sekitar RM6.5 billion.
Untuk tahun 2025 masing-masing RM16.9 billion; RM32.0 billion dan RM5.5 billion. Manakala bagi tahun 2026 cukai petroleum diunjurkan lebih rendah kepada RM15.7 manakala dividen dan royalti hanya boleh ditentukan kemudian. Dengan situasi minyak dunia semasa, meskipun harganya tinggi, jika bekalan berkurangan, jumlahnya mungkin lebih rendah.
15. Bagaimana pula dengan subsidi?
2024
- Pemansuhan subsidi pukal diesel di Semenanjung.
- Harga berubah daripada RM2.15 kepada RM3.35.
- Diganti dengan RM200 sebulan. Boleh menampung sekitar 166 liter subsidi.
- RON97 harga pasaran
- RON95 harga subsidi sekitar RM2.05.
2025
- Diesel harga pasaran. Sabah dan Sarawak kekal.
- Pengangkutan awam dan logistik mendapat harga subsidi.
- Kos subsidi turun daripada RM10.1 billion kepada RM6.2 billion.
- RON97 harga pasaran.
- RON95 diperkenalkan Budi Madani 95. Harga RM1.99 sehingga 300 liter. Bermula Oktober 2025.
2026 perlu dinilai nanti memandangkan data penggunaan semasa tiga bulan pertama nampak agak tinggi.
16. Apa yang kita boleh dapat daripada Perkara 15?
Perubahan dasar daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar bagi petrol.
Bagi diesel subsidi pukal di Sabah dan Sarawak manakala harga pasaran secara umumnya bagi Semenanjung kecuali sektor terpilih dan penerima fleet card.
Untuk diesel sahaja penjimatan dapat dibuat sebanyak RM4 billion antara 2004 ke 2005. Daripada belanja subsidi sebanyak RM10.1 billion kepada RM6.2 billion.
Untuk petrol, kerajaan mensasarkan tambahan penjimatan sekitar RM4 billion setahun bergantung kepada harga minyak. Ini berdasarkan petunjuk penjimatan subsidi sebanyak kira-kira RM1.2 billion pada suku keempat 2025 selepas Budi95 diperkenalkan berbanding suku keempat 2024.
17. Penjimatan ini mungkin berkurangan kerana kejutan kesan perang Iran-Israel kini. Impak penuh masih sukar diramal.
18. Kesimpulan yang boleh dilihat:
i. Soal minyak 2008 sebenarnya telah lama selesai melalui pengenalan RON95 pada tahun 2008 yang menyerap tanggungan kos subsidi yang diperlukan ketika kejutan harga pasaran sebelum itu. Ia boleh dianggap penyelesaian baik pada masa itu dan tidak ada pertikaian lanjut.
ii. Harga minyak terus naik dan turun. Pada banyak masa terkawal. Sesekali luar kawal.
iii. Jumlah penduduk dan kenderaan telah lama bertambah. Jumlah hasil daripada petroleum relatif sama malah berkurangan.
iv. Tanggungan subsidi masih diteruskan dalam realiti ii. dan iii.
v. Penyelesaian lama mungkin sudah tidak cukup relevan. Boleh kekal bertahan untuk satu tempoh lagi.
vi. Penyelesaian baru ialah bersedia dengan pelan peralihan tenaga. Kita tidak boleh sentiasa menyalahkan komputer kerana menggantikan mesin taip.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad reposted
The Kobeissi Letter
@KobeissiLetter
BREAKING: Qatar has declared force majeure on LNG contracts through May 2026, canceling obligations to customers in Italy, Belgium, South Korea, and China.
Qatar is one of the world's largest LNG suppliers, accounting for 20% of global LNG production. -
Noor Amin Ahmad reposted
Syahir
@syahir
Technically orang Sabah & Sarawak yang subsidize kita dekat Semenanjung sebab 69% pengeluaran minyak keluar dari Sabah & Sarawak.
Dalam masa yang sama jualan Diesel di Sabah & Sarawak hanya mewakili 38% jumlah jualan seluruh negara dan Semenanjung 62%.
Diorang produce banyak sumbang kepada hasil negara, guna lebih rendah daripada kita.
Tu tak masuk gas/LNG yang lagi besar hasil daripada minyak.
Banyak lagi sebab, tapi ni pun dah cukup.
Gouk
@TheGreatGouk
Sampai bila semenanjung nak subsidize diesel Sabah dan Sarawak? Orang semenanjung merana org sana senang lenang.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
KJ
Kali terakhir saya terserempak dan berbual dengan KJ ialah semasa menunggu penerbangan di Subang. Beliau mahu ke Langkawi untuk half marathon (?) dan saya ke Alor Setar untuk pulang ke Perlis.
Nama KJ memuncak dalam politik Malaysia semasa Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM. Kebetulan, beliau adalah menantu Pak Lah. Ramai tidak ingat beliau dan Azalina antara pengendali forum Dateline di NTV7 ketika era Reformasi 1998.
Dengan latar anak duta (baca: membesar di luar negara), berpendidikan di Oxford, KJ boleh dikira pantas menyesuaikan diri dalam politik negara. Pada awalnya memang nampak sedikit kekok, bergaya bandar. Kini nampak lebih santai dengan aras bahasa yang masuk dengan kelas pertengahan.
Seingat saya hanya sekali kami di pentas forum yang sama di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor. Tetapi saya berperanan sebagai moderator. Bercakap tentang gaji minima dan subsidi. Panelnya selain KJ ialah Charles Santiago, Dr Ong Kian Ming dan Wan Saiful Wan Jan. Agak menarik di sini ialah Charles dan Dr Kian Ming meskipun daripada parti yang sama sebenarnya mewakili kecenderungan ideologi politik-ekonomi yang berbeza. Charles cenderung kiri-demokrasi sosial manakala Dr Kian Ming pula cenderung kepada pasaran bebas. Jika ingatan saya betul, KJ, Dr Kian Ming dan Wan Saiful sempat sezaman di luar negara. Mereka pangkat abang-abang saya. Ya, KJ ada memberitahu beliau sudah mula mencecah 50 tahun dan saya cemburu kerana beliau masih mampu menyertai half marathon.
Semasa menjadi ahli Parlimen kami ada berhubung beberapa kali dan beliau ikut hadir sebagai Menteri perasmi dan pengisi slot Program Kepimpinan Muda Parlimen Malaysia yang saya anjurkan melalui Kaukus Ahli Parlimen Muda.
Bila KJ dipecat, seorang rakan saya memberitahu KJ akan masuk UMNO semula. Saya ketika itu skeptikal. Ya, beliau baru saja dipecat. Namun, rakan saya berkata "hang tunggu tengok nanti." Setelah beberapa ketika saya menjadi lebih yakin. Puncanya? KJ tidak menyertai mana-mana parti meskipun ada yang memancingnya. Dalam kata lain, jiwanya UMNO. Bak kata beliau sendiri, "Saya tidak keluar UMNO. UMNO yang memecat saya."
Kini KJ telah kembali. Dalam realiti politik yang lebih cair, dinamik dan serba mungkin. Ulasan awal KJ tentang pembangkang yang paling tidak berguna disambut oleh komentar balas beberapa pemimpin PAS dan serangan cytro mereka. Ia adalah petunjuk awal bahawa suara KJ bukan sahaja boleh memberi kesan kepada PAS tetapi boleh menjadi senjata 'baru' UMNO untuk mengembalikan keyakinan umum.
Meskipun UMNO sedang melalui era paling mencabar sejak dua PRU lalu, dan KJ sendiri dalam tempoh itu tidak cukup untuk menampan arus penolakan yang berlaku, namun dalam politik pasang surut boleh berubah. Sehari boleh menjadi terlalu cepat. Sehari juga boleh menjadi terlalu lama.
Masih awal untuk kita melihat impak kembalinya KJ ke dalam UMNO. Sekurang-kurangnya masih ada masa untuk setiap parti menyusun strategi. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
MINYAK
Semalam ada terbaca komen katanya rakyat faham sebab apa harga minyak naik cuma saja nak troll Anwar sebab dulu kata boleh turunkan harga minyak.
Saya rasa dia mungkin sedang troll diri sendiri juga sebab dulu bersungguh pertahan harga minyak tinggi sekarang mahu minyak murah.
Sebenarnya dua-dua hujahan tahap selekeh. Ya, tahap troll saja. Tidak perlu mengaji tinggi.
Teringat zaman muda dulu jika orang bercakap tentang dulu, ada peringatan khususnya “nenek aku pun dulu anak dara.” Ia adalah cara untuk tunjuk bahawa masa berubah.
Memang siapa yang belajar politik lebih sedikit akan bertemu dengan kenyataan bahawa fiqh siyasah adalah cabang fiqh yang paling cepat dan mudah berubah. Kenapa? Kerana konteks politik itu berubah-ubah.
Apa yang baik pada masa lalu, belum tentu baik pada masa kini dan begitulah sebaliknya. Apa yang berjaya pada masa lalu, belum tentu sesuai pada masa kini dan begitulah sebaliknya.
Dalam forum di UPM tahun lalu saya ada juga menyentuh sepintas contoh minyak dan mendapat respond hampir sama - “orang persoal sebab dulu pernah cakap minyak boleh murah.”
Saya rasa bab minyak murah memang telah dibuat melalui Budi95. Namun saya mengajak khalayak pengajian tinggi berfikir lebih daripada masyarakat umum di jalanan. Ilmuwan perlu bercakap tentang apa yang lebih baik dan patut untuk negara, terlepas siapa pun berkuasa. Anwar, atau pun mana-mana pemimpin, tidak akan selamanya berkuasa. Namun, sebagai ilmuwan, tugas kita sebenarnya ialah menilai sama ada dasar-dasarnya baik untuk negara. Baik untuk negara tidak semestinya baik untuk diri kita sendiri sebagai individu.
Ada yang menyinggung saya bercakap untuk mempertahankan Anwar. Mereka mungkin tak tahu latar belakang saya yang pernah menjadi antara pemuka pasaran bebas di Malaysia.
Ketika Anwar bercakap tentang harga minyak rendah dulu, saya telah bercakap tentang ketirisan subsidi dan peralihan tenaga yang lebih mampan. Ketika pemimpin parti menolak Lynas dulu, saya telah bercakap tentang kepentingan nuklear yang mungkin lebih ditakuti. Ketika Rafizi bercakap tentang hapus PTPTN dulu saya telah mempersoalnya tentang kecenderungan mahu menggunakan kantung Petronas bagi menampung.
Banyak juga saya berbeza dengan parti sejak dulu cuma saya tak merengek. Saya memang tahu sejak mula bahawa idea politik yang saya pegang adalah minoriti dalam mana-mana parti. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya menulis isu subsidi minyak di The Malaysian Insider seingat saya kira-kira 15 tahun lalu.
Waktu itu merujuk data ADB dan juga dalam the Economist.
Selepas Pelan Rasionalisasi Subsidi diumum oleh Najib, barulah berpeluang melihat data tempatan sekitar waktu itu. -
Noor Amin Ahmad reposted
South China Morning Post
@SCMPNews
Iran to allow Malaysian vessels to pass in Strait of Hormuz: Anwar www.scmp.com/news/asia/southeast-asia/article/3348031/ira…
-
Noor Amin Ahmad reposted
Buletin TV3
@BuletinTV3
NASIONAL | Malaysia menduduki kedudukan ke-13 sebagai negara paling aman di dunia dan kedua di Asia Tenggara berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI) 2025.
#buletintv3 #indekskeamananglobal #gpi2025 #malaysiaaman #asiatenggara
Berita penuh di www.buletintv3.my/nasional/malaysia-negara-ke-13-paling-a… -
Noor Amin Ahmad reposted
Berita RTM
@beritartm
Kenyataan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung Rundingan Iran
'Yang sahih di RTM'
#rtm #beritartm #malaysiamadani #taatsetia #bersamamalaysiaku #rancakkanmadani #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Ada satu pesan seorang pensyarah kami di Fakulti Perhutanan, UPM yang kuat saya ingat.
“Faham dan ingat apa yang saya ajar. Jangan tengok apa yang saya buat.”
Mulanya saya merasa sedikit janggal. Pepatah Melayu ada menyatakan ‘guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.’ Dalam pemahaman saya sejak kecil itu jika guru pun tak betul, maka anak murid lebih teruk lagi.
Pensyarah kami yang ini agak unik. Rupa dah macam orang putih. Dulu berambut panjang diikat kemas. Kemudian botak licin. Memang sekali pandang macam Stone Cold Steve Austin. Awalnya terkejut juga kerana beliau berpakaian gaya ‘outdoor’ semasa mengajar. Meskipun boleh berpakaian ‘casual’, beliau mewajibkan berkasut jika masuk ke kuliahnya. Dalam bahasa mudah, kena ada karakter. Jangan selekeh.
Ia bermula dari awal 1970-an, ketika beliau dihantar ke Wales untuk belajar Botani. Namun, semasa tiba di sana, beliau mendapati di fakultinya ada bidang Taman dan Rekreasi Luar. Zaman itu komunikasi tidak secanggih dan sepantas sekarang. Beliau mengutus telegram untuk memberitahu dekan pada masa itu tentang hasratnya menukar bidang pengajian. Telegram sampai lewat. Dekan tidak menggalakkan. Namun beliau telah memulakan pengajian.
Taman dan rekreasi luar adalah sebahagian daripada pengurusan hutan. Namun, cakupannya melebihi dan terkait dengan pelbagai bidang lain termasuk misalnya pelancongan, psikologi sosial, pengurusan perniagaan, lanskap, perancangan tanah, pengurusan hidupan liar dan sebagainya.
Bagi saya, bezanya berbanding misalnya fakulti sains sukan dan rekreasi yang ada di beberapa universiti lain lama kemudian ialah rekreasi di universiti lain boleh dikatakan berasaskan sukan (sports based), manakala kami pula berasaskan sumber (resource based). Fokus kami adalah kepada persekitaran - misalnya tentang daya tampung (carrying capacity) yang terkait dengan pengurusan tanah, air, hidupan liar dan tentunya pokok itu sendiri.
Meskipun tahu beliau sedikit skeptikal dengan saya kerana ada unsur pertembungan karakter (di universiti dulu saya berkopiah Raihan dan aktif tabligh semasa zaman Diploma), peluang berinteraksi secara bersemuka dengan beliau semasa satu majlis di rumahnya beberapa tahun sebelum beliau bersara menunjukkan kepada saya satu sisi lain.
“Faham dan ingat apa yang saya ajar. Jangan tengok apa yang saya buat.”
Ilmu lebih besar dan lebih penting daripada manusia. Meskipun dituntut berbuat apa yang dikata, manusia tidak sunyi daripada segala macam kekurangan, kesilapan dan kelalaian. Maka beliau mahu anak-anak muridnya sentiasa mengutamakan ilmu berbanding dirinya. Beliau boleh silap dan kadangkala atas faktor kelemahan manusia memilih perbuatan yang salah. Namun jangan kerana itu kita menganggap tidak ada yang berguna boleh dipelajari terutama dalam kuliahnya. Dekati ilmu, bukan dirinya. Ambillah ilmu yang diajar olehnya, jangan menganggap semua yang dilakukannya adalah ilmu.
Bagi kami semua beliau adalah Bapa Rekreasi Luar Malaysia. Perjuangan panjang beliau untuk membentuk Jabatan Rekreasi Luar di Fakulti Perhutanan, UPM hanya mula menampakkan hasil selepas beliau bersara. Ada yang berkata itu kerana watak beliau agak berbeza sehingga ‘dipinggirkan’ di fakulti.
Beliau tidak mengejar gelar profesor. Namun beliau antara yang paling komited di dalam kuliah dan memeriksa tugasan mingguan yang diberikan kepada kami. Malah, beliau mahu kami belajar menulis secara akademik dengan tekun sampaikan format laporan tugasan pun mesti diikuti - tapi caranya tidaklah membuatkan kami merasa leceh atau skema ‘poyo’.
Tidaklah semua kami anak muridnya sentiasa ‘ngam’ dan bersetuju dengannya. Ada juga yang ‘berlaga angin’ dengannya dari semasa ke semasa. Namun, umumnya kami semua menghormati beliau. Bukan saja sebagai Bapa Rekreasi Luar, tetapi juga kerana kesungguhan dan kesederhanaannya yang terzahir pada komitmen dalam bidang pilihannya yang ditunjukkan di kuliah dan di lapangan, pada fokusnya yang tidak sangat mengejar gelaran. -
Noor Amin Ahmad reposted
Al Jazeera Breaking News
@AJENews
BREAKING: Iran, Malaysia discuss US-Israel war
🔴 LIVE updates: www.aljazeera.com/news/liveblog/2026/3/24/iran-war-live-t… -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
TENAGA DAN MINYAK - Omelan 3
Dalam mana-mana transaksi perniagaan yang sah, setiap pihak mempunyai untung rugi tersendiri bergantung kepada perspektif yang mahu diambil.
Dalam soal minyak, Malaysia mendapat manfaat daripada pengeksportan minyak mentah. Kita dikenali sebagai pengeksport minyak mentah yang berkualiti. Terma perdagangan yang baik menjadi satu kelebihan buat kita.
Pada masa yang sama, ia turut memberi kesan negatif. Kenaikan harga minyak mempunyai rantaian kesan meluas dalam pertumbuhan, sekaligus penggunaan, pelaburan dan pendapatan.
Bila harga minyak mencecah USD130 setong pada pertengahan 2008, kerajaan menstruktur semula subsidi minyak. Harga petrol naik 41% dan harga diesel naik 63%.
Bagi menampung kesan kenaikan ini, beberapa langkah diambil, misalnya:
- Rebat tunai sebanyak RM625 kepada setiap kenderaan. Diberi kepada pemilik kenderaan persendirian dengan enjin berkapasiti 2000cc dan trak pikap serta jip sehingga 2500cc. Di Sabah dan Sarawak, rebat tunai dipanjangkan kepada kenderaan berkapasiti enjin sehingga 3000cc;
- Rebat tunai RM150 kepada pemilik motosikal persendirian dengan enjin berkapasiti 250cc;
- Pengurangan cukai jalan sebanyak RM200 kepada kenderaan persendirian berkapasiti enjin lebih 2000cc dan RM50 bagi motosikal berkapsiti enjin lebih 250cc;
- Syarikat pengangkutan yang layak termasuk bas ekspres dan bas sekolah diberi kad fleet untuk membeli diesel pada kadar harga RM1.43/liter. Harga yang sama juga kekal dinikmati oleh nelayan dan pengusaha perkhidmatan pengangkutan; dan
- Operator teksi boleh membeli petrol pada kadar harga RM1.92 seliter sebanyak maksimum 720 liter sebulan.
Sejak dulu kita memberi subsidi kepada penggunaan setiap liter minyak. Seperti Thailand, ia sedikit sebanyak memberi manfaat kepada seluruh sektor ekonomi. Namun, ia juga bermaksud penggunaan sumber secara tidak ekonomik (baca: membazir sumber).
Ketika kenaikan minyak berlaku mendadak pada tahun 2008/2009, subsidi melonjak secara drastik dari sekitar RM1.7 billion pada tahun 2002 kepada RM7.5 billion pada tahun 2007 dan seterusnya RM28 billion pada tahun 2008.
Pada ketika itu Petronas telah menyumbang kepada hasil kerajaan sebanyak RM62 billion, terdiri daripada RM30 billion dalam bentuk dividen, RM26 billion dalam bentuk cukai pendapatan korporat dan petroleum, RM4.7 billion royalti dan RM2.1 billion duti eksport.
Kita boleh lihat di sini hampir 100% dividen dibelanjakan untuk subsidi minyak, bukan untuk tujuan pembangunan misalnya sekolah, hospital dan sebagainya. Subsidi ini pula dinikmati oleh semua syarikat penjual minyak pelbagai jenama. Dalam kata lain, Petronas sebenarnya turut memberikan subsidi kepada syarikat minyak lain secara tidak langsung. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
DIESEL
Bagi mereka yang tinggal di sempadan, antara isu harga minyak semasa yang menjadi persoalan ialah harga diesel Thailand kini lebih murah dari Malaysia.
Menjadi kebiasaan bagi penganalisa dasar awam untuk melihat kerangka perundangan atau kawal-selia dalam sesuatu isu dulu. Sama ada ia baik atau buruk (baca: boleh ditambah baik), kerangka semasa adalah apa yang mengaturnya.
Ada banyak perkara boleh dikaitan dengan sesuatu dasar awam terutama jika ia terkait ekonomi-sosial. Ini kerana sifat manusia yang tidak seragam. Di sinilah cabaran ahli politik yang perlu menentukan kerangka perundangan dan kawal-selia seolah-olah ‘one size fits all’. Sebagai contoh, cukai dan struktur pasaran setempat.
Thailand mengamalkan dasar kawalan inflasi antaranya melalui had siling harga diesel untuk kenderaan pengangkutan perniagaan. Dana Minyak Kenderaan atau Oil Fuel Fund dibentuk antaranya bagi tujuan ini.
Berapa subsidi minyak di Thailand? Kini kira-kira 20 baht per liter. Thailand cuba mengekalkan harga di bawah 30 baht per liter namun dengan lonjakan semasa, ia telah melebihi. Harga runcit kini berada pada kadar 31.14 baht per liter, manakala gasohol E10 pula 33.50 baht per liter. Pihak berkuasa menggesa orang ramai juga menggunakan biofuel, biodiesel bagi mengurangkan pergatungan kepada minyak import.
Thailand kini membelanjakan kira-kira 1.3 juta baht sehari bagi mengekalkan harga dan dana ini hanya boleh bertahan sekitar satu bulan.
Watcharin Boonrit, Timbalan Pengarah Jabatan Dasar dan Perancangan Tenaga Thailand berkata “minyak mentah Dubai melonjak dari US$158 per barrel pada 20 Mac, sebanyak 122% ketimbang tahap sebelum krisis, sekaligus memberi tekanan kepada kos tenaga di Thailand. Namun, kerajaan kini menggunaan Oil Fuel Fund untuk mestabilkan harga donestik dan menghadkan impak kepada kos sara hidup.”
Pagi tadi, Menteri Thailand mengumumkan hasrat meminjam 150 billion baht melalui Oil Fuel Fund untuk memanjangkan lagi tempoh tanggungan subsidi sekiranya kesan perang yang masih berlangsung belum berakhir.
Thailand kini mengalami permintaan mendadak yang menekan-nekan. Jika sebelum ini pengeluaran adalah sekitar 79.91 juta liter sehari yang boleh menampung permintaan domestik antara 67 ke 70 juta liter, kini kerajaan membenarkan loji penapisan beroperasi 24 jam bagi menampung pembelian panik yang sedang berlaku. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
TENAGA DAN MINYAK - Omelan 2
Harga minyak mempunyai kaitan rapat dengan pertumbuhan ekonomi global. Semakin tinggi harga minyak, semakin perlahan pertumbuhan ekonomi. Ini tidak sukar difahami.
Cabaran lebih dirasakan oleh negara membangun dan negara miskin yang perlu mengekang inflasi di samping cuba merangsang pertumbuhan.
Pada tahun 2008 lagi, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menjangkakan permintaan tenaga akan meningkat kira-kira 30% menjelang 2030. Bukan sahaja kerana pertambahan penduduk tetapi juga kerana pertumbuhan ekonomi dan perkembangan teknologi. Tak perlu pergi jauh, dulu penggunaan telefon bimbit adalah satu kemewahan. Kini, penggunaan telefon pintar seolah satu kemestian. Dalam banyak keadaan kita mengecaj telefon semalaman meskipun bateri telah penuh.
Pertumbuhan global juga menunjukkan pembelian kenderaan meningkat secara eksponen. Semakin baik kehidupan seseorang atau sesebuah keluarga, semakin tinggi pemilikan kenderaan. Ia juga tidak pelik. Kenderaan adalah antara asas kepada aktiviti ekonomi kerana ia meningkatkan tahap kemudahsampaian atau akses pergerakan manusia, barang dan perkhidmatan - sekaligus modal.
Rezab minyak dunia pada ketika itu boleh bertahan sehingga 42 tahun. Manakala rezab gas asli pula sehingga 60 tahun. Jumlah tersebut mungkin telah bertambah lebih sedikit, namun ada petunjuk cabaran yang perlu disedari awal, antaranya:
1. Kebanyakan telaga minyak telah tua (baca: lama) dan matang (baca: tidak lagi memberi banyak pengeluaran);
2. Corak pelaburan untuk kerja teroka menunjukkan corak penurunan sejak pertengahan 1980-an;
3. Kos penapisan yang terus meningkat;
4. Keperluan peralihan kepada tenaga lestari yang mempunyai kesan kos infrastruktur dan keperluan tenaga mahir tersendiri. -
Noor Amin Ahmad reposted
ABS-CBN News
@ABSCBNNews
LOOK: Here's how long the oil reserves of countries and territories in the Asia-Pacific region will last, based on data from BMI as of March 19, 2026.
The Philippine government said its stock of oil will be sufficient for 60 more days.
WATCH: www.youtube.com/watch?v=1unziwtwu9c -
Noor Amin Ahmad reposted
Globe Eye News
@GlobeEyeNews
BREAKING:
Saudi Aramco cuts crude oil supply to Asian buyers for April. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Rasanya tahun ni tak ada berita orang putus jari kerana main mercun. Satu pencapaian juga tu.
Cuma banyak laporan orang hilang akal main mercun tak kena masa. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
TENAGA DAN MINYAK - Omelan 1
Dunia sebenarnya telah mula bercakap tentang peralihan tenaga sejak beberapa dekad. Preteksnya ialah 1) sumber semakin terbatas, menjadikan kos semakin tinggi dan 2) kepercayaan bahawa sumber sedia ada lebih mencemar alam sekitar.
Meskipun ada persetujuan pada prinsipnya, perjanjian global tidak mudah berlaku. Setiap negara mempunyai cabarannya tersendiri. Tenaga diperlukan untuk menjana pertumbuhan. Negara maju yang telah menikmati pertumbuhan dilihat cuba memaksa negara membangun dan negara miskin memperlahankan pertumbuhan dengan preteks yang ada. Sedangkan negara membangun dan negara miskin memerlukan pertumbuhan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Kadar penggunaan tenaga per kapita sebenarnya lebih besar di negara maju berbanding negara membangun dan negara miskin. Maka, tuntutan balas ialah negara maju perlu memperlahankan kemajuan mereka.
Di sini timbul dilema kerana memperlahankan kemajuan boleh beerti menghilangkan peluang kerja, merendahkan taraf hidup. Bukan pilihan mudah.
Peralihan ke sumber tenaga baru tidak semestinya murah, khususnya di peringkat awal. Maka ia memang sering menguntungkan yang lebih mampu.
Pemain tenaga lama sama ada akan merasa tergugat kerana telah banyak pelaburan dan sumber manusia dilatih dengan pengetahuan dan kemahiran lama. Namun, pada masa yang sama mereka paling bermodal untuk meneroka peralihan ke sumber tenaga baru memandangkan kosnya tinggi dan pemain baru tidaklah ramai. Rata-rata pembekal tenaga diberi monopoli tertentu kerana sensitiviti bidang.
Ramai pihak yang mungkin hanya pentingkan harga yang rendah. Memang tidak ada siapa mahukan harga tinggi. Namun, tenaga bukan hanya soal harga. Dalam perbincangan global mengenai tenaga, trilema yang cuba ditangani ialah 1) persoalan sekuriti iaitu bagaimana memenuhi permintaan yang terus meningkat, 2) kelestarian, iaitu bagaimana mengurangkan atau meminimakan kesan pencemaran dan 3) kemampuan, yang menyentuh bukan sahaja tentang penggunaan tenaga tetapi juga kos penghasilannya.
Isu minyak semasa agak menarik. Ia wajar dilihat sebagai satu saat boleh didik (teachable moment) bagi mereka yang percaya kepada peralihan tenaga kepada sumber lebih lestari.
Minyak adalah sumber bahan api fosil untuk menghasilkan tenaga. Ya, bahan api fosil yang bukan sahaja dikaitkan dengan pencemaran tetapi juga satu sumber tidak boleh diperbaharui - habis, habislah.
Setakat ini kira-kira 30% sumber tenaga dunia bergantung kepada minyak. Di Malaysia, penggunaan bahan api fosil minyak sebagai sumber tenaga berada pada tahap sekitar 35%, arang batu 15%, gas asli 30%, hidro 12% dan solar 8% (Nota: bukan angka tepat, hanya sekitar dan berubah-ubah). -
Noor Amin Ahmad reposted
Jason Smith - 上官杰文
@ShangguanJiewen
🇨🇳BYD's super fast charging stations.
Fully charged within 9 minutes, with a range of 600KM.
There is no oil crisis in China.😊 -
Noor Amin Ahmad reposted
Salahu
@salahudeen33
Solution To Heart attack
Save someone's life by sharing -
Noor Amin Ahmad reposted
Curiosity
@MAstronomers
The invisible Glass experiment
Scientists once placed a transparent glass barrier inside an aquarium.
On one side was a fierce pike, and on the other side were several smaller fish swimming freely.
When the hungry pike saw the smaller fish, it immediately rushed forward to attack.
Bang. It slammed straight into the glass and bounced back.
Confused, the pike kept trying again and again, but every attempt ended the same way.
The repeated collisions injured its head and knocked off some of its scales. Eventually, the pike became frightened and retreated to a corner of the tank.
After some time, the scientists quietly removed the glass barrier. The smaller fish now swam freely throughout the aquarium, even brushing against the pike’s mouth.
But the pike never tried to eat them again.
Even though it was hungry, it refused to attack. In its mind, the invisible wall was still there.
A few days later, the pike reportedly died of starvation, surrounded by food. This phenomenon is often referred to as the Pike Effect or Pike Syndrome.
It’s often used as a metaphor for how repeated failure can create invisible limits in the mind. -
Noor Amin Ahmad reposted
Kingsley W
@SmokelessWord
I’ve always loved rugby, but sitting down with @WillGreenwood gave me a whole new perspective.
We talk about decision-making, team culture and knowing your role - even if that means being the ultimate number two.
Expect raw honesty and sharp wit.
Watch the trailer now!This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Eid Mubarak! Semoga amal kita diterima.
-
Noor Amin Ahmad reposted
CNN
@CNN
Actor Chuck Norris, the action hero and star of "Walker, Texas Ranger," has died, according to a post on his verified Instagram account. He was 86. www.cnn.com/2026/03/20/entertainment/chuck-norris-death?D…
-
Noor Amin Ahmad reposted
Faris Hazman | PeaceSeekers
@FarisHzmn
Satu bulan, 47 resipi.
Setelah sepanjang bulan berhempas-pulas, inilah dia buku resipi @khairulaming tahun 2026 :] Dipersilakan untuk merujuk, simpan dan guna pakai pada bila-bila masa :D
Selamat hari raya, semua!
BM: anyflip.com/tkgwm/xbrr
English: anyflip.com/tkgwm/gzsz -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
RAMADAN 1447H
Alhamdulillah hari ini hari terakhir Ramadan 1447H. Esok insya-Allah kita semua akan menyambut Syawal.
Sepanjang Ramadan KEADILAN dan Pakatan Harapan Kangar serta rakan perpaduan Barisan Nasional khususnya UMNO Kangar telah sempat menjalankan beberapa program bersama antaranya:
1. Edaran bubur kepada lebih 2,500 penerima;
2. Singgah sahur - menyediakan lebih 200 pek makanan kepada petugas badan beruniform dan pengawal keselamatan sekitar Kangar;
3. Sumbangan kotak makanan Aidilfitri YB Dato' Ramanan kepada 200 penerima melalui Ziarah Kasih Madani;
4. Sumbangan ayam dan beras pulut kepada 1000 penerima;
5. Sumbangan beras Madani 10kg kepada lebih 4000 penerima;
Selain itu aktiviti-aktiviti pelbagai turut dijalankan oleh pimpinan dan anggota parti yang aktif di setiap DUN berbeza misalnya
1. Bantuan pakaian Raya kepada 100 penerima;
2. Program Segak Raya - Gunting Rambut Percuma kepada 200 penerima;
3. Penyediaan juadah berbuka kepada lebih 200 penerima;
4. Bantuan awal mangsa kebakaran di Kampung Kota, Indera Kayangan dan Kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis.
Terima kasih kepada ratusan petugas dari semua DUN di Kangar - Bintong, Sena, Indera Kayangan, Kayang dan Kuala Perlis.
Semoga bertemu lagi di Ramadan akan datang.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Semoga amal kita semua diterima oleh Allah s.w.t. -
Noor Amin Ahmad reposted
BFM News
@NewsBFM
The MCMC has urged Apple users to update their iOS devices immediately after multiple security vulnerabilities were discovered.
The regulator said the update fixes several flaws, including the DarkSword exploit chain affecting iPhones, which could enable unauthorised access, spyware installation and data theft. -
Noor Amin Ahmad reposted
Forbes
@Forbes
Malaysian Billionaire Syed Mokthar Albukhary-Backed $765 Million LNG Facility Approved www.forbes.com/sites/iansayson/2026/03/18/malaysian-billi… (Photo: Getty Images)
-
Noor Amin Ahmad reposted
#bersama P108 8103 💛💙
@La_FarEast
Aku setuju dgn tulisan ni.
#harmoni -
Noor Amin Ahmad reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Rakyat diseru pelihara keharmonian, elak isu sensitif jejas perpaduan
www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2534813
#bernamanews -
Noor Amin Ahmad reposted
Andrew Feinstein
@andrewfeinstein
-
Noor Amin Ahmad reposted
BRICS News
@BRICSinfo
JUST IN: US and Israeli strikes on Iran are releasing toxic pollutants that will poison the environment for decades, Bloomberg reports.
-
Noor Amin Ahmad reposted
The Associated Press
@AP
Jürgen Habermas, whose work on communication, rationality and sociology made him one of the world’s most influential philosophers and a key intellectual figure in his native Germany, has died. He was 96. apnews.com/article/juergen-habermas-dead-germany-2b541721…
-
Noor Amin Ahmad reposted
Syahir
@syahir
Ramai yang menyindir Sabah & Sarawak tak terkesan dengan Perang Timur Tengah sebab Kerajaan kekalkan harga Diesel RM2.15 dekat sana termasuk EXCO Terengganu ni.
Tak perlu dengki sangat dengan Sabah & Sarawak sebab penggunaan Diesel dekat sana hanya mewakili 25% daripada penggunaan Diesel seluruh negara.
Kerajaan belanjakan RM11.5 bilion subsidi Diesel untuk seluruh Malaysia, hanya RM2.4 bilion atau 20% untuk Sabah & Sarawak.
Lagipun Sabah dan Sarawak pengeluar minyak utama negara mewakili hampir 70% pengeluaran minyak mentah Malaysia.
Itu kita tak cerita gas lagi.
So basically Sabah & Sarawak hasilkan 70% minyak mentah negara, tapi hanya guna dan terima 20% subsidi Diesel.
Semua orang terkesan perang dekat sana, tapi boleh bagi ruang sikit Sabah & Sarawak yang banyak bantu negara.
Dr Azman Ibrahim
@Dr_AzmanIbrahim
Sabah & Sarawak negeri pengeluar minyak dapat diesel murah.
Terengganu? 😁 -
Noor Amin Ahmad reposted
Jason Ng
@ByJasonNg
BREAKING: Trump is now targeting countries, including Malaysia, with alleged excess manufacturing capacity.
Here we go again... -
Noor Amin Ahmad reposted
Berita RTM
@beritartm
12 Mac – Lebihan makanan daripada hotel dan industri makanan kini diproses menjadi hidangan sedia dimakan menggunakan teknologi retort.
berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senara…
'Yang sahih di RTM'
#rtm #beritartm #malaysiamadani #taatsetia #bersamamalaysiaku #rancakkanmadani #madanibekerja -
Noor Amin Ahmad reposted
The Pakistan Index
@thepakindex
JUST IN: Spain’s PM Pedro Sánchez calls for ending veto power in the UN Security Council.
-
Noor Amin Ahmad reposted
𝐌𝐚𝐥𝐜𝐨𝐥𝐦
@Malcolm_Pal9
Double standards in language used to manufacture consent.
-
Noor Amin Ahmad reposted
aidil
@climateaidil
Hello! My team is looking for a Climate Change Programme Lead at WWF-Malaysia. If you’re a leader in climate mitigation & adaptation with a passion in advocating for nature-based solutions & extensive experience in project management, consider applying. Sharing the link below ⬇️
-
Noor Amin Ahmad reposted
Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴
@Marchfoward
TERKINI
Simpanan Bank Negara Malaysia meningkat kepada paling tinggi dalam 11 Tahun iaitu sebanyak 128.3 Bilion USD
Daripada jumlah itu 200 Juta USD adalah simpanan Emas -
Noor Amin Ahmad reposted
Buletin TV3
@BuletinTV3
Lebih 200 jemaah termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadir bagi memberi penghormatan terakhir serta menunaikan solat jenazah tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari, Syed Muhammad Naquib al-Attas di Masjid at-Taqwa TTDI.
#buletintv3 #beritaterkini #profdirajadrsyedmuhammadnaquibalattasThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah ketika berucap di Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sebentar tadi, saya mengumumkan beberapa langkah Kerajaan MADANI untuk membantu meringankan beban rakyat, khususnya menjelang Aidilfitri.
Ini termasuk mengawalkan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada 5.2 juta penerima, serta Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam, pesara dan veteran, selain lebih 70,000 imam, bilal, tok siak, noja, marbut serta guru KAFA dan takmir di seluruh negara.
Saya juga umumkan peluasan subsidi tiket penerbangan FLYsiswa bagi membantu lebih 50,000 mahasiswa pulang ke kampung. Beberapa langkah untuk mengawal harga barangan turut diperkukuh, terutama melalui Jualan Rahmah MADANI.
Semoga ikhtiar ini sedikit sebanyak membantu rakyat dalam membuat persiapan Aidilfitri dengan lebih tenang dan gembira bersama keluarga serta insan tercinta, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#yakinmadani -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik: Antara Fakta, Data dan Cita-Cita - Cerita 19
Oleh kerana umum melihat Ezam dan Azmin sebagai 'Panglima Anwar' ketika itu, tidak ramai melihat ada krisis antara mereka berdua. Masing-masing sibuk menggerakkan reformasi dengan pendekatan masing-masing.
Jika ada kedengaran pun ia mungkin hanya beza pandangan biasa antara pemimpin. Dalam organisasi, dalam demokrasi, perbezaan adalah keniscayaan (necessary). Justeru itu, mengurus perbezaan adalah antara ciri penting kepimpinan. Oleh kerana itu kemahiran diplomasi diperlukan.
Sebagaimana ditulis dalam siri Cerita yang lebih awal, menjelang Ezam meninggalkan parti, kritikan-kritikan banyak dihalakan kepada Azmin. Selain daripada pertikaian 'Azmin mengawal parti', Ezam secara sinis membangkitkan isu siasatan BPR terhadap Azmin semasa Anwar masih menjadi TPM, sekitar 1997.
Ketika Reformasi 1998, memang ada pertuduhan bahawa kekayaan Azmin melebihi tahap kemampuannya. Dalam pertuduhan awal terhadap Anwar, beliau antaranya dikatakan melindungi Azmin daripada siasatan BPR. Azmin juga didakwa di mahkamah.
Ia mengingatkan saya kepada buku biografi Dato' Shafee Yahya, mantan ketua pengarah BPR. Ketika berkhidmat di Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor, saya melayangkan mesej kepada Datin Kalsom Taib untuk mendapatkan buku tulisannya itu yang diketahui lewat media sosial.
Di dalam buku ini diperincikan sedikit kes Azmin yang disiasat oleh BPR. Bagaimana apabila menerima laporan tersebut BPR telah menghantar nota kepada TPM mengenainya. Tidak benar bahawa BPR tidak menyiasat atau dihalang daripada menyiasat Azmin. Cuma, menariknya, kes ini kemudian digugurkan sekitar 2001. Buku ini tidak menjelaskan secara terperinci sebaliknya seingat saya bab itu ditutup dengan kenyataan terbuka bahawa sekiranya kes diteruskan, "kerajaan akan mendapat malu." Apakah maksud di sebalik ayat tersebut?
Dalam bab lain buku yang sama ditulis juga bagaimana Dato' Shafee dipanggil oleh Dr Mahathir Perdana Menteri rentetan serbuan BPR terhadap pegawai kanan di pejabat PM pada ketika itu di mana ditemukan wang berjumlah RM100,000 di dalam laci. Diceritakan bagaimana Dato' Shafee telah dimarah, peristiwa yang disifatkannya sebagai penghinaan paling teruk pernah diterima sepanjang beliau menjadi pegawai kerajaan. BPR dituduh bertindak atas arahan Anwar, tuduhan yang dinafikan oleh Dato' Shafee. Kemudian, pegawai kanan tersebut naik pangkat ke sebuah institusi penting Negara dan Dato' Shafee ditamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah BPR.
Ezam dan Azmin juga pernah bertembung pendapat tentang teras perjuangan Keadilan yang merupakan parti pelbagai kaum bertunjangkan kepimpinan Melayu.
Selepas Ezam keluar parti, serangan dihala kepada Keadilan, khususnya Anwar dan Azmin, terutama semasa dia menjadi Pengarah Komunikasi Menteri Kewangan Najib Razak.
Kemudian dia meninggalkan Najib, ikut sama menyerang dalam isu 1MDB meskipun tidak selantang yang lain kerana tidak mempunyai Wadah yang kukuh.
Ezam dan Azmin pernah seiring bersama menentang Anwar khususnya ketika peristiwa Langkah Sheraton.
Kemudian, Ezam juga pernah menyuarakan hasrat kembali kepada Keadilan tetapi ditolak.
Ezam kini kembali menyerang Keadilan, khususnya Anwar melalui ruang-ruang yang masih ada. -
Noor Amin Ahmad reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I was deeply saddened to learn of the passing of Royal Laureate Professor Tan Sri Syed Muhammad Naquib al-Attas. He was, by any measure, one of the greatest minds of our age, a philosopher who asked not just what we know, but what knowledge is for. Through his voluminous and seminal works including “Islam and Secularism” and his magnum opus “Prolegomena to the Metaphysics of Islam,” he challenged the secularisation of knowledge and set out the intellectual foundations of an Islamic worldview. Malaysia heard him. The Muslim world heard him.
He leaves us on the 18th of Ramadan, at the age of 95. That is a life well lived and a departure well earned.
On behalf of the Government and people of Malaysia, I extend my deepest condolences to his family and to all who sat at his feet. May Allah grant him His mercy and the highest station among the righteous. Al-Fatihah.
ANWAR IBRAHIM -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Sebelum ini aku hanya sempat berkongsi empat catatan hubungan Anwar Ibrahim dan Profesor Diraja Dr Tan Sri Syed Muhammad Naquib al-Attas lewat Facebook.
www.facebook.com/share/1E6Ed3WDiD/
www.facebook.com/share/1BtNfF3TT3/
www.facebook.com/share/1JZ9zw1xjY/
www.facebook.com/share/1HahXBAKCt/
Ada lagi catatan-catatan selepas 1987 yang belum ditulis. Bercadang untuk cuba siapkan seadanya dalam bentuk monograf kecil. -
Noor Amin Ahmad reposted
Berita Harian
@bharianmy
Prof Diraja Dr Syed Muhammad Naquib meninggal dunia
#bhnasional Tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari yang juga pengasas Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) itu meninggal petang tadi, pada usia 94 tahun.
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/03/1518647/prof-d… -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Ekonomi Rakyat
@EkonomiRakyatMY
Tokoh pemikir ulung, Prof Diraja Syed Muhd Naquib Al-Attas meninggal dunia, jam 6.47 petang tadi pada usia 95 tahun
Beliau merupakan pelopor kepada pengajian sejarah, falsafah dan teologi di alam Melayu -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Top 10 most translated free market books.
www.jonathangullible.com/blog
Antara buku yang sempat diterjemahkan. Ini dibuat bersama Tarmizi dan Hafizz semasa mereka bekerja dengan saya dulu. Rasanya buku pertama mereka cuba terjemah kot. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik: Antara Fakta, Data dan Cita-Cita - Cerita 18
Memang dalam siri Cerita mungkin ada perkara tertinggal, terlupa atau memang saya sama sekali tidak berselisih dan tahu menahu. Itulah sifat manusia yang terbatas. Kadang bila teringat akan cuba masukkan dalam tulisan baru jika ada kaitan.
Sebelum ini saya ada kisahkan tentang Ezam, antara nama besar awalnya dalam parti, sosok anak muda yg berkarisma dan dipandang tinggi, sayangnya kini tidak lagi.
Beliau mula berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan Anwar Ibrahim pada usia lewat 20-an. Semasa Anwar dipecat seingat saya usianya baru 31 tahun. Ini juga bermaksud beliau antara setiausaha politik terbaru Anwar. Di pejabat TPM pula setiausaha politik ialah Dato' Mansor.
Harus diingat perjalanan politik Anwar bermula dari mula menjadi Menteri Belia, Sukan dan Budaya seterusnya Pertanian, Pendidikan, TPM dan kemudian sekaligus Menteri Kewangan, jawatan-jawatan ini bersilih ganti. Tidak kekal pegawai yang sama.
Sebagaimana saya kisahkan Nik Nazmi ditukar dengan Faekah, sebenarnya arahan asal penukaran diberikan oleh parti. Parti turut mencadangkan nama pengganti tetapi prerogatif lantikan ada pada MB. Jika ada perbezaan, wajar diurus dengan baik untuk mengelak ada perselisihan politik berpanjangan.
Saya tidak pasti bagaimana proses lantik dan tukar setiausaha politik di dalam UMNO-BN semasa di zaman itu. Cuma boleh mengagak setiap Menteri diberi ruang mencalonkannya kerana ikrar sumpah setia jawatan masih di depan PM dan KSN lazimnya.
Jika Dato' Mansor dekat dengan Anwar melalui penglibatan dalam kerja awal skim Amanah Ikhtiar yang Alhamdulillah terus berjalan sehingga kini. Ezam pula dekat dengan Anwar melalui Institut Kajian Dasar (IKD). Rasanya ketika itu dipimpin oleh Pak Abdul Rahman Adnan, antara 'budak Koleq' yang kemudian pernah menjadi Ketua Penyelidik di Parlimen seingat saya.
Tapi setiausaha yang paling lama berkhidmat ialah Azmin. Beliau menjadi setiausaha sulit Anwar seingat saya sejak 1986. Azmin diperkenalkan kepada Anwar oleh Dr M. Beliau merupakan mantan pimpinan pelajar di Universiti Minnesota, lulusan dalam bidang Matematik.
Ketika Reformasi 1998 meletus, umum lebih mengenali Ezam dan Azmin berbanding pegawai-pegawai Anwar yang lain. Azmin lebih awal ditangkap beberapa hari sebelum perhimpunan di Masjid Negara. Ezam ke Singapura dan Jakarta seingat saya. Catatan perjalanan awalnya ada dirakam oleh (arwah) Dato' Rozaid Abd Rahman jika tidak silap saya dalam Di Sini Aku Berdiri yang saya baca lama dulu dan masih ada di perpustakaan peribadi.
Saya tidak tahu bagaimana hubungan Ezam dan Azmin. Bagi kami orang ramai yang mendokong Reformasi 1998, kedua-dua mereka adalah 'wakil Anwar' atau 'orang kanan Anwar' atau 'sumber sahih daripada Anwar'. Ezam lebih agresif, lebih menonjol. Azmin lebih tenang, dikatakan lebih strategik. Jika ditanya pada ketika itu, ramai lebih senang dengan Ezam. Lebih mesra dan mudah didekati. Lebih melawan.
Di dalam risalah penubuhan Parti Keadilan Nasional (KeADILan pada waktu itu), nama Ezam tertera sebagai antara pengasasnya dengan menjadi ketua pemuda tetapi nama Azmin tidak ada. Namun bagi ramai orang, mereka adalah nama-nama pemimpin awal yang menggerakkan Reformasi 1998.
Ramai orang lama yang telah pergi - sama ada meninggal dunia, berundur kerana faktor usia dan kesihatan, meninggalkan parti dengan menyertai parti lain atau berhenti politik sama sekali. Baik buruk pilihan masing-masing, nama mereka kekal terpahat dalam sejarah perjuangan. Jika sejarah dikatakan catatan orang-orang menang, maka menjadi tanggungjawab masing-masing untuk merakam sejarah agar 'lebih lurus'.
Saya akan selalu mengenang kawan-kawan yang sempat di jalanan bersama seperti Omar Tan, Pak Din, sdr Hunter, Pak Lang Zaki, Pak Non Nasi Kandar dan ramai lagi yang mungkin tidak saya kenali dari dekat. Semoga Tuhan mencucuri rahmat kepada mereka. Ramai juga dari pelbagai kaum. Ramai juga yang kini berada di jalur berbeza. -
Noor Amin Ahmad reposted
Bernama Business
@BernamaBiz
Malaysia Records Highest-ever Approved Investments Of RM426.7 Bln In 2025 – PM @anwaribrahim
#bernamabiz
www.bernamabiz.com/news.php?id=2530953 -
Noor Amin Ahmad reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Malaysia mencatat rekod pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara.
Pada tahun 2025, jumlahnya mencecah RM426.7 bilion, meningkat 11 peratus berbanding tahun sebelumnya.
8,390 projek telah diluluskan, dengan potensi mewujudkan 244,902 peluang pekerjaan buat rakyat Malaysia.
Pelaburan domestik kekal kukuh pada RM219.6 bilion, merangkumi 51.5 peratus daripada keseluruhan pelaburan negara.
Pada masa sama, pelaburan asing melonjak 20.9 peratus kepada RM207.1 bilion, mencerminkan keyakinan pelabur tempatan dan antarabangsa terhadap kestabilan, dasar yang jelas serta hala tuju ekonomi Malaysia.
Pencapaian ini adalah hasil ikhtiar bersepadu seluruh jentera Kerajaan MADANI, dengan MITI dan MIDA terus mempergiat usaha memastikan setiap pelaburan bukan sekadar diluluskan, tetapi direalisasikan dan diterjemahkan kepada peluang pekerjaan, pemindahan teknologi serta kemakmuran rakyat.
Ini bukan sekadar angka, sebaliknya bukti keyakinan dunia terhadap Malaysia dan agenda pembaharuan yang sedang kita laksanakan.
Kita akan terus bekerja keras memastikan seluruh rakyat merasai nikmatnya.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Noor Amin Ahmad reposted
BBC Breaking News
@BBCBreaking
US President Donald Trump removes Kristi Noem as homeland security secretary
Follow live www.bbc.com/news/live/cjd9y4k5583t -
Noor Amin Ahmad reposted
ABC News
@ABC
BREAKING: The Dow Jones Industrial Average plunged 900 points on Thursday as the war with Iran escalated and oil prices continued to climb. abcnews.com/Business/investors-send-stocks-tumbling-dow-p…
-
Noor Amin Ahmad reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Federal government grants to states expected to reach RM10.5 billion in 2026
The National Finance Council (NFC) has agreed to increase the grants provided by the federal government to state governments, with the total amount expected to reach RM10.5 billion this year.
#bernamanews
#bernamainfographics
@MOFmalaysia
@anwaribrahim
Read: www.bernamabiz.com/news.php?id=2530766 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Hadir lapan. Tiga tidak dapat hadir. Satu menolak.
Semua wakil parti diberi peluang berucap dan kemudian dibuka kepada delegasi. Saya sebagai antara delegasi KEADILAN mengambil bahagian untuk berucap pendek (tidak dibaca verbatim):
1. Guru dan ustaz saya sejak dulu sentiasa ajar bahawa perubahan hanya mungkin bermula dari diri sendiri. Jika orang Melayu mahu berubah, kita mesti melihat ke dalam diri sendiri;
2. Kita mesti sedar bahawa yang hadir di sini dari pelbagai kumpulan tetapi sedia membincangkan satu tujuan yang sama. Kita mesti akui perpaduan tidak bermaksud keseragaman (unity is not uniformity);
3. Fokus kepada titik temu, cuma jangan remehkan perbezaan. Mesti urus dengan baik. Setuju jawatankuasa boleh dibentuk untuk meneruskan musyawarah sebegini;
4. Banyak jaminan telah diberikan Perlembagaan lengkap dengan bidang kuasa. Hampir mustahil diubah. Kedudukan Islam, kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, pendidikan, perkhidmatan awam, ekonomi dan tanah rezab.
5. Kita mesti melihat apakah kedudukannya? Jika ada kurang kenapa? Jika baik, apa formulanya? Orang politik jangan hanya berteriak hak kita belum tercapai tapi harus rasa malu jika ia merosot ketika kita ada kuasa. Jika lebih baik tetapi belum cukup, teliti sebabnya. Data boleh dicari cuma jangan menipu diri sendiri.
6. Kita tidak akan menjadi lebih baik dengan cara pertentangan. Kita hanya mungkin boleh bangkit dengan yakin diri. Pemimpin mesti menjadi pemimpin umat bukan hanya pemimpin Melayu dan bumiputera sahaja.
7. Kita jangan rasa malu malah patut bangga jika dengan keadilan kita dapat menjamin misalnya kemiskinan kaum India dihapuskan dan anak Cina yang cemerlang mendapat tempat di IPT. Kita patut bangga jika anak-anak kita menguasai pelbagai bahasa kerana Islam juga menganjurkannya.
8. Bagi orang politik, kita sepatutnya melihat semua masalah ada cukup undang-undang untuk menanganinya. Sekiranya tidak cukup, maka menjadi tugas ahli politik untuk membawa undang-undang baru, meminda atau memansuh undang-undang lama. Penyelesaian dengan dasar. Sebab itu dipilih untuk menggubal dasar. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik: Antara Fakta, Data dan Cita-Cita - Cerita 17
Najib Razak melepasi cabaran awal yang cuba menghalangnya menjadi PM rentetan isu Altantuya dan beberapa isu lain. Tidak lama selepas itu beliau mengumumkan slogan 1Malaysia sebagai slogan kerajaan. Namun, ia masih slogan tanpa program konkrit dan sasaran jelas.
Sekonyong-konyong lebih kurang setahun kemudian satu kenyataan mengejutkan dikeluarkan oleh Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengatakan “Malaysia akan bankrap pada tahun 2019 jika kerajaan terus beri subsidi.”
Dalam keadaan UMNO-BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, kalah di lima buah negeri (kemudian empat), kenyataan tersebut seperti mengesahkan bahawa negara Malaysia memang dalam masalah besar.
Idris Jala adalah tokoh korporat yang dikenali. Beliau mungkin bukan orang politik biasa yang lebih cuba berlapik. Sama ada kenyataan itu benar atau tidak, ia pasti mempunyai kesan tersendiri.
Satunya berita positif bagi UMNO-BN ketika itu ialah kemasukan semula Dr Mahathir ke dalam parti itu setelah keluar menjadi pengkritik tegar Pak Lah. Cuma, mungkin ramai tidak perasan, satu contoh isu yang banyak kali juga disebut iaitu Jambatan Bengkok , projek yang dibatalkan Pak Lah. Kemudian Singapura pun tegas mengatakan tidak pernah ada persetujuan. Semasa Najib Razak menjadi PM, Dr Mahathir tidak pernah membangkitkan atau mendesak agar projek itu dilaksanakan juga.
Pada waktu itu hangat juga penyokong Pakatan Rakyat memainkan isu 1Israel. Dakwa mereka Najib meniru dari sana. Tambahan pula wujud dakwaan penggunaan konsultan APCO. Sekali Astro Awani membincangkan Strategi Mempromosi 1Malaysia.
Waktu itu saya dipadankan dengan (arwah) Dato’ Fuad Hassan dan seorang lagi panel (maaf lupa 🙏). Dato’ Fuad ialah Pengarah JASA. Cukup senior dan dikenali serta dihormati. Bagi yang tidak kenal beliau juga abang kepada Jalaluddin Hassan. Saya ‘terjeling’ nota Dato’ Fuad yang antara lain akan menangkis soal 1Israel. Beliau tidak menjangka saya langsung tidak menyentuh tentang 1Israel sebaliknya melihat 1Malaysia lebih dekat dengan One-Nation yang dipopularkan oleh Tory (baca: konservatif di UK). Hujah saya, lihat kepada jenis program yang mewakili slogan ini. Ia bukan satu kesalahan pun.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya sebenarnya tidak melihat masalah sangat kenyataan Idris Jala tersebut. Ini kerana latar pendedahan kerja saya di IDEAS memang banyak berkisar tentang belanjawan. Saya sempat terlibat sebagai Felo IDEAS membentang kertas kerja di UKM, UIA dan UPM (? Terlupa sebab program bercampur) dalam siri Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi. Saya ingat dalam semua kertas kerja tersebut dimasukkan pernyataan kurang lebih “…kejayaan untuk mencapainya bergantung kepada keberanian Najib mengambil dasar-dasar yang lebih cenderung tidak popular.”
Inilah yang menarik bagi saya. Meskipun saya banyak juga dilatih dalam bidang dasar awam, menjadikan dasar awam yang menurut kita baik dari segi prinsipnya tidak semudah meyakinkan orang ramai bahawa memang ia dasar awam yang baik untuk semua. Bukan perkara yang mudah bercakap tentang pemotongan subsidi. Orang yang mampu (berharta) pun boleh melalak jika salah cakap. Ia memerlukan keberanian tertentu. Tambahan pula persoalan dasar memang sentiasa terbuka kepada perbahasan. Bukan harga mati. Sebab itu kadangkala politik jadi sangat bosan bila dikuasai oleh makhluk-makhluk acah pemimpin yang menjadikan politik hitam-putih setiap masa.
Jadi, bagaimana kerajaan akan mempersembahkan hal ini? Rupanya, kenyataan Idris Jala itu adalah preteks kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan beberapa bulan selepas itu.
Saya dan rakan-rakan dari Pejabat MB Selangor turut dijemput hadir ke Makmal Program Transformasi Ekonomi. Seingat saya dibuat di Universiti Sunway. Ratusan juga yang hadir pada hari itu sebelum kami dipecahkan kepada kumpulan mengikut industri.
Najib Razak mungkin menjadi PM dalam situasi tidak menentu. Kemasukan semula Dr M ke dalam UMNO mengurangkan satu punca serangan yang memberi kesan kepada kestabilan dalam parti itu. Namun saya berpendapat, beliau telah berjaya menyerap kegusaran tersebut dengan menampilkan diri sebagai seorang PM yang ada visi, agenda dan program lengkap meskipun mengungkapkan “era kerajaan tahu segalanya telah berakhir” (mereka yang ada pengetahuan ekonomi politik lebih dalam sedikit boleh menangkap maksudnya).
Bagi pemain industri pula, penglibatan dalam makmal-makmal yang diadakan adalah satu bentuk proses sumbang saran di mana mereka rasa lebih dihargai, sedar ada jamak pandangan dan ia seakan memberi harapan bahawa kitalah yang akan sama-sama menggerakkan negara ini.
Namun, pada saya cabaran bagi Najib pada masa itu ialah menjual dasar-dasar tidak popular seperti pemotongan subsidi. Seingat saya dari 2010-2017, tidak kurang RM50 billion subsidi dan bantuan sosial telah dipotong. Aktivis UMNO-BN juga sukar hendak menjualnya. Jadi mereka memainkan peranan kedua iaitu mempopularkan jenama 1Malaysia dengan sejumlah programnya. Kita harus akui jenama ini mudah diingat, mudah dikupas.
Cabaran sebenar Najib pada waktu itu juga baru bermula, iaitu penubuhan 1MDB. Hanya lebih kurang setahun penubuhannya, Anwar Ibrahim telah menerima berita kurang baik dan membuat kenyataan awal memberi peringatan tentangnya... -
Noor Amin Ahmad reposted
The Independent
@Independent
DOJ admits 47,635 Epstein files — including Trump allegations — were removed www.independent.co.uk/news/world/americas/us-politics/mis…
-
Noor Amin Ahmad reposted
Alan MacLeod
@AlanRMacLeod
This is just one trick media use to manufacture consent for war.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Al Jazeera Breaking News
@AJENews
BREAKING: UK says drone targeting British air base in Cyprus did not originate from Iran
🔴 LIVE updates: www.aljazeera.com/news/liveblog/2026/3/4/iran-live-news-u… -
Noor Amin Ahmad reposted
Polymarket
@Polymarket
BREAKING: World's 2nd largest shipping company, Maersk, suspends all cargo bookings for the UAE, Saudi Arabia, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, & Iraq
-
Noor Amin Ahmad reposted
Chay Bowes
@BowesChay
Ahmadinejad, previously declared dead by Israel, has "miraculously" appeared in public
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Ahmadinejad masih hidup.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik: Antara Fakta, Data dan Cita-Cita - Cerita 16
Semasa baru masuk ke pejabat MB, terdengar di hujung telinga bahawa parti ada masalah dengan TS Khalid kerana beliau bertindak seperti memisahkan peranan parti dalam kerajaan. Komitmen beliau terhadap parti juga agak terhad. Oleh kerana itu parti tidak punya banyak maklumat dan tidak boleh bertanya lebih mendalam secara tertutup kepada MB yang memimpin negeri. Ini antara sebab kenapa Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dibuka. Anwar mahu TS Khalid melapor kepadanya dari semasa ke semasa, jika boleh seminggu sekali memandangkan beliau kurang memberi komitmen hadir ke mesyuarat parti.
Setelah beberapa bulan saya bekerja dengan TS Khalid, Nik Nazmi digugurkan daripada jawatan Setiausaha Politik. Ia agak mengejutkan. Saya tidak tahu sebab sebenar.
Seperti yang dinyatakan, Selangor diserang begitu hebat. Ada pandangan mengatakan Nik terlalu muda dan tidak dapat membantu TS Khalid dalam hubungannya dengan penjawat awam dan tekanan politik dari luar. Ada pula yang mengatakan TS Khalid tidak mengendah pandangan Nik terkait urusan politik.
Memang ada rungutan bahawa TS Khalid 'tidak pandai berpolitik', malah membelakangi parti selepas menjadi Dato' Menteri Besar Selangor. Justeru itu, parti cuba mengambil langkah untuk 'mendisiplinkan' beliau.
Pernah sekali, saya dan rakan-rakan dihantar oleh Pejabat MB untuk membentang kepada parti tentang kerja-buat dan pencapaian negeri. Namun, pada waktu itu, Dr Syed Husin Ali tegas tidak membenarkan kami masuk ke mesyuarat parti. Beliau mahu TS Khalid sendiri yang hadir bertemu semua pimpinan.
Di hujung telinga kami terdengar Azman Abidin, Ketua Cabang Bandar Tun Razak akan menggantikan tempat Nik. Saya pernah sekali bertemu dengan beliau semasa hadir ke taklimat DBKL sebelum itu. Kebetulan kami duduk bersebelahan. Orangnya sempoi. Sangat sederhana. Tak macam orang politik. Hanya kemudian saya tahu beliau antara ketua cabang terawal yang masih berkhidmat untuk parti dan tidak pernah bertanding. Beliau pun tidak nampak seperti berminat untuk bertanding.
Seingat saya satu majlis dibuat di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam. Pada malam itu TS Khalid akan mengumumkan pengganti setiausaha politik beliau. Selepas makan, beliau berucap dan beberapa nama diumumkan ke beberapa jawatan lantikan politik. Ia termasuk Azman Abidin. Tetapi Azman hanya dinamakan sebagai pegawai khas. Nama yang diumumkan sebagai pengganti Nik Nazmi ialah Faekah Husin. Ia mengejutkan beberapa pihak.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya tidak pasti ramai yang sedar atau tidak. Sebagai pengamat politik, meskipun saya belum menjadi anggota parti pada ketika itu, pengumuman tersebut mempunyai signifikan tersendiri. Saya hanya kenal Faekah Husin dari jauh melalui laporan berita terutama media pro reformasi. Seorang peguam. Pembantu Dato' Seri Dr Wan Azizah agak lama juga.
Pengumuman TS Khalid pada malam itu bagi saya adalah satu langkah politik. Bagi saya, TS Khalid sebenarnya mengumumkan bahawa "Saya orang Dr Wan Azizah, Presiden parti."
Pada waktu itu Azmin Ali dikatakan mahu menjadi MB Selangor kerana kedudukan senioriti beliau dalam parti - Naib Presiden parti, antara ADUN terawal yang menang pada tahun 1999 di Hulu Klang dan juga melalui tribulasi ditangkap, tidak dapat bertanding pada tahun 2004 kerana dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara atas dakwaan memberi keterangan palsu. Beliau bagaimanapun dibebaskan sepenuhnya daripada tuduhan ini pada tahun 2009 setelah bertahun-tahun mencabar dakwaan tersebut di pelbagai mahkamah.
Walaupun tidak menggantikan TS Khalid sebagai MB, parti bersetuju melantik Azmin menggantikan TS Khalid sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Selangor.
Parti juga menerima sejumlah aduan daripada pimpinan PAS dan DAP, terutama daripada kalangan wakil-wakil rakyat Selangor yang menyampaikan keresahan mereka tentang kesukaran berurusan dengan TS Khalid. Namun, ia cuba diuruskan secara dalaman.
Semasa Nik Nazmi menjadi SU Politik, kami lazimnya ada mesyuarat berkala bersama MB, sama ada seminggu sekali atau dua minggu sekali. Ia membolehkan semua pegawai mengambil maklum tugas dan kerja bersama yang telah, sedang dan perlu diambil tindakan. Setelah Nik tidak lagi memegang jawatan itu, mesyuarat berkala ini ada dibuat sekali dua, kemudian tidak ada lagi. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Tak pernah berhenti sejak Nov 22
Reuters
@Reuters
Malaysia PM tells parliament of plot to destabilise government www.reuters.com/business/media-telecom/malaysia-pm-tells-… www.reuters.com/business/media-telecom/malaysia-pm-tells-…
-
Noor Amin Ahmad reposted
Al Jazeera English
@AJEnglish
Since 9/11, the US has engaged in three full-scale wars, bombing at least 10 countries under four presidents www.aljazeera.com/news/2026/3/3/how-many-countries-has-th…
-
Noor Amin Ahmad reposted
Syed Jaymal Zahiid🌹
@SyedJymalZahiid
Imagine Malays arguing with each other about Iran, with no reference at all to what Iranians themselves feel. Some of the Malays who support Iran on supposed humanitarian grounds, are genuine racist acounts that target Indians 1/3
-
Noor Amin Ahmad reposted
DS Dr Ahmad b Maslan
@ahmadmaslan
Keputusan Belah Bahagi / Pengundian Pindaan Perlembagaan utk menghadkan tempoh #perdanamenteri tidak lebih drpd 10 tahun:
Bersetuju 146
Tidak mengundi 44
Tidak hadir 32
Jumlah 222
Maka pindaan tidak diluluskan.
Kerana 2/3 ialah 148 (kurang 2).
Pada 6.45 petang, Isnin 2/3/26. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Hari ini tidak berpuasa. Datang ke Hospital Selayang periksa semula stent yang dipasang di hempedu 4 bulan lalu.
Alhamdulillah batu telah tiada di saluran. Stent dibuka. Tapi sama seperti cerita pesakit-pesakit lama masalah ini, Dr mencadangkan agar kantung hempedu dibuang nanti.
Dan hari ini meskipun tidak berpuasa kerana prosedur perubatan, sebenarnya telah berpuasa sejak tengah malam semalam sebelum prosedur dan hanya dibenar makan jam 8:30 malam nanti bagi mengelak jangkitan.
Jagalah kesihatan kita masing-masing. Semoga ia menghapus dosa-dosa kecil saya yang banyak. -
Noor Amin Ahmad reposted
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
BUKAN JALAN SEHALA
Bila perang berlaku, kita jadi keliru.
Asalnya kita ini memang anti-perang. Tidak pernah percaya keganasan sebagai penyelesaian.
Islam itu aman, sejahtera, damai, selamat.
Kemudian kita dikelirukan.
Islam bukan hanya aman, sejahtera, damai, selamat.
Ada masanya kita mesti bertegas, berperang, menghancurkan musuh!
Kalimah yang benar namun maksudnya samar.
Ketika negara kuasa besar menyerang negara lain sewenang-wenang.
Mahu mengganti dan menentukan bagaimana ia harus berjalan dan siapa harus diangkat, secara paksa!
Entah kenapa kita boleh menjadi keliru!
Tiba-tiba kita mengiakan.
“Pemimpin itu memang zalim!”
“Ajaran mereka sesat!”
Sekali lagi, kalimah yang mungkin ada kebenaran, namun kali ini maksudnya jelas batil.
Dunia memang bukan seragam.
Dan kerana itu bukan jalan sehala.
Namun, pernah ada satu pesan Martin Niemöller lewat sebuah puisi “Als sie kamen” (First They Came atau Mulanya Mereka Datang - terjemahan bebas) yang bunyinya sederhana tetapi penuh makna:
First they came for the Communists
And I did not speak out
Because I was not a Communist
Mulanya mereka datang kepada Komunis
Saya tidak berkata apa-apa
Kerana saya bukan Komunis
Then they came for the Socialists
And I did not speak out
Because I was not a Socialist
Kemudian mereka datang kepada Sosialis
Dan saya diam
Kerana saya juga bukan Sosialis
Then they came for the trade unionists
And I did not speak out
Because I was not a trade unionist
Selepas itu mereka datang kepada pergerakan buruh
Saya terus diam
Kerana saya bukan sebahagian mereka
Then they came for the Jews
And I did not speak out
Because I was not a Jew
Seterusnya mereka datang kepada orang-orang Yahudi
Saya tidak peduli
Kerana saya bukan Yahudi
Then they came for me
And there was no one left
To speak out for me
Akhirnya mereka datang kepada saya
Dan tiada siapa lagi yang tinggal
Untuk bersuara tentang saya
Ironinya puisi ini bercakap tentang kezaliman Nazi di Jerman, khususnya kepada bangsa Yahudi.
Jangan lagi kita mengelirukan.
Semoga Tuhan melaknat Israel dan sekutunya. -
Noor Amin Ahmad reposted
The Wall Street Journal
@WSJ
Multiple women alleged to prosecutors that they were sexually assaulted by high-profile associates of Jeffrey Epstein, according to the recently released Epstein files. None of the men was charged. www.wsj.com/us-news/law/doj-examined-men-in-epsteins-orbi…
-
Noor Amin Ahmad reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Tuduhan bahawa kerajaan tidak mengambil tindakan berhubung insiden memijak al-Quran adalah tidak berasas, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#bernamanews
#infografikbernama
#hinaagama
@anwaribrahim -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Sedih membaca berita pemergian Ahmadinejad.
Innalillahi wainna ilaihi rojiun. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Melalak BUKAN menyalak.
Konon tiada tindakan.
Bermaksud bising dengan fitnah tiada tindakan.
Tapi bila terlebih pandai dia putar konon memperjuangkan Islam dikatakan melalak. Islam apa ajar fitnah tiada tindakan?
Islam tak ajar kamu mengadu domba timbulkan kemarahan secara sengaja melalui fitnah tiada tindakan. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya tak ambil semua. Cukup sekadar nak tunjuk punya banyak saluran media siar tindakan dah diambil sejak 4 hari lalu. Tiba-tiba kamu beria kata tak ada tindakan. Tak nampak pun dalam berita. Sebab apa? Sebab jari lebih laju daripada pakai otak. Hati tu tak berapa cantik.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Membaca sirah dan hadis selama ini macam tak jumpa sangat hal "kami terancam", "kaum itu mengancam". Tapi banyaknya kisah baiki diri, cari jalan hidup bersama dgn aman dan adil.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Hanya kerana tak nampak gambar ditangkap, fitnah konon kerajaan tak buat apa-apa.
Sedangkan semudah Google akan tahu berita melaporkan dah ditahan beberapa hari lalu. KPT tunggu keputusan siasatan.
Ramadan patut menahan nafsu amarah. Bukan membelai nafsu fitnah. -
Noor Amin Ahmad reposted
Morgan J. Freeman
@mjfree
DONALD TRUMP BECOMES FIRST PRESIDENT TO BOMB 8 COUNTRIES IN 1 YEAR
-
Noor Amin Ahmad reposted
Jack Mirkinson
@jackmirkinson
personally i think it's bad to live in a world where one country can just randomly murder the leader of another country based on false pretexts and with no legal authority of any kind and get away with it
-
Noor Amin Ahmad reposted
Andrew Feinstein
@andrewfeinstein
-
Noor Amin Ahmad reposted
kev joon
@never_oppressed
It doesn’t matter whether Khamenei is dead or not. What matters is how insane it is to live in an era where one country can assassinate the heads of other states with total international impunity. The fact that this precedent is now fully normalized is fucking nuts.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Al Jazeera English
@AJEnglish
President Trump, who said he would avoid needless foreign wars, has embraced military power with few limits.
Here’s how many countries the US has attacked since he took office www.aljazeera.com/news/2026/2/28/what-countries-has-trump… -
Noor Amin Ahmad reposted
Al Jazeera English
@AJEnglish
BREAKING: The Tasnim and Fars news agencies are confirming the death of Iran’s Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei.
🔴 LIVE updates: www.aljazeera.com/news/liveblog/2026/2/28/live-israel-lau… -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik: Antara Fakta, Data dan Cita-Cita - Cerita 16
Setelah 'Projek 16 September' gagal, berlaku krisis politik di Perak yang membawa kejatuhan kerajaan negeri pada ketika itu.
Dalam PRU 2008, Perak termasuk negeri yang jatuh daripada penguasaan UMNO-BN kepada Pakatan Rakyat. Namun, perbezaan kerusi hanyalah tiga. Pakatan Rakyat menang 31 dan UMNO-BN menang 28. Daripada 31 kerusi yang dimenangi, DAP menang 18 kerusi, Keadilan 9 dan PAS 6.
Dari segi Perlembagaan, MB Perak mestilah Melayu dan Islam, dengan Fasal 12(2) memberi pengecualian, di mana menjadi wewenang Tuanku Sultan Perak untuk memilih selain Melayu dan Islam. Atas faktor tersebut, DAP melepaskan kelebihan majoriti kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat untuk memberi laluan kepada calon parti rakan untuk diangkat menjadi MB. Meskipun Keadilan mendapat lebih banyak kerusi berbanding PAS, MB telah dipilih daripada PAS berdasarkan wibawa. Ia diputuskan oleh hikmah pimpinan Pusat.
MB Nizar seorang jurutera menjadi begitu popular kerana kefasihan beliau dalam pelbagai bahasa dan kehidupan sederhananya. Cabaran beliau tentulah untuk menunjukkan bahawa dirinya bukanlah MB boneka memandangkan barisan EXCO-nya dikuasai DAP. Ia adalah satu situasi yang memungkinkan mana-mana keputusan mudah dimanipulasi sebagai "Melayu tunduk kepada Cina". Memang ia berbunyi perkauman, tetapi itulah hakikatnya persepsi yang cuba dinyalakan dalam realiti politik di Malaysia.
Satu isu besar terkait ini ialah kelulusan pemberian hak milik tanah selama 999 tahun kepada kampung-kampung baru Cina. Meskipun pemimpin PAS Perak pada waktu itu mempertahankannya sebagai keputusan yang adil dan bukan hanya kampung-kampung baru Cina sahaja diberikan hak tersebut, ia cukup untuk menjadi isu yang dianggap mengesahkan "Nizar tunduk kepada DAP".
Selain itu, dua ADUN Keadilan di Perak dikatakan dalam siasatan SPRM.
Sekonyong-konyong seorang ADUN BN Perak dari Bota keluar parti dan menyertai Keadilan. Ada dakwaan bahawa ia adalah satu alternatif jika sekiranya Nizar perlu ditukar.
Tidak lama kemudian diberitakan dua ADUN Keadilan yang disiasat telah 'hilang' bersama seorang lagi ADUN DAP.
Speaker DUN Perak mendakwa ada menerima surat daripada dua ADUN ini yang mengisytiharkan mereka meletak jawatan sebagai ADUN. Ia kemudian dinafikan oleh mereka. Malah, ketiga-tiga mereka bersama ADUN Bota yang menyertai Keadilan sebelum itu telah muncul bersama Najib Razak menyatakan sokongan kepada BN. Najib mengisytiharkan bahawa BN telah mempunyai cukup sokongan untuk membentuk kerajaan di Perak.
MB Nizar pada waktu itu telah mengadap Tuanku Sultan Perak untuk memohon pembubaran DUN. Permohonan ini ditolak dan MB Nizar dititah untuk meletak jawatan. Rentetan itu Nizar telah "menyembah derhaka" kerana tidak meletak jawatan. Beliau berpendapat masih mempunyai majoriti kerana tidak pernah menerima undi tidak percaya.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Situasi menjadi lebih rumit apabila Speaker menggantung kehadiran ketiga-tiga ADUN yang keluar parti dan menyokong UMNO-BN. Akibatnya, Speaker telah diheret keluar dan digantikan dalam situasi yang saya sifatkan tidak berperlembagaan.
Rentetan itu berlaku sidang di bawah pokok. Beberapa orang ditangkap terutama setelah menghalang kereta Tuanku Sultan Perak sebagai satu protes. Nizar membawa kesnya ke mahkamah. Mahkamah Tinggi sebelumnya mengesahkan Nizar masih MB. Namun, keputusan itu ditangguhkan dan dibawa ke Mahkamah Persekutuan yang kemudian memutuskan Zambry Abd Kadir adalah MB baru yang sah.
Kes Perak ini menjadi sensitif kerana ia melibatkan keputusan Tuanku Sultan sendiri. Ia membuka lembaran baru yang berbahaya apabila Kenyataan Bersumpah di luar DUN diterima sebagai bukti sokongan majoriti. Meskipun tafsiran sokongan majoriti memang boleh dijustifikasi, ia seolah-oleh mengesahkan bahawa setiap hari malah setiap detik seorang MB berdepan dengan peluang undi tidak percaya di luar dewan.
Sehingga kini, telah banyak krisis berkaitan pelantikan dan penggantian MB atau KM di negeri-negeri, malah meleret kepada krisis pelantikan PM di Persekutuan. Sayangnya belum ada langkah konkrit diambil untuk membetulkan hal ini meskipun jelas masalah berulang dan setiap pihak nampaknya berpuas hati dengan kelemahan yang ada. Memang ia melibatkan kuasa Raja-Raja, namun pada masa yang sama ia juga melibatkan hak rakyat, hak parti, dan kemuliaan Dewan. Raja-Raja mesti dilindungi daripada dipertikaikan dalam keputusan politik yang sepatutnya diselesaikan secara politik. Undi tidak percaya di Dewan tidak harus dibiar menjadi hiasan tanpa makna.
Ahli-ahli politik mesti menjelaskan prosedur dan proses ini supaya ia tidak dimanipulasi oleh mana-mana Speaker yang memilih tafsiran sempit Peraturan Mesyuarat dan mengenepikan kepentingan legitimasi seseorang Ketua Eksekutif.
Dalam konteks semasa, pilihan en bloc (oleh parti) sedikit sebanyak membantu. Namun, lompat parti yang masih tetap berlaku dan pemecatan yang membawa kepada kehilangan jawatan wakil rakyat menunjukkan adanya ketidakseimbangan antara hak rakyat, hak parti dan hak Dewan. -
Noor Amin Ahmad reposted
jon
@bumilangit
Raja Nong Chick pun senang kerja dengan @hannahyeoh. Dari benci jadi sayang sebab perform. Ini yang kita mau
-
Noor Amin Ahmad reposted
Mario Nawfal
@MarioNawfal
🚨🇮🇷 BREAKING: The Strait of Hormuz is effectively closed.
Japanese tankers turning back. Greek fleets rerouting. Saudi, Iraqi and Emirati crude sitting still in the water.
Oil jumped 12% in hours. That's just the beginning.
A 5th of the world's seaborne oil and all of Qatar's LNG exports. Stopped.
8 tankers idling outside the Gulf of Oman right now, waiting for a war to end before they can move.
Every gas station in the world is about to feel this. Every airline. Every factory. Every supply chain.
Iran just handed the entire global economy a bill.
@DeItaone
Mario Nawfal
@MarioNawfal
🚨🇺🇸🇱🇧 America just sent Lebanon a direct message through its ambassador:
Israel will not strike Lebanon if Lebanon stays out of this war.
That's a warning and a promise at the same time.
Hezbollah is in Lebanon. Iran controls Hezbollah. Iran is telling every proxy to activate tonight.
Lebanon is being told: this is your choice. Stay quiet and survive. Join Iran and face Israel.
@DeItaone -
Noor Amin Ahmad reposted
Adémọ́lá.
@OgbeniDemola
They lied to you about Iraq, they lied to you about Venezuela, they lied to you about Libya, they lied to you about Syria. They are lying to you about Iran.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Muhammad Smiry 🇵🇸
@MuhammadSmiry
According to Bloomberg data, if Iran closes the Strait of Hormuz, oil prices could rise to $108.
Oil price before the closure on February 27: $73.2 -
Noor Amin Ahmad reposted
Cyrus Janssen
@thecyrusjanssen
An Iranian man left this comment on my YouTube channel. This is without a doubt the single best explanation of the reality facing Iranian people today👇
"As an Iranian, I can tell you the situation is no longer just political—it's existential. We are trapped between two collapsing structures: one internal, one external. On one hand, we face a deeply dysfunctional government, led by the Supreme Leader and the Islamic Republic’s unelected institutions.
Decades of economic mismanagement, suppression of dissent, and brutal ideological control have alienated multiple generations. No one believes in reform anymore—because every attempt has either been co-opted or crushed. But here's the paradox: We are also terrified of regime collapse—because we've watched the aftermath of Western intervention in countries like Iraq, Libya, Syria, and Afghanistan. Each was promised freedom; each descended into chaos, civil war, or foreign occupation.
So no, we don't trust the U.S. or Israel. Not because we support our regime—but because we know how imperial powers treat ‘liberated’ nations in the Middle East.
Freedom, in their language, often means vacuum, fire, and permanent instability. Right now, many Iranians live with three truths at once: The Islamic Republic is morally and politically bankrupt. The alternatives offered by foreign actors are not liberation—they’re collapse.
A bad government is survivable. No government is not. We are not silent because we agree. We are cautious because we’ve learned—too well—what happens when superpowers decide to "help." In a sentence: Iran is a nation held hostage by its own regime, but haunted by the fate of its neighbors. We are stuck in a house we hate, surrounded by fires we fear more." -
Noor Amin Ahmad reposted
-
Noor Amin Ahmad reposted
New York Times Opinion
@nytopinion
President Trump's approach to Iran is reckless, the editorial board writes.
"He started this war without explaining to the American people and the world why he was doing so." www.nytimes.com/2026/02/28/opinion/iran-attack-trump-war.… -
Noor Amin Ahmad reposted
Laga Cawan 🌺
@LagaCawan
Ada warga threads yang hari ni baru tau pasal kes pijak Quran? Baru nak riuh lepas tu nak salahkan kerajaan? Lembab.
Kerajaan dari day 1 dah keluar kenyataan. Polis dah buat tangkapan dan dah tahan reman selama 4 hari.
Terbaru polis dah serah kertas siasatan kat TPR. -
Noor Amin Ahmad reposted
Wisma Putra
@MalaysiaMFA
[LATEST]
#pressrelease |
#siaranakhbar
[019/2026]
MALAYSIA STRONGLY CONDEMNS ATTACKS AGAINST THE ISLAMIC REPUBLIC OF IRAN AND RETALIATORY ATTACKS AGAINST SEVERAL COUNTRIES IN WEST ASIA
••••••••••••••••••••••••••••••
MALAYSIA MENGECAM SEKERAS-KERASNYA SERANGAN KE ATAS REPUBLIK ISLAM IRAN DAN SERANGAN BALAS TERHADAP BEBERAPA NEGARA DI TIMUR TENGAH
#wismaputra -
Noor Amin Ahmad reposted
United Nations
@UN
“The use of force by the United States & Israel against Iran, and the subsequent retaliation by Iran across the region, undermine international peace & security.”
@antonioguterres condemns military escalation in the Middle East.
www.un.org/sg/en/content/sg/statements/2026-02-28/stateme… -
Noor Amin Ahmad reposted
UpdateInfo🇲🇾🌍
@update11111
Ahli Politik PN Hina Allah
@alagenthiran_krishnan adalah ahli politik dari MIPP & merupakan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN N.27 Layang-Layang pada PRU 15.
Dia adalah dari parti sama yang memberi kata dua kpd PAS untuk boikot perhimpunan bantan rumah anutan haram.
@Pdrm -
Noor Amin Ahmad reposted
Niz
@NizMhani
🚨BREAKING:
The "Board of Peace" launches its first war.... -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik: Antara Fakta, Data dan Cita-Cita - Cerita 15
Gambaran peralihan kuasa pada 16 September 2008 pada mulanya dianggap satu gemparan. Ini kerana Parlimen tidak bersidang pada waktu tersebut.
Cuma, oleh kerana Pak Lah dalam kedudukan lemah pada ketika itu, maka wujud rasa tidak selamat jika Pak Lah terus menjadi PM. Dalam kata lain, peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada Najib Razak juga boleh dikatakan disumbangkan oleh faktor tekanan politik oleh pembangkang juga. Sama ada diakui atau tidak, Najib tetap beruntung.
Pada waktu itu Pakatan Rakyat mempunyai 82 kerusi, kurang 30 kerusi untuk membentuk kerajaan. Ia adalah pencapaian terbaik sejak kerjasama Keadilan-PAS-DAP berlangsung. Jika pada tahun 1999 beberapa tokoh DAP kalah, dan pada tahun 2004 beberapa tokoh PAS kalah, 2008 menyaksikan ramai tokoh tertinggi kedua-dua parti berada di Parlimen.
Apabila Dr Wan Azizah yang merupakan ketua pembangkang bertindak mengosongkan kerusi Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Anwar ke Parlimen, umum melihat kekuatan pembangkang semakin jitu.
Laporan polis Saiful Bukhari, ditambah dengan kempen sumpah laknat, dilihat sebagai usaha keterlaluan bagi menghalang kemungkinan Anwar mendapat sokongan. Ini ditambah lagi dengan rombongan 49 ahli Parlimen ke Taiwan selama 8 hari menjelang 16 September 2008.
Anwar pada ketika itu menulis surat meminta Pak Lah mengadakan sidang Parlimen khas namun ia ditolak. Empat ahli Parlimen Keadilan dihantar ke Taiwan untuk cuba bertemu dengan ahli-ahli Parlimen yang dibawa ke sana namun tidak berjaya.
Ringkasnya, 'Projek 16 September 2008' gagal. Kenyataan Anwar "we have the numbers" menjadi momokan ramai.
Yang berjaya hanya usul Anwar agar 16 September dijadikan cuti umum sempena Hari Malaysia. Meskipun pada mulanya usul ini diremehkan, ia kemudian diterima oleh Najib Razak ketika menjadi Perdana Menteri.
'Projek 16 September' ini memberi kesan tersendiri kepada Anwar. Beliau bukan sahaja dianggap telah menipu tetapi juga meremehkan proses demokrasi di Malaysia.
Walau bagaimanapun, Anwar kemudian menang dalam PRK Permatang Pauh dan diangkat menjadi ketua pembangkang di Parlimen.
Selepas PRU 2008, beberapa siri pilihan raya kecil berlangsung. Bermula di Permatang Pauh (Keadilan kekal), Kuala Terengganu (PAS menang), Manek Urai (PAS kekal), Bukit Gantang (PAS menang), Sibu (DAP menang), Hulu Selangor (BN menang), Tenang (BN kekal), Kerdau (BN kekal), Batu Sapi (BN kekal), dan Galas (BN menang).
Nota:
Semasa saya menjadi ahli Parlimen, Anwar sekali lagi tampil mengumumkan sokongan majoriti yang diperolehinya, diingati dengan kenyataan "strong, formidable and convincing". Ia juga kemudian gagal. Anwar tidak menjadi Perdana Menteri, sebaliknya Ismail Sabri yang diangkat setelah ada campur tangan (intervention) dalam menangani keretakan hubungan BN-PN ketika itu. Sekali lagi Anwar didakwa menipu mengenai sokongan ini.
Oleh kerana ketika itu menjadi ahli Parlimen, saya terlibat dalam proses menandatangani sokongan kepada beliau. Dan saya berpeluang melihat nama-nama yang telah menandatangani sokongan ini, maka saya tahu bahawa beliau memang mempunyai sokongan majoriti semasa pengumuman dibuat. Cuma dinamik proses peralihan kuasa ketika itu berubah dengan campur tangan yang berlaku.
Ini akan disentuh dalam siri Cerita yang akan datang (lama lagi nak sampai 😅) -
Noor Amin Ahmad reposted
-
Noor Amin Ahmad reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
The Israeli strikes on Iran, and the American military action that has accompanied them, bring the Middle East to the edge of catastrophe. Israel’s initiation of these strikes was a vile attempt to sabotage ongoing negotiations and to drag other nations into a conflict that could prove impossible to contain.
An immediate and unconditional cessation of hostilities is imperative. I urge the United States and Iran to pursue a diplomatic off-ramp rather than further escalation, and the international community to act with urgency and without double standards. Furthermore, my concern at this time is the safety of Malaysians in Iran and elsewhere in the region. I will be in touch with regional partners on the next steps in this regard.
ANWAR IBRAHIM
Photo: AP -
Noor Amin Ahmad reposted
Al Jazeera English
@AJEnglish
Malaysia’s PM Anwar Ibrahim has expressed “grave concern” over the escalation of hostilities between Pakistan and Afghanistan, calling on the sides “to exercise maximum restraint and to cease all military operations immediately.”
🔴 LIVE updates: www.aljazeera.com/news/liveblog/2026/2/27/live-kabul-bomb… -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Di Ramadan yang mulia ini, jika ada amalanku yang sangat sedikit diterima, kumohon Allah s.w.t. melaknat Israel dan sekutunya dengan kekalahan perang.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Dunia menuju perang sekali lagi. Akan ada rantaian kesan ekonomi tertentu.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Beautifully written by Abdullah Haron, a social media friend. An economist with vast experience internationally.
WEEKEND RANTING: MALAYSIA NATIONAL PASTIME - THE ENDLESS COMPLAINT ABOUT THE PRIME MINISTER
1. You know, back in the day, folks used to gather at kopitiams, sip their kopi O, and gripe about politics like it was a second job. Fast forward to today, and nothing’s changed, except now the complaints come faster, louder, and with more flair. And poor DS Anwar Ibrahim? He’s the lightning rod for it all.
2. One camp says he’s too establishment. “He’s been around forever, man. Reformasi? Please. He’s the system dressed up as change.” That’s the line. They don’t care that he’s survived decades of political trench warfare. To them, that’s proof he’s part of the machine.
3. Then you have got the economic purists. These guys treat every policy like a personal insult. Subsidy reforms? Too cruel. Inflation measures? Too slow. Cost of living? Still unbearable. If DS Anwar handed out free rice, they’d complain the grains weren’t polished enough.
4. It’s the same old tune:
• If he compromises, he’s weak.
• If he stands firm, he’s authoritarian.
• If he listens, he’s indecisive.
• If he ignores, he’s arrogant.
5. In Malaysia, the Prime Minister is expected to be a saint, a savior, and a pasar malam vendor all rolled into one. And even then, someone will say the satay sticks are too short.
6. From my bodo2 observations, the louder the noise, the clearer the proof that DS Anwar is actually moving the needle. Nobody wastes breath on irrelevance. The fact that he is catching fire from every direction means he is poking sacred cows, shaking comfort zones, and forcing Malaysians to face truths they’d rather sweep under the carpet.
7. So yes, the complaints will never stop. But maybe that’s the ultimate badge of honor in Malaysian politics: if everyone’s yelling, it means you’re alive. And in a country where invisibility is the easiest way to survive, being loudly criticized might just be the only sign you’re doing something real. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Cognitive dissonance.
Bila SALAH SPEKULASI kononnya polis siasat tokoh pujaan terkait kerjasama dgn media antarabangsa (baca: anggap dunia berputar keliling tokoh pujaan), cuba buat-buat tak bersalah dan alih kritikan kononnya orang lain memuja tokoh juga.
Dasar Pak Pandir. "Anak orang lain mati juga Mak Andih!" -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik: Antara Fakta, Data dan Cita-Cita - Cerita 14
Ketika Pak Lah dilihat lemah selepas UMNO-BN hilang majoriti 2/3 dalam PRU 2008, Anwar menambah tekanan dengan mengumumkan kemungkinan pembentukan kerajaan menjelang 16 September. Tarikh tersebut adalah sempena Hari Malaysia, membayangkan ada pergerakan politik terutama dari Sabah dan Sarawak.
Anwar kembali aktif dalam politik setelah dibenarkan bertanding dan kemudian menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh rentetan pengosongan kerusi oleh Dr Wan Azizah.
Namun, sebelum Pilihan Raya Kecil itu, satu laporan polis terhadap Anwar telah dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan.
Sebagaimana disentuh dalam siri Cerita lebih awal, ketika maklumat ini diterima, pimpinan Keadilan sedang berada di Quality Hotel, Shah Alam. Kebetulan saya menjadi sebahagian petugas yang menguruskan Seminar Kebijakan pada waktu itu yang dihadiri oleh ahli-ahli Parlimen, ADUN-ADUN serta pimpinan Keadilan di segenap peringkat. Dr Wan Azizah dan Anwar Ibrahim hadir petang itu untuk ucaptama dan dialog tertutup.
Berita laporan polis tersebut disampaikan oleh Farhash Wafa Salvador, SU politik Anwar yang baru saja pulang dari UK beberapa minggu sebelumnya setelah menutup perniagaannya di sana.
Sebaik berita ini tersebar, dan media juga turut melaporkan, maka orang ramai mula berkumpul di lobi hotel.
Pimpinan pada waktu itu membuat keputusan drastik membawa Anwar ke bilik khas dan kemudian membawanya keluar ke Kedutaan Turki. Kami hanya menyedarinya kemudian. Saya difahamkan keputusan diambil oleh pimpinan kerana pertuduhan yang dibuat terhadap Anwar adalah serius di mana polis boleh menahannya pada bila-bila masa sahaja. Meskipun Anwar pada mulanya tidak bersetuju, pimpinan secara 'sebulat suara memberi arahan' kepada beliau.
Sementara itu cerita pembunuhan Altantuya pada tahun 2006 semakin diperkatakan setelah Pak Lah membuat keputusan berundur daripada jawatan PM dan akan diambil alih oleh Najib Razak. Ini kerana tangkapan terhadap Razak Baginda dan dua polis UTK yang kesemuanya terkait dengan Najib. Ia juga dikaitkan dengan skandal pemerolehan Kementerian Pertahanan di mana Altantuya dikatakan dibunuh kerana menuntut bahagian komisennya.
Pada waktu itu ramai mula melihat politik Malaysia akan berubah menjadi jelik, mungkin mengulang episod tahun 1998, malah lebih teruk lagi. -
Noor Amin Ahmad reposted
BFM News
@NewsBFM
🚨JUST IN: EPF has declared a 6.15% dividend for 2025 for both conventional and shariah savings.
The involves a total payout of RM79.6 billion.
BFM89.9
@BFMradio
KWSP mengumumkan kadar dividen 6.30% untuk kedua-dua Simpanan Kovensional dan Simpanan Shariah bagi tahun 2024. Ia adalah kadar tertinggi sejak tahun 2017.
KWSP telah mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 billion bagi tahun 2024, iaitu peningkatan 11% berbanding RM66.99 billion yang direkodkan pada tahun 2023.
1/5 🧵 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Ramai makan cili sebelum buka puasa tadi
-
Noor Amin Ahmad reposted
Azalina Othman Said
@AzalinaOthmanS
‘Power separation enhances neutrality’ www.thestar.com.my/news/nation/2026/02/24/power-separatio…
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik Malaysia bukan hanya berlegar sekeliling kamu atau tokoh pujaan kamu. Jangan beria tak kena tempat.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Malaysia Gazette
@MalaysiaGazette
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kabinet sudah membincangkan berkenaan desakan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
#malaysiagazette -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik: Antara Fakta, Data dan Cita-Cita - Cerita 13
Seperti yang dikisahkan dalam siri Cerita lebih awal, UMNO-BN hilang majoriti 2/3 dalam PRU 2008.
Apa yang menarik ialah dalam keadaan itu pun Pak Lah berani mengambil satu keputusan drastik mengapungkan harga minyak RON97 daripada RM1.92 kepada RM2.70 dan diesel pula daripada RM1.58 kepada RM2.58 bagi setiap liter penggunaan.
Keputusan itu dikatakan dapat mengurangkan beban subsidi harga minyak yang dijangka mencecah RM56 billion pada tahun 2009 dan kerajaan dijangka dapat menjimatkan sebanyak RM4 billion melalui langkah tersebut.
Sebagai penyelidik di IDEAS pada masa itu, yang banyak menyuarakan tentang ekonomi pasaran, dan saya sendiri secara khusus pernah menulis satu artikel bertajuk Subsidi Untuk Siapa? yang disiarkan di The Malaysian Insider, dengan contoh terkini semasa itu daripada laporan ADB dan The Economist, sudah tentulah dasar diambil Pak Lah itu dilihat mendekati prinsip ekonomi pasaran. Namun, pada masa yang sama, ia dilakukan secara drastik, mengabaikan sama sekali kesan politik dan kejutan harga kepada pasaran.
Dalam keadaan UMNO-BN baru sahaja menerima tamparan politik yang besar sebelum itu, dasar harga minyak ini dilihat ramai sebagai satu petunjuk muktamad bahawa Pak Lah mesti berhenti sebagai PM.
Walau bagaimanapun, ia tidak segera berlaku. UMNO khususnya cuba menguruskan krisis dengan lebih teratur. Pak Lah hanya akan berundur pada tahun 2009. Oleh kerana itu, satu sikap berani perlu ditunjukkan dengan tawaran debat mengenai harga minyak yang disiarkan secara langsung di televisyen. Pakatan Rakyat menampilkan Anwar dan kerajaan menampilkan Menteri Penerangan Shabery Chik.
Debat ini tidaklah menarik sangat bagi saya kerana tajuknya sedikit memihak dan mengkhusus - boleh atau tidak harga minyak diturunkan pada angka tertentu ketika itu. Seolah-olah hanya memerlukan jawapan Ya atau Tidak. Kurang membuka perbincangan kepada persoalan fiskal yang lebih rumit, khususnya pergantungan kepada hasil minyak, belanja operasi yang tinggi, keperluan mengubah cara fikir untuk masa depan negara.
Beban pembuktian kepada Anwar ditunjukkan secara kuantitatif dan mirip kaedah bahas yang biasa di peringkat universiti di mana pengurangan memerlukan anggaran RM5 billion dan di manakah peruntukan ini boleh didapatkan. Kita boleh mempersoalkannya namun kerana tajuknya begitu, beliau lulus dalam menjelaskannya.
Shabery pula tidak begitu meyakinkan dalam membentangkan kes-kesnya yang sebenarnya ada. Mungkin penguasaan beliau tentang isu kurang baik sehinggakan menjadi terlalu defensif dan mudah dibidas. Lagipun, siapa suka harga mahal - terlepas barang atau perkhidmatan apa pun?
Manakala penyokong kerajaan ketika itu berpendapat pemberian subsidi berlebihan adalah perbuatan tidak bertanggungjawab, tetaplah mereka sendiri akur harga minyak naik cukup tinggi dan membebankan. Baik atau tidak hujah Shabery tak akan boleh mengalahkan emosi marah orang ramai.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kemudian kita tahu bahawa antara pembantu Anwar dalam membuat persediaan perdebatan tersebut ialah Rafizi Ramli, seorang anak muda jurutera yang juga akauntan bertauliah, pernah menjawat kedudukan tinggi dalam Petronas relatif usianya, dan seingat saya kemudian di Pharmaniaga.
Menurut cerita Rafizi kebetulan berada di Terengganu semasa Anwar ke sana. Menjadi pengacara majlis program ceramah Anwar di sana. Dari situ, mereka berhubung dan Rafizi diajak untuk membantu Anwar dalam persediaan perdebatan tersebut.
Beberapa bulan kemudian Anwar diumumkan menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Setelah itu, Rafizi menyertai pejabat ini sebagai Ketua Eksekutif.
Nota:
Walaupun tulisan dalam siri Cerita lebih bersifat nota tentang masa lalu, agak menarik bila saya terdengar Rafizi kini kurang/tidak bersetuju dengan pelaksanaan Budi95 dan percaya bahawa harga minyak perlu diapungkan sepenuhnya dan bantuan diberikan dengan cara lain seperti memberikan kepada B40 tambahan tunai bulanan. Jika ini benar, ia tidak banyak beza dengan langkah Pak Lah pada tahun 2009. Kaedah ini tidak semestinya salah namun kita wajar/boleh belajar daripada kejutan harga dan impak politiknya. Jika beliau betul percaya inilah dasar yang diperlukan, mungkin ia boleh secara prinsip dijadikan satu daripada kempen utama politik beliau untuk PRU-16. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Perubahan wacana yang bergerak.
The Long Tweet
@tanjooilong
Don’t import Malay unity rhetoric into Sabah, says former CM www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2026/02/26/dont…
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Lucu, sejak sekian lama saya menulis tentang sejarah Anwar, reformasi dan Keadilan, beli dan simpan bahan-bahan, kebetulan kongsi satu tulisan lama Rafizi yg kena dgn isu semasa ada pula pihak yg menggelupur. Yang sanjung melangit pun ada.
Siapa yg mengikuti siri Cerita saya akan tahu sedikit babak arwah Benan dan kaitan dgn Rafizi. Ya, ia transisi kpd kisah Rafizi kembali aktif dalam parti lepas ni. Tgk tahun-tahun Cerita tu. -
Noor Amin Ahmad reposted
Farid Affy
@faridaffy
Dah lupa ke cara nak claim income tax? Meh sini aku share step-by-step dia.
Jangan lupa share, repost, like, komen "terima kasih"
So ini dia cara nak claim income tax for DUMMIES -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya bukanlah arkib perjuangan Reformasi. Saya hanya penulis biasa. Orang yang boleh dikatakan banyak mempunyai maklumat perjalanan parti dari dalam dan luar ialah Saifuddin Nasution. Pernah beliau mengajak saya mencari masa untuk merakam sejarah ini. Saya harap nanti adalah masa tu.
Kebetulan, Parlimen bercakap tentang had 2 penggal PM. Ini tulisan Rafizi Ramli sekitar 2003. Sebelum beliau ikut menyepi bersama Adlan Benan Omar, mentornya rentetan selisih faham dengan Ezam. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Naib Bersekutu Bersatu masih selamba bantai PAS 😅
Sanjeevan
@SanjeevanSS
BERSATU sudah pun secara rasmi minta PAS tukarkan Ketua Pembangkang tapi PAS masih tak tukarkan pemimpin yang sudah dipecat itu.
Ini hanya membuktikan PAS ketandusan pemimpin yang mampu menjadi Ketua Pembangkang.
Nak jadi Pengerusi PN tapi taknak jadi Ketua Pembangkang? 😂 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik: Antara Fakta, Data dan Cita-Cita - Cerita 12
Berita Ezam akan keluar parti sebenarnya telah mula tersebar sejak sekitar 2001/2002. Waktu itu beliau telah ditahan ISA dan kemudian OSA. Gambar pertemuan beliau dengan Aziz Shamsudin, setiausaha politik (?) Dr Mahathir pada masa itu telah menimbulkan tanda tanya di kalangan ramai pengikut Reformasi 98.
Saya ingat kerana terlibat sebagai peserta mogok lapar membantah 365 hari tahanan politik ISA di Taman Melewar, markas PAS yang terkenal di Gombak. Pengalaman 90 jam yang akan diingat lama. Satu tindakan nekad yang pernah diambil di zaman muda. Waktu itu saya sempat kenal Kak Bahirah, isteri Ezam.
Ezam antara pemimpin muda yang begitu menonjol pada era Reformasi 98. Usianya baru lewat 20-an ketika itu. Beliau baru dua tahun menjadi Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan. Sebelumnya beliau berkhidmat di Institut Kajian Dasar (IKD) sebagai Timbalan Pengarah. Mantan pelajar VI yang kemudian menjadi pimpinan pelajar di UIAM. Saya masih ingat sebuah gambar Ezam melancarkan penerbitan Nahdah Asia, edisi bahasa Indonesia bagi The Asian Renaissance sekitar tahun 1997.
Ketika awal Reformasi 98 beliau antara yang membawa diri ke luar negara seketika. Beliaulah yang pertama mengeluarkan kenyataan bahawa Rahim Noor, Ketua Polis Negara ketika itu telah menumbuk dan membelasah Anwar semasa ditahan di lokap Bukit Aman. Pukulan yang menurut doktor boleh membawa maut. Hanya beberapa tahun kemudian Rahim Noor didapati bersalah di mahkamah dan dihukum penjara.
Ezam kemudian pulang ke Malaysia. Memimpin dari barisan hadapan sebagai ketua pemuda Keadilan. Pidatonya memukau, mirip Anwar Ibrahim. Ramai pengikut Reformasi 98 memandang tinggi kepadanya. Saya masih ingat, meskipun kalah dalam PRU 1999 di kerusi Parlimen Shah Alam, beliau berjaya mengurangkan majoriti lebih 50,000 undi di sana kepada kurang 2,000 undi.
Setelah dikenakan ISA dan OSA, Ezam masih aktif dengan parti, namun tidak menyerlah seperti sebelumnya. Beliau memberi bayangan akan berundur dari politik kepartian. Akhirnya, beliau menubuhkan GERAK dan mengumumkan pengunduran daripada parti.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya pernah terlibat sekejap dengan GERAK sekitar 2007. Menghadiri beberapa mesyuarat di Kelana Jaya. Saya masih ingat dalam pertemuan pertama Ezam memberitahu bahawa beliau telah menghantar CheguBard membuat Master di Korea kerana Ezam telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah sebuah pertubuhan hak asasi di sana. Beliau turut menawarkan kepada saya peluang yang sama jika berminat.
Kemudian, pertemuan yang saya aturkan untuk Ezam dengan kumpulan mahasiswa dari UPM-UKM-Uniten menjelang Bersih 2007 terpaksa ditunda kerana Ezam menjelaskan bahawa beliau turut diikuti oleh polis dan tidak mahu mahasiswa yang bertemunya bermasalah.
Ia dapat diadakan kemudian. Ezam sendiri mengambil saya di ruang parkir Masjid UPM untuk ke lokasi pertemuan. Ketika itulah saya diperkenalkan dengan Nazree Yunus, pimpinan mahasiswa UM yang junior sedikit dari segi usia. Nazree pimpinan PMIUM dan GAMIS. Menurut Ezam, beliau mahu saya bersama Nazree mengambil alih GERAK.
Namun, kemudian saya menjarakkan diri daripada Ezam. Ini kerana dalam beberapa pertemuan terakhir di Kelana Jaya, beliau memberi bayangan akan kembali aktif dalam politik tetapi entah kenapa beliau menyasarkan kritikan-kritikan kepada Keadilan khususnya Azmin Ali. Saya merasakan Ezam tidak akan kembali kepada Keadilan. Selepas itu saya tidak menjawab panggilannya dan mesejnya yang terakhir untuk mengajak hadir ke pertemuan bersama mahasiswa UIAM tidak saya balas.
Selepas itu Ezam nampak cuba aktif dalam politik dengan menjadi pengarah komunikasi Najib Razak di Kementerian Kewangan. Meskipun sekejap, beliau sedikit aktif menyerang pembangkang, khususnya Anwar pada ketika itu.
Kali terakhir, beberapa tahun lalu, semasa saya masih ahli Parlimen, Ezam ada datang berceramah di Perlis. Namun, saya tidak dapat bersama kerana perlu bergerak ke Parlimen.
Seingat saya beliau telah menyertai beberapa parti sejak 1999 namun namanya sudah tidak sebesar dulu. Ezam mungkin satu sosok sangat popular dan dipandang tinggi dalam Reformasi 98 yang gugur lebih awal.
Ramai tidak tahu Bendahari Pemuda Keadilan di bawah pimpinan Ezam ketika awal penubuhan parti ialah Adlan Benan Omar. Ben adalah budak Koleq lulusan Cambridge dan pengasas UKEC yang bertanggungjawab membawa Rafizi Ramli masuk ke dalam parti, malah dilantik sebagai anggota MPT termuda dulu. Ben meletak jawatan kerana perselisihan pendapat dengan Ezam, sekaligus diikuti oleh Rafizi pada masa itu.
Meskipun hanya berkenalan singkat dengan Ben, saya berpendapat beliau seorang genius yang hebat. Sayangnya buku sejarah revolusi Bolshevik yang mahu dihadiahkan kepada saya tidak sempat diterima kerana beliau telah dijemput pulang menghadap sang Pencipta terlebih dahulu. -
Noor Amin Ahmad reposted
Al Jazeera Breaking News
@AJENews
BREAKING: Israel responsible for majority of journalists' killings in 2025: CPJ
🔴 LIVE updates: www.aljazeera.com/news/liveblog/2026/2/25/modi-in-israel-… -
Noor Amin Ahmad reposted
Katherine
@supressedvoic
Gaza was beautiful before Israel destroyed it completely. Don't look away
-
Noor Amin Ahmad reposted
mhmmdhsm
@mhmmdhsm
Nabi S.A.W ajarkan doa ini adalah untuk selesaikan masalah :
1) Bebanan hutang
2) Lemah semangat, gelisah jiwa dan malas
3) Rasa sedih dan takut
4) Takde keyakinan diri
5) Selalu ditindas, dipermainkan dan diperlekehkan.
Doa ni mustajab tau, cuma ramai yang tak tahu cara amal. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik: Antara Fakta, Data dan Cita-Cita - Cerita 11
Semasa PRU 2008 saya tidak terlibat sangat. Hanya ada sedikit membantu Nik Nazmi di Seri Setia setelah dihubungi beliau. Usia kami baru 26 tahun. Nik dulu budak Koleq dan kami berkenalan secara maya semasa beliau menghidupkan suaraanum.com di zaman A-Level di KYUEM. Sayang sekali laman ini telah berkubur. Ia adalah ezine anak muda pertama yang saya tahu di negara ini. Tak pasti sama ada Blasting Concept Joe Kidd dulu boleh dianggap sebagai ezine juga. Tetapi itu cukup untuk menunjukkan kemahiran komputer dan internet Nik pada tahun 1999-2000.
Yang pasti Nik antara yang terawal menyiarkan tulisan saya. Ringkas. Buruk. Namun dijadikan tajuk utama - Mahasiswa dan Perjuangan Bahasa Melayu. Lebih awal daripada itu sebenarnya dua tulisan santai laman reformasi.
Kami sempat beberapa kali bertemu termasuk bersama beberapa kawan penulis muda lain sebelum Nik melanjutkan pengajian di UK dan SuaraAnum dikendalikan pihak lain. Antara pertemuan awal kami ialah semasa hadir memberi sokongan kepada Adlan Benan Omar yang mewakili Keadilan dalam satu forum di PWTC. Seingat saya panel lain ialah Affendi Zahari mewakili UMNO dan dua panel lain.
Selepas Selangor menang Nik dijadikan SU Politik MB Selangor, TS Khalid Ibrahim. Nik pada ketika itu memegang dua jawatan - YB Seri Setia dan SU Politik MB. Seperti yang telah diceritakan sebelum ini, saya diajak menyertai pejabat MB pada awal 2010 oleh Nik.
Meskipun Pakatan Rakyat menang di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - selain kekal di Kelantan, serangan bertubi-tubi disasarkan kepada Selangor. Ada dua bentuk. Satu, ungkitan manifesto pilihan raya. Dua, apa yang disifatkan sebagai sabotaj - lampu trafik selalu rosak, kutipan sampah bermasalah, bekalan air bermasalah, penyelenggaraan jalan raya yang lemah.
Saya masih ingat TS Khalid berkata ia bukan manifesto Pakatan Rakyat kerana sebenarnya Pakatan Rakyat belum wujud sebelum 2008. Ia adalah manifesto PAS yang dibuat tanpa berbincang dengan sesiapa.
Walau bagaimanapun, TS Khalid cuba mencari penyesuaian. Melalui penjimatan, beliau mula membina rezab simpanan negeri daripada sekitar RM700 juta yang ditinggalkan dari zaman pentadbiran Khir Toyo kepada RM3 billion. Melalui dividen rezab inilah TS Khalid mula menjalankan program air percuma 20 meter padu dan juga menangani sabotaj kutipan sampah oleh kontraktor. Namun di peringkat awal jenuh juga sampaikan lori 1 dan 3 tan terpaksa diguna untuk mengangkut sampah. Saya ingat TS Khalid bertindak tegas tidak memperbaharui kontrak kepada syarikat lama dan mahu menyediakan sendiri lori sampah yang boleh disewa oleh kontraktor baru.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Dalam hal air sebenarnya TS Khalid bukanlah setuju sangat dengan subsidi air. Belanjanya RM11 juta sebulan! Air memang tak patut dibazir dan harga adalah mekanisme kawalan. Namun, masalah air adalah lebih besar daripada sekadar guna dan bayar. Ia adalah persoalan kelestarian jangka panjang. Sebab itu krisis air di Selangor mengambil masa agak lama dalam rundingan kerana ia melibatkan penstrukturan secara menyeluruh bukan hanya di Selangor. Hanya kebetulan di Lembah Klang agak kritikal memandangkan kira-kira 1/4 pengguna air di Malaysia berada di sini.
Bila TS Khalid membina rezab negeri, ada juga kritikan yang sah misalnya oleh Azmin Ali, "buat apa simpan duit banyak tetapi masalah tidak selesai." Jika kita lihat fakta, meskipun Azmin menjadi MB Selangor kira-kira 4 tahun lebih, rezab diguna sekitar RM1 billion, masalah tidak selesai juga 😅 Melalui simpanan rezab ini, Selangor mendapat dividen besar untuk membiayai beberapa program di bawah tema Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Selain itu, desakan melaksanakan manifesto juga datang daripada kumpulan Lembaga Swadaya Masyarakat (NGO) misalnya dalam pindaan Enakmen Kebebasan Maklumat. Saya masih ingat meskipun ia dibentang dan diluluskan di Dewan Negeri Selangor, kritikan tetap wujud kerana Enakmen ini dikatakan tidak memenuhi tuntutan asal NGO-NGO ini.
Hal kebebasan maklumat ini tidak diangkat sangat oleh UMNO-BN dalam serangan kepada kerajaan negeri Selangor. Mungkin kerana ia bukan antara perjuangan pokok mereka. Namun, ia menjelaskan kepada saya jurang idealisme dan realiti politik. Bukan semua yang digarap sempurna oleh kita terlihat sangat baik di sisi pemegang-pemegang taruh (stakeholders) yang lain. Perimbangan semua pandangan inilah yang menjadikan ia tidak dilihat sempurna oleh satu pihak, malah mungkin semua pihak. Ia sama ada diterima sebagai satu bentuk 'give and take' antara semua pemegang taruh atau kerajaan menjadi sasaran kritikan oleh semua pemegang taruh. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Propa. Fakta.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik: Antara Fakta, Data dan Cita-Cita - Cerita 10
2006 Ezam Mohd Nor mengumumkan pengunduran dari jawatan Ketua Pemuda Keadilan. Mahu memberi fokus kepada NGO Gerak katanya. Sebagai transisi, Shamsul Iskandar Naib Ketua AMK memangku tugas beliau.
2007 pemilihan parti. Shamsul dicabar oleh calon Hasmi Hashim. Manakala bagi jawatan Naib Ketua cikgu Fariz dicabar oleh sdr Zamakshari Ibrahim.
Calon-calon naib ketua terdiri daripada Mohd Zukri Aksah, Amirudin Shari, Ahmad Zaki Yamani Zainon, Johson Chong, Khairul Anuar Ahmad Zainudin yang lebih dikenali sebagai Jonah, aktivis mahasiswa yang ditahan ISA pada tahun 2001, dan Tan Seng Toh.
Calon-calon EXCO pula Mohd Najib Onn, Zara Bt Zahari, Yap Weng Keong, Wan Mohd Anies Wan Adnan, Kumar a/l Thuraisingam, Amizudin Ahmad yang dikenali sebagai Din Sharpshooter sempena nama blognya, Rizan Haji Ali, Jafrien Muhammd, Tan Wei Wun, Ginie Lim Siew Lin, Hj Ramlan Roes, Chan Ming Kai, Mohd Husaif Mohd Jalal, Hasmuzair Hassan orang Mata Ayer, Perlis; Latheefa Koya, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad, P Saravanan, Mohd Firdaus Mohd Sobri, Sim Tze Tzin, Zulkifli Ibrahim, Airul Asni Musa, K Gunabalan, Muzaffar Shah Khairuddin, Norazizi A Aziz, Abdul Rahman Abdul Hackeem, Hamsah Djabir, Muhammad Gaddafi Kamal, Azlan Karim, Amran Ab Ghani, Cheah Sang Soon, Pajudin Nordin dan Faizal Afendi Hussin.
Tahun itu, meskipun Anwar turut dicalonkan sebagai Presiden parti, beliau kemudian menarik diri kerana mengelak perlanggaran undang-undang yang menghalangnya terlibat aktif memegang jawatan politik rasmi selama 5 tahun. Seorang lagi calon, Abd Rahman Othman, juga menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden malah keluar parti. Justeru itu Dr Wan Azizah Wan Ismail menang tanpa bertanding.
Dr Syed Husin Ali juga mempertahankan jawatan Timbalan Presiden tanpa bertanding.
Azmin Ali yang dikatakan mahu mencabar Dr Syed Husin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden sebelum kemudian menarik diri dan hanya bertanding mengekalkan jawatan Naib Presiden dicabar oleh Dr Lee Boon Chye, Fuziah Salleh, Dr Jeffrey Kitingan, Mustapa Kamil Ayub dan Dr Xavier Jayakumar.
Turut menerima pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden pada ketika itu ialah Ezam Mohd Nor.
Secara keseluruhan, terdapat 17 calon Naib Presiden dan 145 calon bagi jawatan Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) pada mulanya sebelum ramai menarik diri kemudian.
Antara calon-calon MKT pada masa itu ialah bekas tahanan ISA, Dr Badrul Amin, Dato’ Mansor Othman, Ahli Dewan Undangan Negeri Padungan, Dominique Ng, Christina Liew, Johari Abdul, Dr Sanusi Osman, Irene Fernandez, Sivarasa Rasiah, Cheah Kah Peng, Saiful Izham Ramli dan Tian Chua.
Selepas pemilihan beberapa tokoh dilantik ke dalam MKT antaranya Dr Mohd Noor Manuti, bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Nordin Hj Mahmud, bekas Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Nik Mahmood Nik Hassan, bekas Pengerusi Perhubungan Negeri Kelantan, Syed Shahir Sy Mohamud, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Hee Loy Sian, ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Dato’ Yeop Adlan, bekas Duta dan Low Chee Chong, bekas Timbalan Setiausaha Agung.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Jawatan Ketua Pemuda Keadilan disandang oleh Shamsul Iskandar. 2007 dan 2010, Shamsul pernah menawarkan untuk melantik saya menjadi ketua pemuda Keadilan Perlis. Kedua-duanya saya tolak dengan baik. Pertama, saya jelaskan kepada beliau bahawa saya belum menjadi anggota parti. Kedua, saya percaya menerima jawatan ketua perlu datang dengan komitmen.
Beliau waktu itu terkejut kerana saya belum menjadi anggota parti memandangkan kami telah kenal sejak tahun 2000/2001 ketika saya mula menyertai program UPPIKD. Ada sebab kenapa saya lambat menyertai parti. Pertama, ketika zaman di IPT, meskipun menyokong Gerakan Reformasi, saya juga percaya mahasiswa tidak perlu terikat dengan sentimen kepartian. Mesti melatih diri dengan pandangan sendiri. Kedua, bebas komitmen. Oleh kerana minat dgn pelbagai isu dasar dan ia tidak semestinya cocok dgn pendirian parti, maka saya lebih bebas mempunyai pandangan sendiri. Saya menikmati program-program bagus anjuran kerajaan, UMNO, Keadilan, PAS, DAP dan pelbagai NGO yang rata-rata beraliran kiri.
Saya masih ingat dalam sibuk berkempen, Shamsul dikatakan belum ditentukan kerusi bertanding. Memang lucu juga bagi kami kerana beliau adalah Ketua Pemuda Keadilan. Akhirnya, beliau dihantar bertanding di Dungun, Terengganu. Dari satu segi, saya fikir beliau ada kekuatan survival. Patuh dan sedia menggalas tugas sukar di kawasan di luar kebiasaannya. Beliau tidak berbangga bertanding di kawasan yang dijangka mudah menang kerana faktor demografi. Beliau kalah 4,994 undi.
Dalam PRU 2008 ini semua setiausaha Anwar Ibrahim - Nik Nazmi, Sim Tze Zin dan Nurul Izzah - telah bertanding dan menang, masing-masing di DUN Seri Setia, DUN Pantai Jerejak dan Parlimen Lembah Pantai. Nurul Izzah pada ketika itu telah berjaya mengejutkan Shahrizat Jalil, Menteri Wanita yang juga tokoh wanita UMNO yang berpengalaman.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
*salah taip. Cikgu Fariz bertanding jawatan Timbalan Ketua.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Bila MB tulis sumbangan KDNK negeri tak penting, beliau sendiri secara tidak langsung mengakui gagal menggerakkan ekonomi negeri. Bayangkan Terengganu antara penerima tertinggi daripada Persekutuan.
-
Noor Amin Ahmad reposted
bolivian
@_bolivian
Epstein Files were released
Nicolas Maduro was captured
Aliens were revealed to be real
The US is about to go to war with Iran
Mexico just started a Civil War
All this has happened in 2026 and we're just in February -
Noor Amin Ahmad reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya mencatatkan pelaburan direalisasi sebanyak RM78.95 bilion dan mewujudkan lebih 23,000 peluang pekerjaan pada tahun 2025.
Pencapaian ini dilaporkan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara ke-35 yang saya pengerusikan pada pagi ini.
Selain itu, NCER pada tahun lalu telah berjaya melahirkan 4,000 orang bakat tempatan yang menepati keperluan pelabur dan industri menerusi program di bawah kendalian Pusat Inovasi Teknologi NCER (NTIC).
Mesyuarat kali ini telah membincangkan perancangan 2026 dan tahun mendatang dengan fokus memantapkan peranan dalam mempercepatkan realisasi pelaburan berkualiti tinggi di wilayah utara, ini termasuk beberapa pelaburan berpotensi terkait Kedah Rubber City (KRC) dan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), Perlis.
Turut diteliti adalah inisiatif meluaskan impak pembangunan ekosistem pelaburan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dan kajian meningkatkan semula daya saing pelancongan di Pulau Langkawi.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Noor Amin Ahmad reposted
SimTzeTzin 沈志勤 🇲🇾
@simtzetzin
Two Major Constitutional Reforms tabled Today! 🇲🇾
First: PM term limit 10 years
Today the Government tabled constitutional amendment to limit Prime Minister term limit to only 10 years.
This might be the first among Westminster parliamentary system.
The 10 years limit will enhance democracy in Malaysia. It is stated in 2022 PH Manifesto.
In normal circumstances, it is unlikely for a Prime Minister to limit his own term and power.
It takes a reform minded Kerajaan Perpaduan to deliver this reform. Syabas dan Tahniah 👍 -
Noor Amin Ahmad reposted
KPM
@KemPendidikan
RM100 JUTA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN KINI DIPERLUASKAN HINGGA TINGKATAN 6.
🔹 RM100 juta jumlah bantuan
🔹 Tingkatan 6 kini turut menerima manfaat
🔹 Satu keluarga → satu sokongan tambahan
Tahun Ini, Tahun Kita -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Laa, awat dia pi delete status FB tu? Guane gamok calon PM PN buat gutu?
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Pakat beringat la kita.
GDP tak penting yang penting bahagia. Itu kata MB merangkap MP yg bergaji puluhan ribu tau!
Calon PM PN katanya.
Bahagia! -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik: Antara Fakta, Data dan Cita-Cita - Cerita 9
Kejayaan parti-parti pembangkang di Parlimen dalam PRU 2008 memang mengejutkan. Setelah berpecah sejak 2002, kalah teruk kepada BN dalam PRU 2004, 'tidak terpimpin' sehingga sekurang-kurangnya 2006, tidak ramai menjangka ada lonjakan baru.
Yang 'positif' dari sudut pembangkang pada ketika itu hanyalah berita pembebasan Anwar, serangan Dr M terhadap Pak Lah dan budak tingkat 4, pembentukan Bersih (dan kemudian Hindraf yang muncul tiba-tiba) dan pembangkang menyertai PRU 2008 secara satu lawan satu.
Mungkin kerana itu tidak ada sesiapa mendabik dada mendakwa dialah wira kejayaan PRU 2008. Meskipun Anwar telah meramal lebih awal - sejak 2006 - bahawa pembangkang akan menafikan 2/3 BN, beliau pun tidak mendakwa dirinya punca pencapaian tersebut. Setiap pihak ada sumbangan masing-masing dengan pemberat berbeza. Dan kejayaan tersebut membolehkan Pakatan Rakyat (baca: jalinan kerjasama baru politik pembangkang) dibentuk.
Sebenarnya, pecahan undi dalam PRU-PRU terdahulu tidaklah terlalu besar. Tanpa mengambil kira parti-parti pembangkang kecil di Sabah dan Sarawak:
1999
BN 148 kerusi dgn 56.52% undi popular.
Merosot 8.64% undi terutamanya daripada kalangan Melayu rentetan isu pemecatan Anwar.
BA 42 kerusi dgn 40.28% undi.
Pembangkang meningkat 10.75% undi (termasuk pengundi baru).
2004
BN 198 kerusi, tertinggi dalam sejarah. Undi popular 63.82%.
Parti-parti pembangkang berpecah. Rangkuman kerusi dan undi popular Keadilan-PAS-DAP ialah 20 kerusi dengan 33.93% sokongan.
2008
BN 140 kerusi, hilang 58 kerusi! Undi popular menjunam kepada 50.96%, terutama daripada kalangan orang bukan Melayu.
Parti-parti pembangkang masih belum membentuk Pakatan Rakyat. Rangkuman kerusi dan undi popular Keadilan-PAS-DAP ialah 82 kerusi dengan 47.30% sokongan.
Antara 2008-2013, berlaku beberapa peristiwa besar yang lain dalam politik Malaysia, antaranya:
1. Debat harga minyak - pembangkang berpeluang muncul di televisyen;
2. Dr Mahathir keluar UMNO sebagai protes terhadap Pak Lah.
3. Pak Lah meletak jawatan dan digantikan oleh Najib Razak;
4. Anwar Ibrahim dibenarkan kembali aktif dalam politik setelah 5 tahun.
5. Dakwaan peralihan kerajaan pada 16 September 2009.
6. Laporan polis oleh Saiful Bukhari terhadap Anwar.
7. Kejatuhan kerajaan Perak dan peristiwa-peristiwa politik menjengkelkan seperti Speaker diheret keluar dari Dewan Undangan Negeri Perak.
Selain itu ada beberapa peristiwa yang memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada politik Malaysia misalnya;
1. Ketidaktentuan ekonomi global rentetan kegagalan bayaran balik pinjaman perumahan Fannie Mae dan Freddie Mac. Saya ingat pada ketika ini IDEAS menerbitkan sejumlah bahan bacaan - kerana isu ini tidak begitu difahami ramai.
2. Pembunuhan Altantuya Sharibuu.
3. Dakwaan mengejut Menteri di JPM, Idris Jala pada tahun 2009 bahawa Malaysia boleh 'bankrap' pada tahun 2019 sekiranya meneruskan corak belanjawan seperti sedia ada. -
Noor Amin Ahmad reposted
Apurva Sanghi
@ApurvaSanghi
Malaysia is poised to be a “winner” with its avg tariff rate falling by almost 2 percentage points
as per today’s FT, drawing on the well-established Global Trade Alert database
Apurva Sanghi
@ApurvaSanghi
1. A less-noticed point about US tariffs on M'sia
2. Although M'sia, Thailand, Philippines, Indonesia all received the same 19% tariff, M'sia is (relatively) better off
Why? Because Malaysia’s effective tariff rate is lower:
Country Announced Rate Effective Rate
Msia 19% 12% TH 19% 17%
PH 19% 14%
IDN 19% 18%
3. Across ASEAN (see fig below)...
...Singapore fares best: just 4% effective vs 10% announced
...Myanmar, Laos, Brunei face highest effective rates BUT have minimal exposure to the US market -- so maybe not be as affected
...Adjusting for US trade exposure, Vietnam & Cambodia likely to be most affected
END/ -
Noor Amin Ahmad reposted
Syahir
@syahir
Ringgit's early reaction to SCOTUS decision. Naik dengan semua major trade partners. Rupiah all time high banyak kali dah tahun ni. Malaysia is among the winners from Trump's flat rate tariff.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia kena tarif dua kali ganda banding negara lain? Janganlah spin macam tu sekali, Rafizi.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat #artThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Baca ‘kajian’ ahli politik adalah golongan paling tidak dipercayai. Tak ada yg pelik. Dapatan yg sama sejak puluhan tahun lalu tinjauan dibuat.
Tapi aturan sistem tetap beri kuasa kepada ahli politik.
Jadi bagaimana hendak baiki? Kena faham asas.Sesat hujung jalan balik ke pangkal jalan.
Politik wujud kerana manusia tidak boleh bersetuju 100% dalam semua perkara setiap masa. Persamaan dan perbezaan manusia ini perlu diurus.
Adanya perbezaan dan persamaan manusia itulah wujudnya ideologi-ideologi. Spektrumnya drpd kebebasan individu (kerana kita berbeza) sampai kpd commune (akar komunis) yg menegaskan manusia itu sama (tiada kelas).
Dlm byk keadaan, apa yg disebut beza ideologi itu hanyalah beza penekanan/keutamaan. Yg menajamkan ialah terbitan drpd cara fikir berkaitan asas kewujudan politik itu sendiri.
Persoalan yg akan sentiasa ada ialah tahap kebebasan dan tahap/jenis kawalan. Liberal lebih percaya kebebasan individu. Yakin manusia cenderung kpd kebaikan. Lawannya cenderung percaya manusia akan salah guna kebebasan. Perlu lebih kawalan.
Ahli politik sbg penentu dasar/pentadbir sistem perlu cari keseimbangan dalam spektrum ini. Ia anjal. Tidak tetap. Sebab itu pihak-pihak berbeza tidak percayakan ahli politik kerana tidak dapat semua yg dimahukan. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Justice as fairness...
Harvard University Press
@Harvard_Press
"The most influential work of liberal political philosophy of the twentieth century." – Kwame Anthony Appiah, @nybooks
Happy birthday, John Rawls!
– Born February 21, 1921, in Baltimore
– James Bryant Conant University Professor at @Harvard
– Winner of the 1999 National Humanities Medal
– Writer of A Theory of Justice, a milestone work of political and moral philosophy incorporating the ideas of Kant, Rousseau, Emerson, and Lincoln
– Just as potent and powerful today as ever: www.hup.harvard.edu/books/9780674000780 -
Noor Amin Ahmad reposted
Reads with Ravi
@readswithravi
The Key To Life: Show Up
-
Noor Amin Ahmad reposted
Science girl
@sciencegirl
Researchers in China are exploring bamboo as a potential alternative to petroleum-based plastics. The plant is gaining interest because it grows rapidly, needs relatively little fertilizer or water, and absorbs carbon dioxide as it develops. Bamboo fibres are also naturally strong, making them useful for reinforcing bio-based materials.
In laboratory tests, bamboo-fibre composites have shown strength levels similar to some conventional plastics, especially for uses like packaging and lightweight products. Certain bamboo-derived biopolymers also biodegrade more easily than standard plastics under industrial composting conditions.
Still, major hurdles remain before bamboo plastics can be widely adopted. Scientists are evaluating durability, resistance to heat and moisture, manufacturing costs, and real-world performance. While bamboo is unlikely to replace all plastics on its own, ongoing research suggests it could play a meaningful role in developing more sustainable materials. -
Noor Amin Ahmad reposted
Science girl
@sciencegirl
This writing cabinet once belonged to King Frederick William II of Prussia (1744–1797).
-
Noor Amin Ahmad reposted
New Straits Times
@NST_Online
🧵 Malaysia’s TB cases on the rise: Over 3,000 infections recorded nationwide
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya harap Arkib Negara juga dilibatkan untuk memasukkan elemen sejarah King’s House sehinggalah perjuangan Anwar Ibrahim sbg Ketua Pemuda UMNO untuk mengambil balik hak pemilikan ini daripada British setelah dihadiahkan kepada mereka di zaman Tunku. Semoga ia tidak hanya menjadi tempat kalangan elit makan-minum semata.
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Semalam saya dan PM Lawrence Wong menyambung semula lembaran sejarah di Seri Negara, sebuah rumah agam berusia lebih seabad yang pernah menyaksikan detik-detik penting perjalanan negara.
Pertemuan empat mata sewaktu berbuka puasa dan makan malam menjadi ruang mencanai pandangan serta menilai langkah ke hadapan untuk memperkukuh hubungan Malaysia–Singapura dan merungkai isu-isu tertunggak.
Semoga pertemuan ini memupuk kepercayaan, mengukuhkan kerjasama dan membawa kebaikan yang berkekalan kepada rakyat kedua-dua negara, Insya-Allah.
🇲🇾🫶🇸🇬
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#diplomasimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Main dgn si gila
The New York Times
@nytimes
Breaking News: President Trump raised his global tariff to 15%, signaling that he would press ahead with his trade war despite the legal setback from the Supreme Court. www.nytimes.com/2026/02/21/business/trump-tariffs.html?sm…
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik: Fakta, Data dan Cita-Cita - Cerita 8
Saya masih ingat menjelang PRU 2008, satu risalah diselitkan di rumah sewa ketika itu di Seri Kembangan. Tertera gambar Dr Hassan Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Waktu itu Barisan Alternatif telah berpecah sejak 2002. Tidak ada gabungan rasmi. Keadilan mengekalkan hubungan dengan PAS dan DAP secara berasingan. Ia bukan baru, dulu Semangat 46 pernah bersama PAS serta Berjasa, Hamim dan Kimma dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat bersama DAP, PRM dan PBS.
Mengapa gambar Dr Hassan Ali dan TS Khalid? Seingat saya Dr Hassan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor pada waktu itu. Antara nama besar yang menyertai PAS rentetan krisis politik 1999. Terkenal melalui Forum Perdana Hal Ehwal Islam. TS Khalid, meskipun baru menyertai parti, seingat saya turut diberi tanggungjawab menjadi Pengerusi Keadilan Selangor.
Apa yang menarik dalam risalah ini ialah senarai 'manifesto', termasuk air percuma dan segala macam percuma yang lain. Saya pada waktu itu yakin bahawa risalah ini disediakan oleh PAS secara bersendirian tanpa berbincang dengan Keadilan apatah lagi TS Khalid sendiri.
Sebelum itu, pada April 2007, TS Khalid telah dicalonkan untuk pilihan raya kecil Ijok. Kebetulan di kawasan berhampiran kampungnya. Saya masih ingat bagaimana aktivis parti berkongsi lelap berhimpit-himpit tidak kurang 50 orang di rumah yang sama. Ada yang tidur duduk di perdu pokok. Ada yang baring bersandar di kerusi kereta. Saya hadir sebagai petugas MAFREL yang diberikan akreditasi oleh SPR untuk memantau pilihan raya. Belum menjadi ahli parti secara rasmi.
Melalui PRK Ijok, kita tahu TS Khalid bukanlah orator. Kesilapan beliau menyebut "Undilah BN" diulang-ulang pihak lawan. Namun yang menariknya beliau boleh lancar menceritakan bagaiman harga tanah di Ijok boleh dinaikkan.
Namun, TS Khalid kalah. Ada rasa kecewa apabila Anwar meluahkan bahawa TS Khalid ialah calon Melayu, anak tempatan antara yang terbaik bukan saja di tempat asalnya tetapi dalam negara pun belum dapat menarik sokongan terutama orang Melayu di sana.
Dalam PRK Ijok ini juga khabarnya Dato' Nallakaruppan kecewa kerana tidak dipilih menjadi calon. Ada juga bisik-bisik kekalahan TS Khalid berpunca daripada sabotaj dalaman oleh dua pemimpin ada nama dalam parti ketika itu - seorang pemimpin pemuda dan seorang lagi pemimpin negeri terkenal di peringkat nasional yang kecewa tidak dilantik menjadi pengerusi negeri Selangor.
Namun, rezeki tidak salah alamat. Kurang setahun kemudian TS Khalid diangkat menjadi Menteri Besar Selangor apabila Keadilan-PAS-DAP setuju untuk kembali bersama membentuk kerjasama baru atas nama Pakatan Rakyat.
Ramai pemimpin UMNO-BN tumbang di peringkat negeri dan pusat. Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor rasmi tumbang kepada Pakatan Rakyat dan Kelantan kekal dikuasai PAS. Namun, Terengganu gagal dirampas kembali.
Ramalan awal Anwar sebelum balik ke Malaysia pada tahun 2006 ternyata benar. UMNO-BN dinafikan dua pertiga. Kekalahan di lima negeri ini turut diramal awal oleh Tun Daim Zainuddin kemudian. Keputusan yang mengejutkan banyak pihak. Keputusan yang memberi tekanan tambahan kepada Pak Lah meskipun menang besar dalam PRU 2004.
Maka bermulalah apa yang disebut sebagai Politik Baru. Ramai tertanya-tanya bagaimana ini boleh berlaku dan apakah bentuk baru politik Malaysia kesan daripada keputusan ini? -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik: Fakta, Data dan Cita-Cita - Cerita 7
Antara PRU 1999 dan PRU 2008 itu, ada tiga pilihan raya yang memberi gambaran berbeza. Ringkasnya:
1999, peralihan undi Melayu kepada parti-parti pembangkang. Ia dikaitkan dengan protes isu pemecatan Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO. Namun, undi bukan Melayu dikatakan begitu kukuh sehinggakan kerjasama DAP-PAS pada waktu itu mendorong Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kerusi yang ditandingi mereka. Manakala PAS menang agak besar di Terengganu. Di Kedah agak menarik, meskipun UMNO-BN menguasai DUN, PAS mendapat lebih kerusi di Parlimen.
2004, UMNO-BN menang besar. Gelombang Biru. Ia satu legitimasi kepada peralihan kuasa daripada 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir kepada Pak Lah. Pembangkang pula berpecah rentetan isu Negara Islam. Ramai juga kurang memberi perhatian bahawa UMNO-BN telah memanfaatkan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya yang boleh dibuat setiap 10 tahun (antaranya kerana perubahan pembangunan dan jumlah penduduk daripada bancian) dengan memperbanyakkan kerusi campuran.
Anwar Ibrahim dibebaskan. Menarik penekanan Pak Lah tentang nasihat ibunya "jangan menganiaya orang". Pak Lah jelaskan beliau hanya "tidak masuk campur dalam kehakiman". Tun Hamid mantan Ketua Hakim yang baru meninggal ada menulis pembebasan Anwar tidak begitu disenangi Dr Mahathir. Imej Pak Lah melonjak tinggi ditambah dengan kenaikan gaji penjawat awam terutama polis. Namun populariti ini tidak lama.
2008, peralihan mendadak pengundi Cina dan India menyokong pembangkang. Pembangkang yang masih berpecah berjaya mencapai keputusan satu lawan satu di hampir semua kerusi. Penyatuan pembangkang dilihat dalam isu pilihan raya bersih dan adil. Pada masa yang sama timbul kumpulan Hindraf yang membangkitkan isu kaum India. Ia memberi kesan UMNO-BN hilang majoriti dua pertiga kerusi.
Peralihan mendadak pengundi Cina dikatakan berpunca daripada peristiwa julang keris Hishamuddin Hussein dan retorika angkuh setelah pengundi Melayu berpatah balik kepada UMNO-BN pada tahun 2004. Selain itu kritikan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Pak Lah dan peranan Budak Tingkat 4.
Akhirnya parti-parti pembangkang utama di Pusat kembali duduk semeja dengan nama Pakatan Rakyat dan Pak Lah berundur dan digantikan oleh Najib Razak.
--
Daripada Cerita 1 sampai ke Cerita 7 setakat ini, kita boleh melihat;
1. Perkara-perkara asas dalam politik tetap berlaku:
i. Satu hari boleh jadi terlalu singkat atau satu hari boleh jadi terlalu lama.
ii. Manusia berubah. Apa yang mendorong perubahan seseorang atau kelompok masyarakat tertentu perlu diteliti.
iii. Pengundi tidak seragam. Setiap manusia ada kepentingan sendiri masing-masing. Keutamaan tidak sama.
iv. Pengundi rasional adalah mitos. Kapasiti memahami isu tidak sama. Saluran maklumat tidak sama.
2. Pengundi semua kaum khususnya di Semenanjung telah 'merasa' keluar daripada undian tradisi kepada UMNO-BN. Jika dulu pernah orang bergurau "UMNO-BN letak pasu bunga pun boleh menang", pandangan tersebut mula tergugat;
3. Walaupun begitu, pola pengundian berteraskan kaum masih jelas. Peralihan pengundi Melayu memberi manfaat kepada 'parti berwajah Melayu' yang lain iaitu PAS. Namun, ia lebih tertumpu di negeri-negeri yang luas kawasan desanya - Kelantan, Terengganu dan Kedah. Meskipun Perlis juga luas kawasan desanya, faktor negeri kecil, pengaruh tokoh setempat dan jentera politik masih memihak kepada parti penyandang (incumbent) di peringkat Pusat;
4. Kita boleh menganggap bahawa kekalahan UMNO-BN sejak dulu berpunca daripada kegagalan mengurus perpecahan dalaman. Ramai menganggap formula yang berjaya pada satu masa boleh terpakai pada bila-bila masa. Meskipun ia boleh diterima, namun pemberatnya (weightage) mungkin telah berubah;
...
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
5. Keghairahan UMNO meraikan kejayaan besar pada tahun 2004 memberikan kesan kepada rakan gabungan dalam BN di mana MCA dan MIC hilang banyak undi tradisi mereka. BN hilang keseimbangan ini dan UMNO masih 'hanya melihat' ia sebagai kegagalan MCA-MIC. Bukan kegagalan bersama.
6. Meskipun tidak ada gabungan rasmi (coalition), pakatan pilihan raya (election pact) cukup untuk memenangkan pembangkang di pusat lima negeri - Kelantan kekal, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor berjaya dimenangi.
7. Prestasi boleh naik turun. PAS menang (1999) dan kalah (2004) di Terengganu malah gagal merampas semula negeri itu (2008 ) meskipun prestasi pembangkang lebih baik.
8. Peralihan kaum Cina memberi manfaat kepada DAP dan Keadilan di kerusi bandar. Keadilan nampak lebih beruntung. Ini kerana dalam 'perebutan kerusi' untuk ditandingi sejak 1999, Keadilan lebih banyak diberikan kerusi kalah teruk iaitu kerusi campuran. PAS mendominasi kerusi majoriti Melayu dan DAP mendominasi kerusi majoriti Cina atau jumlah pengundi bukan Melayu yang signifikan. Justeru itu, DAP lebih banyak mengekalkan kemenangan sedia ada selain menambah sedikit kerusi baru. Pada masa yang sama, PAS merasa pertambahan kerusi menang mereka lebih kecil meskipun mendapat dua MB di Kedah dan Perak.
9. Meskipun pengundi bukan Melayu memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat, mereka pada masa itu bukanlah pengundi tradisi PAS dan Keadilan. Sebahagian adalah pengundi tradisi DAP tetapi ramai adalah bekas pengundi tradisi MCA-MIC.
10. Isu Pakatan Rakyat dan BN sebenarnya hampir sama iaitu bagaimana menguruskan dan mengukuhkan kemenangan daripada sokongan pelbagai kaum. Cabarannya ialah apabila parti dominan seperti UMNO, PAS dan DAP mengutamakan apa yang boleh disifatkan 'low hanging fruits' - iaitu undi tradisi mereka dan tidak begitu pedulikan tambahan undi lain. Ia bukanlah satu kesalahan, cuma titik keseimbangan dalam menjadi sebuah parti utama Malaysia akan selalu goyah. Di sini UMNO ada kelebihan berbanding PAS kerana dilihat lebih moderat pro-pembangunan dan berpengalaman. Cuma selepas 2008, UMNO lebih banyak melihat parti sendiri berbanding BN sebagai sebuah kerjasama politik. PAS masih mencari rentak untuk dipercayai oleh orang bukan Melayu. Pemimpin mereka mungkin merasa selesa kerana berada di negeri-negeri majoriti besar Melayu di sebelah Pantai Timur. -
Noor Amin Ahmad reposted
TIME
@TIME
U.K. lawmakers call for independent inquiry into royals time.com/7380001/prince-andrew-arrest-royals-inquiry-epst…
-
Noor Amin Ahmad reposted
CNN
@CNN
Supreme Court rules that Trump's sweeping emergency tariffs are illegal.
www.cnn.com/2026/02/20/politics/supreme-court-tariffs?Dat… -
Noor Amin Ahmad reposted
Bursa Malaysia
@BursaMalaysia
Let’s be honest…. how many of us say we want financial freedom but still don’t fully understand how investing actually works? 😅
It’s time to change that.
Join the National Investment Programme (NIP), a structured programme designed to empower you with practical financial literacy and scams awareness.
Who are We Looking For?
✅ Malaysian (B40 & Tier 2 of M40 categories)
✅ 18 – 50 years old
✅ Minimum qualification: SPM
No jargon overload. No complicated theories. Just real, useful knowledge you can actually apply in real life.
If you have what it takes, grab this opportunity and be part of the journey.
Find out more and register now at my.bursamalaysia.com/happenings/promotions-and-updates/na…
---
Berapa ramai antara kita yang impikan “Financial Freedom”, tetapi masih belum benar-benar faham cara pelaburan berfungsi? 😅
Sudah tiba masanya untuk berubah.
Sertai National Investment Programme (NIP) — sebuah inisiatif berstruktur oleh Bursa Malaysia yang direka untuk meningkatkan literasi kewangan dan kesedaran tentang penipuan .
Siapa Yang Layak?
✅ Warganegara Malaysia (kategori B40 & Tier 2 M40)
✅ Berumur 18 – 50 tahun
✅ Kelayakan minimum: SPM
Tiada istilah yang memeningkan. Tiada teori yang rumit.
Hanya ilmu yang jelas dan boleh terus diamalkan dalam kehidupan harian.
Jika anda memenuhi syarat, ambil peluang ini untuk memperkasa diri dan masa depan anda.
🔗 Ketahui lebih lanjut dan daftar sekarang: my.bursamalaysia.com/happenings/promotions-and-updates/na… -
Noor Amin Ahmad reposted
the circus
@LovelyFilters
never met an intelligent person who presented their views as absolute truth
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Naik turun rating. Simpan sebagai kenangan.
-
Noor Amin Ahmad reposted
The Webb
@Thewebb_io
The Epstein Files have never been more accessible.
thewebb.io
@IanCarrollShow -
Noor Amin Ahmad reposted
a.iswinarto
@AIswinarto
There’s now proof that Soeharto orchestrated the 1965 killings : Artikel-artikel (Kajian) Ilmiah Jess Melvin Tentang Genosida 1965-1966 - Jess Melvin Articles on Indonesian Genocide 1965-1966 #kajian1965 19651966perpustakaanonline.wordpress.com/2018/07/21/artik…
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad reposted
Reads with Ravi
@readswithravi
George Orwell on writing:
-
Noor Amin Ahmad reposted
Amirudin Shari
@AmirudinShari
Ramadan, bulan yang diturunkan Al Quran adalah bulan yang digalakkan untuk kita membaca, mendalami serta memahami kitab suci ini.
Menerusi 30 Hari 30 Ayat musim keempat, saya akan membaca Surah Al-Mulk, surah yang mengingatkan kita tentang kekuasaan Allah, hakikat kehidupan dan tanggungjawab sebagai hamba. Setiap bacaan ini akan disusuli tadabbur ringkas oleh para ustaz jemputan yang akan menghuraikan mesej ayat ayat tersebut agar lebih dekat dengan realiti hidup kita pada hari ini.
Saya mengajak anda semua untuk bersama menyertai perjalanan ini, menghidupkan Ramadan dengan bacaan dan kefahaman al Quran. Mudah mudahan ikhtiar kecil ini menjadi asbab bertambahnya iman, bertambahnya rasa syukur dan bertambahnya keberkatan dalam diri, keluarga serta negeri kita, insya-Allah.
#30hari30ayat #kitaselangor #ramadan -
Noor Amin Ahmad reposted
Reuters
@Reuters
Millions of files related to Jeffrey Epstein suggest the existence of a 'global criminal enterprise' that carried out acts meeting the legal threshold of crimes against humanity, a panel of independent experts appointed by the UN Human Rights Council says www.reuters.com/world/allegations-epstein-files-may-amoun…
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik: Fakta, Data dan Cita-Cita - Cerita 6
Sejak bebas pada tahun 2004, Anwar lebih banyak menghabiskan waktu di luar negara. Dari segi undang-undang, beliau tidak dibenarkan aktif memegang jawatan politik selama 5 tahun. Setelah mendapatkan rawatan tulang belakang di Jerman, beliau balik ke Malaysia. Kemudian beliau dijemput sebagai profesor tamu di beberapa buah universiti terkemuka di dunia antaranya Georgetown University dan Oxford University.
Sekali, saya diminta oleh Nurul Izzah membantu mengatur pertemuan Anwar dengan mahasiswa. Pada waktu itu saya masih memegang jawatan Timbalan Presiden MPPUPM. Sesi pertemuan itu turut dibantu oleh Amiruddin Shari yang ketika itu sudah menjadi koordinator program di Institut Kajian Dasar. Usai sesi tersebut, kami minum bersama Anwar. Waktu itulah saya bertanyakan beliau tentang Dr M. Anwar tidak memilih untuk mengutuk Dr M di depan kami meskipun peluang terbuka luas. Sebaliknya beliau berkata "Saya banyak belajar daripada beliau tentang hal ehwal pentadbiran kerajaan. Kita mesti melihat ke hadapan." Ringkas. Tetapi cukup untuk meningkatkan rasa hormat saya kepadanya.
Anwar hanya pulang ke Malaysia dari semasa ke semasa untuk bertemu pelbagai pihak dari pelbagai latar belakang. Beliau tidak sepenuhnya meninggalkan atau mengabaikan politik Malaysia meskipun semakin lama ada yang mula bersuara kerana merasakan Anwar sudah tidak lagi peduli tentang perjuangan reformasi.
Di luar negara, Yusmadi Yusoff lebih berpeluang banyak bersama Anwar kerana beliau mendapat biasiswa Fulbright ke sana. Pernah diceritakan kepada saya bagaimana keyakinan Anwar bahawa "Kita akan menafikan dua pertiga sokongan kepada BN dalam PRU akan datang." Menurut Yusmadi, beliau sendiri ragu dan tidak percaya. Pak Lah telah menang besar dalam PRU 2004. Barisan Alternatif berpecah. Tidak ada tanda kepimpinan ketika itu boleh menggarap kesedaran rakyat meskipun ada sejumlah isu timbul.
Dalam diam, beberapa pemimpin pembangkang - Keadilan, DAP, PAS dan PRM - masih bertemu dan cuba mencari jalan memperbaiki hubungan yang ada. Satu isu yang boleh diperjuangkan bersama ialah pilihan raya yang bersih dan adil. Dari situlah terbentuknya Bersih 1.0. Sebenarnya isu pilihan raya yang bersih dan adil telah dituntut lebih awal. Saya ingat pernah hadir dalam bengkel mengenainya beberapa tahun sebelum 2004 lagi.
Serangan Dr M kepada Pak Lah dan Budak Tingkat 4 juga turut membantu. Kesetiaan ramai orang UMNO kepada Dr M meletakkan Pak Lah dalam sudut sukar. Reputasi tinggi Pak Lah lekas merosot. Sayangnya, banyak perubahan yang digarap oleh beliau tenggelam di sebalik serangan terhadap beberapa kelemahan yang ada.
Zaman itu zaman blog. Zaman bermula kewartawanan rakyat yang lebih ramai berbanding zaman web. -
Noor Amin Ahmad reposted
Astro AWANI
@501Awani
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Khamis (19 Feb 2026)
Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam pengumuman khas yang disiarkan pada Selasa.
#awaninews -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik: Antara Fakta, Data dan Cita-Cita - Cerita 5
Peluang bekerja dgn Tan Sri Khalid tentulah besar. Bukan sahaja kerana beliau adalah tokoh korporat Melayu yang terkenal, tetapi dari segi politik beliau adalah Menteri Besar Selangor pertama daripada Pakatan Rakyat (baca: pembangkang di Parlimen).
Nama TS Khalid memang telah didengar lebih awal. Beliau antara penyumbang kepada gerakan Reformasi khususnya membantu keluarga DS Anwar semasa DS Anwar di penjara. Namun, apabila beliau memilih menyertai parti KEADILAN pada tahun 2006, ia memberikan sedikit suntikan. Sebelum itu seorang lagi tokoh korporat yang mungkin tidak sebesar TS Khalid, Dato’ Salehuddin Hashim telah pun bersama parti. Dato’ Saleh menjadi SU Agung dan TS Khalid menjadi Bendahari Agung.
Saya masih ingat sekali TS Khalid bercerita kepada kami, “Dulu semasa saya baru masuk parti, parti tidak ada duit. Jadi kita terpaksa berjimat. Sehinggakan saya sendiri pergi ke kilang di Balakong membantu memasukkan CD-CD yang disalin ke dalam bekas plastik. Jadi saya tahu berapa kos untuk satu CD.” Waktu itu kami sedang berbincang tentang mengedarkan salinan dokumen pencapaian Selangor sempena sambutan 2 tahun pentadbiran. Ingatkan nak buat salinan pakai CD dengan kos RM5 sekeping. Sekali TS Khalid kata kosnya hanya sekitar RM1.60 (sekali dengan cover dan reka bentuk)! 😅
Signifikan penyertaan mereka, bagi saya, ialah kerana Barisan Alternatif (BA) telah pecah rentetan isu Negara Islam sekitar 2002, kalah teruk dalam PRU ke-11 pada tahun 2004 dek Gelombang Biru pimpinan Pak Lah yang menggantikan Dr Mahathir selaku Perdana Menteri pada tahun 2003 sehinggakan kerusi Permatang Pauh yg diwakili Dr Wan Azizah pun hanya tinggal majoriti 500 undi. Kemasukan mereka, walaupun bukanlah nama yg besar dalam politik, memberi sedikit harapan bhw perjuangan reformasi masih ada pendokongnya di kalangan ‘elit Melayu’.
Sekitar suku pertama 2007, Nik Nazmi berhubung dgn saya. Waktu itu saya masih di UPM sbg pembantu penyelidik. Beliau meminta saya membantu menganjurkan satu program di bawah Open Dialogue Center (ODC). Nik telah berhenti drpd PNB dan berkhidmat sbg Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim. Bersama Nik ialah Sim Tze Zin, seorang anak Malaysia yang sebelumnya berkhidmat di Lembah Silicon, Amerika Syarikat selain Nurul Izzah Anwar.
Waktu itu saya berbincang dgn Najwan Halimi utk mengaturkan sebuah forum ekonomi di Hotel Residence, UNITEN. Najwan belajar di sana. Kami mulanya berkenalan di Telawi dan melanjutkan usaha dgn menghimpunkan kumpulan mahasiswa UPM, UKM dan UNITEN di bawah Diskusi Enak Wilayah Ilmu (DEWI). Forum yg kami anjurkan ialah tentang Melihat Semula Krisis Ekonomi 1997/1998: Apa Yang Boleh Kita Pelajari? Kami nekad membawa TS Khalid sebagai panel bersama Kay Peng Khoo, CEO Sedar Institute, sebuah badan pemikir Parti GERAKAN.
Saya masih ingat waktu itulah TS Khalid menceritakan bgmn ketika ekonomi negara sdg tumbuh elok sekitar 1990-an, di mana Anwar Ibrahim dinamakan sbg Menteri Kewangan Terbaik di Asia (AsiaMoney) dan antara yg Terbaik di Dunia (EuroMoney), namun sikap Anwar agak berbeza kerana beliau tidak begitu beria menunjukkan rasa bangga dgn pencapaian tersebut. Kejayaan yg ada adalah utk disyukuri di samping sentiasa diingatkan dlm pembentangan belanjawan ttg pelajaran dari surah Yusuf - 7 tahun subur dan 7 tahun kemarau. Kisah sama juga dirakam di dalam Bible - 7 fat years and 7 lean years.
TS Khalid cenderung bersetuju dgn Anwar bhw yg perlu diperbaiki ialah struktur tatakelola yg baik (good governance) dgn keutuhan institusi, ketelusan, pertanggungjawaban dan kreativiti dasar ekonomi bagi memastikan kemakmurannya memberi manfaat kpd semua, khususnya yg berpendapatan paling kecil. Dlm bacaan kemudian, saya tertarik apabila Anwar memberi penekanan ttg pertumbuhan ekonomi sbg peluang utk menyokong penyerlahan keperibadian bangsa melalui sokongan kpd kegiatan sastera, seni dan budaya - yg kurang dihargai - sbg cerminan kekuatan intelektual. -
Noor Amin Ahmad reposted
Annabel Gallop
@BLMalay
The UniSZA e-manuscript portal contains over a thousand digitised manuscripts in Arabic and Malay (and Javanese and Acehnese), mostly from Malaysian and Indonesian collections, and is fully and freely accessible once you register and log on: emanuscript.unisza.edu.my/researcher/home
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Separuh nyawa
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Phew!
-
Noor Amin Ahmad reposted
MO
@Abu_Salah9
One of the most widely shared videos worldwide.
Israel did this -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
CINA
Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai!
Setakat yang saya ingat, ibu dan bapa saya tidak pernah mendidik saya bersikap perkauman. Meskipun kedua-duanya dahulu adalah aktivis akar umbi UMNO-BN. Ayah khususnya lebih aktif. Ramai kawan-kawan ayah masih mengenangkan zaman keaktifan mereka dulu bila bersapa dengan saya.
Sebelum berpindah ke Taman Suriani, keluarga tinggal di Padang Katong. Saya tidak ada kenangan semasa kecil di sini. Namun, emak dan ayah sering ke kedai runcit Ah Hong di Kampung Kota untuk mendapatkan bekalan keperluan rumah. Kampung Kota ada laluan pintas dari/ke Padang Katong. Ah Hong menyediakan kemudahan kredit melalui buku 555. Di kedai selalunya isterinya yang menjaga - malah sampai sekarang. Kadangkala anaknya. Seorang anak Ah Hong - lelaki - mempunyai masalah pendengaran dan memakai alat bantu dengar.
Setiap kali ke sana kami anak-anak sering mengharapkan emak dan ayah membeli gula-gula ata ais krim atau air kotak atau keropok yang lebih lazim dipanggil cikedis. Jika bernasib baik, kami akan diberi hadiah oleh Ah Hong atau isterinya.
Bila tiba Tahun Baru Cina, malah sambutan Raya Syawal, Ah Hong boleh dikatakan tanpa gagal akan menghantar hamper ke rumah kami. Agak besar. Jadi banyaklah dapat kami makan di samping air gas. Saya masih ingat Ah Hong memandu teksinya. Tidak pasti sama ada dia memang memandu teksi sebab saya hanya kenal dia di kedai runcit mereka. Yang pasti perniagaan Ah Hong baik dan mereka dapat membina rumah baru - atau mungkin lebih tepat membesarkan rumah lama - di depan kedai runcit itu.
Meskipun ibu dan bapa tidak memberi penekanan berlebihan tentang kepentingan perpaduan kaum, hubungan baik mereka dengan rakan-rakan pelbagai kaum sebenarnya adalah satu bentuk didikan tidak langsung kepada kami.
Ah Hong sekeluarga adalah antara rakan keluarga daripada masyarakat Cina yang kami kenal lama. Ada lagi beberapa. Insya-Allah jika ada kesempatan saya akan menulis juga tentang mereka.
Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan-rakan yang menyambutnya.
Gong Xi Fa Cai!
Ong Ah!
Heng Ah!
Huat Ah!
Noor Amin bin Ahmad
Mantan Ahli Parlimen Kangar 2018-2022
Pengerusi KEADILAN Perlis 2025-2028
Pengerusi PH Perlis 2024-2027 -
Noor Amin Ahmad reposted
KKMalaysia🇲🇾🩺❤️
@KKMPutrajaya
Kenyataan Media
Kementerian Kesihatan Malaysia
Situasi Semasa Penyakit Tuberkulosis Di Malaysia -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik: Antara Fakta, Data dan Cita-Cita - Cerita 4
Sebenarnya Liku-Liku Reformasi di Selangor bukanlah buku pertama yang saya terjemahkan. Semasa berkhidmat di Malaysia Think Tank (MTT), saya telah mula menterjemah tulisan-tulisan Tunku Zain al-‘Abidin yang disiarkan di media arus perdana. Edisi terjemahan disiarkan di laman waubebas.org., saluran maklumat mengenai MTT.
Semasa menyiapkan Liku-Liku Reformasi yang hendak diterbitkan oleh Gerak Budaya, saya telah ditanyakan oleh Pak Chong tentang tempoh masa untuk menyiapkan sesebuah terjemahan. Beliau kemudian menawarkan saya untuk menterjemah sebuah buku lain, Asal-Usul Golongan Kiri Melayu yang ditulis oleh Rustam A. Sani.
Tawaran tersebut saya terima. Bukan kerana bayaran sangat. Gerak Budaya tidak meletakkan kadar yang besar kerana ia adalah sebuah penerbit ‘berideologi’. Pak Chong sendiri dulunya seorang aktivis dan Naib Presiden PRM. Beliau pernah menjadi mangsa ISA selama 8 tahun antara 1968-1976. Tawaran ini saya terima kerana ia karya Rustam A. Sani.
Rustam merupakan anak Ahmad Boestamam. Beliau di Universiti Malaya (UM) boleh dikatakan sezaman dengan Anwar Ibrahim meskipun beliau lebih tua sedikit. Seorang pemimpin kanan PRM dan intelektual awam. Pernah berkhidmat di universiti.
Menarik tentang Rustam, meskipun aktif dalam parti pembangkang, Dr Mahathir membenarkan beliau berkhidmat di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dulu. Nama beliau antara yang disenarai oleh Dr Mahathir kononnya sebagai ‘penerima manfaat kerajaan’ kerana menjadi kroni Anwar. Namun, Rustam menjawabnya secara terbuka menafikan Anwar memberinya kontrak sebaliknya ia diluluskan selepas Anwar telah pun dipecat.
Tulisan Rustam tentang asal-usul golongan kiri Melayu ini tentulah sebahagiannya terkait dengan sejarah penglibatan bapanya dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Terjemah saya ini telah disemak dan disunting oleh (Profesor) Dr Salleh Lamry dengan baik sekali. Menariknya, dalam satu perbualan dengan (Profesor Emeritus) Dr Khoo Kay Kim kemudian, beliau agak sinis dengan pendekatan sosiologi yang menurutnya seringkali ada masalah dengan pendekatan sejarah.
Antara 2007-2010 saya memang agak banyak menulis di pelbagai media, selain keluar masuk TV (seperti yang dikisahkan sebelum ini). Rozaid Rahman, editor di Mstar Online pula memberikan saya ruang kolum ALAM, di mana sebahagian tulisan di sini telah disusun semula dan ditambah menjadi buku Pemanasan Global dan Perubahan Iklim yang diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) pada tahun 2008 (?). Kebetulan 2009 adalah sidang iklim di Copenhagen. Seingat saya tahun itu jugalah disenarai pendek untuk menerima biasiswa Chevening dan juga Zamalah Intelektual Awam Asia. Dan waktu itu pula tiba-tiba krisis kewangan dunia rentetan skim pinjaman perumahan Fannie Mae dan Freddie Mac … -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
8 tahun lalu sebelum PRU. Kali pertama berforum dengan Shahril Sufian Hamdan. Selepas itu kami sempat berforum lagi di UM dan UPSI semasa saya menjadi ahli Parlimen dan beliau sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Saya selalu galakkan mahasiswa dan IPT menjuarai wacana dengan menjemput pelbagai pihak berbeza pandangan untuk memperkayakan sudut pandang. Peserta bukan saja mendengar tetapi berpeluang bertanyakan soalan-soalan sukar dan mencabar.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
BELASUNGKAWA
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Menerima khabar sedih pemergian antara aktivis dan pimpinan awal KEADILAN Perlis, cikgu Salim Pest Kill Tanjong Gorah. Antara orang lama ABIM yang terjun ke medan parti setelah kemelut politik 1998.
Semoga arwah ditempatkan bersama kalangan beriman. -
Noor Amin Ahmad reposted
CV Reviewer | Yasmin
@reviewbyyasmin
The Yang di-Pertuan Agong Scholarship 2026 is now open for applications! Fully funded Master’s (Research) & PhD locally or abroad 🌍
📌penajaan.jpa.gov.my/index.php/pengumuman-tawaran-terkini/… -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik: Antara Fakta, Data dan Cita-Cita - Cerita 3
Ketika mula berkhidmat sebagai Pegawai Komunikasi kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB TS Abdul Khalid Ibrahim, saya telah diminta membantu melakukan kerja-kerja terjemahan himpunan tulisan daripada sejumlah pemimpin masyarakat pelbagai bidang mengenai agenda perubahan di Selangor. Saya sendiri turut menyumbang satu tulisan dalam edisi terjemahan ini. Ia diterbitkan dalam bahasa Inggeris dengan tajuk Road to Reform atau dalam bahasa Melayu Liku-Liku Reformasi di Selangor.
Dato’ Menteri Besar Selangor pada waktu itu turut memegang portfolio belia. Amiruddin Shari, yang pada waktu itu baru pertama kali menang sebagai ADUN, menjadi pembantu bagi portfolio ini. Saya sempat membantu menjalankan beberapa siri Jelajah Belia Selangor mempertemukan pimpinan terkait kerajaan negeri dengan aktivis muda. Ini cerita lebih 15 tahun lalu. Maka, aktivis muda seperti CheguBard juga turut diberi pengiktirafan melalui pergerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Banyak lagi pertubuhan belia dan mahasiswa terlibat.
Cuma, melalui siri ini, saya menyedari ada jurang komunikasi tertentu. Walaupun pada waktu itu usia saya baru lewat 20-an, ternyata mahasiswa dan belia yang berusia di awal 20-an sudah berbeza misalnya dari segi cita rasa lagu yang disukai.
Antara tugas utama saya ialah menyediakan draf ucapan Belanjawan Selangor. Ini memerlukan maklumat dan data daripada semua EXCO bagi portfolio masing-masing. Selain daripada itu, cadangan saya untuk menggunakan pendekatan mendapatkan input daripada pimpinan akar umbi turut mula dilaksanakan. Kami pergi ke semua daerah di Selangor, menghimpunkan wakil-wakil masyarakat sama ada ketua kampung, pemimpin belia dan wanita, kumpulan perniagaan, pertubuhan sukan dan kebudayaan, kumpulan agama, orang kurang upaya dan sebagainya. Seingat saya di setiap daerah terdapat tidak kurang 150 orang dilibatkan.
TS Khalid kuat bekerja. Kadangkala kami dipanggil pada hari cuti untuk bertemu sama ada di pejabat atau di rumahnya. Pernah saya mendapat e-mel pada jam 3 pagi dengan arahan ringkas untuk berbincang pada jam 8 pagi nanti. Mujur saya belum tidur. Saya fikir beliau mungkin baru sempat menyemak draf ucapan yang disediakan selepas selesai program pada lewat malam.
Meskipun TS Khalid umumnya dikenali baik dan lemah-lembut, beliau sebenarnya tegas dan boleh jadi sangat garang. Beliau pernah menjadi CEO korporat dan dididik keras oleh pemimpin industri terdahulu.
Dalam hal ucapan, beliau agak bersahaja jika bercakap tentang ekonomi. Namun, dalam hal agama, beliau biasanya akan membaca teks sepenuhnya. Pernah sekali saya dihubungi oleh SU Sulit beliau. Sebabnya ialah TS Khalid berang kerana ada perkara dalam teks ucapan beliau tidak dapat difahami. Pada waktu itu saya sedar kekuatan TS Khalid bukan pada wacana agama. Tidak semestinya persoalan falsafah dan agama yang popular dan penting dianggap sama oleh pihak yang tidak melihatnya begitu. -
Noor Amin Ahmad reposted
Bank Negara Malaysia
@BNM_official
Prestasi ekonomi Malaysia pada suku keempat 2025 telah diterbitkan hari ini.
Dapatkan maklumat lanjut dalam laporan kami melalui bnm.gov.my/qb4q25
#gdp #4q2025bnmquarterlybulletin -
Noor Amin Ahmad reposted
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia bagi Suku Keempat (S4) 2025 melonjak 6.3%
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Benarkah jumlah ahli Parlimen Bersatu kini lebih kecil berbanding Amanah? Tak sempat semak.
-
Noor Amin Ahmad reposted
The Economist
@TheEconomist
An unknown number of powerful men (and some women) trafficked and abused a much larger number of vulnerable women and girls. Those victims urgently need justice www.economist.com/leaders/2026/02/12/the-epstein-files-te…
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Dalam peluang berucap kpd orang ramai, bila menyentuh bantuan kerajaan seperti Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang bukan sahaja telah dinaikkan daripada RM100 kepada RM150 seorang pelajar, tetapi kini meliputi semua pelajar sehingga tingkatan 6; serta bantuan-bantuan lain; saya lazimnya akan mengucapkan tahniah kepada semua kerana sebahagian angka yang menunjukkan peningkatan KDNK, kutipan hasil kerajaan lebih tinggi dan jumlah bantuan yang boleh dimanfaatkan, ia sebenarnya antara lain adalah kerja kuat dan cekap setiap daripada kita.
Dengan usaha berterusan meningkatkan ketelusan dan kecekapan yang terangkum dalam penekanan tatakelola, kerajaan dapat meningkatkan pencapaian ekonomi seperti yang dicanang dalam kerangka Ekonomi Madani - menaikkan siling dan meninggikan lantai.
Pengumuman pencapaian KDNK suku keempat 2025 yang jauh mengatasi unjuran tempatan dan antarabangsa memberi kita satu lagi harapan optimis. Namun, mengenali Anwar Ibrahim, sebagaimana saya diberitahu oleh (arwah) Tan Sri Khalid Ibrahim dulu dalam sebuah forum sekitar 2017, beliau tidak menjadikan pencapaian baik sebagai satu matlamat akhir, melainkan sentiasa mengingatkan kita tentang realiti naik turun ekonomi sebagaimana selalu disebut dalam pembentangan Belanjawan pada era 1990-an (rujuk surah Yusuf). Selain itu, Anwar sendiri dalam banyak ucapannya menegaskan pencapaian baik ekonomi adalah untuk membolehkan banyak perkara baik dilaksanakan - membangun atau memperkukuh institusi, menyerlahkan kekuatan intelektual dan budaya, meningkatkan peluang ekonomi khususnya kepada kumpulan terbawah dan sebagainya.
Terpulang kepada kita bagaimana mengadun idealisme, intelektualisme dan aktivisme dalam realiti dunia yang tidak pernah sunyi daripada kekurangan dan tidak pernah sentiasa bergerak lurus. -
Noor Amin Ahmad reposted
Parveen Kaswan, IFS
@ParveenKaswan
The most dangerous form of blindness is believing your perspective is the only reality.
Friedrich Nietzsche. -
Noor Amin Ahmad reposted
De Disco
@ArcasDeDisco
Educate Organize Agitate
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Percaya yang akan keluar sebagai pemenang ialah Azmin Ali.
Hamzah telah dicantas. Mahiaddin sedang dimalukan.
…
Saya tidak tahu apakah laporan terperinci NGO yang dikaitkan dengan seorang bekas Menteri kanan. Prinsipnya ialah tidak bersalah selagi belum dibuktikan. Jika dikaitkan dgn Rafizi, lebih lagi sukar untuk terima. -
Noor Amin Ahmad reposted
DiscussingFilm
@DiscussingFilm
First trailer for Sean Baker’s short film ‘SANDIWARA’, starring Michelle Yeoh, Michelle Yeoh, Michelle Yeoh, Michelle Yeoh and Michelle Yeoh.
Releasing on February 20. -
Noor Amin Ahmad reposted
Chess Feed
@chess_feed
Quote of the Day ✍️
-
Noor Amin Ahmad reposted
Daily Mail
@DailyMail
Kurt Cobain's death 'was a homicide' as shocking new private forensic findings question the suicide ruling www.dailymail.com/news/article-15510941/Kurt-Cobains-suic…
-
Noor Amin Ahmad reposted
alpha5tate 🇺🇸
@alpha5tate
We finally get it. Rest in peace, Michael.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Ada dua perkara.
Pertama, pendirian tentang rumah ibadat tidak sah di tanah tiada hak.
Ada dakwaan seolah-olah ia dipertahankan. Ini salah.
Kekeliruan memang biasa terjadi. Contoh yang lain sikit, baru tular. Pakcik yang katanya salah terlanggar kereta mewah, dan didakwa cuba lari. Kita setuju tindakan memukul tidak wajar. Kita percaya ia patut diselesaikan dengan cara lain. Begitu juga misalnya dalam kes ragut, boleh tangkap, tapi bukan ambil tindakan sendiri pukul dan belasah setengah mati.
Kesalahan dan langkah pembetulan untuk memberi keadilan adalah dua perkara berbeza.
Langkah pembetulan ini akan melibatkan bidang kuasa beberapa pihak. Oleh kerana kuasa agama ada pada negeri, maka negeri-negeri mempunyai beberapa pilihan masing-masing. Ada roboh, ada ganti, ada pindah. Ini akan terkait dengan perkara kedua.
Kedua, hak mempunyai rumah ibadat agama masing-masing.
Saya fikir ini secara dasarnya diperakui. Namun, permohonan RIBI (Rumah Ibadat Bukan Islam) ini mungkin samar bagi kebanyakan kita.
Siapakah yang menentukan kelulusannya? Apakah formula yang wajar dipakai? Ada atau tidak beza tanah kerajaan dan swasta?
Bagi saya ketelusan penting. Dengan ketelusan semua pihak - terlepas siapa pun berkuasa - ada kepastian.
Sebelum ini saya telah nyatakan bahawa setiap pentadbir agama mesti bertanggungjawab terhadap agama dan pengikut masing-masing. Jika ada misalnya kuil tidak sah di tanah tiada hak, mereka yang mesti menegaskan bahawa “agama kita tidak ajar begitu”. Rekod data rumah ibadat agama dan kepercayaan masing-masing lebih mudah dirujuk dengan adanya sebuah majlis yang menjadi medan muafakat. Ia sekaligus boleh menjadi bukti bahawa ada binaan baru yang tidak diluluskan atau tidak sah atau tiada hak.
Tuan tanah adalah pihak paling layak bersuara bila ada pencerobohan tanah individu/kelompok. Orang ramai boleh membuat laporan dan aduan bagi kes tanah awam.
Bagi semua tempat ibadat, tanpa mengira agama dan kepercayaan, pewartaan adalah penting.
Agama dan kepercayaan mempunyai nilai besar dan penting bagi setiap penganut. Namun, pentadbiran agama juga perlu rasional bersama kerajaan negeri/persekutuan serta PBT dalam menentukan corak guna tanah yang munasabah bagi kes tanah awam. -
Noor Amin Ahmad reposted
Reads with Ravi
@readswithravi
Being surrounded by people smarter than you is an opportunity, not a competition.
-
Noor Amin Ahmad reposted
SimTzeTzin 沈志勤 🇲🇾
@simtzetzin
Untold stories
This is PM @narendramodi first 2026 oversea visit ✅
Indian Parliament is busy debating budget 2026. PM Modi has to attend every day.
There are 5 Indian States elections going on. PM Modi is extremely busy.
PM Modi couldn’t turn up ASEAN summit in 2025
PM Modi however insists to fulfil his promise to PM @anwaribrahim ✅
As a result, PM Modi can only visit on a Weekend ✅
These untold stories proved strong personal friendships between PM Anwar and PM Modi -
Noor Amin Ahmad reposted
Narendra Modi
@narendramodi
Last year, I was unable to visit Malaysia for the ASEAN Summit. But, I had promised my friend, PM Anwar Ibrahim that I would come to Malaysia at the earliest opportunity.
And now, my first international visit of 2026 took place in Malaysia. This visit will boost economic and cultural linkages between our nations.
My gratitude to PM Anwar Ibrahim, the Government and people of Malaysia for the affection.
@anwaribrahimThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
ISU RUMAH IBADAT TIDAK SAH DI TANAH TIADA HAK
Setiap masalah adalah peluang.
Bagi seorang yang berjiwa dan berfikiran pemimpin, setiap isu adalah saat boleh didik (teachable moment) dan memerlukan satu pendekatan rasional dan objektif dalam keputusan tindakan.
Sebenarnya pentadbiran agama bukan Islam tidak ada secara jelas. Saya ingat di Selangor dulu ada diwujudkan majlis perundingan agama bukan Islam (MCCBCHST). Ada wakil Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao. Bertemu pada mulanya empat tahun sekali. Kemudian, enam tahun sekali setahu saya.
Adanya majlis ini memberi satu wadah rasmi. Ada autoriti tertentu. Saya tidak pasti di negeri-negeri lain bagaimana.
Sudah tentu antara isu penting ialah keperluan menggazet tapak untuk rumah ibadat bukan Muslim. Ia bukan isu baru.
Dasarnya ialah tidak boleh melanggar undang-undang. Jelas. Terang. Tak mengira agama. Sebab itu dari semasa ke semasa kita juga mendengar ada surau dirobohkan juga. Bukan hanya kuil.
Bagi saya, autoriti ini yang diperlukan. Kita boleh menyenaraikan ratusan atau ribuan rumah ibadat tidak sah di tanah tiada hak. Bagi saya, dari segi tindakan, autoriti agama masing-masing inilah yang mesti dipertanggungjawabkan untuk mendisiplinkan penganut agama dan kepercayaan masing-masing. Agama dan kepercayaan mempunyai sentimen dan kesan emosi yang mendalam dan kadangkala tidak dapat dijelaskan secara rasional dengan mudah.
Kerajaan selamanya boleh dan akan bertindak mengikut undang-undang. Cepat atau lambat. Selalunya bergantung kepada aduan. Undang-undang juga melibatkan prosedur. Kerajaan mana? Kerajaan negeri terlibat. Namun, penguatkuasaan melibatkan sejumlah pihak termasuk PBT, polis dan sebagainya.
Pada masa yang sama, kita tidak boleh menganggap semua kes adalah sama. Sebab itu wujud pertikaian sama ada atas asas hujah yang baik dan kuat atau sebaliknya. Di sinilah pemahaman sejarah, budaya, prosedur hukum penting.
Pertama yang diperlukan ialah autoriti untuk menguruskan rumah ibadat secara berdaftar. Dengan data pendaftaran, kita boleh menilai yang sah dan tidak, yang tidak sah dan tiada hak, yang perlu dirunding, diberi pampasan malah dirobohkan sama sekali. Formula dan prosedur permohonan mesti ada dan berjalan. Apakah kita telah memajukan gesaan ini kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk membentuk autoriti ini dan bertindak sewajarnya daripada pembentukan tersebut? Jika tidak, atau belum, mungkin kita hanya ada strategi politik, bukan penyelesaian wajar sebagai pemimpin.
Menganggap isu rumah ibadat tidak mungkin diguna untuk membangkit sentimen politik adalah kenyataan naif malah bermuslihat. Tidak sukar mengesan tandanya. Jahil jika kita menganggap tidak pernah ada cubaan membangkitkan perasaan perkauman dan faham ekstrim agama di negara ini. Ia adalah bom jangka yang sentiasa berdetik di negara ini. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kursus Kenegaraan AKM
Pengerusi JPKKP Kangar (yang disenarai pendek oleh BN dan PH Kangar)
3 hari 2 malam
Semangat! -
Noor Amin Ahmad reposted
Mind and Glory 🎖
@mindandglory
A dangerous man studies patterns while fools study people’s opinions. Data beats gossip.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
BELASUNGKAWA
Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Pagi ini terkejut dan sedih menerima berita pemergian abang Bukhari.
Beliau saya mula kenal sebagai aktivis PAS di Kuala Perlis. Semasa saya diminta untuk balik ke Perlis menjadi calon payung terjun dalam PRU-13, abang Bukhari antara yang terawal menghubungi lewat mesej di Facebook. Beliau adalah seorang pesara tentera laut. Hidup sederhana di kampung asalnya di Kuala Perlis.
Dari semasa ke semasa kami tetap berhubung kerana persahabatan melangkaui sempadan kepartian.
Terima kasih abang Bukhari atas persahabatan yang banyak disulami nasihat, gurauan dan perkongsian rasa.
Semoga Allah s.w.t. menempatkan beliau bersama kalangan beriman. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Member up gambaq lama zaman abang main gig dulu 😅 Line up asal Flossy (masa tu Flossy Distortion).
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik: Antara Fakta, Data dan Cita-Cita - Cerita 2
Semasa Muktamar PAS 2009, saya telah dijemput bersiaran langsung bersama Ben Suffian di Astro Awani untuk mengulas tentangnya.
Masih ingat semasa pemandu menghantar pulang, saya mendapat satu panggilan telefon daripada satu nombor yang tidak dikenali. Pemanggil itu memperkenalkan diri sebagai Reezal Merican, seorang pemimpin muda UMNO yang saya kenal daripada pembacaan. Beliau menonton ulasan kami di Astro dan mendapatkan nombor saya daripada pihak Astro kerana tertarik dengan pandangan saya ketika itu. Menurutnya, Pemuda UMNO mahu menghidupkan wacana segar dalam pergerakan mereka supaya pemimpin muda parti itu terlatih dalam bidang pemikiran. Kami tidak berhubung lagi selepas itu, mungkin kerana beliau sedar saya sebenarnya mendokong reformasi. Namun, semasa menjadi ahli Parlimen 2018-2022, beliau antara yang baik dengan saya malah sehingga kini.
Ben juga mengajak saya bersama Merdeka Center dalam kajian Islam dan Demokrasi di Malaysia. Saya menjadi penyelaras penyelidikan ini yang melibatkan ISTAC, IAIS dan Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) di bawah ASLI. Kajian intensif yang memerlukan saya pergi ke hampir semua negeri mencari tidak kurang 150 peserta pelbagai latar belakang agama, kaum, gender dan kawasan. Sambil itu saya masih lagi berkhidmat dengan MTT, menulis di media dan tampil di televisen atau forum awam.
Di hujung projek penyelidikan ini, saya menerima panggilan daripada Nik Nazmi Nik Ahmad yang ketika itu masih Setiausaha Politik kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau mengajak saya menyertai Pejabat Dato’ MB Selangor sebagai Pegawai Komunikasi kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dengan tugas utama ialah menyediakan draf teks ucapan beliau.
Waktu itu seronok juga. Jarak rumah ke bangunan SSAAS sekitar 10-15 minit sahaja bergantung kepada trafik.
Seingat saya, tugas menyediakan ucapan pemimpin dan menterjemah bermula sejak sekitar 2008. Orang yang bertanggungjawab melatih saya dan ramai anak muda lain sejak era Reformasi 1998 ialah Pak Khalid Jaafar. Walaupun kami kini berbeza wadah, jasa beliau tetap banyak kepada kami semua.
Sempat menyediakan beberapa ucapan kepada sejumlah pemimpin parti. Sekali, Azmin Ali begitu berminat mengajak saya menyertai pasukannya. Menurut Pak Khalid, Azmin sukakan ucapan yang saya buat kerana pengamal media memujinya sebagai ucapan yang bagus. Sempat saya diminta menyediakan ucapannya di Parlimen dan DUN Selangor sebelum beliau kemudiannya tahu rupanya saya telah diambil bekerja dengan Tan Sri Khalid. Waktu itu saya tidak sedar bahawa pergeseran dalam parti berkaitan Tan Sri Khalid telah bermula.
Saya juga masih ingat Pak Khalid meminta saya menyediakan terjemahan satu artikel tulisan Profesor Jagdish Bhagwati yang disiarkan di International Herald Tribune pada 29 April 2008. Ia adalah satu reaksi kepada kenyataan Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick yang menyeru kepada kerjasama global untuk menangani isu krisis makanan global. Artikel ini menjadi sisipan kepada semua pimpinan parti dalam Seminar Kebijakan yang diadakan di Hotel Quality, Shah Alam.
Semasa seminar tersebutlah tiba-tiba kami dimaklum tentang laporan polis Saiful Bukhari.
Bersambung… -
Noor Amin Ahmad reposted
Bitcoin Malaya
@bitcoinmalaya
Uncle Koon Yew Yin passed away today at 93
love him or hate him, with his passing, Bursa Malaysia loses one of its most colorful characters
> born 1933
> trained as a civil engineer in UK
> worked at JKR
> co-founded Mudajaya, Gamuda (sold)
> co-founded IJM by merging IGB + Jurutama + Mudajaya
> ventured into HK finance 1980s
> became Super Investor after retired 2000s
> gained fame with his market prediction and bold political takes
> become a glove bull during pandemic
RIP Uncle Koon -
Noor Amin Ahmad reposted
SimTzeTzin 沈志勤 🇲🇾
@simtzetzin
“Kalau tak tahu, tanya! Jangan maki hamun, tipu helah!” 🔥🔥
Jarang sekali PMX hilang sabar.
Tapi hari ini beliau naik suara sangkah tomahan pembangkang.
PMX menerangkan keputusan persempadanan Malaysia-Indonesia dalam parlimen berdasarkan Konvensyen British - Belanda sejak 1915.
Ini bertujuan menjawab tuduhan pembangkang bahawa PM khianat negara. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Baik yang cerdik, apatah lagi tidak, lebai tak lebai, tidak terlepas daripada agenda politik masing-masing.
Isu semasa yang cuba dipulas ialah pilihan raya kerajaan tempatan atau pihak berkuasa tempatan (PBT). Kononnya ia agenda DAP. Agenda untuk menjadikan kaum Cina menguasai. Jika buka kaum Cina, mereka akan pusing pula kononnya kaum lain yang tunduk kepada kaum Cina.
Sebelum kita ikut sama larut khayal dalam roda pembodohan yang sengaja diputar, eloklah kita bertenang sejenak dan tanyakan beberapa soalan asas dulu.
1. Apa itu pilihan raya kerajaan tempatan?
Ia adalah pilihan raya bagi memilih sekurang-kurangnya Datuk Bandar atau Yang Dipertua sesebuah PBT atau majlis. Selain Datuk Bandar atau YDP, ia boleh diperluas kepada pemilihan ahli-ahli majlis.
2. Siapa calon-calonnya?
Terbuka. Ia boleh ditandingi oleh sesiapa sahaja yang layak. Parti-parti politik juga boleh dan lazim mencalonkan seseorang mewakili partinya.
3. Siapa pemilih? Bagaimana pemilihan dibuat?
Mereka yang berdaftar sebagai penduduk di kawasan PBT berkaitan. Ia sama seperti pilihan raya umum yang biasa.
4. Kenapa pilihan raya kerajaan tempatan dibuat?
Lazimnya ada tiga tingkat kerajaan dengan tanggungjawab berbeza. Kerajaan persekutuan. Kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Kita ada pilihan raya bagi menentukan pimpinan kerajaan persekutuan dan negeri tetapi telah memansuhkan pilihan raya kerajaan tempatan selepas peristiwa 13 Mei 1969 atas preteks orang Melayu kehilangan kuasa.
5. Oh, jadi sebelum itu kita pernah ada pilihan raya kerajaan tempatan?
Ya, kita pernah ada pilihan raya kerajaan tempatan sebelum Malaysia Merdeka lagi. Ibu Dato’ Seri Anwar Ibrahim antara wanita terawal yang pernah dipilih menjadi ahli Majlis di satu kerajaan tempatan di Pulau Pinang dulu. Zaman tu wanita nak jadi calon pun susah sampai Pergerakan Kaum Ibu UMNO menjadikannya sebagai satu agenda.
6. Kenapa dikaitkan dengan DAP?
DAP hanya wujud pada Oktober 1965. Pilihan raya kerajaan tempatan tetap berjalan sebelum dan selepas DAP ada. Tak timbul soal ia agenda DAP. DAP hanya bercakap tentang pentingnya pilihan raya kerajaan tempatan kerana sifatnya membolehkan pemilih menentukan kepimpinan PBT. Jika dibuat di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu misalnya, mampus DAP tak menang. Tapi sengaja ditekankan agenda DAP supaya ramai takut dengan pilihan raya kerajaan tempatan.
7. Tak bolehkah tak buat?
Boleh. Memang selepas dimansuhkan rentetan peristiwa 13 Mei 1969, kita dah lama tak buat. Cuma, kenapa kita mesti melompat berlebihan jika ada cadangan nak buat? Mengapa ia mesti dibingkai dalam bentuk pertembungan kaum? Adakah itu saja cara kita melihat isu?
8. Bagaimana jika memang berlaku persoalan kaum?
Bagi saya persoalan kaum hanya terbitan. Persoalan asas ialah apakah tujuan sebenar pilihan raya kerajaan tempatan dibuat? Bukan saja di Malaysia dulu tetapi di banyak negara di dunia.
Jika kita gusar isu kaum, mulakan di negeri-negeri majoriti Melayu. Nah, di situ asas pandangan kita boleh diuji.
Memang di beberapa negara di dunia ada juga isu kaum. Dan memang ada orang muslim menang di bandar-bandar besar di mana mereka adalah minoriti. Setakat ini kita belum melihat isu kaum/kepercayaan agama menjadi tidak terkawal kerana kematangan masyarakat. Jika tidak berpuas hati, sentiasa ada pilihan raya kerajaan tempatan tiga tahun sekali misalnya.
Persoalan sekarang, dengan ahli-ahli Majlis dilantik terus secara politik, adalah kita berpuas hati dengan prestasi mereka? Entah-entah kita pun tidak pernah kenal siapa ahli Majlis bagi kawasan kita! -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik: Antara Fakta, Data dan Cita-Cita - Cerita 1
Sebelum menyertai politik kepartian pada pertengahan 2011, saya telah bekerja dalam bidang penyelidikan selama beberapa tahun - di universiti, swasta dan badan bukan kerajaan.
Antara 2007-2011 saya sering muncul di kaca TV memenuhi jemputan sebagai panel secara langsung untuk membincangkan pelbagai isu semasa. Seronok juga sparring dengan otai-otai macam Abdul Rahman Dahlan, Norizan Sharif, arwah Dato' Fuad Hassan, Ben Suffian dan lain-lain. Suhaimi Sulaiman, Kamarul dan Nazri Kahar, Syed Munawar dan Sharkawi Jirim antara moderator otai.
Selalunya jika siaran langsung jam 8 malam, jemputan hanya diberi pada jam 5 petang. Ada kurang 2 jam untuk membuat persediaan dan bergegas ke lokasi untuk menunggu masuk ke pentas selepas solat dan disolek. Kadangkala syarikat penerbit menghantar pemandu untuk menjemput lebih awal bagi mengelak kesesakan jalan raya. Mungkin kerana penerbit sukakan saya sebagai panel, saya dibayar secara bulanan. Jumlahnya tidaklah terlalu besar. Namun, ia amat bermakna buat saya.
Umumnya kami diberi kebebasan untuk bercakap. Tapi pernah sekali di sebuah saluran ada seorang petugas media memberi isyarat kepada saya "Pandai-pandailah tapis apa hendak dicakap jika mahu dijemput lagi pada masa akan datang." Hanya senyum. Waktu itu saya kurang sihat. Tak sepetah biasa kerana cuba mengelak batuk terpaksa.
Semasa mula bersiaran di TV, saya membuat dua kerja. Pertama sebagai pembantu penyelidik di UPM dan kedua sebagai penyelidik di Malaysia Think Tank (MTT), London (asal muasal IDEAS kerana didaftarkan di London). Saya adalah staf perintis di MTT. Seorang diri. Tanpa pejabat fizikal. Di mana ada internet di situlah pejabat saya. Seminggu sekali Wan Saiful Wan Jan akan membuat panggilan sekitar satu jam untuk 'bermesyuarat' tentang kerja. Memang dalam pasaran kerja penting berdisiplin. Sering ada keterangan tentang 'minimal supervision'. Bahasa mudahnya boleh diharap hanya dengan pantauan minima. Saya boleh membuat dua kerja kerana MTT adalah sebuah badan baru yang belum ada dana besar. Seingat saya geran pertama kami hanyalah sekitar RM120,000. Perlu kreatif bekerja bagi menggerakkannya.
Ada dua pihak memperkenalkan saya kepada Wan Saiful pada ketika itu. Pertama, Wan Firdaus, Presiden UKEC ketika itu. Kami berkenalan lewat sebuah forum di UIAM yang membariskan antara lain Dr Marzuki yang kemudian dikenali sebagai orang kepercayaan Mahiaddin Yassin dan Radziq Jalaluddin Presiden SRCIIUM. Kedua, Pak Khalid Jaafar, pemimpin IKD. Susulan pertemuan dengan Wan Saiful, saya dihantar berkursus di Cato Institute, Amerika Syarikat. Cato adalah antara badan pemikir berpengaruh di sana. Daripada bacaan saya, sejumlah pemenang hadiah Nobel Ekonomi pernah berkhidmat di sana.
Melalui pendedahan yang diterima, saya semakin memahami banyak perkara. Ia mencabar apa yang saya percaya betul dalam banyak hal dasar awam.
Kerana pengalaman di Cato ini, Anwar sering mengusik saya sebagai seorang konservatif (dalam pengertian politik Amerika Syarikat).
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Meskipun menyokong reformasi yang diseru oleh Anwar Ibrahim, saya tidak pernah menyertai parti sebelum 2011. Namun, saya menanam minat yang besar untuk memahami segala perkara. Hikmah adalah milik mukmin, di mana saja ia berada. Begitulah faham saya. Ia menjadikan diri saya 'liberal', terbuka untuk mendengar dan belajar. Ia cocok dengan nilai yang dipupuk dalam Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) - sedia belajar, mengajar dan diajar. PKPIM pernah dipimpin oleh Anwar Ibrahim satu ketika dulu dan saya sempat sebentar menjadi setiausahanya di UPM. Ketika itu Asyraf Wajdi ialah Presiden kebangsaan dan Azuan Effendy yang kini menjadi orang lama di Istana Negara adalah Setiausaha kebangsaan.
MTT pada masa itu mendapat perhatian kerana dua faktor utama. Pertama, selepas PRU 2008, muncul tema Politik Baru. Oleh kerana MTT diasaskan oleh tiga rakan yang unik - Tunku Zain al-'Abidin Tuanku Muhriz, putera Yang Dipertuan Negeri Sembilan kini, lulusan LSE yang mempunyai pengalaman korporat di luar negara; Wan Saiful sebagai ahli seumur hidup PAS, bekas mursyid bagi pelajar-pelajar PAS di UK dan pernah menjadi calon Datuk Bandar di Luton seingat saya; dan Wan Firdaus sebagai mantan pimpinan mahasiswa luar negara yang menjadi ahli UMNO, mempunyai hubungan korporat yang kuat dan menjadi orang kepercayaan Najib Razak di IRDA. Manakala saya yang menjalankan kerja-kerja awal di Malaysia dikenali seorang pro-reformasi, mantan pimpinan pelajar di universiti tempatan. Keunikan MTT yang boleh menghimpunkan anak-anak muda rentas parti dianggap satu bentuk politik baru yang menarik.
Namun, lebih daripada itu, kami - khususnya Tunku Zain, saya dan Wan Saiful, rajin menulis pandangan di pelbagai media. Cuma kerana Tunku Zain dan Wan Saiful di luar negara, maka sayalah yang selalu menjadi wajah MTT di televisyen Malaysia.
Waktu itu saya hanya anggap biasa. Sehingga saya berpengalaman ditegur sebanyak dua kali di Sabah dan Pahang kemudian. Rupanya ada penonton boleh cam kita semasa di luar.
Bersambung ... -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Apabila pemimpin baik dan bagus, kritik akan mula menyasarkan kesempurnaan. Menjadikan sempurna (perfect) sebagai lawan baik dan bagus. 'Le mieux est l'ennemi du bien,' begitulah lebih kurang Voltaire mengingatkan kita.
Sebab itu Mark Twain ada mengingatkan bahawa penambahbaikan berterusan adalah lebih baik daripada kesempurnaan yang langsung tidak dimulakan. Kerana apa? Kerana mereka yang mengejar kesempurnaan hanya boleh menyedari realiti apabila mereka telah bermula.
Bergeraklah ke hadapan. Berundur beberapa langkah jika perlu untuk pergi lebih jauh. Memang perjalanan hidup tidak pernah lurus. Sesekali perlu 'offset'.
Orang tua-tua pernah mengingatkan, "jika mahu pergi laju, bergeraklah seorang. Jika mahu pergi jauh dan lama, bergeraklah bersama." -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Bagi saya, sesiapa pun, berhak mempunyai cita-cita atau keinginan. Semasa di sekolah soalan tentang cita-cita sering ditanya. Pelbagai jawapan kita dengar. Bukanlah menghairankan jika satu daripada cita-cita yang pelbagai di kalangan pelajar ialah menjadi Perdana Menteri. Rafizi tentu tahu dan ingat itulah jawapan beliau pada satu ketika dulu di zaman sekolah. Dan saya yakin bukan hanya beliau menjawab begitu.
Jadi, bila ada yang masuk politik, mendaki tangga kuasa dengan segala susah-payah dan kesenangan tertentu, bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri, bagi saya ia hanyalah satu keniscayaan. Sebab itu sampai bila-bila pun, hatta semasa ada usaha menyekat kemaraan Azmin di dalam parti dulu yang Rafizi juga ada peranan besarnya, saya mempunyai beberapa pandangan berbeza dengan sejumlah kawan-kawan.
Kita boleh berbeza pandangan dalam segala hal, lebih selesa dengan pemimpin tertentu, tapi untuk memakai hujah penentangan kerana “dia bercita-cita menjadi presiden parti atau menjadi Perdana Menteri” bagi saya adalah jenis pandangan yang lemah. Dulu, semasa KJ pernah menggila dikritik di zaman Pak Lah, ada juga yang mengungkit bahawa beliau mahu menjadi Perdana Menteri termuda. Seolah-olah salah dan berdosa mempunyai cita-cita tersebut.
Di mana-mana jika berpeluang berucap kepada khalayak pendidik, ibu-bapa atau anak-anak sekolah, saya sering menukil semula pandangan Pendita Za’ba tentang satu ciri kemiskinan orang Melayu iaitu miskin cita-cita, impian. Memang, sesekali kita terasa seolah-olah impian mengubah dunia adalah satu kesalahan, dipandang remeh malah ditertawakan. Ini mesti diubah.
Bercita-cita besar, misalnya yang ditandai dengan jawatan Perdana Menteri, bukanlah kesalahan. Malah ia wajar digalakkan. Cuma, mereka perlu disedarkan bahawa dengan jawatan ada tanggungjawab, amanah dan laluannya bukanlah mudah. Sebab itu kita mesti menggalakkan anak-anak muda mula menggalas tanggungjawab kepimpinan sejak di bangku sekolah. Belajar membuat keputusan, bertanggungjawab, mengurus kepelbagaian, menjayakan amanah dan pelbagai lagi ciri yang hanya mungkin dapat diasuh dengan lebih baik melalui pelbagai kegiatan terutama di luar kelas - sukan, badan beruniform, persatuan, kelab dan sebagainya.
Meskipun ramai berbakat kepimpinan, tidak semua akhirnya dapat menjadi Perdana Menteri. Anwar, sama seperti ramai pemimpin terdahulu, pasti ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Sekali, semasa merasmikan MATC tiga Cabang di Perlis, Nurul Izzah pernah mengingatkan - dan saya mulanya fikir hanya saya yang selama ini sedar tentangnya - bahawa Anwar Ibrahim memang sering membuat pilihan sukar - pilihan yang tidak semestinya popular atau mudah. Kadangkala geram juga kita dibuatnya.
Namun, memang sejarah telah menunjukkan bagaimana beliau telah banyak membuat pilihan sukar ini bagi menggilap kepimpinannya sejak usia muda. Saya percaya daripada sejarah, pengetahuan, pengalaman, jaringan dan kepimpinan, Anwar layak menjadi Perdana Menteri. Menjadi tugas kita semua memastikan beliau bertanggungjawab dan amanah sementara negara terus menyediakan pelapis kepimpinan seterusnya. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Semalam diadakan Jamuan Kesyukuran di DUN Sena sempena pembentukan 9 ranting. Terima kasih kepada semua yang hadir.
Usai majlis, kami berbesar hati apabila Menteri Agama yang datang ke Perlis turut singgah bersembang santai sambil menikmati kopi veteran, sebuah produk Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen. Kami mendapat sejumlah pencerahan mengenai isu dan juga peranan Kementerian Agama.
Menteri Agama berada di Perlis untuk mengadap Tuanku Raja Perlis, hadir ke Konvensyen Sunnah Antarabangsa, bertemu mufti dan menyampaikan sumbangan pembangunan kepada MATRI sekitar RM150,000. -
Noor Amin Ahmad reposted
Nga Kor Ming
@NgaKorMing
Satu lagi Berita Baik.
Salah satu dana persaraan terbesar dunia Norway pension Fund menambah perlaburan sebanyak USD1.44bil di pasaran bon tempatan.
Peningkatan 250%!
Terima kasih, Krjn Madani pimpinan PMX @anwaribrahim akan terus berusaha gigih meningkatkan ekonomi negara! -
Noor Amin Ahmad reposted
Our World in Data
@OurWorldInData
Malaysia is an outlier: richer than its neighbors but doing worse on child nutrition—
If we look at income levels across countries in South and Southeast Asia, Malaysia is far richer than many of its neighbors. Its gross domestic product (GDP) per capita has almost doubled since 2000. It is now more than three times higher than that of Cambodia, Laos, and Bangladesh, and more than double that of Indonesia and Vietnam.
But if we look at measures of childhood nutrition, Malaysia is not doing better. You can see this in the chart. While its neighbors have made progress on childhood stunting — the share of children under 5 who are too short for their age — Malaysia has regressed. In 2000, 20% of children were “stunted”, and this has increased to 24%.
Malaysia also stands out at a global level. When we plot the share of children who are stunted against GDP per capita, the country is a clear outlier for its level of income. Most other countries at this level of economic development have rates below 10%.
Malaysia also does relatively poorly on other measures of malnutrition. On childhood wasting — when a child’s weight is too low for their height — it has one of the highest rates in the region.
The country is off track or worsening on most global nutrition targets.
(This Data Insight was written by @_HannahRitchie.) -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kelmarin @KEADILAN Perlis mengajurkan Kejohanan Bowling Santai Silaturahim 2026 melibatkan masing-masing dua pasukan daripada setiap Cabang, Wanita dan AMK negeri.
Tahniah Pasukan Padang Besar A selaku pasukan juara serta sdr Nasir dan Acik yang masing-masing mendapat hadiah pemain individu terbaik. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Hari ini Pemukiman #1 Pakatan Harapan Perlis melibatkan pimpinan tiga Parlimen dan sayap wanita dan pemuda mewakili KEADILAN, Amanah dan DAP Perlis.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya tengok ada pimpinan, ahli atau cytro PAS yang tidak selesa apabila parti tersebut menjadi tumpuan terutama dalam situasi krisis pada hari ini.
Ini boleh difahami. Lumrah manusia tidak gemar kelemahan mereka diperkatakan. PAS sebagai sebuah parti politik bukanlah objek mati. Ia parti politik yang disusun gerak oleh manusia. Memperkatakan tentang PAS beerti menyentuh manusia-manusia yang menyusun gerak PAS itu sendiri.
Sebenarnya ia bukanlah janggal. Memang sejak sekian lama PAS menjadi subjek perbincangan. Ini kerana walaupun pada satu ketika DAP dilihat sebagai wajah pembangkang utama, hakikatnya PAS adalah pesaing UMNO. Dalam konteks politik Malaysia di mana isu Melayu dan Islam hampir tidak pernah lekang dalam wacana awam, tentu saja PAS terus diperkatakan.
Tambahan pula khalayak pro-PAS mesti sedar bahawa PAS kini adalah parti berasaskan Melayu-Islam yang mempunyai kerusi terbanyak. Dilihat utama dan signifikan. Tidak boleh mengharapkan simpati seperti dulu. Mesti dipertanggungjawabkan secara serius dalam semua isu. Patut berhenti membawa diri sebagai parti kampung dan budaya selekeh.
Saya sering menulis PAS selalu beruntung dalam semua kerjasama politik yang mereka terlibat. Jarang rugi. Namun, pada masa yang sama, PAS tidak betah bekerja dengan kumpulan lain. Baik Melayu atau bukan Melayu. Tidak dapat bertahan lama. Pasti ada sebabnya. PAS pasti ada dalilnya. Namun, apakah PAS mahu terus berpuas hati demikian?
Mungkin saja kegagalan kerjasama kerana PAS tidak mengetuai. Dan kini PAS merasa lebih kuat dan wajar mengetuai. Namun, dalam kerjasama di mana PAS terlibat, kepimpinannya belum cukup diterima. Di mana silapnya?
Dalam konteks rakan setara, PAS memang mudah tersepit. PN misalnya, selain PAS, terdiri daripada Bersatu, Gerakan dan MIPP (? Maaf, saya tak semak). Secara mudahnya kita tahu Gerakan dan MIPP akan memihak Bersatu. Begitulah juga dulu dalam Pakatan Rakyat, PAS merasa tersepit sekaligus menjadikan DAP sebagai punca mengapa kemahuan PAS tidak dapat dipenuhi (walaupun sebenarnya tidak selalu begitu).
Bagi saya, antara masalah lain PAS, ialah kekeliruan antara pendekatan agama dan politik. Ini hampir pasti tidak akan diakui. PAS, terinspirasi daripada Revolusi Iran, menjadikan politik sebagai perjuangan akidah. Maka wujud kecenderungan pendekatan hitam putih. Berbeza dengan keluasan dan keanjalan fiqh siyasah. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad reposted
The Economist
@TheEconomist
If General Zhang is formally dismissed, he would be the highest ranking active-duty military officer ousted by Xi Jinping. The president's purge may affect China’s ability to fight www.economist.com/china/2026/01/24/what-xi-jinpings-purge…
-
Noor Amin Ahmad reposted
Reuters
@Reuters
VIDEO CORRECTION: China's top general and President Xi Jinping's second-in-command Zhang Youxia is under investigation, the Ministry of National Defense said. We are deleting a video with incorrect reference to Zhang's Moscow visit in November as his last public appearance
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad reposted
FT China
@ftchina
China’s army says top general undermined Xi’s authority ft.trib.al/I1tAZYE
-
Noor Amin Ahmad reposted
Bloomberg
@business
China’s top general is suspected of passing secret information about the country’s nuclear weapons program to the US, according to a report www.bloomberg.com/news/articles/2026-01-25/top-china-gene…
-
Noor Amin Ahmad reposted
The Wall Street Journal
@WSJ
Exclusive: China’s senior-most general is accused of leaking information about the country’s nuclear-weapons program to the U.S. and accepting bribes for official acts www.wsj.com/world/china/chinas-top-general-accused-of-giv…
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Sejurus selepas pembentangan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035, Menteri Pendidikan telah hadir ke Perlis.
Pertemuan diatur untuk makan malam bersama pimpinan negeri, cabang dan sayap.
Keesokannya, beliau hadir ke SK Seberang Ramai untuk berkongsi dan berdialog mengenai Rancangan Pendidikan Malaysia ini dgn orang ramai, termasuk khususnya guru-guru dan wakil-wakil PIBG yang hadir.
Usai sesi tersebut beliau meneruskan sesi yg sama di Kedah - Alor Setar dan Sg Petani. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Mat Palatao tetap bangga menjadi palatao.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kenapa Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 memakai slogan Tahun Ini, Tahun Kita dalam kempen awal mereka?
Bagi saya, ia kerana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah sepatutnya berakhir.
Maka, sebelum berakhir, Menteri Pendidikan khususnya, ‘terpaksa’ menyesuaikan keperluan pembaharuan dengan dasar semasa yang sedang berjalan. Bukan boleh ubah semua.
Begitulah juga misalnya Rancangan Malaysia ke-13. Ia adalah dokumen perancangan lima tahun seterusnya. Sebelum itu, terpaksa hadap ‘rolling plan’ yang sedang berjalan. Bukan boleh ubah semua. Peluang untuk ubah sedikit-sebanyak ada semasa Kajian Separuh Penggal RMK-12. Itu pun terbatas. Selalunya hanya kepada perancangan yang belum berjalan, baru bergerak sikit atau dilihat tidak lagi bermanfaat atau bukan keutamaan atas pelbagai sebab.
Sebab itu, bagi saya, apabila Menteri Pendidikan dikritik konon tidak cuba melakukan reformasi di kementeriannya, ia tidak sepenuhnya benar. Cabaran perubahan dasar bukan semudah menulis di media sosial atau bercakap di mana-mana ruang. Tambahan Kementerian Pendidikan boleh dikatakan sebagai kementerian terbesar dari segi pemegang taruh dan juga peruntukannya. Jadi proses libat urus mengambil lebih masa dan ‘mengalih’ sesuatu yang besar memerlukan ‘lebih daya’.
Dalam beberapa kesempatan berucap kepada ibu-bapa dan guru-guru, saya menzahirkan rasa lega kerana walau apapun pujian dan kecaman, ia sekurang-kurangnya menunjukkan bahawa kita semua - majoriti besar - masih yakin dan percaya tentang pentingnya pendidikan.
Pendidikan, sejak dulu, bukan hanya rutin walaupun itulah yang mungkin berlaku kepada murid, guru dan ibu-bapa. Pendidikan sebenarnya adalah perjuangan kita sampai bila-bila. Seumur hidup. Kerana musuh kita bersama tetaplah kejahilan, kemiskinan, kemalasan serta sikap buruk dan jahat. Siapa pun kita. -
Noor Amin Ahmad reposted
-
Noor Amin Ahmad reposted
-
Noor Amin Ahmad reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya telah menghamparkan Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 sebagai landasan kepada reformasi pendidikan negara yang menyeluruh dan berani.
Reformasi pendidikan ini mempertegas semula asas jati diri dan kenegaraan, memperkukuh intervensi di awal usia kanak-kanak, serta memartabatkan peranan guru.
Pada masa yang sama, Rancangan Pendidikan Negara turut memperkasa sistem pendidikan tinggi supaya lebih terangkum dan adil, termasuk membuka akses lebih luas kepada pelajar miskin, pelajar berkeperluan khas dan bakat terbaik negara.
Ikhtiar ini bukan sekadar mengubah struktur, tetapi membina insan yang berakar pada nilai, yakin pada identiti, cekal menghadapi perubahan, serta mampu mengangkat masa depan Malaysia dengan ilmu, adab dan ihsan.
Insya-Allah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#jenteramadani
#rancanganpendidikannegara -
Noor Amin Ahmad reposted
SimTzeTzin 沈志勤 🇲🇾
@simtzetzin
Berita Baik 🇲🇾
1. KDNK 2025 mencecah 4.9%
(Melebihi anggaran 4.3%-4.8%)
2. Kadar pengangguran 2.9%
(Terendah dalam 11 tahun)
3. Ringgit naik ke 4.05 berbanding USD
(Tertinggi dalam 7 tahun)
4. KLSE mencecah 1700
5. Jumlah pelaburan (FDI + DDI) tertinggi dalam sejarah.
6. Jumlah Perdagangan memecah rekod RM3 trillion
(Tertinggi dalam sejarah)
PMX: Kestabilan politik membantu meletakkan Makro ekonomi Malaysia dalam landasan yang betul. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Dulu Anwar pernah ke Afghanistan menghantar sumbangan. Hubungan yang lama terjalin dan terus kekal.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Sun Tzu | Art of War ⚔️
@QuoteSunTzu
-
Noor Amin Ahmad reposted
Global Insight Journal
@GlobalIJournal
One of Einstein’s students asked him: “What does logic mean?”
Einstein said: “I will answer you with a question.”
“Suppose two workers enter a chimney to clean it. One comes out with a dirty face and the other with a clean face. Who will go wash their face?”
The student immediately and without hesitation replied, “Of course, the one with the dirty face.”
Einstein said: “Your answer is incorrect. The one who will wash their face is the one with the clean face, because he looked at his colleague’s face and assumed that his own face was as dirty as his colleague’s. The one with the dirty face will not wash his face, thinking it is clean like his colleague’s.”
The student said: “That is correct and logical.”
Einstein replied: “No, it is not correct, because the question itself is illogical. It is not logical for two men to enter the same chimney at the same time and for one to come out clean and the other dirty.”
In a few words, logic itself can collapse, so sometimes the problem is not in the answer but in the flawed question itself. -
Noor Amin Ahmad reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Anggaran Awalan menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia bagi Suku Keempat (S4) 2025 melonjak 5.7%, sekali gus membawa pertumbuhan tahun penuh 2025 kepada sekitar 4.9% — mengatasi ambang unjuran rasmi Kerajaan antara 4% hingga 4.8%.
Meski Malaysia turut merasakan bahang tarif timbal balik pada tahun lalu, reformasi ekonomi di bawah Kerajaan MADANI memastikan kesannya tidak membebankan rakyat terbanyak. Subsidi terus disasarkan kepada golongan yang memerlukan, menjadi tongkah yang memelihara kuasa beli rakyat jelata.
Hubungan diplomatik yang diperkukuh dengan pelbagai negara turut menambah keyakinan untuk merancakkan pelaburan langsung asing serta perdagangan dengan Malaysia.
Insya-Allah, kerangka Ekonomi MADANI akan terus menjadi pedoman dalam memperhebat iltizam pembaharuan ke arah ekonomi yang lebih adil, berdaya tahan, dan lestari.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#ekonomimadani -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Tadi kebetulan di lapangan terbang terserempak dengan Prof. Rusdi Omar. Borak sikitlah mengenai politik terkait PAU.
Pandangan saya:
1. Lazimnya ketika zaman kejatuhan/lemah, akan muncul pemimpin kebangkitan, pemikiran baru dan segar. Ini pula biasanya berlaku melalui proses melihat ke dalam. Merenung ke dalam diri. Ia boleh dilakukan dengan penglibatan pemikir Melayu di luar organisasi juga.
2. Kemerosotan UMNO bukan kerana berpadu dengan PH dan lain-lain bagi membentuk kerajaan. UMNO telah berkali-kali mengalami kemerosotan sejak dulu. Cuma sejak 2008, segmen besar pengundi bukan Melayu yang sebelumnya solid bersama BN beralih arah. Dan sejak 2018, segmen besar pengundi Melayu pula beralih arah.
3. Dalam tempoh 2008-2022, BN bertanding solo namun belum dapat kembali menjadi dominan. Malah merosot. Saya faham dilema sebuah parti besar dan sangat berkuasa sekian lama. Jika tidak bertanding solo, mungkin ramai lagi yang setia akan berkecil hati dan meninggalkan kapal.
4. UMNO-BN boleh menentukan apakah sebab-sebab yang mendorong perkara 2 dan 3 berlaku. Memang bukan satu faktor. Sama ada UMNO-BN bersedia mengakui faktor sebenar atau masih selesa menganggap faktor-faktor lain adalah punca sebenar, itu terpulang.
5. Sebagai perbandingan, saya beritahu Prof., PAS dulu ada pengaruh tetapi relatif lemah. Namun, sekurang-kurangnya sejak 1990, semua kerjasama politik yang PAS terlibat sangat menguntungkan PAS. Boleh dikatakan PAS sekarang adalah yang terkuat dalam sejarah pencapaian parti itu dan secara perbandingan dengan parti lain. Namun dalam keadaan itu PAS tahu sebenarnya mereka belum ada PM material dan perlu terus bekerjasama dengan yang lain.
6. Mengapa PAS banyak menjana keuntungan dalam setiap kerjasama politik mereka manakala UMNO-BN merasa rugi bila bekerjasama dengan pihak lain yang pernah menguntungkan PAS? Ini terbuka kepada perbincangan.
7. UMNO-BN juga boleh mengambil contoh lain misalnya Golongan Karya (GOLKAR) di Indonesia untuk melihat bagaimana sebuah parti besar boleh kalah dan bergelut dengan realiti baru politik zaman peralihan.
8. UMNO-BN masih sebuah parti massa, yang kuat dan ramai. Namun Einstein pernah mengingatkan bahawa kita tidak wajar menjangkakan hasil berbeza daripada cara kerja (fikir dan bertindak) yang sama. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad reposted
Nga Kor Ming
@NgaKorMing
Krjn Madani terus berbakti.
Dasar tandas BMW KPKT kini semakin membuahkan hasil.
Video ini merupakan tandas sekolah di Kelantan yg menerima peruntukan krjn Madani.
Dulu kotor berbau, kini bersih & wangi.
Tahukah anda 12,000 tandas awam sudah kami baikpulih & naiktaraf? 🤩🤩 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Letak jawatan EXCO Kerajaan Negeri adalah hak beliau. Tambahan pula beliau telah berbincang dengan Ketua Menteri dan Presiden parti. Sama ada beliau bertindak sebaliknya itu cerita lain.
Cuma bagi saya PRN Melaka ni tinggal lebih kurang setahun sahaja lagi. Saya berminat untuk baca pencapaian dalam portfolio beliau - Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Keselamatan Makanan - yang begitu dekat dengan orang Melayu. Mungkin di sana kita boleh belajar bagaimana beliau berjuang untuk orang Melayu dalam aspek perubahan dasar. Apa yang baru dan lebih baik. Dan bagaimana kerja beliau terhalang oleh DAP, jika itu benar ada.
Tak banyak kita dengar tentang ini berbanding retorika politik populis ulang tayang. -
Noor Amin Ahmad reposted
Peyman Milanfar
@docmilanfar
This 1979 NYT op-ed on Khomeini aged like fine milk. Read the last paragraph for a masterclass in academic wishful thinking.
NYT, Feb 16, 1979 -
Noor Amin Ahmad reposted
Elle Lookbook
@EvaLovesDesign
In Japanese, "tsundoku" means collecting books and letting them pile up, not for neglect, but for the joy of knowing they're there, full of untold stories.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Chess Feed
@chess_feed
When you start a chess game, you have 20 moves available (16 for pawn and 2 for one knight). After completing the first movement you have more than 40 different possibilities. And 8900 in the third and 197740 in the fourth. In the 40s there will be 10 puissance 40 possibilities. Number corresponds to the number of atoms in the universe. This is what make chess more magical.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Mesut Özil
@M10
Malezya Başbakanı Sayın Anwar Ibrahim ile bir araya geldik.
Sayın Bilal Erdoğan’ın da eşlik ettiği bu buluşmada; İslam ümmetinin meseleleri ve Gazze’de yaşanan insani dram üzerine istişarelerde bulunduk.
Bununla birlikte futbolun birleştirici gücü, sporun toplumlar üzerindeki etkisi ve gençlerin küresel dayanışma mücadelesindeki rolü hakkında değerlendirmeler yaptık.
Kendilerine kıymetli paylaşımları için teşekkür ediyorum.
@anwaribrahim -
Noor Amin Ahmad reposted
Neil Stone
@DrNeilStone
Normalise calling disinformation by its traditional name:
Lies. -
Noor Amin Ahmad reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ketika sidang media di Istanbul, saya menjawab beberapa tuduhan dan kekeliruan berhubung kunjungan saya ke makam Mustafa Kemal Atatürk.
Hakikatnya, ia adalah sebahagian daripada protokol rasmi lawatan kenegaraan ke Türkiye sebagai penghormatan kepada tokoh yang amat dihormati rakyat negara ini atas peranannya mempertahankan kedaulatan Türkiye.
Menilai perkara ini tanpa memahami konteks sejarah hanya mencerminkan kedangkalan ilmu dan kegopohan menghukum, sedangkan sejarah menuntut kefahaman yang lebih adil dan matang.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#diplomasimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Yang bukan-bukan saja…
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Hari ini dijemput hadir selaku Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Perlis merasmikan dan menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan kepada 200 anak-anak anggota polis dari seluruh negeri Perlis.
Program “𝗝𝗼𝗺 𝗞𝗲 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝟮𝟬𝟮𝟲” anjuran Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Perlis dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis telah diadakan di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Perlis di Kangar.
Dari tahun ke tahun Yayasan Taqwa telah memberikan sumbangan ini yang memanfaatkan ratusan penerima di negeri Perlis melalui kerjasama strategik dengan pelbagai pihak.
Turut hadir memeriahkan majlis pada hari ini ialah Timbalan Ketua Polis Perlis, YDH SAC Ismail bin Ibrahim serta Timbalan Yang Dipertua ABIM Negeri Perlis, YBrs. En. Nur Muhammad Naufal bin Durokhman.
Pendidikan bukan hanya sekadar memberi asas penting kepada kita semua tetapi ilmu yang berterusan diambil itulah merupakan penjaga kita sepanjang hayat dalam membantu membuat keputusan-keputusan yang benar, baik dan penting dalam kehidupan.
#polisdanmasyarakatberpisahtiada
#malaysiamadanirakyatdisantuni
#mcpf #pdrm #abim #perlis -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Alhamdulillah.
Setelah sekian lama merancang bertemu, hari ini baru berkesempatan. Sewaktu Dato’ Sri Alex Nanta Linggi datang ke Perlis sebelum ini, beliau ada menghubungi saya namun kebetulan saya tidak ada kerana menghadiri kenduri di negeri lain. Terkejut bila staf beliau beritahu "Dato' Sri cakap dia ada seorang rakan di Perlis, rupanya YB (saya sebenarnya mantan YB)." Hanya sempat bersapa beberapa kali di Parlimen bila saya ke sana.
Kami dulu sama ke Jerman ditaja oleh Inter Pares. Sejak itu dah macam rakan baik. Boleh berbual pelbagai perkara. Semasa beliau datang ke Perlis sebagai Menteri KPDNHEP, saya yang sudah menjadi pembangkang tetap dijemput, disediakan kerusi di sebelahnya dan diberi peluang berucap.
Semasa beliau di KPDNHEP, sayalah yang membangkitkan isu harga sayur-sayuran akan naik rentetan beberapa petunjuk maklumat dari pengusaha. Di KKR sekarang jadual kadar harga juga disemak semula. Semasa Covid-19, sayalah yang membahaskan keperluan semakan semula harga pembaikan rumah dan projek-projek kerajaan rentetan kenaikan harga besi dan lain-lain. Seperti yang selalu ditekankan, tugas anggota Legislatif mesti menghubungkan data dan kejadian di lapangan dengan undang-undang dan dasar pentadbiran.
Beliau adalah cucu Temenggung Jugah, pejuang kemerdekaan Sarawak. SUA Gabungan Parti Sarawak (GPS). Sudah menjadi ahli Parlimen beberapa penggal. Gembira kerana beliau beritahu suka bekerja dengan PMX yang sangat kuat bekerja dan memaksa beliau juga sentiasa bersedia. -
Noor Amin Ahmad reposted
Reads with Ravi
@readswithravi
be a lifelong student.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
PERJUANGAN MELAYU DALAM SEJARAH - Siri 4
Tiga siri tulisan sebelum ini yang menyorot ringkas perjuangan Melayu dalam sejarah hanyalah memberi fokus kepada tempoh awal penubuhan parti-parti politik berasaskan Melayu menjelang Merdeka.
Sebenarnya perjuangan Melayu itu lebih luas dan panjang. Ini termasuklah melalui pelbagai bentuk aktivisme seperti ramai penulis, kumpulan terpelajar di SITC dan selainnya serta kepahlawanan setempat seperti Mat Kilau, Mat Salleh dan sebagainya. Sebahagian mereka turut mengambil bahagian dalam pembentukan parti-parti politik yang dibincangkan.
Melalui sorotan ringkas ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa Melayu itu tidak seragam. Terdiri daripada pelbagai kelompok dengan latar belakang demografi berbeza, meskipun umumnya mempunyai cita-cita yang sama - Merdeka dan mentadbir sendiri.
Bila direnung semula, kepelbagaian ini juga sebenarnya ada dan jelas terutama dalam tahun-tahun awal perjuangan Reformasi 1998 yang mengambil bentuk Parti KeADILan Nasional dan kemudian Parti KEADILAN Rakyat. Pecahan kumpulan Melayu berhaluan kiri, elit (ditandai sekurang-kurangnya sebagai ex-UMNO) dan kumpulan agama. Dalam suratnya kepada beberapa pimpinan, Anwar Ibrahim menganjur penyatuan dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi membolehkan KEADILAN ‘menyambung’ sejarah perjuangan rakyat yang lebih panjang berakar daripada sebelum Merdeka.
Berbalik kepada perjuangan Melayu dalam sejarah, kita dapat melihat konflik visi yang berbeza - PKMM umumnya mahu Merdeka dan menjadi sebahagian negara Kesatuan Republik Indonesia; UMNO pada mulanya hanyalah perjuangan bangsa sebelum menukar pendirian juga memperjuangkan kemerdekaan manakala Hizbul Muslimin dengan agenda Merdeka sebagai negara Islam. Konflik visi ini sebenarnya bukanlah asing. Hatta Parti Komunis Malaya (PKM) juga mempunyai visi sendiri untuk Merdeka sebagai negara komunis - seiring dengan kejayaan perkembangan komunis di beberapa negara serantau termasuk di Indonesia.
Selain kebangkitan rakyat untuk menuntut Merdeka, persaingan blok kapitalis dan blok komunis menjadi latar dunia. Pasca Perang Dunia Kedua, dunia boleh dikatakan terbahagi kepada dua blok besar ini yang menjadi ciri Perang Dingin. Dalam Persidangan Afro-Asia pertama di Bandung, Tunku Abdul Rahman tidak dijemput kononnya kerana Tanah Melayu belum Merdeka. Sebaliknya Dr Burhanuddin al-Helmy dibenarkan hadir.
Dan negara-negara Asia Tenggara, kerana mempunyai kecenderungan berbeza, kemudian mengambil sikap berkecuali atau menjadi zon bebas, neutral. Pembentukan Malaysia kemudian ditentang oleh Indonesia dan Filipina antara lain kerana dakwaan faktor campur tangan British.
Menariknya, ketika Parti Komunis Indonesia (PKI) diganyang di Indonesia sehingga mengorbankan jutaan nyawa termasuk ramainya secara melulu, di Malaysia bahan-bahan bacaan kiri misalnya Keluarga Gerilya tulisan Pramoedya Ananta Toer dijadikan bahan bacaan wajib bagi pelajar sastera di Malaysia. -
Noor Amin Ahmad reposted
Stijn Noorman
@stijnnoorman
To make money, create value.
To create value, solve problems.
To solve problems, build skills. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
PERJUANGAN MELAYU DALAM SEJARAH - Siri 3
Manakala PKMM cenderung kepada ideologi kiri (baca: pengaruh kebangkitan rakyat menolak imperialisme khususnya di Indonesia) dan UMNO pula cenderung ke kanan (baca: pengaruh elit berpendidikan Barat dan feudal), sebahagian orang Melayu juga menerima tempias pengaruh politik Islam dari luar, khususnya dari Indonesia dan Timur Tengah.
Ini ditandai oleh penganjuran Kongres Majlis Agama Tertinggi (MATA) di Maahad Ihya’ al-Syarif di Gunung Semanggol yang mencetuskan penubuhan Hizbul Muslimin. Fahaman Kaum Muda begitu berpengaruh di Maahad Ihya’ al-Syarif, ditambah pula dengan pengaruh gerakan Islah yang diterima oleh guru-guru lulusan Mesir, termasuk pemimpin utamanya Ustaz Abu Bakar al-Baqir.
Nama Hizbul Muslim atau mudahnya Parti Orang Islam dicadangkan oleh Abu Bakar al-Baqir dan mendapat sokongan sebulat suara.
Cadangan penubuhan Hizbul Muslimin dikatakan bermula lebih awal ketika Kiai Haji Mashoor Azahari, seorang pemimpin Masyumi dari Palembang bertemu dengan antaranya Dr Burhanuddin al-Helmy dan beberapa pemimpin masyarakat Islam yang lain. Kiai Haji Mashoor turut dijemput hadir ke Kongres MATA bagi menyampaikan ceramah namun beliau telah meninggalkan Tanah Melayu lebih awal. Namun, beberapa tokoh lain seperti Haji Ariffin Alias dan Tengku Osman Hussin hadir mewakili Masyumi, selain Rashid Maidin dari Parti Komunis Malaya (PKM), Pak Sako (PKMM) dan Sayyid Abu Bakar al-Attas dari Johor.
Walau bagaimanapun, Kongres MATA tidak disertai oleh Persatuan Seruan Islam Seluruh Tanah Melayu yang tidak mahu terlibat dalam penubuhan parti politik.
Hizbul Muslim dalam pekelilingnya sejurus selepas itu menjelaskan perjuangannya untuk kemerdekaan dan kedaulatan bangsa dan tanah Melayu di samping mewujudkan pan-Islamisme dan menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Islam.
Abu Bakar al-Baqir telah menjelajah dari negeri ke negeri melalui platform yang disediakan pelbagai pihak khususnya PKMM untuk mewujudkan cawangan Hizbul Muslimin di negeri-negeri. Sambutan yang diterima umumnya baik.
Penubuhan Hizbul Muslimin menggusarkan Onn Jaafar yang memberi amaran tentang bahaya “hubaya-hubaya musuh turun dari gunung.” Meskipun ada pihak menafsirkan gunung ini bermaksud hutan dan merujuk kepada pergerakan gerila komunis, ia sebenarnya lebih cocok dengan Hizbul Muslimin kerana Onn dalam satu ucapannya yang dipetik oleh Utusan Melayu pada 21 Jun 1947 menjelaskan lagi bahawa “kita telah melihat merbahaya keluar dari hutan dalam tahun 1945, dan hari ini kita melihat merbahaya yang akan turun dari gunung atas muslihat agama.”
British menganggap Hizbul Muslimin sebagai “musuh kerajaan dan musuh raja-raja.” Ini antara lain kerana peranan aktif golongan kiri (baca: sosialis dan komunis) dan pengaruh luar (dari Indonesia khususnya) yang sealiran ke atas Hizbul Muslimin.
Akhirnya Abu Bakar al-Baqir ditangkap bersama sejumlah yang lain. Pengaruh Hizbul Muslimin kian merosot kerana tiada pemimpin lain yang berwibawa tampil. Akhirnya ia terbubar.
Bersambung … -
Noor Amin Ahmad reposted
SimTzeTzin 沈志勤 🇲🇾
@simtzetzin
Institutional Reforms 🇲🇾
What have been done 2022-2025?
1. Citizenship Reform ✅
2. Parliament Services Act ✅
3. PM Question Time ✅
4. AUKU amendment ✅
5. Parliament Select Committees ✅
6. Government Procurement Act ✅
7. Enlarge power of Auditor General ✅
What will be done in 2026:
1. PM 2 term limit
2. Separation of AG & Public Prosecutor
3. Freedom of Information Act
4. Ombudsman Act
Robust institutional Reforms are underway. Malaysia is strengthening democracy and transparency. 🇲🇾
#reformasi -
Noor Amin Ahmad reposted
Steven Sim 🇲🇾
@scheekeong
10 inisiatif ini disusun untuk pastikan PMKS terus bertahan, dan ada ruang untuk berkembang.
RM80 bilion diperuntukkan melalui pembiayaan dan insentif cukai. Terima kasih PMX atas sokongan.
Hebatkan perniagaan Malaysia! Jalan teruih. -
Noor Amin Ahmad reposted
Mohamad Safa
@mhdksafa
Slavery was legal.
Colonialism was Legal.
Segregation was legal.
Apartheid was Legal.
Never use legality as a guide to morality. -
Noor Amin Ahmad reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, pagi tadi saya telah menyampaikan hala tuju dan inisiatif yang akan menggerakkan pentadbiran Kerajaan MADANI sepanjang tahun ini. Usaha reformasi kekal menjadi tunjang untuk membina semula institusi negara dan memastikan pimpinan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada rakyat.
Antara reformasi utama yang akan dilaksanakan ialah pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara, had tempoh jawatan Perdana Menteri, penubuhan institusi Ombudsman serta penggubalan Akta Kebebasan Maklumat. Langkah-langkah ini penting bagi mengukuhkan asas negara hukum yang lebih telus dan berintegriti.
Kerajaan MADANI juga akan meneruskan usaha meningkatkan kecekapan pentadbiran dengan memperkemas birokrasi, mempercepatkan pendigitalan perkhidmatan awam, dan menyegerakan projek-projek rakyat seperti membaiki sekolah dan klinik daif, menutup jalan berlubang serta menambah lampu jalan.
Dalam masa yang sama, kebajikan rakyat kekal sebagai teras pentadbiran MADANI. Bantuan bersasar, sokongan kos sara hidup, peningkatan gaji penjawat awam serta inisiatif pendidikan dan kesihatan dilaksanakan bagi memastikan hasil pertumbuhan ekonomi kembali kepada rakyat.
Kesemua langkah ini saling melengkapi untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan, memperkukuh keyakinan pelabur, dan memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati secara lebih adil oleh seluruh rakyat.
Semoga usaha reformasi dan inisiatif untuk rakyat ini mengukuhkan usaha kita untuk menjamin masa depan Malaysia yang lebih adil dan bermaruah untuk semua.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#jenteramadani -
Noor Amin Ahmad reposted
Azalina Othman Said
@AzalinaOthmanS
Pagi tadi, setelah mesyuarat khas jemaah menteri, saya menghadiri perutusan 2026 YAB Perdana Menteri anjuran Jabatan Perdana Menteri di Puspanitapuri, Putrajaya.
Dalam perutusan, PMX mempertegaskan komitmen Kerajaan MADANI dalam melaksanakan reformasi institusi utama bagi memperkukuh tadbir urus yang telus dan berakauntabiliti, termasuk mengehad tempoh jawatan Perdana Menteri, pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, pengenalan Akta Kebebasan Maklumat serta pengukuhan institusi Ombudsman Malaysia.
Usai perutusan PM, saya bergegas pulang ke BHEUU bagi Majlis Amanat tahun 2026 bagi sektor Undang-Undang dan Reformasi Institusi. Pada majlis tersebut, saya mengimbau pencapian tahun 2025 termasuk pemerkasaan Parlimen, peluasan akses kepada keadilan dan kemenangan bersejarah Malaysia dalam kes tuntutan Sulu.
Justeru, saya mengingatkan warga Tahun 2026 menjadi tahun pemantapan dan pelaksanaan reformasi demi keadilan, tadbir urus yang telus dan masa depan negara.
Terima kasih warga BHEUU atas dedikasi berterusan.
Selamat Tahun Baharu 2026.
#ybaos #malaysiamadani #reformasiinstitusi #madanibekerja #bheuu -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
PERJUANGAN MELAYU DALAM SEJARAH - Siri 2
Orang yang sebenarnya bertanggungjawab mencetuskan Kongres Melayu yang menjadi titik tolak terasasnya UMNO ialah Pendita Za’ba. Namun, beliau percaya yang lebih layak memimpin pertubuhan baru itu ialah Onn Jaafar.
Puluhan persatuan Melayu berkumpul mencari kesepakatan. Turut hadir ialah PKMM sendiri meskipun sudah menjadi pertubuhan kebangsaan. Jelas, dalam Kongres awal, timbul beberapa beza pendapat misalnya penegasan PKMM tentang slogan ‘Merdeka!’ berbanding ‘Hidup Melayu!’ dan bendera UMNO yang dikatakan sebab penarikan diri PKMM daripada ikut terlibat dalam pembentukan UMNO.
Dalam undian yang dibuat, usul PKMM hanya kalah satu undi. Ahmad Boestamam menghujahkan betapa pengundian tidak seimbang kerana persatuan-persatuan kecil yang ahlinya tidak ramai dan bersifat negeri masing-masing mempunyai sama banyak dua undi dengan PKMM yang merupakan pertubuhan kebangsaan dengan keahlian ketika itu telah mencecah 70 ribu orang.
Pada masa yang sama, Ahmad Boestamam juga berpendapat PKMM mempunyai pengaruh tersendiri di kalangan pertubuhan Melayu kerana hanya kalah satu undi.
Namun, pengaruh PKMM kemudian kian merosot sebelum diharamkan. Ia juga berpunca daripada rancangan British yang mahu memastikan pengaruh sosialis-komunis lemah dan kalah. Kejayaan komunisme di beberapa negara serantau jelas menunjukkan pengaruh ideologi tersebut besar. Mokhtar Petah, wartawan lama - kini sudah berusia sekitar 90-an dan masih hidup - pernah memberitahu saya pendapatnya bahawa UMNO kemudian dimasyhurkan di Istana bagi memastikan pimpinannya juga terdiri daripada elit Melayu dan bukan rakyat kebanyakan yang lebih ramai.
Walaupun begitu, Onn Jaafar juga tidak bertahan lama sebagai Yang Dipertua UMNO setelah meletak jawatan apabila cadangannya membuka UMNO kepada orang bukan Melayu, sekaligus menjadikannya United Malayan National Organisation, ditolak keras. Beliau kemudian mengasaskan dua buah parti lain - Parti Malaya Merdeka dan Parti Negara - menjelang pilihan raya 1955. Parti Malaya Merdeka adalah parti pelbagai kaum dan disokong kuat oleh pemimpin bukan Melayu yang kemudian menjadi tokoh MCA dan MIC. Namun, Parti Malaya Merdeka kemudian terbubar kerana gagal mengurus kepelbagaian yang ada.
Ramai mungkin tidak sedar bahawa UMNO, dalam pilihan raya 1955, ditentang oleh Parti Negara pimpinan Onn Jaafar yang rata-rata terdiri daripada elit Melayu yang rapat dengan istana. Ini termasuklah Parti Kebangsaan Perak yang bekerjasama dengan Onn. Sebahagian calon-calon ini adalah menteri besar di negeri-negeri Melayu sebelum itu. Namun, UMNO telah menang besar.
Perwakilan UMNO ke London untuk menuntut Merdeka lebih awal daripada janji pilihan raya turut disertai wakil-wakil Raja-raja. Dikatakan perjalanan bermula dengan kapal ke Ceylon sebelum menaiki kapal terbang bagi membeli masa merundingkan dengan wakil Raja-raja tentang kepentingan Merdeka, memandangkan pada masa itu ada penolakan dari istana tertentu yang berpendapat orang Melayu belum bersedia untuk Merdeka, hatta hendak membuat sebatang jarum pun belum mampu!
Namun, akhirnya kita Merdeka juga. Kerana keberanian wakil Raja-raja membuat keputusan sendiri berdasarkan keyakinannya.
Bersambung … -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Intipati Pengumuman Perdana Menteri – Amanat 2026
1) Reformasi & Tadbir Urus
• Pemisahan kuasa Pendakwa Raya & Peguam Negara (dibentang Jan 2026).
• Had tempoh jawatan PM & KSN: maks 10 tahun / 2 penggal.
• RUU Ombudsman & Akta Kebebasan Maklumat (FOI) dibentang tahun ini.
• Digitalisasi kerajaan menyeluruh; guna AI untuk urusan rasmi.
2) Ekonomi & Kewangan Negara
• Ringgit terbaik di Asia, pelaburan & dagangan meningkat.
• Subsidi RON95 disasar berjaya.
• Kenaikan gaji penjawat awam & hakim (kos RM18b).
• Waran Perbelanjaan 2026 dikeluarkan awal.
• RM2.4b projek kecil (G1–G4 Bumiputera), kaedah binaan lebih fleksibel.
3) MA63 (Sabah & Sarawak)
• Peruntukan pembangunan tertinggi: Sabah RM6.9b, Sarawak RM6b.
• 9/13 tuntutan MA63 selesai; projek strategik diteruskan.
4) Bantuan Rakyat & Pendidikan
• Bantuan sekolah: prasekolah–T6 RM150; SAR/Tahfiz RM200j; SJKC RM80j; Sekolah Tamil RM50j.
• Sara bulanan hingga RM200 (MyKad) bermula 9 Jan 2026.
• STR Fasa 1 hingga RM500 (20 Jan 2026).
• Bantuan RM100 untuk 22 juta rakyat (9 Feb 2026).
• Jualan Rahmah Madani diperluas; bantuan PTPTN & dapur siswa.
5) Cukai & PMKS
• Bayaran balik cukai dipercepat; tunggakan lama diselesaikan.
• Cukai perkhidmatan sewaan turun 8% → 6%.
• Ambang PMKS naik ke RM1.5j; e-Invois ditangguh tanpa penalti.
• Dana PMKS besar: RM10b Bumiputera; jaminan & pinjaman mudah diperkukuh.
6) Kawalan Harga & Industri
• Harga ayam dikawal walau subsidi ditarik.
• Amaran kartel besi/keluli/semen; import dilonggarkan jika perlu.
• Keutamaan produk tempatan dalam kontrak kerajaan.
7) Lain-lain
• Anti-rasuah diperhebat.
• Perpaduan nasional ditekankan.
• Lebihan STR disalur ke perlindungan sosial & OKU.
#malaysiamadani #reformasi #anwaribrahim #keadilanuntuksemua -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Phew!
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
PERJUANGAN MELAYU DALAM SEJARAH - Siri 1
Elok dijelaskan bahawa Melayu itu, sama seperti mana-mana kaum, adalah tidak seragam. Melayu pada satu zaman tidak semestinya sepenuhnya sama ciri pada zaman lain. Sebab itu dalam menanggapi sejarah dan meninjau masa depan, ada dilema tersendiri di kalangan sejarawan dalam menentukan sama ada ciri terdahulu atau ciri yang kemudian mempunyai lebih pengaruh.
Bahkan, Melayu pada zaman yang sama juga tidak seragam. Di bandar dan di luar bandar sahaja cukup untuk dilihat ada beza. Sebab itu persoalan demografik menjadi penting dalam kajian sains sosial.
Saya hanya mahu menulis sedikit ingatan daripada catatan sejarah.
Perjuangan Melayu pada satu tempoh adalah perjuangan setempat. Ini ditandai oleh kewujudan persatuan-persatuan Melayu mengikut negeri. Dulu, Raja berkuasa mutlak. Absolute monarchy. Tanah adalah milik Raja. Negeri-negeri sebenarnya adalah negara berdaulat tersendiri. Warganya adalah rakyat Raja (subject of the ruler). Rakyat Raja termasuklah orang bukan Melayu yang dilahirkan di negeri-negeri Melayu. Di negeri-negeri Selat pula warga dikenali sebagai rakyat naungan British (British protected persons).
Faham kebangsaan (baca: berfikir sebagai sebuah negara yang besar), khususnya dalam persoalan Melayu, mula menjadi lebih jelas selepas British memulakan Malayan Union. Ia telah membangkitkan perasaan orang-orang Melayu yang merasakan kuasa politik orang Melayu telah dihilangkan. Meskipun ditandatangani sendiri oleh Raja-Raja Melayu, jelas orang-orang Melayu berani mengambil sikap berbeza sehingga akhirnya Malayan Union terbubar bagi memberi laluan kepada pembentukan awal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Rentetan penentangan terhadap Malayan Union inilah UMNO kemudian ditubuhkan. Namun, UMNO bukanlah pertubuhan Melayu yang pertama ditubuhkan di peringkat kebangsaan.
Pertubuhan Melayu pertama - yang menggabungkan Melayu merentas ‘negara’ tadi - bersifat nasional ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Antara pimpinannya yang terkenal ialah Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Pak Sako atau nama sebenarnya Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam. Sayap pemudanya dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API) dan sayap wanita pula Angkatan Wanita Sedar (AWAS).
Sejarah PKMM ini menarik misalnya semasa ditubuhkan turut mendapat dokongan dari Patani dan wakil sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Abdul Aziz Alam Shah yang menyumbang sebanyak 50,000 ringgit, jumlah yang sangat banyak pada masa itu.
Pengaruhnya besar. Perjuangannya lebih bertumpu kepada anti-penjajahan dan PKMM jelas mahukan kemerdekaan. Dengan pengaruh Indonesia yang agak jelas dan berunsur kiri (baca: sosialisme-komunisme), tokoh-tokoh PKMM sebahagiannya percaya kita patut Merdeka bersama Indonesia dan menjadi sebahagian daripada negara itu. Mereka ini antara yang terlibat dalam gerakan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS).
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
PKMM sejak mula bercakap tentang ‘Merdeka!’ Bagi mencapai tujuan ini, PKMM sempat menubuhkan gabungan pelbagai kaum yang dinamakan PUTERA-AMCJA. Menariknya Majlis Bertindak Serentak Tanah Melayu (AMCJA) yang diketuai Tan Cheng Lock boleh menerima perjuangan PKMM yang bersifat pro-Melayu seperti mengutamakan bahasa Melayu. PUTERA-AMCJA memajukan Perlembagaan Rakyat sebagai alternatif kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Antara yang menarik ialah takrifan Melayu meliputi semua kaum yang hidup di Tanah Melayu.
Darurat diisytiharkan pada tahun 1948 di mana ramai pemimpin yang terlibat dengan PUTERA-AMCJA telah ditangkap. Latar lain di sebalik ini ialah perang gerila yang dilancarkan Parti Komunis Malaya (PKM) di mana British melihat anasir kiri berpotensi bersubahat. Darurat hanya diisytiharkan berakhir pada tahun 1960.
Dalam tempoh inilah rundingan isu kewarganegaraan rancak berlaku.
Persoalan kewarganegaraan memang agak hangat ketika itu kerana dasar terbuka khususnya di negeri-negeri Selat telah mendorong kemasukan beramai-ramai penduduk bukan asal Tanah Melayu sehingga dari segi statistik menunjukkan orang-orang Melayu boleh menjadi kaum minoriti.
Dasar Jus Soli telah dipakai bagi penduduk bukan asal Tanah Melayu di negeri-negeri Selat untuk diterima sebagai warganegara. Bukan sejak 1948, tetapi sejak 1867. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 menerima semua penduduk negeri-negeri Selat sebagai warganegara. Namun, bagi rakyat Raja, syarat tambahan dikenakan iaitu kedua ibu bapa kaum bukan Melayu mestilah lahir di Tanah Melayu. Dalam maksud lain, status Rakyat Raja yang dipakai dulu telah diabaikan. Pesuruhjaya Tinggi Gurney tidak bersetuju memberi kerakyatan terus kepada orang bukan Melayu di kalangan Rakyat Raja kerana mahu membendung penyamaran komunis.
Jawatankuasa Perhubungan Komuniti (CLC) dibentuk di mana Tan Cheng Lock merundingi hal ini sehingga akhirnya dipersetujui bahawa cukup hanya salah seorang ibu atau bapa orang bukan Melayu lahir di Tanah Melayu bagi melayakkan mereka menjadi warganegara. Ia sebenarnya tidak memuaskan hati Tan Cheng Lock yang berpendapat Rakyat Raja seolah-olah telah terbahagi kepada dua kategori - ada yang boleh mendapat warganegara, ada yang dinafikan. Kerakyatan di negeri menjadi berbeza dengan status kewarganegaraan Persekutuan. Beliau yang pada waktu itu telah pun mengasaskan dan memimpin MCA, terus berunding dan berusaha menyelesaikan isu kewarganegaraan ini.
Setelah bertahun-tahun berunding, akhirnya Tunku Abdul Rahman bersetuju dengan prinsip Jus Soli menjelang Pilihan Raya Umum 1955, dua tahun sebelum Merdeka.
Bersambung … -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Hari ni KEADILAN Perlis melakukan pemukiman untuk menyusun semula pergerakan parti menuju PRU-16 yang dijangka akan diadakan pada tahun 2027.
Insya-Allah, walaupun Perlis hanyalah negeri kecil, semangat dan iltizam anggota parti terus membara bagi meneruskan perjuangan reformasi. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
PERJUANGAN MELAYU DAN ISLAM MESTI LEBIH DARIPADA SEKADAR RETORIK, JADI CERMINAN KEADILAN DAN KEMAJUAN
Melaungkan perjuangan Melayu dan muafakat politik Melayu bukanlah satu kesalahan, selama mana ia tidak dicampurkan dengan tujuan-tujuan lain yang batil. Ini termasuk misalnya mengadakan musuh dalam bentuk kaum atau agama/kepercayaan lain yang sah dari segi undang-undang dalam watan. Juga, seolah Melayu itu dibataskan pada definisi kepentingan parti berbanding orang Melayu seluruhnya.
Ia bukanlah laungan baru dan sudah terlalu sering dikumandangkan.
Perjuangan Melayu memang akan berterusan. Namun, cabaran Melayu ada yang kekal dan berubah dari zaman ke zaman.
Ramai tokoh besar Melayu atau sekurang-kurangnya dari alam Melayu pernah membicarakan persoalan umat namun bukan semua kekal menjadi ingatan kolektif orang-orang Melayu pada zaman ini. Tokoh yang agak terkenal dan tidak terlalu jauh daripada kita misalnya, Pendita Za’ba. Namanya terpahat di banyak nama kolej di universiti dan perpustakaan. Namun pemikirannya kurang diangkat apatah lagi diwacanakan.
Di mana silapnya? Apakah kerana beliau seorang tokoh kaum Muda yang berani mencabar status quo dan mengkritik pemimpin Melayu sendiri?
Pasca Merdeka yang memperlihatkan kemiskinan Melayu dibicarakan secara intensif berbekalkan kuasa politik mesti dinilai secara lebih teliti. Manakala banyak kejayaan dicapai, banyak juga compang-camping kelemahan yang mesti diperakui.
Pemimpin Melayu mesti berani mempertanyakan diri sendiri tentang mengapa kemiskinan Melayu masih dianggap melata sedangkan suara yang paling lantang dan kasar bercakap tentangnya menjadi semakin kaya dan seolah lupa diri.
Mengapa, semakin ramai orang Melayu mendapat pendidikan, kepimpinan lama orang Melayu yang tidak kurang berjasa semakin ditinggalkan?
Melayu memang hanya akan kuat dengan Islam sebagai pegangan akidahnya. Dan kita mesti berusaha sebaik mungkin menterjemahkan ketinggian Islam dalam pentadbiran dan kehidupan. Bukan menurunkan Islam sebatas kelemahan kita sendiri dan menjustifikasi seolah Islam bukan agama kemajuan dan pembangunan.
Perjuangan Melayu dan Islam mesti lebih daripada sekadar sekadar retorik, jadi cerminan keadilan dan kemajuan.
Noor Amin bin Ahmad
Pengerusi
Pakatan Harapan Perlis
Majlis Pimpinan KEADILAN Perlis
3 JANUARI 2026 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Tahun baru adalah waktu menunjukkan seni bunga api.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Krisis di Perlis bagi saya menarik sebagai satu lagi pengalaman politik yang harus mematangkan lagi demokrasi di negara kita. Telah banyak kes dalam isu pelantikan, pengguguran dan penggantian MB/KM berlaku di hampir semua negeri di Malaysia.
Terbaca satu perkongsian kononnya Enakmen Anti-Lompat Parti tak ada di Perlis. Ini tidak benar. Selepas Akta Anti-Lompat Parti digubal di Parlimen, Perlis antara yang paling awal menyusul.
Adalah menjadi kuasa Speaker untuk mengesahkan berlaku kekosongan. Jika kita menghormati pemisahan kuasa Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman, ia perlu dihormati. Kita boleh mencabarnya melalui proses undang-undang kemudian. Malangnya dalam kes Perak 2009, kuasa Speaker bukan sahaja dinafikan tetapi Speaker sampai diheret keluar Dewan secara tidak berperlembagaan. Bagi yang memahami proses, kita faham kenapa ia berlaku.
Di Perlis, Speaker telah mengumumkan kepada dunia bahawa telah berlaku kekosongan. Pada masa yang sama beliau mahu menggunakan provisio untuk meminta diadakan pilihan raya kecil. Provisio ini tidak semestinya dipersetujui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kerana i. Tempoh matang DUN telah lepas dan ii. Kerajaan Negeri Perlis masih menikmati majoriti jelas Perikatan Nasional 5+6.
Bagi yang mengikuti isu di Perlis, penting untuk memahami betapa rumitnya persoalan semasa hendak menggubal Akta Anti-Lompat Parti, walaupun pada ketika itu ia merupakan isu yang sangat besar menjadi keperihatinan ramai. Mandat asal rakyat seolah-olah tidak dipedulikan.
Ada hak rakyat, hak parti, hak individu wakil rakyat, hak istana dan sebagainya yang perlu diteliti. Manakala istana bolehlah dianggap sebagai satu entiti, rakyat, parti dan individu wakil rakyat bukanlah seragam. Ada rakyat yang suka dengan pilihan individu wakil rakyat, ada yang tidak. Ada parti gembira wakil rakyat masuk ke partinya, ada yang tidak. Malah dalam sesebuah parti pun boleh ada pandangan berbeza.
Jika misalnya ada persetujuan sekalipun, bukan semua menjadikannya sebagai keutamaan. Lihat misalnya Bersatu, parti yang paling banyak mengumpul ‘katak-katak politik’ dalam tempoh singkat kewujudannya, adalah parti terakhir yang meminda Perlembagaan parti bagi menangani lompong dalam Akta.
Meskipun ditulis ada lompong dalam Akta, dan ia perlu diuruskan parti, sebenarnya ada cara lain bagi menjadikan Akta Anti-Lompat Parti lebih kemas dan jitu dengan mengambil kira semua hak-hak yang wujud.
Jika tidak, kita mungkin akan terus menjadi Sisyphus! -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Tak perlu remehkan pendidikan YAB Menteri Besar yang baru.
Memang, atas kertas, ramai mahukan latar belakang pendidikan yang baik. Namun, itu bukan syarat mutlak kepimpinan yang baik.
Kepimpinan yang baik teradun dalam banyak perkara.
Kemahiran terbesar yang diperlukan, pada hemat saya, ialah diplomasi.
Diplomasi bukan hanya soal hubungan antara negara tetapi dalam konteks demokrasi akar umbi, ia bermaksud bagaimana seorang pemimpin boleh menguruskan kepelbagaian.
Demokrasi mengukur kekuatan diplomasi ini pertamanya melalui kemampuan mendapat majoriti undi di kawasan yang ditandingi. Ya, corak kawasan tidak sama dalam banyak bentuk. Ada bandar, bukan bandar. Ada ramai, ada sedikit. Ada pelbagai jantina, kaum dan pegangan agama. Demokrasi bersikap realistik dengan mensyaratkan majoriti meskipun satu undi saja.
Kekuatan diplomasi kemudian diuji di tingkat lain misalnya menguruskan kerjasama politik, jika ada. Menguruskan dasar-dasar yang boleh diterima umum. Menjalankan pentadbiran yang lancar. Menentukan agihan belanjawan yang munasabah. Dalam ekonomi hukum asas mengajar kita permintaan tidak terhad tetapi penawaran terhad pada satu-satu masa.
Dalam memperolehi majoriti sebagai kayu ukur diplomasi, seorang lulusan yang ada 4-5 PhD belum tentu boleh mengatasi seorang yang hanya menamatkan persekolahan biasa. Ini kerana lulusan hanya satu ciri kelebihan calon. Ada lagi ciri-ciri lain termasuk penglibatan dengan masyarakat setempat dalam banyak bentuk misalnya.
Meskipun di atas kertas diplomasinya begitu, tidak semestinya hasilnya baik. Dalam sains politik ada dibahaskan tentang mitos pengundi rasional. Kita pasti menerima fakta bahawa ramai pengundi hanya pangkah lambang tanpa mempedulikan calon. Ya, dalam demokrasi, seorang yang ada 4-5 PhD nilainya sama dengan seorang yang mungkin tidak bersekolah pun, selagi cukup syarat. Ini kerana masing-masing sama mempunyai SATU UNDI sahaja.
Sebab itu dulu tok-tok guru dan bijak pandai kita ada reservation tentang demokrasi. Manakala sikap dan pandangan majoriti penting, ia juga adalah Tumit Achilles. Titik terlemah pada sang wira gagah. Tok-tok guru kita dulu mempersoalkan, “Jika majoriti pengundi tidak cerdik, maka apa hasilnya?” Kita sama-sama boleh menjawabnya. Dan jawapan kita hanya betul pada tingkat diri sendiri sahaja. Di kedai kopi jawapan kita mungkin 100% dibangkang! -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
SUDUT LAIN
Saya telah tulis tentang bagaimana Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh harus lebih dimaknakan dalam isu lompat parti, pelantikan, penukaran dan penggantian MB. Ini kerana kes berkaitan semakin terjadi dan kita melihat ada ketegangan yang boleh dielak melalui penambahbaikan sistem.
Teringat selepas Langkah Kajang, MB Selangor TS Khalid Ibrahim mahu ditukar. Beliau adalah mantan bos saya. Sempat berkhidmat sebagai Pegawai Komunikasi kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dan juga membantu dalam menguruskan hal ehwal belia di Selangor semasa beliau memegang portfolio tersebut.
Tentulah saya ada pandangan tertentu tentang kebaikan dan kelebihan beliau. Tulisan “Tan Sri Khalid yang saya kenali” yang saya hantar dan disiar di The Malaysian Insider selepas beliau baru sahaja diganti daripada jawatan Dato’ Menteri Besar dikongsi lebih 12,000 pembaca pada masa itu.
Meskipun menganggap Tan Sri Khalid sebagai orang baik dan ada kelebihan, saya fikir sikap beliau berkeras tidak melepaskan jawatan dan menyulitkannya dengan melibatkan PAS adalah sesuatu yang tidak wajar. Malah melibatkan Istana. Langkah PAS berkeras mempertahankan beliau tentulah merumitkan situasi dan akhirnya rentetan itulah Pakatan Rakyat terlerai.
Saya ingat PAS sangat marah dgn dua ADUN-nya yang bersetuju untuk menyokong pilihan menukar MB. Mereka akhirnya dipecat. Ia adalah disiplin organisasi. Saya boleh faham.
Namun, yang saya tidak faham ialah mengapa PAS menyokong Tan Sri Khalid melanggar disiplin organisasi?
Sudah tentu Tan Sri Khalid dan PAS ada sebab tersendiri pada waktu itu. Sebenarnya semua orang ada alasan tersendiri untuk bersikap. KEADILAN, pada masa itu juga pasti ada sebab tersendiri.
Sama ada ia sikap yang mempunyai asas yang benar atau hanya spekulasi dan tidak berasas jarang diuji. Memang kadangkala sulit juga untuk membuktikan asas pandangan kita jika sesuatu belum terjadi.
Di Jerman, selepas Hitler naik melalui demokrasi dan menukar corak pentadbiran dan sistem negara mereka kepada kediktatoran, satu usaha pemulihan diambil pasca Perang Dunia Kedua.
Jika di peringkat antarabangsa Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terbentuk lewat persidangan Bretton Woods, di Jerman dibangunkan sebuah Perlembagaan yang lebih demokratik dengan pertimbangan besar agar tidak lahir lagi seorang diktator melalui sistem demokrasi mereka.
Selain sistem perwakilan berkadar (proportionate) yang rumit tetapi sangat menarik bagi saya, antara lain ialah Perlembagaan negara itu memberi pengiktirafan kepada semua parti politik sebagai institusi demokrasi.
Parti-parti politik adalah nadi demokrasi. Tanpa parti-parti politik, demokrasi tidak dapat berjalan dengan baik. Parti-parti politik dihargai, dihormati dan diberi pendanaan politik yang sesuai dan bersyarat untuk masing-masing menjalankan fungsinya memastikan demokrasi serta proses semak dan imbang di pelbagai peringkat berjalan dengan baik dan berkesan.
Jika politik adalah cara menguruskan kepelbagaian dalam masyarakat, demokrasi adalah cara menginstitusikan kepelbagaian ini. Kamu boleh berbeza tetapi ada caranya untuk kita uruskan secara aman. Masalah memang akan selalu ada dalam demokrasi kerana manusia tidak berfikir seragam dalam semua perkara. Demokrasi menyediakan ruang kebebasan bersuara, sistem perwakilan, kaedah berunding dan mengambil keputusan penyelesaian yang munasabah dari semasa ke semasa dengan segala kelebihan dan kekurangannya.
Ahli-ahli politik dan rakyat mesti berfikir dan bertindak secara sedar dengan melihat apakah masalah yang ada dan adakah sistem sedia ada cukup untuk menanganinya atau memerlukan pengenalan undang-undang baru, pindaan atau pemansuhan undang-undang lama. Ini termasuk pindaan Perlembagaan sekiranya perlu.
Jika tidak, kita hanya akan menjadi Sisyphus, berulang-kali menolak batu besar ke puncak hanya untuk membiarkannya berguling kembali ke bawah dan kita akan berpatah balik mengulang tindakan yang sama sampai abang Jamil mampus! -
Noor Amin Ahmad reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kejayaan Kerajaan MADANI hari ini adalah hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi dan kepercayaan rakyat.
Di dalam negara, ekonomi terus diperkukuh melalui pelaburan berkualiti, penciptaan peluang pekerjaan dan agenda pertumbuhan yang inklusif.
Malah, di peringkat antarabangsa, hubungan antara kerajaan, pelbagai negara, kumpulan pemimpin, membuka ruang pelaburan strategik serta memperkukuh kedudukan Malaysia di mata dunia.
Segala pencapaian ini bukan sekadar angka dan statistik, tetapi diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat, daripada kesejahteraan keluarga, peluang ekonomi baharu, hingga jaminan masa depan yang lebih berdaya tahan.
Dengan sokongan padu keluarga, sahabat dan rakyat Malaysia, saya percaya Kerajaan MADANI akan terus melangkah ke hadapan, berkhidmat dengan amanah, dan membina negara yang adil, makmur dan berdaya saing untuk semua.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Simpan sebagai kenangan. Bersama mantan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang. Sempat mendapatkan tandatangan di buku Auditing 1MDB yang ditulis oleh beliau berkisar pengalamannya mengaudit syarikat tersebut.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sabah terus mengorak melangkah sebagai negeri yang lebih maju dan makmur di bawah Kerajaan MADANI melalui pelaksanaan dasar berteraskan komitmen terhadap MA63, pengurusan infrastruktur yang lebih berkesan, serta pemerkasaan sektor teras seperti tenaga, pelancongan, pertanian moden, ekonomi biru, selain jaminan keselamatan dan kedaulatan yang lebih kukuh dan utuh.
Semua inisiatif ini dirancang dan dilaksanakan dengan semangat kebersamaan, ketelusan dan tanggungjawab agar manfaat pembangunan dapat dinikmati rakyat Negeri di Bawah Bayu ini secara saksama, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Insya-Allah, tekad ini akan diperkukuh pasca pembentukan Kerajaan Negeri Sabah yang baharu bagi mempercepat agenda pembangunan melalui pelaburan strategik, ekonomi inklusif, pemerkasaan infrastruktur asas dan penciptaan peluang pekerjaan berkualiti, selari dengan potensi sebenar negeri ini.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Catur dan politik, kedua-duanya terkandung ilmu kebarangkalian yang besar.
Seorang ahli Matematik, Claude Shannon, pernah cuba menghitung kebarangkalian pilihan pergerakan dalam permainan catur. Sebab itu kebarangkalian terkenal dalam Catur dikenali sebagai Nombor Shannon.
Kebarangkalian politik jauh lebih besar kerana meskipun rakyat misalnya, bukanlah pemain politik, mereka mempunyai suara dalam peti undi yang memberi kesan langsung kepada keputusan.
Sebab itu hujahan F. A. Hayek dalam syarahan Nobel Ekonomi, Pretense of Knowledge, wajar dijadikan bacaan wajib kepada ahli-ahli politik dan juga sesiapa yang berminat mempengaruhi dasar awam. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
www.sinarharian.com.my/ampArticle/761665
Berita tiga hari lalu … -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya baru menonton bahagian berkaitan dalam podcast Yang Berhenti Menteri yang merujuk kepada perkara berkaitan saya.
Saya fikir ada beberapa kenyataan yang salah dan tidak tepat.
1. Kenyataan media saya mengenai isu MB telah dikeluarkan awal dan ada di media sosial saya. Pandangan-pandangan saya mengenai isu MB di Perlis banyak dimuatkan di media sosial terutama FB. Kenyataan saya adalah berdasarkan bacaan politik daripada maklumat-maklumat yang diterima tentang situasi yang ada. YB @rafiziramli sendiri dalam podcast beliau menyatakan situasi retak menanti belah antara PAS-Bersatu.
2. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan kedua dan tidak menerima sebarang arahan daripada parti mengenainya. Ia adalah kenyataan Ketua Pemuda PH yang dikeluarkan kepada media keesokan harinya. Walaupun begitu, cadangan agar MB kekal ke akhir penggal boleh saya persetujui kerana dalam kenyataan-kenyataan saya di media sosial jelas menyatakan bahawa krisis ini tidak sepatutnya berlaku pun sekiranya diurus dengan betul.
3. Sama ada bersedia atau tidak, sekiranya keputusan akhir ialah perlu diadakan pilihan raya negeri, PH Perlis perlu bersedia. Ia adalah kemungkinan yang tidak boleh diabaikan oleh PH Perlis.
4. Spekulasi kononnya saya berminat menjadi MB jelas menunjukkan moderator tidak mengenali saya dan mungkin tidak cukup maklumat tentang Perlis. Rakan-rakan parti baik PH dan BN tahu saya sehingga kini tidak berminat bertanding kerusi DUN. Sekiranya saya diminta bertanding sekalipun, dan untuk menjadi MB perlu menang, adalah menjadi prerogatif Istana untuk memilih MB.
5. Saya juga terkejut kerana ini pertama kali mendengar bahawa saya akan mengganti tempat Shamsul Iskandar. Sehingga kini saya belum pernah mendengar daripada sesiapa walaupun mengenali ramai rakan di Pejabat Perdana Menteri.
6. Sejak terlibat dengan parti, saya pernah beberapa kali diajak berkhidmat di pejabat DS Anwar. Pernah sekali saya berkhidmat sebagai Pengurus di Diwan Reformasi antara 2014-2015 atas permintaan DS Anwar berdasarkan pengalaman saya mengurus IDEAS (dinamakan sebagai antara badan pemikir baru terbaik di dunia oleh University of Pennsylvania 2012-2013). Saya berhenti setelah DS Anwar dihumban ke penjara.
7. Saya tidak pernah melobi apa-apa jawatan daripada DS Anwar atau pimpinan parti. Namun, sebagaimana selalu saya sampaikan kepada rakan-rakan, kita memilih berjuang dan mesti membuat persediaan sekiranya dipanggil untuk menggalasnya di baris depan.
8. Dalam politik saya sentiasa adalah orang parti. I am a party man. Pemimpin nombor satu saya dalam parti hanyalah Presiden. Dan menjadi tugas anggota parti membantu Presiden dan parti untuk menjayakan agenda parti.
Noor Amin Ahmad
Pengerusi Pakatan Harapan Perlis
Pengerusi KEADILAN Perlis -
Noor Amin Ahmad reposted
Reads with Ravi
@readswithravi
Are you easily discouraged?
-
Noor Amin Ahmad reposted
anti bahlolism
@perpaduanmelayu
Jawatan “Yang Di Pertuan Agong” adalah jawatan baru yang diwujudkan dalam tahun 1957. Dalam perenggan 58 Report ini “Yang Di Pertuan Besar” adalah Raja berperlembagaan yang bertindak mengikut nasihat, bukan Raja yang berkuasa mutlak seperti di zaman silam kesultanan Melayu
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Esok nak pi bank ambil penyata.
Penyata betul, bukan edit untuk masuk projek punya. -
Noor Amin Ahmad reposted
Tansu Yegen
@TansuYegen
During peak hours, drivers in China demonstrated textbook “zipper merging,” smoothly taking turns to change lanes.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Bagi sesetengah orang, peletakan jawatan MB oleh ADUN Sanglang adalah kemuncak penyelesaian isu.
Sebenarnya pelantikan MB hanyalah satu bahagian. Seterusnya ialah penggantian.
Sejumlah isu masih wujud misalnya status ADUN yang terhenti sebagai ahli parti, penerimaan PAS terhadap ADUN yang terhenti ini dan juga 5 ADUN Bersatu yang sudah pasti sama tarafnya - cuba menjatuhkan MB bersama 3 ADUN tersebut - malah telah menghantar senarai calon pengganti. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Agak menarik sebenarnya situasi politik di Perlis. Ini kerana tiga ADUN mewakili PAS termasuk seorang EXCO berani menongkah arus dengan bertindak cuba menjatuhkan MB mewakili PAS.
Ada beberapa persoalan di sini berdasarkan kes terdahulu;
1. Apakah mereka ini dianggap mengkhianati parti sendiri?
2. Apakah ada perancang lebih besar yang mengatur tindakan mereka dan membuatkan mereka berasa dilindungi?
Tindakan ini mungkin akan menjadi duluan penting dalam perjalanan PAS pada masa akan datang di mana misalnya
1. MB di negeri-negeri lain yang diterajui oleh PAS misalnya di Kelantan dan Terengganu juga boleh menghadapi situasi yang sama;
2. ADUN-ADUN tidak lagi takut diambil tindakan oleh parti jika membuat keputusan sendiri yang mencemarkan imej parti.
Dalam situasi terburuk yang mungkin berlaku daripada tindakan 3 ADUN PAS ini ialah;
1. MB kekal;
2. Tidak ada daripada kalangan tiga ini akan dilantik EXCO;
3. Ketiga-tiga mereka mungkin dikenakan tindakan tatatertib malah dibuang parti;
4. Jika kekal sekalipun sebagai ahli parti, hampir pasti tidak dicalonkan semula;
5. Hubungan dgn Bersatu Perlis retak selagi pihak yang sama memimpin Bersatu. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
PELANTIKAN, PENGGUGURAN DAN PENGGANTIAN KETUA EKSEKUTIF
1. Saya masih ingat selepas PRU 2018, Shahidan Kassim membuka perbahasan menjunjung titah YDP Agong dengan menggunakan hampir keseluruhan masanya memperkatakan tentang isu pelantikan MB Perlis yang menjadi kontroversi;
2. Perlis ketika itu menjadi negeri pembangkang buat kali pertama dalam sejarah. Tetapi parti pemerintah masih sama, Barisan Nasional (BN);
3. Shahidan tidak puas hati kenapa seorang ADUN yang tidak mempunyai sokongan majoriti ADUN telah dilantik menjadi MB;
4. Calon alternatif ialah (allahyarham) Ismail Kassim, adik Shahidan yang didakwa mendapat sokongan majoriti;
5. Saya bangkit mencelah ucapan beliau dan bertanya tentang bagaimanakah majoriti ini ditentukan? Secara amalannya parti akan memaklumkan kepada Tuanku Raja. Dalam kes di Perlis ketika itu, saya difahamkan UMNO yang dipangku kepimpinannya oleh Zahid Hamidi dan Hishamuddin Hussein telah mengadap Tuanku Raja. Mereka bersetuju menamakan ADUN yang dilantik oleh Tuanku Raja;
6. Soalan saya sama ada Tuanku Raja perlu mendapatkan makluman daripada parti melalui pimpinan Pusat atau Negeri tidak dijawab oleh Shahidan. Beliau berseloroh “Saya tidak akan terperangkap dengan soalan ini”. Disambut dengan gelak tawa ahli-ahli Parlimen lain;
7. Saya dan tiga ADUN PH ketika itu hadir ke majlis pelantikan ini manakala seingat saya tidak ada seorang pun ADUN BN ketika itu hadir kecuali MB sendiri;
8. Meskipun nampak seperti soalan perangkap, sebenarnya persoalan pokok tentang pelantikan, pengguguran dan penggantian seorang ketua eksekutif sebenarnya penting;
9. Kita telah melihat kes-kes yang berlaku di Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Kelantan, Johor dan Sabah ketika itu;
10. Bila berlaku Langkah Sheraton, kes-kes seperti ini berlaku pula di Melaka dan kerajaan Persekutuan;
11. Bagi saya amalan menjatuhkan kerajaan di luar Dewan mencacatkan interpretasi Perlembagaan;
12. Menerima SD di luar Dewan seolah-olah menjadikan sesebuah kerajaan terdedah kepada usaha coup d’etat setiap hari;
13. Sebab itu usul undi tidak percaya di Dewan mesti dimaknakan. Ia mesti diselesaikan sebelum urusan kerajaan dimulakan atau diteruskan. Tidak ada urusan kerajaan patut berjalan tanpa legitimasi atau ketika legitimasi dipersoal secara rasmi menurut Perlembagaan;
14. Seorang ketua eksekutif mesti mendapat sokongan majoriti. Jika tidak, kehilangan sokongan majoriti adalah alasan yang tidak kena;
15. Kerana memakai sistem First Past the Post, maka kita mesti menerima berdasarkan pengalaman lalu bahawa majoriti ini mesti ditentukan daripada keputusan parti secara en bloc, bukan keputusan individu dalam parti;
16. Saya fikir satu pindaan Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri mungkin patut dipinda bagi menjelaskan lagi hal ini. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Hanya ada 5 kemungkinan berlaku rentetan situasi politik semasa di negeri Perlis:
1. MB kekal;
2. MB bertukar kepada pimpinan PAS yang lain di kalangan ADUN;
3. MB bertukar kepada pimpinan Bersatu di kalangan ADUN;
4. MB bertukar kepada selain ADUN sedia ada kerana Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis membenarkan ini berlaku;
5. Dewan Undangan Negeri Perlis dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Perlis.Post not available here, view on X
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kebarangkalian keempat, MB ditukar dengan mana-mana calon selain ADUN sedia ada.
Pro:
1. Seperti dijelaskan, Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis membenarkan mana-mana pihak dilantik menjadi MB Perlis;
2. Pilihan terbuka; tidak terhad hanya di kalangan ADUN.
Kontra:
1. Ia memberi gambaran ADUN-ADUN sedia ada lemah dan tidak layak;
2. Meskipun tidak ditegaskan dalam baris yang sama, MB sebenarnya perlu kepada sokongan majoriti sebagai tanda kestabilan;
3. MB tanpa mandat rakyat dan parti tidak semestinya boleh berfungsi dengan berkesan. Jika ini berlaku, tempiasnya tidak molek kepada Istana.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kebarangkalian kelima, pembubaran DUN.
Pro:
1. Prerogatif MB untuk memohon pembubaran DUN bila hilang sokongan majoriti. Ini menunjukkan legitimasi asal satu tempoh penggal DUN ada pada MB. Sebab itu MB juga boleh mengumumkan tarikh pembubaran DUN jika mahu dibuat lebih awal daripada tempoh 5 tahun;
2. Pada masa yang sama, MB yang hilang sokongan majoriti boleh mencadangkan kepada Tuanku Raja untuk satu proses diambil bagi menggantikan dirinya dengan calon yang boleh mendapat sokongan majoriti;
3. Apabila ini dipersembahkan kepada Tuanku Raja, maka terpulang kepada Istana untuk membuat keputusan termasuk membubarkan DUN;
4. Pembubaran DUN membolehkan rakyat menentukan mandat baru.
Kontra:
1. Pembubaran lebih awal ada kosnya dan tidak kecil. Kos ini sebenarnya dibiayai oleh rakyat;
2. PRN Perlis akan berbeza dgn PRU untuk satu tempoh. Jadi kos ini akan lebih tinggi untuk satu tempoh;
3. Keputusan mungkin kekal sama, masalah boleh berulang dan tidak selesai. Namun sekurang-kurangnya ia pilihan rakyat, dengan kos yang ditanggung oleh rakyat. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Naskah Jawi yang dirumikan. Disertakan bersama salinan asal tulisan Jawi. Entah kenapa selama ini tidak diangkat. Tahniah Yusmadi Yusoff, mantan ahli Parlimen Balik Pulau dan mantan Senator Dewan Negara yang mengusahakannya.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Pagi ini di pelancaran buku TS Ambrin Buang
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
LOMPAT PARTI ATAU TUKAR HALUAN
Saya pernah terlibat aktif juga dalam bicara isu lompat parti sebelum ini. Cuma pandangan saya sedikit berbeza dari segi penyelesaian.
Pertama, kita mesti mengiktiraf kebebasan berpersatuan. Ia hak individu yang sah di sisi Perlembagaan.
Kedua, kita juga mesti mengakui bahawa mandat seorang ahli Parlimen atau ADUN datang dalam beberapa bentuk iaitu 1. Rakyat yang mengundi; 2. Parti yang memilih sebagai calon dan memberi watikah bagi membolehkan logo dipakai selain mungkin telah ‘melabur’ untuk membina pengaruh melalui jentera dan kerja parti sekian lama; 3. Parlimen yang menentukan majoriti sokongan ada pada siapa.
Maka, bagaimanakah semua pihak boleh mendapatkan hak masing-masing? Atau, bagaimana masing-masing tidak mendapat hak lebih banyak sehingga menafikan hak yang lain?
Usul asal saya lebih kurang begini:
Individu atau parti yang menarik sokongan kepada kerajaan kita namakan sebagai pencetus. Pencetus mesti dipertanggungjawabkan untuk pilihan mereka menggunakan kebebasan untuk bertukar haluan sokongan.
Jika individu atau parti mahu menarik sokongan, ia mesti dibenarkan. Namun, mereka tidak automatik kekal dan kerajaan tidak automatik jatuh.
Individu atau parti yang mahu menarik sokongan mesti mendapatkan mandat daripada rakyat di kawasan berkaitan.
Katakan individu A keluar dari parti Mangkuk, ahli Parlimen/ADUN A tidak terlucut jawatan sebagai ahli Parlimen atau ADUN hanya kerana parti Mangkuk mahu kekal dalam kerajaan. Sebaliknya, SPR boleh mengumumkan bahawa satu pungutan suara pengundi kawasan yang diwakili individu A tadi akan dibuat pada satu tarikh spesifik di premis yang ditetapkan SPR. Pada tarikh tersebut, pengundi di kawasan tersebut boleh dtg - katakan di Dewan yang ditetapkan - untuk menandatangani petisyen sokongan terhadap pilihan si A untuk keluar parti dan menukar haluan sokongan. Sekiranya si A berjaya mendapatkan jumlah sokongan yang sama daripada pengundi sah di kawasan tersebut yang berdaftar semasa pilihan raya di mana si A terpilih, maka si A akan kekal sbg ahli Parlimen/ADUN. Maka lompat parti/tukar haluan sokongan tersebut diterima. Jika gagal, si A hilang jawatan dan automatik parti kedua undi tertinggi dalam pilihan raya terakhir diangkat menjadi wakil rakyat. Pilihan lain ialah pilihan raya kecil.
Begitu juga jika parti menarik sokongan. Semua kerusi parti tersebut perlu melalui proses yang sama. Petisyen di kawasan masing-masing. Sekiranya jumlah kerusi parti tersebut besar dan menyebabkan jumlah majoriti kerajaan lebih kecil berbanding pembangkang, dan parti tersebut berjaya dalam petisyennya, maka jatuhlah kerajaan. Jika parti tersebut gagal dalam petisyennya, maka mereka sama ada perlu kekal dalam kerajaan atau satu PRU perlu diadakan di seluruh negara.
Dengan cara ini individu atau parti yang telah membentuk kerajaan berhak untuk lompat parti atau menukar haluan sokongan, tetapi mestilah dengan mandat rakyat dan risiko tertentu.
Memang nampak sedikit rumit dan tidak mudah. Tapi cukup untuk memberikan hak kepada semua dan risiko yang tidak kecil supaya tindakan lompat parti dan menukar haluan sokongan ini tidak bersifat unilateral keputusan individu atau satu parti semata-mata. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Memang sebahagian ahli politik berasa sangat selesa untuk berkata apa sahaja tanpa peduli tentang pandangan orang lain.
Selalunya mereka ini ada dua latar.
Pertama, tidak bimbang kalah di tempat ditandingi kerana apa yang diperkatakan mudah disambut majoriti. Misalnya, Sabah untuk orang Sabah. Bunyinya masih neutral kerana pengundi Sabah memang orang Sabah, memilih wakil rakyat Sabah. Tapi maksud yang sama boleh menjadi lebih sensitif bila perkataan lain diguna misalnya Tolak Parti Malaya.
Nampak? Itu hanya contoh. Kebetulan PRU Sabah 2025 baru selesai. Ada lagi contoh lain misalnya seruan bersifat kaum dan agama. Sama. Ada slogan yang lebih neutral dan ada slogan yang lebih sensitif.
Kedua, juga tidak bimbang kalah di tempat ditandingi kerana politik bukan hanya tentang menang-kalah. Politik juga adalah ekspresi. Sikap.
Jika kita ambil contoh Sabah sekali lagi, boleh dilihat calonnya cukup ramai. Sampai 14 penjuru pun ada. Sekali lihat kita boleh agak persaingan sebenar mungkin hanya 2-3 atau 4 calon. Yang lain seolah banyak duit untuk dihanguskan. Ya, sama ada banyak duit untuk dihanguskan atau mereka sebenarnya tidak bimbang kalah di tempat sendiri kerana politik bukan hanya tentang menang-kalah.
Cuma dalam konteks lain, kadangkala percakapan dan tingkah laku segelintir pemimpin boleh memberi kesan yang tidak diniatkan (unintended consequence) kepada parti dan rakan-rakan lain sama ada sama parti atau berlainan parti. Ini kerana pandangan dan sikap peribadi tidak semestinya menjadi pandangan dan sikap parti pada masa tertentu.
Di sinilah dilema kerja berjemaah, berorganisasi atau berparti. Melainkan ketua parti yang selalunya mempunyai wewenang untuk memuktamadkan dasar parti (sama ada dirunding terlebih dahulu atau tidak), yang lain-lain sebenarnya hanya bersifat pandangan peribadi individu.
Dilemanya ialah sejauh mana jaminan kebebasan wajar dijamin dan sejauh mana pula disiplin berorganisasi perlu dijaga. Tidak ada jawapan muktamad. Garis pemisahnya halus dan anjal.
Tapi saya suka memerhati. Mereka yang sebenarnya berjiwa bebas akan lebih suka atau boleh menerima bising demokrasi sebagai satu bentuk semak dan imbang. Mereka yang terselit halus naluri kepartian akan menjadikan bunyi bising yang ada sebagai peluang memarakkan perselisihan atau sekurang-kurangnya menjadikan buruk laku individu menggambarkan keseluruhan organisasi tertentu.
Sudah tentu persoalan cui bono - siapa yang untung - tidak terlepas daripada mana-mana pandangan, sikap dan tingkah laku yang ada. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Proses keadilan yang berlangsung di mahkamah adalah untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya. Yang hak kepada yang berhak. Pada masa yang sama untuk ‘mengambil balik’ apa yang diletak bukan pada tempatnya atau yang tidak berhak.
Ia bermula dengan asas pendakwaan. Sama ada wujud atau tidak. Jika tidak wujud, dakwaan dibuang atau tidak diteruskan. Jika wujud, maka pembelaan dipanggil. Pembelaan oleh yang dituduh memberi ruang keadilan sebagai tidak bersalah selagi belum dibuktikan.
Oleh yang demikian setiap pihak yang ‘berbeza pendapat’ atau saling mendakwa lebih berhak perlu mendatangkan hujah, keterangan dan bukti untuk menyokong dakwaan hak masing-masing.
Kuasa dalam negara memang diagihkan kepada sejumlah pihak, supaya dengan harapan masing-masing akan saling menyemak imbang antara satu sama lain. Ada kuasa bersifat prerogatif, ada kuasa mesti melalui prosedur. Jarang ada kuasa yang tidak boleh disemak imbang. Baik prerogatif atau prosedur, ia tidaklah sampai menjejaskan maksud membolehkan keadilan terlaksana, kezaliman dihindari.
Lebih daripada itu paling tidak demokrasi memberi ruang luas untuk lebih ramai memberikan ‘referendum’ melalui pilihan raya. Ya, rakyat sebagai hakim negara. Hakim yang bermacam jenis latar belakang pendidikan, pengalaman, pengetahuan, pegangan agama, kaum dan sebagainya.
Sama ada kita meyakini rakyat secara agregat sebagai hakim negara atau tidak, ia terbuka kepada penilaian. -
Noor Amin Ahmad reposted
Francis Fukuyama
@FukuyamaFrancis
Francis Fukuyama on 2025 (With Transcript) open.substack.com/pub/yaschamounk/p/francis-fukuyama-7
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Sibuk sikit uruskan beberapa hal.
Orang boleh memfitnah. Setelah 5 tahun pukul curi dan bersembunyi di sebalik pihak lain, kini dia tonjolkan diri. Memudahkan untuk berurusan secara rasmi nanti.
Tunggu sambungan cerita di minggu hadapan … -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
New high. 2200.
-
Noor Amin Ahmad reposted
-
Noor Amin Ahmad reposted
-
Noor Amin Ahmad reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kerajaan MADANI terus kekal fokus dalam memastikan pembangunan negara memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Pelbagai program dan kemudahan asas dilaksana secara bersasar bagi memperkukuh keselamatan, meningkatkan produktiviti dan memperluas peluang ekonomi.
Inilah iltizam Kerajaan dalam menjamin kesejahteraan rakyat dan masa depan negara yang lebih terjamin.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Memang lazim banyak komen bila Perdana Menteri mengumumkan sedikit rombakan Kabinet dengan memasukkan ramai muka baru yang masih muda, menukar Menteri dan memindahkan portfolio Menteri-Timbalan Menteri.
Saya suka memerhati. Ramai yang berpendapat tidak begitu menarik. Kurang wow. Jadi ada rasa kurang teruja. Tapi tidaklah sampai sangat pesimis.
Saya sering menjelaskan kepada kawan-kawan, ahli perniagaan sentiasa mencari keuntungan, ahli politik selalu mencari populariti. Bila ahli perniagaan tidak cuba 'memaksima keuntungan' dan ahli politik tidak mengutamakan populariti, maka kita perlu beri lebih perhatian. Ini kerana saya berpandangan hidup ini lebih luas. Ahli perniagaan pasti mencari keuntungan, pada masa yang sama ramai juga mahukan keberkatan. Ahli politik memang suka popular. Pada masa yang sama tidak semua benda baik dan betul akan disambut gembira.
Dalam kehidupan kita ada perkara boleh diukur, ada perkara lebih subjektif. Ada perkara bersifat kuantitatif, ada perkara bersifat kualitatif. Baik pada pandangan satu pihak belum tentu baik pada pandangan pihak lain. Buruk pada pandangan satu pihak belum tentu buruk pada pihak lain.
Sebenarnya dalam hidup bukan hanya ada baik buruk saja. Ada juga pilihan antara dua atau lebih kebaikan. Ada juga masanya pilihan antara dua atau lebih keburukan. Sebab tu dalam dunia pemikiran dan hukum misalnya ada istilah macam 'maslahah', 'the lesser evil', 'mudarat lebih kecil' dan sebagainya.
Malah Allah s.w.t. juga berfirman dalam al-Baqarah:216 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu."
Bagi pemindahan portfolio, ada yang baik ada yang mencabar. Ada yang kata sahabat saya Steven Sim bagus di KESUMA kenapa perlu ditukar? Saya pula berpendapat sebaliknya. Kerana bagusnya Steven Sim itulah saya harap pula dia dapat memberi impak kepada usahawan - di mana majoriti pekerjaan B40-M40 di Malaysia disediakan oleh PKS. Saya yakin beliau boleh dan impak awal kehadiran beliau di KUSKOP boleh dirasakan kelmarin.
Yang mencabar macam Hannah Yeoh. Kementerian Wilayah tidak mudah. Tapi saya kenal Hannah sebagai seorang pemimpin yang terbuka dan sukakan cabaran.
Bagi pelantikan baru, kita perlu menunggu. Saya tidak rasa ia sempurna. Jika nak cakap pasal bakat memang Malaysia ramai bakat. Tapi bukan semua sedia mengharung sepak terajang politik yang keras. Ramai boleh mentadbir dan memimpin tapi tidak betah melayan jutaan karenah politik yang serba tidak sempurna dalam banyak lapisannya. Masuk politik terus ada musuh. Mahu laksana perubahan perlu banyak faktor sokongan - manusia, jentera, kewangan dan sebagainya. Hukum asas - permintaan tidak terbatas tetapi kemampuan terbatas. Jadi perlu tentukan keutamaan.
Saya jenis manusia yang suka memberi peluang. Kadang berkali-kali. Maka, saya pilih beri ruang kepada mereka yang baru dilantik untuk berperanan.
Kritik dan tegur tetap berjalan. Tanpa henti. Cuma moleknya ia juga sekuat kita cuba menjayakan perkara baik yang ada. Bukankah kita telah belajar jika tidak dapat lakukan semua, jangan tinggalkan semua?
Ada rahmat pada perbezaan dan terpulang kepada kita bagaimana hendak menikmatinya. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Thrill!
Sayang betul seri sebab tekanan masa. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
New high. 2176. Di bawah tekanan masa.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Cerita 8
1. Sumbangan awal keluarga RM50k;
2. Sumbangan rakan-rakan dan kenalan masuk perlahan-lahan. Keseluruhan boleh cecah >RM100k dalam sebulan jika semua sumbangan yang diikrarkan masuk. Tidak termasuk jika ada sumbangan awam yang lain;
3. Mantan Ketua Armada Perlis datang ke pejabat. Maklum bahawa peruntukan ahli Parlimen telah dihentikan Mahiaddin Yassin, PM ketika itu. Tawar bantuan untuk cuba mohon daripada kerajaan PN kerana dia kenal beberapa pegawai Menteri Bersatu;
4. Tidak salah mencuba. Tidak begitu mengharap;
5. Alang-alang, cadang mohon juga daripada Menteri BN dan ex-KEADILAN;
6. Dapat makluman daripada rakan tentang sumbangan Yayasan YTL. Peranti telefon YES. Mulanya dimaklum 50 unit sahaja. Kemudian 100. Selepas jumpa mereka setuju beri 200 unit. Cuma prosesnya ambil masa sikit kerana perlu mendaftar maklumat penerima;
7. Terima beberapa komputer riba lama yang perlu diperiksa dan jika boleh diperbaiki pada kos munasabah;
8. Sekonyong-konyong pertengahan Februari Menteri Pendidikan Radzi Jidin umum sekolah akan dibuka berperingkat mulai 1 Mac;
9. Cadang hentikan kempen bila sekolah sudah buka;
10. Teruskan dulu bantuan 50 komputer riba pertama secara bertahap - panggil 10-20 penerima untuk sesi-sesi kelas penggunaan dan penjagaan.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Cerita 9
1. Sumbangan 'tidak bertambah', mungkin kerana pengumuman sekolah akan dibuka;
2. Bila 50 laptop pertama diserahkan, tiba-tiba permohonan baru masuk menderu. Daripada asal hanya ~250 orang menjadi ~300.
3. Majoriti pemohon ialah daripada keluarga pelajar sekolah rendah;
4. Tidak semua layak mengikut syarat - misalnya pra-sekolah dan luar Perlis.
5. Ambil ketetapan komputer riba diutamakan kpd pelajar tingkatan 5 dan 4, kecuali sumbangan spesifik penyumbang - ada kes mahu beri kpd seorang anak rakan penyumbang;
6. Pelajar sekolah rendah sehingga tingkatan tiga didaftarkan di bawah sumbangan telefon YES oleh Yayasan YTL;
7. Rupanya Yayasan YTL mmg ada buka permohonan individu di laman khas. Ada sukarelawan mencuba dan dapat untuk anaknya. Tapi itu permohonan individu;
8. Pada masa yg sama sumbangan telefon YES ini dipertikai sebahagian ahli Parlimen. Dakwa ia tidak berkualiti dan membahayakan pengguna. Ada yang mempertikai kerana faktor ketidakpuasan hati terhadap YTL berhubung isu perbekalan di Kementerian Pendidikan sebelum itu;
9. Yayasan YTL beri telefon 4G. Dari segi teknologi baik. Kes terbakar anomali dan berpunca daripada faktor lain. Isu YTL yang lain perlu diurus kelemahan pemerolehan terdahulu;
10.Pegawai Yayasan YTL maklum kos sekitar RM1000 bagi setiap penerima. Telefon dan data. Hanya anggar sekitar RM500 sahaja. Jadi 200 penerima x RM500 = RM100,000. Nilai sumbangan dalam bentuk barang (in-kind).
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Cerita 10
1. Kempen sumbangan dihentikan lebih awal, hanya perlu selesaikan baki penerima komputer riba dan 200 penerima telefon YES dan tengok jika ada ada peranti lama yang boleh dibaiki untuk diserahkan kepada pemohon tambahan;
2. Pesanan 50 komputer riba kedua bermasalah kerana stok telah habis. Tidak ada lagi yang baru, meskipun jenama tidak dikenali, pada kadar harga sebelum ini;
3. Pencadang sumbangan buat pilihan untuk beri komputer berjenama yang dipulihkan (refurbished). Harga lebih murah lagi, sekitar ~RM870.
4. Dia beri jaminan untuk ambil tanggungjawab pastikan semua komputer ini boleh digunakan. Tapi jaminan ini diabaikan di tengah jalan;
5. Kos penyelenggaraan lebih ketara kali ini. Banyak yang bermasalah dan perlu diperbaiki semula;
6. Ada yang dibaiki, serah, ada masalah, dibaiki semula, serah, masih bermasalah;
7. Rancangan awal untuk selesaikan semua serahan pada April 2021 dan selewatnya Mei 2021 tertunda berbulan-bulan kemudian sampai selesai;
8. Telefon YES juga tidak semua diserahkan dalam majlis kerana ada yg tidak dapat hadir;
9. Setiap hari keluar mencari penerima di rumah masing-masing kerana perlu tunjukkan cara guna telefon tersebut. Mereka juga perlu tandatangan dokumen tertentu berkaitan pendaftaran peranti. Setiap telefon YES telah didaftarkan lebih awal jadi tidak boleh sewenangnya menukar penerima;
10.Alhamdulillah baki telefon selesai diserahkan tidak melebihi Mei 2021. -
Noor Amin Ahmad reposted
Steven Sim 🇲🇾
@scheekeong
Hari pertama di KUSKOP: Untuk 1 tahun ini, KUSKOP akan fokus seluruh usaha dalam Strategi ABCD untuk mengemudi ekonomi rakyat Malaysia:
Anjakan productiviti
Birokrasi dipermudahkan
Capaian modal
Daya akses pasaran
3 keputusan pertama pada hari pertama saya di Kementerian:
1) moratorium pembayaran balik pinjaman tanpa faedah kpd MSME & koperasi yg terkesan dgn bencana banjir seluruh negara di bawah 7 agensi KUSKOP.
2) Peningkatan modal mikrokredit untuk PMKS Malaysia: Bumiputera Melayu, Sabah, Sarawak dr RM300J ke RM500J; komuniti India RM30J ke RM50J; skim pembiayaan mikrokredit baru PMKS komuniti Cina RM50J. Penambahan pasaran modal mikrokredit sebanyak RM270J!
3) Arahan kepada pengurusan tertinggi untuk serta merta menyemak semula proses & kos birokrasi merentas seluruh Kementerian untuk mengurangkan karenah birokrasi bagi meningkatkan kecekapan dan mewujudkan persekitaran lebih mesra perniagaan. Hasilnya lanjut akan diumumkan bulan Januari 2026!
Jalan teruih!
@KUSKOPMalaysia -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Cerita 5
1. Di kalangan ahli Parlimen (2018-2022), boleh dikatakan hanya Syed Saddiq melakukan ‘lebih’ iaitu menyediakan jumlah komputer riba yg agak byk;
2. Masih ingat ada kalangan rakan ahli Parlimen yg merasa sedikit tertekan kerana penduduk di kawasan msg2 bertanyakan hal yg sama - peluang mendapatkan komputer riba untuk belajar di rumah semasa Covid-19;
3. Turut menerima cadangan utk membuat bantuan komputer riba. Pada mulanya menolak;
4. Bantuan bakul makanan lebih menjadi permohonan utama dgn dana terhad. Jika satu bakul makanan ~RM50, kira-kira 20 bakul makanan boleh disediakan dgn harga sebuah komputer riba bernilai RM1000;
5. Tahun 2021 sudah tidak ada staf sepenuh masa. Staf asal telah ditanggung separuh gaji + kurang hari kerja sehingga akhir 2020;
6. Tahun 2021 masih ramai hadir sebagai sukarelawan menyediakan bantuan bakul makanan. Hanya beri upah dan sedia makan. Bergantung kpd kerja dibuat;
7. Berpandangan sukarelawan agak sibuk dan tidak ada kapasiti untuk membuat kerja pencarian dana;
8. Ada yg dtg tawarkan komputer riba dgn spesifikasi sama dgn apa yg Syed Saddiq bagi. Tapi tak ada jenama. Tak ada jaminan (warranty);
9. Cuba diyakinkan ia bagus kerana lebih murah ~RM70 berbanding harga komputer riba yg diberikan Syed Saddiq di Muar;
10. Tegaskan ini bukan pertandingan. Syed Saddiq telah buat lebih banyak dan lebih awal. Komputer riba berjenama dengan jaminan (warranty). Tambahan pula tidak ada jaminan cukup bekalan pada harga tersebut.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Cerita 6
1. Ada sedikit pengalaman buat pencarian dana semasa belajar di universiti. Antara kemahiran yang tidak diajar sebagai silibus kuliah tetapi melalui kegiatan pelengkap;
2. Beberapa orang rakan bekerja dgn sykt2 komputer terkenal. Risik tanya harga komputer yg paling murah tapi memadai utk PdPR. Tak ada yg setara dgn harga yg Syed Saddiq dapat. Bekalan global bagi komputer riba murah bergerak dgn begitu cepat;
3. Hanya setuju jika sekurang2nya dpt bekalkan 100 komputer riba kepada pelajar. Fokus kpd pelajar sekolah, bukan pra atau di IPT;
4. Yg memberikan cadangan mengetuai dan bertanggungjawab memastikan bekalan komputer riba ada, elok semasa diberi dan memberi jaminan (warranti) terhad atas nama Pusat Khidmat jika komputer riba bermasalah;
5. Tetapkan kempen hanya maksimum 2 bulan - Feb 2021 dan Mac 2021. Serahan April dan selewatnya Mei 2021. Jika lama jadi mengarut kerana pelajar perlukan cepat dan Pusat Khidmat perlu memenuhi permintaan lain;
6. Tetapkan kempen 1 penerima RM1000. Lebih mudah hendak disampaikan berbanding RM930 untuk seorang penerima;
7. Tegaskan sekali lagi bukan untuk bersaing beri komputer riba lebih murah dgn spesifikasi sama spt yg diberikan Syed Saddiq di Muar. Rujuk Cerita 5 - jenama dan warranty;
8. Jelaskan ~RM70 boleh diguna untuk i. kelas ringkas penggunaan dan penjagaan komputer riba kpd penerima (termasuk penyediaan makan-minum) dan bayaran bagi kes pembaikan komputer riba (sekiranya ada);
9. Di rumah ada 2 komputer riba lama milik abang dan adik yg sudah tidak lama diguna. Tidak pasti tahap boleh guna. Perlu diperiksa dan dibaiki jika boleh;
10. Sedar bahawa penyumbang boleh jadi pelbagai. Selain wang mungkin ada yg mahu beri dalam bentuk barang (in-kind) - komputer riba, tablet, telefon baru atau lama.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Cerita 7
1. Kerana sumbangan tidak hanya terhad kpd wang dan boleh dlm bentuk barangan (in-kind), kempen memakai istilah peranti, bukan komputer riba;
2. Kata orang, jika hendak ke bulan, sasar ke bintang. Maka kempen mensasarkan RM500 ribu utk 500 penerima. Suka angka 5 sbb ada 5 DUN di bawah Parlimen Kangar. Selalu apa2 bantuan pun biasa bahagi lima kawasan;
3. Utk sedia sekurang-kurangnya 100 komputer riba, kena cari dana sekurang2nya RM100 ribu;
4. Siapa nak bagi sumbangan ni? Yang cadang mmg cakap lebih drpd mampu cari;
5. Maka disenaraikan sejumlah rakan2 yg dikenali mampu bagi sumbangan. Hubungi seorang demi seorang. Maklum tujuan hubungi;
6. Alhamdulillah drpd senarai yg disasarkan, ramai yg berikrar (pledge) utk beri sumbangan. Ada yg RM1000 dan ada yg lebih. Yg beri kurang pun ada setakat kemampuan mereka. Syukur;
7. Termasuk yg ikrar ini saya sendiri. Secara peribadi dan melalui syarikat kecil saya;
8. Kenapa tidak buat sebulan saja kempen? Kenapa dua bulan? Sebab nak cepat tapi pada masa yg sama tahu awal bulan ramai yg dah ada komitmen, jadi ada dua hujung bulan sekiranya mereka mahu menyumbang;
9. Masih ingat setiap Jumaat akan alukan sedekah utk ini. Ada seorang yg setiap Jumaat dia sedekah RM1;
10. Mulanya nak guna platform kutip dana. Pada masa yg sama beri akaun Pusat Khidmat. Platform ada caj. Tak sampai RM300 ke sana. Ramai mahu beri terus ke akaun Pusat Khidmat. -
Noor Amin Ahmad reposted
Khazanah Research Institute
@KRInstitute
How can Malaysia frame its economic agenda more clearly?
From widening inequality to weakening private investment and strained public finances, many of the challenges facing the economy are already clear. The real question is no longer what is wrong, but how we move forward.
Our chairman, Dr. Nungsari Ahmad Radhi @nungsari, unpacked "Wacana Ekonomi", The MADANI Economic Framework: a review and the challenges ahead, explaining why the fundamentals are already known, and why the focus must now shift to defining clear economic thrusts anchored in equitable growth and social justice. The session outlined priorities ranging from growth choices and household incomes to active redistribution, alongside deeper reforms in governance, inequality, public sector performance and public–private partnerships.
Here’s a glimpse of the discussion.
Watch the full session on our YouTube channel @krinstitute here: youtu.be/nuLeuIPoVFA
#khazanahresearchinstitute #kri #advancingmalaysia #wacanaekonomi #madani #economicpolicy #equitablegrowthThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Cerita 4
1. Bermula dgn kekalutan, peruntukan terhad, bantuan awal hanya kpd 100 penerima. Bagaimana dipilih? Drpd senarai e-Kasih. Buat panggilan kpd semua warga emas berusia 60 tahun ke atas. Sasaran ialah kpd yg tinggal bersendirian;
2. Kemudian tanpa disangka dihubungi di Twitter. Hamba Allah mahu menyumbang kpd 500 penerima!
3. Sejumlah rakan parti dtg ke pejabat membantu. Muka yang sama aktif bukan kerana habuan;
4. Bantuan tidak tetap kerana bergantung kpd sumbangan tapi setiap bulan sebahagian gaji diperuntukkan utk tujuan bakul makanan - permintaan utama;
5. Permintaan tinggi, peruntukan kurang. Dua minggu pertama nampak OK mungkin kerana masing2 masih ada simpanan. Bila PKP disambung, mula ada rasa lebih perlu berhati2 berbelanja;
6. Paling terjejas mereka yg bekerja sendiri. Yg makan gaji terutama dgn kerajaan masih OK.
7. Bila dilanjutkan lagi dan lagi, ramai mula mempersoal apakah bantuan yang ada. Bendera putih mula dikibar;
8. Lain sektor lain keperluan. Projek pembangunan perlu kebenaran bekerja. Sawah bendang perlu diusahakan. Pelajar di sekolah dan IPT perlu menghabiskan silibus. Parlimen ‘ditutup’ daripada menjalankan Sidang seperti biasa.
9. Selain itu ramai mula tidak selesa. Daripada menikmati duduk di rumah ‘tidak bekerja’, mereka mula bertanya apakah rancangan untuk mengatasi? Takkan hendak duduk di rumah terlalu lama? Salah keluar pula didenda;
10. Vaksin diusahakan sbg jalan keluar pasti. Itu pun tidak diterima secara mudah. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Cerita 1
Pernah …
1. Beri wang agak besar sebagai modal kepada seseorang untuk jayakan satu kerja;
2. Setelah beberapa waktu, perkembangan kerja agak perlahan;
3. Pelbagai alasan diberi termasuk modal tidak cukup;
4. Perkenalkan rakan yang mungkin boleh membantu;
5. Kemudian dapat tahu rupanya modal awal yang diberi digunakan untuk tujuan lain, termasuk untuk tujuan peribadi;
6. Kerja yang diberi tidak diselesaikan sempurna;
7. Rakan yang diperkenalkan pun tidak dapat balik wangnya, menyebabkan perlu keluar wang tambahan untuk ganti balik;
8. Ditegur, mulanya jawab “akan ganti balik”.
9. Sebahagian diganti balik. Sebahagian lagi agak besar juga senyap sunyi;
10. Kemudian cuba mengelak. Rupanya cerita ramai tentang pinjam-guna duit orang kemudian mengelak ni akhirnya dialami sendiri.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Cerita 2
1. Sangka baik pada kata awal komitmen “akan bayar balik.” Lagipun sebahagian modal awal dah dapat balik;
2. Ada rasa tak sedap hati sebab memang pernah dengar cerita seseorang ni banyak meminjam di sana sini;
3. Bagi kerja dan modal antara lain adalah untuk bantu. Kawan-kawan cakap dia tak ada kerja dan ada anak kecil;
4. Cuba tenangkan hati beritahu bayar sikit-sikit pun tak apa;
5. Masa tu belum tahu tentang modal diguna untuk tujuan lain, termasuk untuk tujuan peribadi. Hanya tahu kira-kira hampir setahun kemudian;
6. Beberapa bulan kemudian ada trip ke luar negara yang dah dirancang kira-kira setahun lebih awal. Ambil kesempatan bagitau dia nak pakai duit. Padahal duit ada ja;
7. Teknik buat susah tunjuk akaun tak ada duit. Padahal akaun tu jarang pakai. Akaun gaji di bank lain;
8. Dia janji akan bagi sikit. Dia pinjam dengan siapa tak ambil tahu. Yg penting hutang dia kena bayar sikit-sikit;
9. Lepas tu tahu dia pinjam daripada seorang yang dikenali, iaitu M. Bila M minta bayar balik, dia pinjam pula daripada seorang yang lain, iaitu N, untuk bayar kepada M;
10. Hanya tahu cerita M dan N setahun setengah kemudian bila N minta jumpa dan cerita dia masih berhutang dengan N.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Cerita 3
1. Awal 2020 banyak aktiviti dan trip. Tahun baru Cina, trip Parlimen, trip APHR dan trip yang dirancang hampir setahun ke Rotterdam bersama rakan yang menjadi wakil sebuah kilang di sana. Kilang ini mahu buka cawangan di Asia dan rakan mahu saya datang lihat jika sesuai dibawa ke Malaysia dan bawa ke Perlis. Semangat anak Perlis;
2. Semasa trip inilah berlaku Langkah Sheraton;
3. Sampai di Rotterdam lewat petang. Esok melawat kilang. Tak tenang kerana banyak pergerakan politik rancak berlaku ketika itu;
4. Selepas dua malam saya putuskan untuk balik ke Malaysia. Ini terutama selepas Istana Negara mengumumkan bahawa YDPA akan berjumpa dengan setiap ahli Parlimen. Sejumlah ahli Parlimen ada di pelbagai tempat di luar negara. Januari-Februari tidak ada sidang;
5. Hal Covid mmg telah mula diperkatakan tetapi di luar negara juga belum ada sekatan perjalanan;
6. Balik. Bertemu YDPA. Balik ke Perlis. Sempat ikuti satu dua program. Ramai bertanya tentang Langkah Sheraton. Sempat atur beberapa pertemuan untuk memberi penerangan;
7. Jumpa 3 YB ADUN di Kangar. Kami masing-masing diberi peruntukan sbg wakil rakyat kerajaan;
8. Mahiaddin diumum sbg PM. Tidak lama kemudian beliau umum PKP. Sejurus kemudian semua peruntukan kepada wakil rakyat kerajaan PH1.0 ditamatkan;
9. Bertemu staf. Maklum Pusat Khidmat tidak akan beroperasi seperti biasa kerana PKP. Maksudnya tidak ramai akan datang. Tapi keperluan bantuan akan meningkat mendadak dalam keadaan peruntukan telah ditamatkan;
10. Beri komitmen utk terus gajikan staf separuh sehingga akhir 2020. Mereka juga hanya perlu dtg ke pejabat secara bergilir 2.5 hari seminggu. Bantuan awal dimulakan dgn apa yg ada termasuk gaji sendiri. -
Noor Amin Ahmad reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sedih dan duka yang terdalam tatkala mendapat tahu pemergian salah seorang pemuka dan pendiri perjuangan yakni saudara almarhum Anuar Mohd Nor yang menyahut panggilan suci ilahi semalam.
Mengenangkan raut wajahnya yang sentiasa tenang itu mencambah rasa pilu yang tak terungkap. Beliau memikul beban dan mehnah perjuangan dengan kesedaran yang utuh betapa perubahan hanya bermakna sekiranya ia diterjemah dengan tegas dan berani.
Pemergiannya lantas menjentik dhamir bahawa amanah dan tanggungjawab tidak sekadar sendi kekuasaan, tapi merupakan peringatan keras untuk tidak hanyut dengan kilauan gemerlapan yang memabukkan dan tegas memaknai perubahan.
Selamat pergi ke negeri abadi, saudara Anuar. Semoga Allah SWT mengasihanimu dan memberi tempat yang terbaik di sisiNya, Insya-Allah. -
Noor Amin Ahmad reposted
Pejabat SUK Selangor
@suk_selangor
Anak Jati Selangor sedang mencari peluang kerjaya di Sektor Perkhidmatan Awam Negeri Selangor?
Sertai kami sekarang! Jawatan kosong dibuka untuk individu yang berminat dan berkelayakan, layari
espns.selangor.gov.my/index.php/pages/view/97
#malaysiamadani
#𝐊𝐢𝐭𝐚𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 -
Noor Amin Ahmad reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Insya-Allah, petang ini saya akan membuat pengumuman khas terkait Kabinet Kerajaan MADANI.
Kerajaan MADANI akan terus memberi keutamaan untuk memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar demi kesejahteraan rakyat dan negara.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#jenteramadani -
Noor Amin Ahmad reposted
SimTzeTzin 沈志勤 🇲🇾
@simtzetzin
Why is Ringgit 🇲🇾 going up?
Record FDI ✅
Record Tourist arrival ✅
Strong 17.7 % export growth ✅
Government Fiscal Reform ✅
USD weakness 📉
Malaysia is doing very well compared to regional peers in 2025. Look forward to a greater 2026 ❤️ -
Noor Amin Ahmad reposted
Jonathan AC Brown
@JonathanACBrown
-
Noor Amin Ahmad reposted
ksampoh@MyOwn Inc
@ksampoh
Eric’s Ringgit rant sounds confident - until you strip away the cherry-picking & add basic macroeconomics.
Let’s deal in facts, not selective nostalgia.
First, comparing RM4.10 today with 2021 or 2018 without adjusting for the US Dollar Index (DXY) is either amateurish or deliberately misleading. In 2021, the US was still printing money aggressively post-Covid. In April 2018, the world had not yet seen the Trump-China trade war, Covid shutdowns, Ukraine war, Red Sea disruptions, or the most aggressive US rate-hike cycle in 40 years. You don’t compare currencies across radically different global monetary regimes & pretend leadership alone explains outcomes. That’s not analysis - that’s spin.
Second, the claim that the Ringgit should have recovered to RM3.80 once Najib stepped down rests on a false assumption- that the Ringgit weakened only because of Najib. That is simply untrue. The Ringgit’s major slide began in 2014–2016, triggered by the global oil price collapse, US tapering, & capital flight from emerging markets. By the time Najib left office, the damage was already structural. Removing a PM does not rewind global shocks, repair credibility overnight, or reverse capital reallocation trends.
Third, invoking RM2.97 under Najib without context is classic half-truth politics. Yes, the Ringgit strengthened early in his tenure - during the China commodity supercycle, high oil prices, & QE-fueled inflows. But when those tailwinds ended, the Ringgit didn’t just soften - it collapsed to RM4.50+ while Najib was still PM. That collapse didn’t happen because PH shouted bankrupt- it happened because external buffers vanished & confidence cracked. History didn’t start in 2018.
Fourth, blaming DSAI for RM4.80 in 1998, 2023, & 2024 is outright dishonest framing. 1998 was the Asian Financial Crisis - Thailand, Indonesia, Korea all collapsed. Was DSAI also responsible for the Baht & Rupiah? In 2023–2024, the USD hit multi-decade highs due to aggressive Fed tightening. The Yen, Won, Baht, & Pound all weakened sharply. Are we seriously pretending Malaysia was operating in isolation while the entire world repriced USD risk?
Fifth, the stock market argument is equally shallow. The KLCI’s April 2018 high reflected valuation excess, GLC concentration, & election-driven optimism, not some golden era of fundamentals. Since then, Malaysia has faced political instability (Sheraton), Covid shutdowns, global EM sell-offs, tech re-rating, & capital rotation. Markets are forward-looking - not sentimental monuments to past governments.
Here’s the uncomfortable truth Eric avoids- the Ringgit’s weakness today is driven by structural factors, not personality politics. Productivity gaps, export concentration, rate differentials, capital mobility, & global USD dominance matter far more than who occupies Putrajaya. If leadership alone determined FX strength, Japan would have fixed the Yen by now & Argentina wouldn’t still be collapsing after multiple regime changes.
Shouting exchange-rate nostalgia is easy. Doing structural reform is hard.
So no - the Ringgit did not magically weaken because Najib left, nor is it weak today because DSAI exists. Currency markets don’t care about political fan fiction. They price fundamentals, risk, & global cycles.
If Eric wants to debate seriously, let’s talk DXY-adjusted performance, real effective exchange rates, capital flows, & fiscal credibility. Until then, this is just selective memory dressed up as economics.
Facts don’t bend for propaganda. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
OK. 2174.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Simpan buat kenangan. Rating paling tinggi pernah capai setakat ini. 2140.
-
Noor Amin Ahmad reposted
ksampoh@MyOwn Inc
@ksampoh
Eric, your daily Madani-bashing spin is getting tired - & dishonest.
Let’s reset the record with facts, not selective outrage.
UEC is not a PH invention & not a DAP scam. It is a 60-year-old issue. For most of that time, MCA sat in Cabinet with UMNO & BN - holding ministerial & deputy minister posts, including in education-related portfolios. If UEC recognition was "easy" or "straightforward", it should have been settled long ago. It wasn’t. Not even partially. So what did MCA do polishing shoe or licking shoe's of UMNO?
BN also promised UEC. Najib himself publicly said recognition could be considered with BM & Sejarah conditions. So spare us the fake moral outrage about manifesto promises. Everyone promised. No one delivered.
DAP didn’t create expectations out of thin air - they repeated what every coalition before them dangled during elections. That’s Malaysian politics, not some new Madani conspiracy.
Don’t pretend the Constitution suddenly appeared in 2023. The same constitutional framework existed throughout BN–MCA rule - when you & your crowd were very comfortable staying silent.
So stop insulting voters by pushing this fairy tale that-
– only Madani lied
– only DSAI promised
– Chinese voters were newly scammed
The reality is uglier and simpler-
UEC has been used as political bait by BN, MCA, DAP & PH for decades. If MCA couldn’t deliver in 60 years of power, don’t act shocked that PH can’t magically solve it in three.
Now the hard part, Eric - your attitude.
You don’t argue in good faith. You recycle the same anti-Madani script daily, strip out history, & talk down to people as if everyone else is stupid & you alone see the truth. That’s not principled criticism - that’s performative outrage. If this were really about UEC, you’d be just as loud about MCA’s decades of failure. But you aren’t - because this isn’t about solutions, it’s about targeted political spite.
Criticise the govt - fine.
But stop rewriting history & stop pretending selective amnesia makes you credible.
Facts don’t need volume. They just need honesty. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kelmarin hadir Hi-Tea Alumni Fakulti Perhutanan UPM. Tiba-tiba diumum menerima satu anugerah alumni. Terima kasih kepada fakulti yang menganjurkan, menjemput dan memilih saya untuk satu daripada beberapa anugerah kelmarin.
Pulang dari Fakulti singgah ke SISFEC (Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong). Sedikit terkejut kerana Kem Perhutanan kini tidak lagi diwajibkan secara bersama kepada semua mahasiswa di Fakulti. Saya percaya alumni pelbagai bidang tentu tidak begitu bersetuju dengan hal ini. Mungkin zaman berubah, sikap dan pandangan berubah.
Sempat berkongsi dengan peserta Kem Perhutanan yang terdiri daripada mahasiswa Bacelor Sains Taman dan Rekreasi (BSTR). Dari awal saya tegaskan bahawa apa juga perkongsian tidak bermaksud membanding.
Agak menarik soalan terakhir yang bertanyakan bagaimana saya boleh terlibat dalam politik sedangkan ia tidak ada kena mengena dengan Perhutanan.
Bagi saya tanggapan tersebut tidak tepat.
Banyak keriuhan dalam politik berlaku kerana ramai tidak tahu atau lupa atau sengaja tidak peduli bahawa politik wujud kerana manusia tidak boleh bersetuju 100% dalam semua perkara sepanjang masa. Di mana ada beza pandangan, di situlah wujudnya politik. Kenapa? Kerana manusia terdorong memilih hanya satu keputusan penyelesaian. Sebab itu bagi saya tugas pemimpin hanya satu iaitu membuat keputusan. Selainnya hanya alat untuk membantu pemimpin membuat keputusan.
Apa kaitan itu dengan soalan yang ditanyakan?
Dalam konteks pentadbiran, politik adalah untuk memilih pemimpin yang diberi kuasa untuk membuat keputusan. Tidak sepenuhnya mengikut fikiran mereka semata tetapi dipandu oleh perkara lain misalnya Perlembagaan, undang-undang sebagai punca kuasa.
Apa pun nama pemimpin atau slogan, di sebaliknya ialah usaha mengajak orang ramai bersetuju dengan pilihan pemimpin untuk mencapai kemajuan. Dan kemajuan ini boleh bersifat relatif, pelbagai, tidak seragam. Selain itu, sebagaimana hukum asas ekonomi, imaginasi manusia tentang kemajuan boleh menjadi sangat besar (bukan satu kesalahan) di mana ia tidak dapat ditampung sekaligus.
Sebagai contoh, untuk maju, antaranya ialah pemimpin perlu membuat keputusan tentang guna tanah. Berapa banyak kawasan hutan perlu dikekalkan, dipastikan terjaga dan masih boleh memberi pulangan ekonomi dalam cara berbeza selain pembalakan. Nah, di sinilah misalnya pelajar rekreasi boleh berperanan.
Begitu juga manusia ada 24 jam. Umumnya 8 jam kerja, 8 jam masa lapang, 8 jam tidur. Dunia bergerak. Dulu manusia bekerja 7 hari. Kini 5 hari. Dan ada yang mula bercakap tentang 4 hari. Jam kerja mungkin akan lebih singkat misalnya 6 jam. Kini sudah ada bekerja dari rumah, atau dari mana sahaja. Tidur juga adalah sebahagian rekreasi bila ada keperluan penginapan sama ada resort, glamping atau hotel.
Dunia semakin memerlukan pengurus masa lapang yang cekap. Siapakah yang mengurus masa lapang manusia? Di sini juga adalah peluang bagi pelajar rekreasi.
Semua bidang (sepatutnya) ada dasar awamnya tersendiri yang berpusat secara perundangan di Parlimen. Agenda di Parlimen adalah agenda perubahan - buat undang-undang baru, pinda atau mansuh undang-undang lama. Malang jika kita mengharapkan pemimpin hanya perlu berpeluk tubuh dengan status quo seolah-olah zaman tidak berubah, cabaran tidak berubah, peluang baru tidak ada dan sebagainya.
Binalah idealisme di zaman muda. Jangan kita miskin cita-cita kemajuan. Bergaullah dengan ilmuwan kerana perubahan yang baik hanya mungkin dengan sandaran ilmu. Mantapkan keperibadian melalui disiplin, keluasan pergaulan dan ketajaman membuat keputusan. Tawarkan khidmat kepada umat selagi mampu. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Manusia tak melihat dgn menutup mata. Tak mendengar dgn menutup telinga. Tak berfikir dgn menutup fikiran.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Science Magazine
@ScienceExpand
Physics is Powerful
-
Noor Amin Ahmad reposted
Larry Conger 🇺🇸
@eMTBrides
Bloodsport cast then (1987) and now (2025). Why do I feel happy and saddened at the same time. Grew up in the 80s and having these films especially going into the 90s were spectacular back then 💯
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Phew!
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Mat Palatao terpaling ada dalam meeting. Macam biasa buat spekulasi. Sebab tu dinamakan Mat Palatao.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Marzuk kata. Marzuk pertikai.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Palatao tetaplah beria menjadi palatao
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
PRU SABAH 2025
Ya, ia bukan lagi PRN, tetapi PRU. Nampak kecil, tetapi ada signifikannya.
Keputusannya telah ada. Ketua Menteri baru telah mengangkat sumpah.
Riuhlah politik kita tentang siapa berjaya dan tidak. Yang menang rata-rata gembira. Yang kalah rata-rata berduka. Ya, tidak semua yang menang gembira mungkin kerana partinya tidak berjaya membentuk kerajaan sekaligus pemimpinnya menjadi ketua. Begitu pula tidak semua yang kalah berduka kerana sebahagiannya memang hanya bertanding, bukan untuk menang.
Tetapi itu semua hanyalah persoalan intrik politik. Ia tidak membicarakan soal kenegaraan yang lebih dalam dan luas.
Oleh kerana kesedaran politik yang relatif besar telah ada sejak Reformasi 1998, saya sentiasa cuba mengutip tanda-tanda daripada peristiwa dengan segala deria. Maka, meskipun beberapa kali ke Sabah lewat urusan santai mendaki gunung atau menjalankan kerja penyelidikan, deria politik sentiasa dihidupkan.
Politik, bukan hanya sekadar apa yang berlaku secara rasmi (formal), tetapi tidak sedikit yang berlaku di luar rasmi (tidak formal). Sebab itu lepak di warung kopi boleh menjadi aktiviti politik yang berkesan. Tidak, saya tidak memaksudkan kerja politik ialah kerja lepak di warung kopi berlabon tidak tentu hala.
Berbalik kepada Sabah, hal 'Sabah untuk orang Sabah' bukanlah baru. Paling tidak saya telah mendengarnya lebih 15 tahun lalu. Dan saya mengesan gemanya semakin kuat.
Cuma sejak mula ia disudutkan sebagai satu slogan yang bersifat defensif - menyalahkan Malaya. Malaya di sini merujuk kerajaan Persekutuan yang dikatakan menjarah kekayaan Sabah dan terus membiarkan negeri (kini wilayah) itu miskin. Hampir tidak kedengaran pemimpin Sabah dipersalahkan.
Jika ada sekalipun hanyalah label proksi Malaya. Label ini lebih baru kedengaran. Mungkin bertujuan untuk mengenepikan sesetengah pihak dalam persaingan seolah-olah "Aku lebih Sabahan berbanding kamu". Ia memang sejenis seni mempengaruhi dalam politik. Sebab itu sesekali dalam wacana politik sarat persoalan identiti kita akan dapat mengesan hujah-hujah yang sebenarnya ingin menguatkan persoalan "Aku lebih Melayu", "Aku lebih Muslim", "Aku lebih Cina", "Aku lebih tempatan" dan sebagainya.
Penting difahami Sabah (dan Sarawak) mempunyai sejarah tersendiri dalam negara kita. Kita yang bernasib baik mempunyai kenalan sekurang-kurangnya boleh memberi kesaksian hubungan baik dan mesra. Namun, saya yakin kita tidak cukup saling memahami. Sebab itu pernah ada ahli politik boleh mengungkap soal 'cawat' dan meremehkan usaha mencari talian internet di atas pokok.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya ingat sekali kebetulan datang ke Sabah untuk kerja penyelidikan, ikut serta dalam satu pertemuan Anwar Ibrahim dengan anggota parti di Sabah. Seorang anggota parti bangun bertanyakan jujur kepada beliau, "Dato' Seri, sekiranya satu hari nanti Dato' Seri menjadi Perdana Menteri, bolehkah Dato' Seri menjamin bahawa Sabah akan ditadbir dan dipimpin oleh orang Sabah?" begitu lebih kurang. Saya sedar bahawa ia sebenarnya penekanan halus tentang "Sabah for Sabahan" atau "Sabah untuk Orang Sabah".
Dan saya berpuas hati dengan jawapan Anwar pada ketika itu. Beliau tidak terus menjawab ya. Pertama, beliau menegaskan komitmennya bahawa Sabah akan sentiasa dipimpin dan ditadbir oleh orang Sabah. Namun, yang kedua, beliau bertanya secara berseloroh, "Apakah Ketua Menteri Sabah dan pemimpin pegawai kerajaan di Sabah selama ini orang Semenanjung?".
Beliau seterusnya menjelaskan rasa kurang selesa bermain dengan sentimen tersebut. Menurutnya, sejak dulu Sabah dipimpin dan ditadbir oleh orang Sabah. Tidak timbul persoalan. Namun, kita mesti sedar bahawa Sabah masih ketinggalan dan perlu dibantu supaya jurang pembangunan lebih setara. Justeru itu, tidak cukup hanya "Sabah for Sabahan" atau "Sabah untuk Orang Sabah". Anwar menegaskan bahawa ramai orang Sabah yang berwibawa, pintar, berpendidikan, berani dan berjiwa rakyat. Ini yang perlu kita cari, angkat dan dorong ke hadapan.
Jika terhenti setakat slogan sentimen yang lebih banyak mengapikan rasa kurang senang terhadap orang Malaya, ia tidak menyelesaikan apa-apa. Siapa orang Malaya yang rampas kekayaan Sabah? Yang ada tanah, balak, sawit dan sebagainya? Siapa pula pemimpin Sabah yang memiliki semua itu? Jadi, kita mesti rasional. Jangan tenggelam dalam sentimen kebencian palsu.
Saya percaya Kemerdekaan antara lain adalah kerana kita yakin boleh mentadbir dan memimpin dengan lebih baik berbanding bangsa kolonial. Masa terus berjalan untuk kita membuktikannya. Jangan ikut dasar pecah dan perintah seperti bangsa kolonial. Kita mesti terus berpadu untuk negara ini.
"Dari Perlis sampailah ke Sabah, kita sudah Merdeka!" -
Noor Amin Ahmad reposted
__earth
@__earth
Malaysians of the 1990s would remember Greg: en.wikipedia.org/wiki/Tropical_Storm_Greg_(1996)
Michael Ferragamo
@FerragamoWx
To illustrate the rarity of Cyclone #senyar, these are the only tropical cyclones (of TS strength or stronger) to ever make landfall in #malaysia.
There’s only two.
Tropical Storm GREG (1996)
Typhoon VAMEI (2001) -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Rajin menyoal dan mempersoal, tiba-tiba malas dan jahil mencari maklumat.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Antara contoh lain gelembong Mat Palatao ulang ialah pemilihan calon PRU 2022. Terpaling tahu bab parti tapi akan mengelak pertanggungjawaban bukti komitmen. Masuk parti dgn tujuan hasad. Pernah dilantik tak buat kerja letak jawatan. Bergayut dgn kumpulan tertentu untuk penuhi agenda peribadi saja.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Yusuf Madi
@yusufffffffff_f
Ibu kota cinta, Kuala Lumpur
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Puji melangit. Mentang-mentang dapat projek perbekalan. Kah kah kah.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Beg to differ. Video VK Lingam ada laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Boleh baca.
Endie
@The_Endie
Dulu video VK Lingam lagi vague and based on hearsay telephone conversation je… tapi yang paling untung masa tu ialah Lim Lip Eng bila dia menang parlimen Segambut guna isu itu. Fun times.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Mat Palatao gigih sejak dulu bayangkan terpaling buat kerja. Padahal orang kenal dia siapa dan setakat mana penglibatan. PH dan KEADILAN Perlis adalah parti politik dan tetap bergerak setakat mampu. Tak terlalu bising paling berjuang dalam musibah.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Free Malaysia Today
@fmtoday
#fmtnews Shamsul Iskandar lodges police report against Albert Tei www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2025/11/26/sham…
-
Noor Amin Ahmad reposted
ReeN 🇵🇸
@ReeNGaston
Artikel 5.1 Malaysia dan artikel 5.1 Cambodia.
Let see apa yg nak di kongsikan oleh bro Thenes ni.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Disc golf. Lebih 20 tahun lalu diperkenalkan kepada kami di UPM.
The Best
@TheBestqueenx
Perfect shot!
-
Noor Amin Ahmad reposted
Fahmi Fadzil 🇲🇾
@fahmi_fadzil
Saya dimaklumkan tentang insiden ini ketika menghadiri program di Kota Kinabalu.
Saya telah menghubungi saudara Haresh untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian yang berlaku petang tadi.
Haresh memaklumkan bahawa beliau baru selesai membuat laporan polis dan kini sedang menyelesaikan urusan laporan perubatan.
Saya harap siasatan dapat dijalankan dengan segera. Keselamatan pengamal media, lebih-lebih lagi ketika mereka menjalankan tugas, sama sekali tidak boleh dikompromi. -
Noor Amin Ahmad reposted
Adam Yusuf
@adamyusuf88
Betul ke Warisan parti lokal?
-
Noor Amin Ahmad reposted
Narendra Modi
@narendramodi
Berbincang dan bertukar pandangan bersama Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim. India dan Malaysia akan terus bekerjasama untuk mempelbagaikan kerjasama dua hala.
@anwaribrahim -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Manis
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Dulu daftar awal. Tapi tak aktif. Lupa emel dan password. Cian.
-
Noor Amin Ahmad reposted
SK10
@SK10_Football
Roberto Baggio is still apologizing after more than 30 years...everyone returned from the World Cup, yet he's still standing there😮💨💔
-
Noor Amin Ahmad reposted
All day Astronomy
@forallcurious
🚨: The Sun has officially set in Barrow, Alaska, and it won't rise again until January 22, 2026.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Thomas Sowell Quotes
@ThomasSowell
“Europe was created by history. America was created by philosophy.”
— Margaret Thatcher -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Antara cara berjimat semasa berkempen ialah ambil homestay dan disiplinkan memasak sekurang-kurangnya sekali sehari. Inilah masanya tunjuk mahir sebab kat rumah kau tak mungkin menang dengan masakan ibu atau isteri! 😅
-
Noor Amin Ahmad reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Sultan Nazrin berkenan tonton teater Datuk Lat “Kampung Boy”
www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2491288
#bernamanews -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Tukaran wang US-Malaysia pada 1984 adalah lebih kurang USD1=RM2.30. Jika ada kekayaan RM500j maka lebih kurang ada USD200j. Layak masuk senarai Forbes 400 terkaya di US 1984.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Tahukah anda Belanjawan Malaysia 1984 adalah sekitar RM28.69 billion sahaja? Jika seseorang ada RM500 juta kekayaan, ia lebih kurang 1/17 jumlah Belanjawan tahun tersebut.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Hari ini di Petagas. Bersama rakan saya sdr Awang Husaini, mantan ahli Parlimen Putatan 2018-2022. Beliau juga Naib Presiden KEADILAN dan Ketua Cabang Putatan. Di Putatan PH juga bertanding di Tg Aru, diwakili calon DAP Dato' Chan, juga rakan saya semasa di Parlimen. Sempat sepentas berucap malam ini selepas MB Selangor, PMX dan dua calon ini.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Beberapa maklumat umum mengenai PRU Sabah 2025
-
Noor Amin Ahmad reposted
Yazid Hamka
@yazid_hamka_
"Semua umatku diampuni, kecuali mujahirun."
Mujahirun = orang yang bermaksiat secara terbuka.
Jadi, bagi yang tidak malu post maksiat di media sosial, berhentilah.
Setiap orang melakukan dosa, tetapi jangan sampai pintu keampunan ditutup. -
Noor Amin Ahmad reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
🕹️PRN Sabah: Polis kenal pasti 15 lokasi panas, perlu kawalan keselamatan rapi
#bernamanews
#bernamainfographics
#prnsabah #prnsabah17 -
Noor Amin Ahmad reposted
TVS
@tvsarawak
FDI ke Malaysia melonjak kepada RM8.5 bilion pada suku ketiga 2025 - Jabatan Perangkaan
📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi TVS Inspire sekarang! Muat turun di App Store dan Play Store sekarang!
#tvs122 #tvsnews #tvsarawak
www.tvsarawak.my/2025/11/14/fdi-ke-malaysia-melonjak-kepa… -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Palataologist
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Takkan tak naik kalau cukai taksiran naik, ye dak? Lagi satu bila ekonomi elok maka pemberian Persekutuan pun boleh bertambah 😁
Harakahdaily | الحركة
@harakahdailyHD
Kerajaan Negeri Kedah menyasarkan anggaran pendapatan hasil tahun 2026 sebanyak RM838 juta dengan peningkatan RM48 juta berbanding anggaran 2025.
Berita penuh:
harakahdaily.net/2025/11/bajet-2026-mb-kedah-yakin-hasil-…
#harakahdaily #kedahsejahteranikmatuntuksemua -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Tidak perlu mengelirukan. Anwar tidak campur aduk pun pemberian Persekutuan dan soal 40%.
Kenapa saya kata begitu? Kerana Anwar sendiri mengaku ada lagi perkara dalam MA63 belum selesai dan masih dirunding.
Tapi 9/13 telah selesai. Kenapa selama ini begitu lama tidak selesai? Kenapa dalam tiga tahun kabinet Anwar boleh melakukannya? Kerana komitmen itu ada.
Rujuk bukan saja pemberian Persekutuan yang begitu besar kepada Sabah dan juga pemberian khas kepada Sabah. Bandingkan dengan terdahulu.
Tak perlu kelirukan.
Jangan jadikan kesempurnaan sebagai musuh kebaikan. Kerana ada 4 perkara masih dirundingkan lagi jalan mencapainya, maka kamu dakwa segalanya buruk sedangkan ia jauh lebih baik yang kamu pun tak berjaya lakukan pada masa lalu. -
Noor Amin Ahmad reposted
Jason Yew
@jasonyew
Video penuh: PM @anwaribrahim jawab isu 40% Sabah di Gaya Street.
Kutip dari Sabah: RM10b
Bagi kpd Sabah: RM17b
40%: RM4b
Maka PMX bukan bagi 40%, tapi 170%!This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Ada orang yang mahu berada di atas undang-undang sejak dulu.
ReeN 🇵🇸
@ReeNGaston
THROWBACK
Ketika menjadi PM5, PakLah memilih untuk tidak campur tangan dalam rayuan DS Anwar dalam kes liwat pada 2004, walaupun terdapat gesaan berbuat demikian dpd pelbagai pihak.
- MUSIBAT mana yg cuba pengaruhi PakLah utk campur tangan dalam rayuan kes Anwar pada 2004 ?This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad reposted
muz
@MuzammilKhairi
Pusat data (data centre) di negeri Johor diunjurkan akan memerlukan 145 JLH (Juta Liter Sehari) bagi bekalan air tahun 2028 berdasarkan permohonan Kebenaran Merancang (KM).
Pada ketika ini, keperluan bekalan air untuk pusat data hanyalah sekitar 6.10 JLH bagi tahun 2024 untuk 13 pusat data sedia ada. Johor merupakan negeri yang mempunyai pusat data terbanyak setakat ini, diikuti Selangor (9).
Peningkatan hampir 23 kali ganda. 😐 Banyak weh.
Makanya mmg betul banyak pusat data yang sedang dibina dan akan beroperasi di negeri Johor.
Sustainable? -
Noor Amin Ahmad reposted
Buletin TV3
@BuletinTV3
'MUSUH DARI DALAM' | Malaysia menyangkal dakwaan bahawa negara ini mengatur dan mempengaruhi proses keamanan Thailand dan Kemboja dari belakang tabir hingga digambarkan sebagai ‘musuh dari dalam’.
#buletintv3 #beritaterkini #thailandkemboja #asean #amerikasyarikat -
Noor Amin Ahmad reposted
BFM News
@NewsBFM
Malaysian chess prodigy Genivan Genkeswaran, has won the U-17 Open category at the 19th Asian Schools Chess Championships in Mongolia.
The 16-year-old's victory earned him the title of Fide Master, marking a significant promotion from his previous Candidate Master title.
🧵 1 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Pengkhianat sebenar sanggup guna hujah pembangkang pro perang dari negara luar untuk burukkan negara sendiri.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kesian tgk golongan terdesak. Habis hujah Waythamoorthy, PapaGomo, Rangsi pembangkang tanpa kerusi di Thailand dia kutip. Orang kata bodoh tahu pula dia nak marah.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Karya Iqbal diterbitkan dalam dua edisi. Pertama, edisi kerjasama dengan Yayasan Karyawan. Kedua, edisi khas kerjasama dengan IAIS dan Kedutaaan Besar Pakistan. Edisi Yayasan Karyawan adalah untuk tujuan komersil manakala edisi khas dengan Kedutaan Besar Pakistan adalah untuk tujuan cenderahati.
Selain Duta Besar Pakistan, PMX Dato' Seri Anwar dan Dr Maszlee Malik selaku Pengerusi IAIS juga ada menulis sedikit pandangan mereka mengenai Iqbal dan karya-karyanya.
Kebetulan semasa menjadi ahli Parlimen saya sempat menganjurkan beberapa wacana tokoh dan karya pemikiran Islam antaranya termasuk Ibnu Khaldun, Muhammad Asad dan Iqbal. Justeru itu saya mengambil kesempatan menulis seuntai madah berikut:
Apakah yang kita tahu tentang ‘Diri’ dan roh?
Bagaimanakah agama Islam, baik secara spiritual mahupun intelektual, terus menjadi relevan, terutama dalam arus perubahan dunia moden ini? Ketika dunia Islam mula merudum, sanggupkah kita mengakui bahawa puncanya ialah kemerosotan moral umat Islam sendiri?
Inilah antara persoalan penting yang cuba dijawab oleh ahli falsafah agung Allamah Muhammad Iqbal dalam karya beliau, iaitu Rahsia-rahsia Diri, Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan dalam Islam dan JAWAPAN kepada Keluhan: Dialog Iqbal dengan Allah.
Saya mula diperkenalkan dengan Allamah Muhammad Iqbal setelah cuba mendekati pemikiran Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim melalui projek Kebangkitan Asia yang dipeloporinya terutama pada dekad 1990-an. Di dalam karyanya, beliau yang pernah dianugerahkan Pingat Allama Iqbal oleh pemerintah Pakistan sempena peringatan 100 tahun tokoh itu, membayangkan kebangkitan semula intelektual, budaya dan sosio politik rantau Asia sebagai cerminan erti pembangunan sebenar. Justeru itu, usaha merenung semula pemikiran tokoh-tokoh pemikir besar di rantau Asia menjadi penting, termasuklah pemikiran Allama Muhammad Iqbal.
Persoalan yang dibincangkan Allamah Muhammad Iqbal bukanlah niskala teologi dan falsafah semata-mata, namun penuh dengan inti sari yang membuka minda manusia untuk berfikir secara kritis tentang sekecil-kecil perkara seperti hakikat dalaman diri seorang insan sehinggalah sebesar-besar perkara seperti cabaran umat Islam dalam usaha mendepani transformasi global yang sukar dijangka.
Betapa besarnya hikmah ilmu yang diperturunkan oleh Allamah Muhammad Iqbal sehingga pada hari ini, pemikiran beliau masih bermanfaat dan memberikan impak intelektual kepada cendekiawan dan pengkaji.
Melalui ketiga-tiga karya penting ini, Allamah Muhammad Iqbal berjaya menjambatani komponen spiritual dengan hujah intelektual yang kedua-duanya penting untuk keberterusan Islam sebagai cara hidup.
Kekuatan ini, yang dapat dilihat dalam karya-karya beliau, mencerminkan suatu keseimbangan antara iman dengan taakulan logik yang saling melengkapi dan tidak mempunyai kelompongan sebagaimana pendekatan sekular yang bukan sahaja menolak nilai luhur agama, malah juga melihat akal sebagai sumber mutlak kebenaran.
Oleh yang demikian, wajarlah pemikiran ahli falsafah besar ini disebarluaskan supaya umat Islam di Malaysia khususnya dapat menjadikannya rujukan mampan yang tidak bercampur baur dengan unsur bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.
Saya mengharapkan, sebagaimana pengalaman sendiri, akan ada pencinta buku khususnya di kalangan generasi muda, akan mengadakan siri perbincangan mengenai pemikiran Iqbal – dan ramai pemikir lain.
Warisan intelektual Allamah Muhammad Iqbal, jika diteladani dengan bersungguh-sungguh, dapat membuka pemikiran umat supaya menyedari kegetiran dunia hari ini dan seterusnya bersatu dalam usaha membina keteguhan umat sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Semoga karya ini dapat menghidupkan semangat dan tekad untuk mempertahankan kebenaran Islam serta menginspirasikan golongan pemimpin, pendidik dan pencinta ilmu.
Noor Amin Ahmad
Pengerusi
Institut Terjemahan & Buku Malaysia -
Noor Amin Ahmad reposted
Football Tweet ⚽
@Footballtweet
🗣️ Sadio Mané: "I had to resist hunger, I worked in fields, I survived wars, I played football with no shoes, I had no education and many more things, but today with what I earn from football, I can help my people."
"I built schools, a hospital, we offer clothes, shoes, food to people living in extreme poverty. In addition, I give 70 euros per month to all people in a very poor region of Senegal. I don't need to flaunt fancy cars, fancy villas, travel, let alone planes, l'd rather my people get a bit of what life has given me." -
Noor Amin Ahmad reposted
Interesting AF
@interesting_aIl
Japan’s way of saving space, even in doors
-
Noor Amin Ahmad reposted
Science girl
@sciencegirl
An accidental discovery that can save lives
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya tidak pasti ada atau tidak rujukan kajian terkini tentang persepsi ancaman luar dalam bidang hubungan antarabangsa yang boleh dibaca.
Kajian lalu tentang persepsi ancaman luar dalam hubungan antarabangsa agak lapuk kerana faktor Perang Dingin, walaupun sentimen tetap ada sedikit-sebanyak.
Apabila empayar Soviet runtuh, ancaman umum dilihat dari blok kapitalis khususnya Amerika Syarikat. Faktor Rusia mula tidak dilihat besar. China hanya kemudian bila mula membuka ekonominya.
Pada hemat saya persepsi ancaman luar timbul dari beberapa sumber misalnya ideologi, geopolitik, sejarah, budaya, ekonomi malah aturan birokrasi. -
Noor Amin Ahmad reposted
Senji House
@senjihouse
Circadian disruption (CD) activities- night shift, night owl, makan/exercise malam, diseases.
CD affects BP regulation and hypertension risk up to 15-25%.
CD- 17% higher CVD risk, with 26% higher coronary heart disease morbidity risk and 20% higher CVD mortality risk.
Beni
@DrBeniRusani
Meninggal ketika bermain badminton.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Dalam politik ini ada perkara berjalan secara rasmi yang lazim mudah dilihat mengikut formaliti. Tapi ada juga hal yang berjalan secara tidak rasmi yang lazim lebih sukar dilihat kerana di luar formaliti.
Begitulah saya nampak di sebalik surat yang beredar.
Saya tidak rasa kandungan surat tersebut kritikal sangat. Rakan-rakan parti sesama ahli Parlimen cuba bersolidariti ‘menyelamatkan’ rakan-rakan yang dilihat dihukum berlebihan dalam parti.
Tetapi surat tersebut ditandatangani hanya oleh 16 orang sahaja yang saya namakan Geng 16. Inilah apa yang saya fikir lebih menarik dari segi intrik politik.
Yang kita nampak 16 orang. Ahli Parlimen Bersatu asalnya 31 orang. Enam telah lebih awal mengisytihar sokongan kepada kerajaan tatkala Bersatu lalai mengubah perlembagaan partinya bagi memenuhi maksud Akta Anti-Lompat Parti. Seorang dipecat. Seorang digantung. Maka bakinya 31-8 = 23 orang.
Daripada 23 orang, 16 tandatangan surat. Maka bakinya ada 7 orang. Inilah yang tidak dibicarakan - kenapa mereka tidak bersama?
Pertama, Mahiaddin sendiri sebagai Presiden Bersatu yang ditujukan surat tersebut. Ini kita boleh faham.
Kedua, Hamzah Zainuddin Ketua Pembangkang PN yang juga Timbalan Presiden Bersatu. Beliau dikaitkan dengan kelompok dalam Bersatu yang menolak Mahiaddin sebagai calon PM. Ini kerana kelompok ini percaya Hamzah lebih mendapat sokongan dan wajar menggantikan Mahiaddin.
Surat tanpa tandatangan Hamzah boleh menunjukkan bahawa beliau dibelakangi oleh Geng 16. Sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, Geng 16 mungkin merasa beliau tidak penting. Atau Hamzah juga tidak menyokong usul kepada Presiden tersebut. Dalam kata lain, beliau tidak akan membela Wan Saiful dan Wan Fayhsal meskipun kedua-dua mereka menyokong Hamzah.
Jika beliau turut menandatangani, pastilah beliau akan dianggap ‘kepala’ yang mengetuai tindakan ini. Tetapi, seperti saya katakan, tanpa beliau menurunkan tandatangan pun, beliau tetap akan dianggap ‘mastermind’ di sebalik tindakan ini. Dan jangan harap beliau akan mengaku.
Tolak mereka berdua yang tinggal ialah penyokong Azmin iaitu Azman, Ali Biju, Mat Suhaimi yang mengalahkan Dr Mahathir di Langkawi serta dua Naib Presiden parti, Radzi Jidin dan Ronald Kiandee. Azmin sendiri bukan ahli Parlimen dalam penggal ini.
Apa yang tidak tersurat selalunya memberi lebih kesan kepada politik bila sampai waktunya. Apa yang berlaku dalam Bersatu kini, jika dilihat pada bilangan ahli Parlimen dan sikap yang diambil, menunjukkan masanya telah tiba bagi aturan tersirat yang ada. Aliran tersirat mana yang akan muncul sebagai pemenang? -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Nicely done
-
Noor Amin Ahmad reposted
MenchOsint
@MenchOsint
It all goes to Dubai. This is part of the "interests" they are defending when they arm criminal militias in Africa.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Maaf Tun, bukan Anwar yang tandatangan serah Pulau Batu Putih.
Dr Mahathir Mohamad
@chedetofficial
𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔𝗔𝗡
(English translation at end of write-up)
1. Saya tak pernah fikir yang saya akan hidup untuk menyaksi bagaimana pemimpin Malaysia sanggup serah kemerdekaan kita hanya untuk nampak hebat buat beberapa minit dan di usap kepala oleh pemimpin asing.
2. Tapi ini yang berlaku, dan kini kita terpaksa tunduk pada kehendak Amerika Syarikat dalam hampir semua urusan perdagangan dan ekonomi kita. Ternampak yang kita telah serah kedaulatan kita.
3. Pada tahun 1957 ketika berjuang untuk kemerdekaan, kita berusaha untuk tentukan nasib kita dan di tahun-tahun berikutnya, kita bekerja keras untuk menghapus segala bentuk pengaruh asing ke atas negara kita, terutama dalam perdagangan dan ekonomi.
4. Tentu rakyat Malaysia masih ingat Dawn Raid dan Buy British Last sebagai contoh keazaman kita pertahan kemerdekaan dan keengganan kita untuk ikut telunjuk kuasa asing kerana kita negara merdeka dan kita sangup mati untuk pertahankan kedaulatan kita.
5. Malangnya, dalam perdagangan timbal balik antara Amerika Syarikat dan Malaysia, kita telah korbankan kemerdekaan kita dengan membenarkan Amerika mengenakan kehendaknya ke atas kita.
6. Apa yang kita saksikan bukanlah satu perkongsian, jauh sekali timbal balik.
7. Ia penyerahan kebebasan ekonomi yang kita bina dan telah pertahankan dengan susah payah.
8. Kita setuju beli kapal terbang, gas dan mesin mereka, patuh pada peraturan digital mereka, benar mereka nikmati hasil mineral nadir bumi kita, buka pasaran kita ikut syarat mereka, dan patuh pada syarat mereka tentang dengan siapa kita boleh atau tidak boleh berniaga.
9. Semua ini hanya untuk secebis pelepasan tarif.
10. Benar ada 𝒆𝒙𝒊𝒕 𝒄𝒍𝒂𝒖𝒔𝒆, tapi dari awal lagi terdapat syarat yang jelas menjerut kemerdekaan Malaysia, kenapa mesti kita setuju perjanjian itu?
11. Dan walau ada 𝒆𝒙𝒊𝒕 𝒄𝒍𝒂𝒖𝒔𝒆, bolehkah kita percaya yang Amerika Syarikat akan mudah setuju untuk batal?
12. Jika kerajaan gunakan 𝒆𝒙𝒊𝒕 𝒄𝒍𝒂𝒖𝒔𝒆 untuk lepaskan diri dari perjanjian berat sebelah, jelas bahawa kerajaan ini tidak tahu bagaimana untuk berunding dengan baik sejak awal lagi.
13. Inilah penjajahan baru (neo-kolonialisme) yang pemimpin-pemimpin serantau sebut sejak dari zaman awal kemerdekaan dulu.
14. Berhentilah guna istilah perdagangan dan kerjasama, atau berdiplomasi — akuilah yang anda telah perdagangkan kemerdekaan negara kita kerana anda tidak berani dan terlalu ingin senangkan hati kuasa asing.
15. Dan kuasa itu pula ialah pihak yang menyokong dan melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
30 Oktober 2025 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Hari ini fakta menjelaskan sendiri betapa ramai masih ada baki Budi95 sampai 1/3 lagi. Fakta ini dengan sendiri akan menjawab dakwaan kaki fitnah.
-
Noor Amin Ahmad reposted
ksampoh@MyOwn Inc
@ksampoh
Let’s be fair - the Aerotrain mess didn’t start in 2022. The RM85 million contract for the new Aerotrain system was awarded in 2021 under the previous government, & the project was already delayed and riddled with defects long before Anthony Loke returned to office.
He inherited a system that broke down 21 times in 4 months - the design, contractor & implementation plan were all legacy issues. Even the new replacement train project (which should have been running by 2023) was frozen after the Auditor-General flagged procurement irregularities.
Blaming the current minister for a broken system he didn’t approve or install is lazy politics. He’s the one who ordered a full independent investigation and contractor review, which is exactly what accountability looks like.
If we want ministers to take responsibility, that includes fixing inherited failures - not resigning for someone else’s mess. -
Noor Amin Ahmad reposted
Maszlee Malik 🏴🇲🇾
@maszlee
Prof Dr Victor Pogdaev, pakar kajian Melayu dan Nusantara dari Russia memuji PM DS Anwar Ibrahim.
Beliau yang pernah sezaman dengan DS Anwar di UM di awal 70’an amat mengkagumi PMX sedari tahun-tahun di kampus lagi.
Pada hemat beliau, DS Anwar bukan sekadar sosok politik, malah seorang pemimpin, negarawan, ilmuwan, tokoh beradab dan peminat sastera dunia.
@anwaribrahim
@iaismalaysiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
TIMOR LESTE, MERDEKA DAN HIDUP BERNEGARA
Negara ini mungkin kecil. Tidak begitu dikenali. Negara baru. Banyak yang perlu dilakukan untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan yang lain.
Mereka bergembira diterima sebagai negara anggota ASEAN. Memang wajar. Satu daripada ciri negara berdaulat adalah pengiktirafan daripada negara lain. Ini juga yang kita mahu untuk Palestin. Majoriti besar negara di dunia juga menyuarakan yang sama dan semakin kuat kedengaran. Dan kita memilih untuk tidak mengiktiraf Israel sementara banyak juga negara - termasuk sebahagian negara muslim - mengiktiraf mereka.
Begitulah rumitnya hubungan antara negara. Geopolitik.
Kita hari ini rata-rata dilahirkan dalam keadaan dunia yang telah tersedia negara bangsanya. Kita tidak mengerti sepenuhnya apa erti Merdeka dan perjuangan di sebaliknya. Kita hanya sesekali mendengar berita tentang negara merdeka, negara terpisah seperti apa yang berlaku kepada banyak tanah bekas jajahan empayar Soviet, atau pun Yugoslavia yang kini menjadi tujuh negara berbeza atau negara bercantum seperti Jerman Barat dan Jerman Timur.
Kita tidak berada di masa dan tempat ketika keputusan perlu diambil oleh pemimpin.
Jika kita berada di sana pada masanya dan memegang jawatan pemimpin, mungkin saja kita mengambil pendirian berbeza. Kerana kita berada dalam mode perang. Mode melawan apa yang kita anggap puak pemisah atau pengkhianat. Lihat misalnya perang saudara di Amerika Syarikat di zaman Abraham Lincoln dulu.
Begitulah rumitnya sejarah.
Hari ini, ketika mengiktiraf Timor Leste, marilah kita berdamai dengan sejarah. Menyedari bahawa tafsiran kita hanyalah tafsiran akademik kerana kita bukanlah hidup pada masa dan tempat situasi berlaku dan memegang jawatan pembuat keputusan.
Setiap manusia berhak hidup. Setiap manusia berhak merdeka. Dengan kesedaran, hiduplah kita sebagai manusia merdeka dengan berusaha membina kehidupan bersama secara aman dan tertib.
Jangan menjadikan perbezaan sebagai alat perpecahan, sebaliknya jadikan ia sebagai sebab untuk kita lebih banyak berdialog, cuba saling memahami dan mencari jalan agar kita semua boleh terus hidup bersama membina peradaban.
Manfaatkanlah cinta kepada negara sebagai sebab untuk kita bersama mempertahankannya dengan segala cara terutama berusaha sebaiknya dalam bidang yang masing-masing pilih untuk ceburi. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Sebelum PRU-14 2018, saya mengesan satu perkara. Banyak undian atas talian menunjukkan PAS dan pemimpin PAS begitu popular.
Waktu itu arus PH 1.0 (termasuk Bersatu) telah bermula. Tapi undian atas talian tidak menunjukkan PH 1.0 dan pemimpinnya paling popular. Hanya lebih sedikit daripada BN.
Tapi kita tahu keputusan PRU-14. PH 1.0 mendapat cukup majoriti mudah. BN menang lebih banyak kerusi berbanding PAS. PAS ada peningkatan sedikit kerana merampas Terengganu daripada BN.
Ia menyedarkan saya satu perkara. Sama seperti ramainya pendengar ceramah PAS dulu, hasilnya tidak semestinya sama dalam PRU. Cuma, saya sedar bahawa atas talian memang ramai orang atau penyokong PAS yang 'rajin' memberi reaksi dan komen. Mereka melakukan ini secara sukarela. Mungkin ia dianggap sebahagian jihad.
Sikap sukarela orang PAS ini bukan baru. Semasa zaman Reformasi 1998 juga banyak laman-laman mikro bernada pro-reformasi sebenarnya digerakkan oleh penyokong PAS. Walaupun tidak sepopular laman Mahazalim misalnya, ia banyak. Kandungannya rata-rata sama - kombinasi politik dan dakwah, walaupun kadangkala kita boleh mempersoalkan unsur dakwah yang larut di sebalik kata kesat, fitnah dan fakta tidak lengkap.
Ia akan terus begitu kerana orang ramai terutama yang tidak terlibat secara langsung dengan politik lazim mengambil sikap tunggu dan lihat. Membaca dan menilai dalam diam. Tidak ada keperluan bertengkar, mempertahankan atau mengecam mana-mana pihak kerana mereka meletakkan diri sebagai pihak yang tidak terlibat. Siapa menang pun mereka perlu terus hidup dengan kerja yang ada.
Cuma sebagai manusia mereka terdedah kepada kesan propaganda.
Jika dulu melalui perhimpunan dan ceramah, kini sokongan atau bangkangan ramai juga boleh ditunjuk atas talian. Propagandis akan cuba mendapatkan kesan bandwagon, iaitu orang ramai mengambil sikap tertentu kerana mengikut pandangan yang disifatkan ramai.
Mengapa ini berlaku? Dalam bahasa omputeh ada disebut herd mentality. Ikut orang ramai. Takut untuk berbeza. Tak suka rasa terpinggir. Percaya orang ramai mesti betul.
Ini lumrah kerana manusia tidak tahu semua perkara jadi mereka akan cuba ikut yang tahu dan merasakan orang ramai sama macam mereka - mengikut yang tahu - walhal tidak semestinya begitu.
Ramai orang selesa bergaul dalam kelompok yang sama. Memang jarang dalam pergaulan kita suka berdebat dengan kawan-kawan. Keselesaan itu membuatkan kita rasa itulah kehidupan umum. Dan kita pun tidak bercita mahu mengubah apa-apa. Layankan saja apa yang ada dan merungut sebanyaknya di mana-mana sudah memadai.
Semakin luas pergaulan kita, semakin pelbagai sudut pandang yang dilihat, semakin kita berani meningkatkan tahap pemahaman kita dalam pelbagai bidang ilmu, semakin kita berpeluang menyaring isu dengan lebih baik. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya pernah berkongsi tentang kekuatan PAS terutama jenteranya yang wala'. Wala' kepada parti yang ditandai oleh tindakan mengia dan mempertahankan Presiden dalam apa juga keadaan. Pemimpin lain dalam PAS bukan tidak ada pengikut, tapi wala' kepada mereka jauh lebih kecil. Dalam kata lain jika mereka keluar parti tidak ramai akan mengikuti.
Saya juga pernah berkongsi kekurangan PAS. Dulu pun sekitar 2009 Astro Awani menjemput saya untuk mengulas Muktamar PAS. Saya tidak ingat antara 2010-2011 bersama Wan Saiful Wan Jan menyediakan kertas kerja mengenai Negara Berkebajikan yang dibentang bagi pihak IDEAS kepada kepimpinan PAS. Waktu itu saya masih berkhidmat dengan (arwah) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor dan seingat saya belum menyertai KEADILAN secara rasmi.
Umumnya dalam pergaulan dengan ramai rakan, PAS memang dinilai kuat kerana solidariti jentera dan lemah kerana kekuatan (dan pelaksanaan) idea.
Ramai rakan percaya PAS ada sumber manusia yang tidak boleh diremehkan. Namun budaya kepimpinan dan keintelektualan dalam PAS selalu dipersoalkan sebagai hambatan. Ada juga tanggapan ia terhasil kerana keselesaan dominasi pantai Timur dalam parti itu. Mereka tidak peduli sangat waqi' tempat lain untuk kekal menguasai Kelantan dan Terengganu misalnya.
Saya percaya ramai pemikir dan pemimpin PAS sendiri tahu dan maklum tentang pandangan ini. Namun mereka sendiri tidak ada keberanian untuk merombak. Kumpulan yang pernah berani pasti terpaksa berdepan dengan politik selesa kumpulan tertentu dalam PAS. Situasinya bak kata Einstein, tidak menghasilkan pembaharuan kerana mengulang tindakan sama yang gagal. Perubahan mungkin ada, tapi sangat perlahan sehingga hampir tidak dirasakan.
Dalam bidang pendidikan (baca: tarbiyah) ada proses learn-unlearn-relearn. Manakala ramai boleh mudah menceritakan perihal learn dan relearn, bab unlearn yang susah. Sampai nak terjemah unlearn pun payah. Saya percaya begitulah juga sukarnya PAS mahu unlearn. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Amerika Syarikat negara yang sangat luas. Seingat saya di negara itu saja ada tiga zon masa. Pernah sekali saya memandu dari Manhattan (New York City) ke Niagara Falls (masih dalam Negeri New York), perjalanan mengambil masa sekitar 10 jam. Jenuh! Saya tidak pasti berapa ramai orang Amerika pernah habis pusing negara mereka sendiri.
Semasa di sana saya mendengar bahawa kira-kira 40% orang Amerika Syarikat sebenarnya tidak pernah ke luar negara. Mungkin ada benarnya.
Bila saya semak satu kajian Pew Research, dinyatakan sekitar 1/4 orang Amerika Syarikat tidak pernah ke luar negara. 19% pernah ke satu negara lain (yang saya syak Mexico atau Kanada), 12% pernah ke dua negara lain (tidak mustahil juga negara Amerika Selatan lain yang berhampiran) dan 15% pernah ke 3-4 negara lain.
Tidak keterlaluan jika dikatakan separuh orang Amerika tidak betul-betul pernah ke negara lain yang jauh sedikit. Maka, mereka hampir pasti bergantung kepada sumber maklumat sekunder daripada media massa yang boleh dicapai. Dan ini banyak membentuk tanggapan mereka terhadap dunia luar termasuk dunia Islam.
Sebab itu saya tidak terkejut bila perjalanan Trump menjadi perbualan hangat. Trump menari menjadi satu bahan menarik dan unik.
Bab menari ni ada pengalaman unik juga. Semasa saya mengikuti kuliah musim panas dulu, memang kami pelajar dari Asia mempersembahkan kepelbagaian budaya pelbagai negara. Manakala pelajar Amerika terpaksa bergantung kepada rap dan sangat terhibur ikut serta kami. Waktu itu saya memilih Joget Pahang sebab sukakan lagunya dan pernah menonton P Ramlee menari dalam filem Hang Tuah.
Kita masing-masing melihat dari lensa sendiri. Manakala sebahagian kita tidak pernah berbangga dengan kebudayaan sendiri (meskipun sesekali konon bercakap tentang pelbagai budaya dan budaya Melayu), masyarakat luar lebih menyedari bahawa keupayaan kita mengurus kepelbagaian adalah satu kekuatan. -
Noor Amin Ahmad reposted
umbrab3llator
@umbrab3llator
The idiot is referencing an imaginary document.
Article 2.4 is totally different.
Eric SeeTo Lim Sian See
@LimSianSeeEric
Article 2.4 in the Malaysia–U.S. trade agreement effectively means America now decides what is “safe” for Malaysians, not Malaysia.
Malaysia must accept all approvals, audits, and inspections from the U.S. FDA (Food and Drug Administration) as valid without any local verification by NPRA or MDA.
Key points:
1.If a drug or medical device is already approved by the FDA, Malaysia must automatically accept it - no local safety review allowed.
2.Malaysia must also accept U.S. factory audit reports without any additional inspections.
3.Malaysia cannot request original documents, seals, or verification copies — a simple FDA e-certificate is enough.
4.U.S. drugs do not need renewal of approval unless Malaysia can prove a major safety issue.
In short, Malaysia’s authority to regulate medicine and medical devices has been handed over to the U.S.
If the FDA approves it, Malaysia must accept it - even if American standards differ from local needs or sensitivities.
Article 2.5 adds another blow: Malaysia cannot require U.S. industrial goods - including cosmetics, drugs, and medical devices - to obtain halal certification.
Malaysia must also accept any halal logo issued by U.S. halal certifiers recognized by JAKIM, even if the product has never gone through Malaysia’s local halal review. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Thanks @AMUBAIDAHS for visiting.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Jaynit
@jaynitx
John D. Rockefeller explained why chasing money will never make you rich:
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Budak-budak Mahathir acah kecam kehadiran Trump.
Kita semua tahu beliau hadir acara rasmi Sidang Kemuncak ASEAN. Kau setuju atau tidak dengan dia atau sesiapa saja, Trump tetaplah Presiden rasmi Amerika Syarikat kini.
Kita tidak bayar pelobi untuk jumpa dia. -
Noor Amin Ahmad reposted
Tactical Manager
@ManagerTactical
Japan 🇯🇵 understands technical development and they have been doing it right over the past 25 years.
I want to say the USA 🇺🇸 will but the reality is that 🇯🇵 will likely be the first non CONMEBOL/UEFA nation to win the World Cup over the next 20-24 years -
Noor Amin Ahmad reposted
Malaysia Rugby Official
@MRugbyOfficial
Piala Agong
Penentuan tempat ketiga/keempat
Kelantan vs Perlis
UM Arena, Universiti Malaya
26 Oktober
2.00petang
#malaysiarugby
#mru
#pialaagong -
Noor Amin Ahmad reposted
JM News Network
@JMNewsNetwork_
Islam is a total way of life...
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad reposted
Francesca Albanese, UN Special Rapporteur oPt
@FranceskAlbs
"You cease. I fire."
Genocidaires through and through.
Il Post
@ilpost
L’esercito israeliano ha sparato contro un bus nella Striscia di Gaza, uccidendo undici persone
ilpost.link/jsuGOQ1FWG -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Hard luck.
-
Noor Amin Ahmad reposted
🇲🇾 Kewangan Graduan
@kewangangraduan
1. Malaysian citizen.
2. Willing to operate the station full-time on a sole proprietorship basis.
3. Aged between 23 - 45 years old on the date of application.
4. Proved to be able to provide working capital of RM270,000; in the form of liquid assets. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Got my copy.
Terima kasih DS @anwaribrahim. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
#ragbipialaagong
Keputusan penuh suku akhir
Perlis 49
ATM 3
Perlis layak ke separuh akhir -
Noor Amin Ahmad reposted
Megatron
@Megatron_ron
BREAKING:
🇺🇲🇵🇸 Guns N’ Roses singer Axl Rose pulls out a Palestinian flag on the stage in BogotaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Hadir ke sambutan Perayaan Kuih Bulan anjuran MCA Kangar dan JPKKP (Cina) Pekan Kangar di Dewan Tokong Tao Boon Kong atau lebih dikenali dengan panggilan Tokong Sayur.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Separuh masa pertama.
Perlis 52 Kedah 0
Ragbi Piala Agong - perlawanan terakhir peringkat kumpulan. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
MENGENAI SUBSIDI PETROL DAN POLITIK - 4
Kejatuhan Pak Lah bukanlah semata-mata kerana isu harga minyak. Namun, saya berpendapat setelah kehilangan majoriti 2/3 dalam PRU 2008, tindakan berani beliau memutuskan untuk menaikkan harga minyak yang cukup tinggi pada waktu itu sekadar mengesahkan kepada ramai orang bahawa Pak Lah sudah tidak boleh memimpin. Sama ada tanggapan itu benar atau tidak sudah menjadi akademik.
Najib Razak menggantikan Pak Lah dalam waktu sukar, sekurang-kurangnya kerana beberapa perkara:
1.bn kalah dua pertiga majoriti di Parlimen dan kalah di lima buah negeri - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
2.Kembalinya Anwar ke dalam politik setelah 5 tahun larangan selepas bebas pada tahun 2004.
3.Warisan isu fiskal dan harga komoditi dunia yang belum stabil.
4.Limpahan kesan krisis subprima di Amerika Syarikat yang bermula dari tahun 2007 memberi kesan kepada penguncupan ekonomi global.
Najib boleh dikatakan bernasib baik kerana sejumlah langkah yang diambil oleh Pak Lah sejak 2008 melalui pakej-pakej ransangan, dasar monetari BNM dan lain-lain mula menunjukkan kesan baik selepas beliau menjadi PM.
Kerana harga minyak mentah jatuh kepada sekitar USD65 setong pada tahun 2009, hasil kerajaan melalui PITA merosot sekitar 33% daripada kira-kira RM27 billion kepada kira-kira RM18 billion.
PITA ditaksir berasaskan pendapatan yang diterima pada tahun sebelum. Namun, bermula tahun 2010, PITA ditaksir mengikut pendapatan tahun semasa bagi menyeragamkan sistem percukaian negara, memastikan pengurusan aliran tunai lebih baik dan mencerminkan kedudukan sebenar ekonomi semasa.
Dalam Belanjawan 2010, pentadbiran Najib telah menegaskan tentang kemampanan dan tanggungjawab fiskal dalam jangka masa sederhana dengan cara mempelbagaikan sumber pertumbuhan, meluaskan asas hasil (GST mula dipersiapkan pada tahun 2009 untuk pelaksanaan awal sepatutnya 2012) dan mengurangkan pergantungan kepada hasil minyak. Di samping itu keperluan meningkatkan kualiti dan kecekapan perbelanjaan kerajaan.
Dalam dokumen yang sama juga dinyatakan subsidi akan dikaji semula bagi memastikan ia terus berkurangan dan mencapai kumpulan sasaran. Kerajaan pada masa itu menjangka peningkatan subsidi bahan api berikutan unjuran kenaikan harga minyak dunia dan penghapusan subsidi gula, subsidi tepung gandum dan roti, subsidi jaminan makanan dan rebat bermula 2010.
Walaupun begitu, Najib meningkatkan perbelanjaan subsidi daripada sekitar RM20 billion pada tahun 2009 kepada RM25 billion pada tahun 2010. Pecahannya ialah RM14.9 billion subsidi (subsidi minyak RM10 billion), RM9.4 billion program bantuan sosial dan RM629 juta dalam bentuk insentif. Subsidi yang ingin dimansuhkan ditunda.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Tiba-tiba pada 27 Mei 2010 rakyat Malaysia dikejutkan oleh satu kenyataan oleh Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa Malaysia akan bankrap pada tahun 2019 sekiranya rakyat tidak bersedia menghadapi pengurangan subsidi kerajaan atau apa yang disebut sebagai rasionalisasi subsidi. Beliau menarik balik kenyataan ini kemudian selepas yakin dengan hala tuju kerajaan dalam usaha menangani masalah-masalah yang ada. Beliau sendiri mengetuai PEMANDU yang bertanggungjawab menentukan program transformasi kerajaan dan ekonomi negara.
Hanya pengurangan subsidi bahan api dan gula dikuatkuasakan bermula 16 Julai 2010. Ia adalah pendekatan berfasa.
Dengan itu RON95, RON97 dan diesel masing-masing dinaikkan 5 sen menjadi RM1.85, RM2.10 dan RM1.75.
Bermula 1 Ogos 2010 juga kenderaan berpendaftaran asing tidak lagi dibenarkan membeli RON95.
Diesel juga dihadkan hanya 20 liter bagi setiap kenderaan di stesen minyak yang terletak dalam jarak 50km sempadan negara.
RON97 tidak lagi diberi subsidi dan mengikut mekanisme harga automatik.
Subsidi gas petroleum cecair juga dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram.
Harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90 sekilogram.
Antara asas mengapa keputusan diambil pada waktu itu ialah:
1.71% petrol memberi manfaat kepada kumpulan pertengahan, pendapatan tinggi dan warga asing;
2.Hampir 70% gas petroleum cecair diguna oleh perniagaan;
3.Penggunaan petrol per kapita di Malaysia adalah paling tinggi di rantau ini;
4.Perniagaan dan industri menggunakan gula dua kali ganda daripada isi rumah;
5.Ketirisan akibat penyeludupan.
bersambung … -
Noor Amin Ahmad reposted
Bloomberg
@business
A Chinese woman alleged to be behind a huge investment fraud pleaded guilty to charges she used Bitcoin to launder criminal money, in a case that stems from one of the largest cryptocurrency seizures ever by British police www.bloomberg.com/news/articles/2025-09-30/chinese-crypto…
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
SUBSIDI MINYAK DAN POLITIK - Ringkasan 1
Saya buat tiga tulisan untuk beri gambaran situasi zaman Pak Lah 2008-2009. Ringkasannya ialah:
1. Harga minyak mentah dunia naik, maka Pak Lah naikkan harga minyak tinggi berdasarkan pendekatan ekonomi. Rakyat marah.
2. Harga minyak naik, hasil kerajaan pun naik. Tapi tak cukup nak subsidi untuk kekalkan harga. Pertama, subsidi penggunaan tanpa had akan membocorkan lagi hasil. Semakin tinggi guna, semakin banyak kena tanggung. Ini bukan tujuan sebenar subsidi - menanggung pengguna yang lebih banyak. Kedua, inisiatif lain juga perlukan peruntukan hasil kerajaan. Ini termasuk pengenalan rebat dan bantuan dalam bentuk lain.
3. Pak Lah mula hadkan subsidi hanya setakat 30 sen seliter terlepas berapa tinggi atau rendah pun harga minyak. Ia adalah gabungan pendekatan politik dan ekonomi untuk meredakan kemarahan rakyat dan pada masa yang sama memastikan kemampanan pengurusan fiskal kerajaan.
4. Langkah seterusnya ialah perkenalkan RON95, iaitu bayar lebih rendah untuk kualiti lebih rendah. Ini adalah pendekatan politik dan ekonomi juga. Rakyat diberi alternatif harga murah dengan cara menyediakan gred minyak yang lebih rendah.
Tulisan-tulisan saya mengenai tema ini memang hanya memfokuskan subsidi, minyak dan bagaimana ia memberikan kesan politik serta diuruskan secara politik, selain pendekatan ekonomi sebagaimana sepatutnya.
Saya tidak kisah sangat orang nak baca sebagai buruk baik keputusan tokoh atau parti tertentu yang memerintah waktu itu. Benda dah berlalu pun. Tapi kita tetap boleh belajar sesuatu.
Kita boleh lihat ‘reasoning’ kenapa sesuatu keputusan diambil dan bagaimana pemimpin pada masa itu cuba ‘manoeuvre’ tindak balas ramai di samping memastikan ada tanggungjawab fiskal tertentu.
Persoalan fiskal negara akan terus menjadi cabaran kepada mana-mana kerajaan sekurang-kurangnya untuk tempoh 7 tahun ke hadapan kerana jumlah besar telah matang dan perlu dibayar.
Merujuk jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada saya pada 23 Mac 2022, berasaskan kadar hutang kerajaan pada ketika itu, 43.4% hutang kerajaan akan matang dalam tempoh 5 tahun. Jumlah ini bersamaan dengan RM425.5 billion atau kira-kira RM85 billion setahun.
Seterusnya, 25.4% hutang kerajaan yang akan matang dalam tempoh 6-10 tahun, berasaskan kadar hutang kerajaan ketika itu. Ini bersamaan dengan RM248.9 billion atau kira-kira RM49.8 billion setahun.
Bagaimana kerajaan membayar hutang-hutang lama ini? Benar, dengan membuat pinjaman baru pada kadar lebih rendah. Maksudnya dalam tempoh sehingga 2027, kerajaan perlu meminjam sebanyak RM425.5 billion untuk selesai hutang lama dan meminjam untuk belanja pembangunan baru pada kadar lebih kecil. Di samping itu berikhtiar mengurangkan belanja mengurus. Ini prinsipnya. Dengan harapan nanti hasil kerajaan cukup untuk belanjawan tahunan dan tidak perlu meminjam malah ada lebihan.
Kenapa perlu pinjam? Sebab kutipan cukai tak cukup. Hanya boleh bayar belanja mengurus sahaja (baca: gaji, pencen, hutang, subsidi, perkhidmatan dan perbekalan, rezab serta luar jangka).
Alhamdulillah gesaan saya agar satu Akta Tanggungjawab Fiskal telah pun digubal. Yang perlu ialah kita memantau perkembangannya.
Lepas ni jika rajin saya akan cuba tinjau tema yang sama di zaman Najib. Ada fakta menarik dan ramai tahu saya suka beberapa dasar ekonomi di zaman Najib kerana selari dengan pandangan saya yang lebih cenderung kepada liberalisasi ekonomi. Tapi adakah semuanya baik di zaman Najib? Atau sebagaimana semua pemimpin, ada yang kurang baik atau tidak begitu digemari? -
Noor Amin Ahmad reposted
Media Selangor
@Media_Selangor
Sasterawan negara Rejab Ismail atau dikenali dengan nama pena Rejab F.I meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Gorah, Repoh, Kangar hari ini.
Allahyarham yang berusia 84 tahun dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi tadi.
#sasterawannegara #meninggaldunia #mediaselangor -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Sudikan membaca pandangan saya mengenai 'Sastera Dalam Kancah Politik' baru-baru ini di Festival Sastera H. B. Jassin.
www.facebook.com/share/p/1FLnpHGP6R/
www.facebook.com/share/p/1A8W4n1XrC/
www.facebook.com/share/p/17KafYKtYV/
www.facebook.com/share/p/19xBwsADbR/
www.facebook.com/share/p/16H4YqMJzw/ -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Alhamdulillah.
Masjid 99 Kubah di Makassar, tanah kelahiran Syeikh Yusof al-Makassari yang terbuang ke Afrika Selatan di era kolonial dan mengembangkan Islam di sana. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
SUBSIDI MINYAK DAN POLITIK - 3
Mungkin ramai sudah lupa bahawa Pak Lah juga merupakan Menteri Kewangan sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr Mahathir pada tahun 2003 sehingga melepaskan jawatan kepada Najib Razak pada tahun 2009.
Belanjawan 2009 adalah belanjawan pertama mencecah lebih RM200 billion. Bagaimanapun, kadar defisit naik lebih tinggi daripada -4.8 billion kepada -7.4 billion. Kutipan hasil hanya meningkat sedikit sekitar 1.4% menjadi RM162 billion.
Industri minyak dan gas kekal menjadi penyumbang terbesar hasil kerajaan. Daripada jumlah ini, cukai pendapatan petroleum (PITA) sahaja sekitar RM27 billion, naik hampir RM3 billion berganding tahun 2008. Ini belum hasil lain daripada industri ini seperti yang dinyatakan dalam tulisan sebelum ini.
Selepas subsidi naik setinggi RM35 billion pada tahun 2008, kerajaan merancang pengurangan kira-kira 30% subsidi menjadi hanya sekitar RM24.5 billion sahaja pada tahun 2009. Daripada jumlah itu, subsidi bahan api diturunkan paling ketara kepada hanya RM9 billion atau penyusutan sebanyak 48.6%. Puncanya? Kerana harga purata minyak mentah dunia jatuh kepada USD57.21 setong.
Meskipun kerajaan telah menjalankan penstrukturan semula subsidi bahan api pada tahun 2008, jumlahnya meningkat daripada sekitar RM7.4 billion pada tahun 2007 kepada RM18 billion pada tahun 2008.
Maka, dalam Belanjawan 2009 yang dibentang pada tahun 2008, Pak Lah telah menetapkan bahawa penstrukturan subsidi bahan api akan diteruskan lagi pada 1 September 2009 dengan memperkenalkan RON95 pada harga RM1.80 seliter manakala RON97 dijual sebagai petrol premium pada harga RM2.05.
Ramai yang menisbahkan pengenalan RON95 kepada Najib kerana Pak Lah meletakkan jawatan lebih awal. Sebenarnya, Pak Lah yang menetapkan pengenalan RON95 dalam dokumen Belanjawan 2008. Dasar tersebut diteruskan oleh Najib. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
MENGENAI SUBSIDI PETROL DAN POLITIK - 2
Tema besar selepas PRU 2008 ialah Politik Baru. Yang lebih majmuk, seimbang, terbuka, demokratik dan fokus kepada penyelesaian untuk manfaat rakyat umum.
Saya masih ingat banyak perkara pada tempoh tersebut kerana antara 2007-2012 kerap hadir sebagai panel jemputan forum yang membincangkan pelbagai isu semasa di Astro Awani dan sesekali di RTM dan BernamaTV. Tahun-tahun yang cukup produktif kerana menulis dua buah buku, menterjemah lima buah buku, menulis ratusan artikel yang disiar pelbagai media. Sempat membentang pandangan tentang Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi kepada khalayak beberapa universiti awam. Dijemput sebagai pemerhati berakreditasi Pemilihan Umum Presiden Republik Indonesia pada tahun 2012. Dari IDEAS, diajak menyertai Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor sebelum menyertai parti secara rasmi pada tahun 2011.
Ketika kerajaan (baca: UMNO-BN, pada ketika itu termasuk banyak parti yang kini sudah keluar BN seperti GPS, Gerakan dan UPKO) masih bergelut memahami perkembangan politik pada masa itu, ditambah dengan serangan bertubi-tubi oleh kem Dr Mahathir, harga komoditi tidak menentu memberi kesan pelbagai.
Kenaikan harga minyak mentah NYMEX berlaku dan pada Julai 2008 adalah tertinggi, iaitu 63.6% berbanding Januari 2008, iaitu USD145 setong.
Tekanan harga terasa. Pentadbiran Pak Lah membuat keputusan untuk menaikkan harga minyak pada Jun 2008. Kesan segera pada Julai 2008 inflasi memuncak kepada 8.5%.
Umum yang mengikuti politik pasti ingat debat harga minyak antara Anwar Ibrahim dan Shabery Chik yang merupakan Menteri Penerangan pada ketika itu. Itulah waktu di mana Rafizi Ramli kembali muncul dalam politik. Debat pada Jun 2008 itu mungkin satu percubaan politik baru pentadbiran Pak Lah, namun dari segi ‘timing’, ia tidak menguntungkan dari segi politik.
Pak Lah ‘dipaksa turun’ meskipun keputusan menaikkan harga minyak itu sepatutnya menjadi tanggungjawab kolektif Kabinet.
Antara ahli politik terawal yang menggesa Pak Lah turun ialah Mahiaddin Yassin. Beliau dikecam di TV3, disebut dalam Perhimpunan Agung UMNO dan Wong Sulong mencatatkannya dalam autobiografi Pak Lah.
Sebenarnya kenaikan harga minyak ini juga memberi ‘kelebihan’ kepada kerajaan pada masa itu. Kerajaan mendapat hasil daripada cukai pendapatan petroleum, royalti minyak dan gas, duti eksport petroleum, serta cukai jualan dan dividen yang dibayar oleh Petronas.
Pada tahun 2007 kerajaan mengutip sebanyak RM51.2 billion dan pada tahun 2008 pula RM62.8 billion. Jumlah ini adalah satu peningkatan besar daripada hanya sekitar RM13.6 billion pada tahun 2000. Kutipan kerajaan pada tahun 2008 meliputi hampir 40% hasil kerajaan secara keseluruhannya.
Kerajaan menyelaraskan semula harga minyak apabila harga kembali menurun. Harga minyak mentah NYMEX pada akhir tahun 2008 adalah yang terendah sejak Januari 2005, iaitu USD44.60 setong. Inflasi berada pada kadar 4.4% menjelang Disember 2008 dan 5.4% secara keseluruhan pada tahun tersebut.
Secara keseluruhannya, perbelanjaan subsidi meningkat daripada sekitar RM10 billion pada tahun 2007 kepada kepada sekitar RM34 billion pada tahun 2008, iaitu peningkatan sekitar 225%. Subsidi terbesar ialah kepada bahan api.
Kerajaan kemudian menetapkan jumlah subsidi dihadkan hanya 30 sen seliter terlepas berapa pun kenaikan harga minyak dunia. Satu penyelesaian lain diambil kemudian.
bersambung … -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kebetulan terserempak Pak @aniesbaswedan di malam akhir Pesta Buku Antarabangsa Indonesia tadi.
Esok terbang ke Makassar bagi acara seterusnya. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
MENGENAI SUBSIDI PETROL DAN POLITIK
Ramai daripada kita percaya petrol seharusnya murah di Malaysia kerana kita negara pengeluar minyak. Saya masih ingat dulu kartunis Ujang ada membuat perumpamaan macam kita memancing di rumah kita sendiri. Logiknya yang makan sendiri sepatutnya kos lebih murah berbanding yang dijual di pasaran. Saya juga percaya begitu pada masa itu. Sempat merasa menggunakan petrol pada harga sekitar RM1 seliter kira-kira 25 tahun lalu.
Apabila semakin mendewasa, melihat urusan negara dengan lebih dekat, luas dan dalam, maka pandangan lalu tercabar. Seawal tahun 2008/2009 saya menulis kepada The Malaysian Insider sebuah artikel bertajuk, "Subsidi untuk siapa?". Ia tercetus selepas membaca satu laporan Asian Development Bank (ADB) sekitar waktu itu tentang subsidi petrol yang lebih dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi ketimbang golongan berpendapatan rendah.
Sekitar waktu itu juga isu kenaikan harga petrol hangat diperkatakan. Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi yang kehilangan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 telah mengapungkan harga minyak mengikut pasaran. Kenaikan mendadak daripada RM1.92 kepada RM2.70. Dan diesel pula naik daripada RM1.58 kepada RM2.58. Strategi yang dikatakan boleh membawa penjimatan sekitar RM4 billion kepada kerajaan.
Kita semua tahu, tidak lama kemudian Pak Lah 'dipaksa' melepaskan jawatan PM. Tragedi buat seorang pemimpin UMNO yang berjaya menang besar semasa Gelombang Biru pada tahun 2004.
Sehingga sekarang, harga petrol di Malaysia masih relatif rendah di kalangan negara pengeluar minyak. Antara paling rendah di kalangan negara serantau. Mengurangkan, apatah lagi menghapuskan subsidi, ternyata tindakan 'berani mati' ahli politik. Ia tidak popular. Tetapi mengapa sanggup dilakukan?
Umumnya tidak ramai yang mengambil tahu situasi ekonomi negara sepenuhnya. Ada sejumlah hujah ekonomi yang ampuh untuk menjustifikasi keputusan Pak Lah.
Nisbah subsidi daripada belanja operasi adalah paling tinggi di zaman Pak Lah. Hampir separuh. Dan meliputi sekitar 10% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada ketika itu.
Seperti yang dinyatakan, subsidi petrol lebih dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi, mendorong pembaziran sumber lebih cepat sekaligus lebih mencemarkan alam sekitar, mewujudkan ekonomi bayangan (shadow economy) atau penyeludupan.
Maka penyesuaian perlu dibuat agar subsidi dapat dikurangkan dan dialih kepada bentuk lain. Ada sejumlah pengumuman projek dan kenaikan gaji perkhidmatan awam semasa penggal Pak Lah 2004-2008 menuntut komitmen kewangan tertentu.
Namun, hidup bukanlah eka-dimensi. Hanya ada sudut pandang ekonomi semata. Meskipun ada hujah-hujah baik untuk menjustifikasi keputusan dasar Pak Lah tentang harga petrol, kesan politiknya jelas. Rakyat marah, Pak Lah dijatuhkan. Dan segala masalah yang belum selesai baik perlu dipikul oleh Najib Razak seterusnya.
bersambung ... -
Noor Amin Ahmad reposted
-
Noor Amin Ahmad reposted
Car Industry Analysis
@lovecarindustry
This is a chart I prepared with all the passenger cars available as of September 2025. It shows the different positioning of each one of them according to their lineup, price range, and the public’s perception.
Basically, China is targeting all segments now. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kelmarin di Festival Sastra H. B. Jassin di Perpustakaan Pusat Jakarta.
Pembentangan mengenai Peranan Sastera Dalam Kancah Politik. Rakan panel Ayu Utami dan sdr Bayu, kedua mereka antara penggerak di Komunitas Utan Kayu.
Topik menarik. Luas. Hangat.
Rasa nak kemaskini kertas kerja ini sikit dan hantar sebagai artikel ke Dewan Sastera. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Sekejap lagi bersama Ayu Utami dan YD Anugrahbayu bicara Peranan Sastera Dalam Kancah Politik.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Emmanuel Macron
@EmmanuelMacron
I declare that today, France recognizes the State of Palestine.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Alhamdulillah baru-baru ini menyampaikan sumbangan kepada 13 buah sekolah menengah di Parlimen Kangar untuk Program Kecemerlangan SPM 2025.
Sekitar 1700 pelajar di semua sekolah ini akan menduduki SPM tidak lama lagi. Kita doakan kejayaan bersama mereka.
Meskipun kita menuju kepada sistem pendidikan yang tidak berorientasikan peperiksaan, SPM masih kekal dan penting sebagai petunjuk prestasi pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian murid.
Sejak 2018, saya telah memberi dan mengusahakan sumbangan lebih RM2 juta ringgit kepada semua sekolah-sekolah di Parlimen Kangar dan sekitar RM1 juta ringgit bagi sekolah-sekolah di Arau dan Padang Besar.
Sekolah adalah aset negara dan masyarakat. Di sinilah banyak perkara bermula sebagai asas. Marilah kita bersama menjayakan sekolah-sekolah kita terutama sekolah-sekolah yang telah berjasa kepada kita sendiri secara individu. -
Noor Amin Ahmad reposted
Anthony Albanese
@AlboMP
My statement formally recognising the State of Palestine.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Hannah Yeoh
@hannahyeoh
Respon saya mengenai Majlis Paralimpik Malaysia vs Cheah Liek Hou
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Come on..,
BFM News
@NewsBFM
The Malaysia Paralympic Council has denied promising para shuttler Cheah Liek Hou a RM60,000 incentive for winning gold at the Paris Paralympics.
It said it plans to take legal action, warning that Cheah could face a ban from future events, including the 2028 Paralympics.
🧵1 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Sempat hadir ke Program Jiwa Madani anjuran Komuniti Madani Sena dan Jabatan Penerangan Negeri Perlis yang diadakan di PPR Sena.
Memberikan ucapan ringkas menekankan kepentingan kita memahami erti sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Kecintaan kepada watan mestilah dizahirkan dengan tekad hidup bersama secara aman, saling menghormati dan membantu yang boleh memupuk perpaduan. Elakkan terlibat dalam menyebarkan kebencian dan fitnah terutama melibatkan perkara agama dan kaum.
Di samping itu masing-masing boleh menyumbang kepada negara dengan cara tersendiri termasuk misalnya daripada sekecil perkara seperti menjaga kebersihan persekitaran, jimat sumber air dan elektrik, memastikan anak-anak bersekolah, ambil tahu masalah kesihatan dan kemiskinan dan pelbagai lagi. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Dua hari lalu bersama masyarakat di Kg Guar Ujong Batu yang majoritinya terdiri daripada kaum Siam.
Pengerusi JPKKP di sini, sdr Owin a/l Leng, seorang bekas Pegawai Waran Tentera banyak membantu saya sejak dulu.
Sepanjang berkhidmat sebagai ahli Parlimen 2018-2022, sempat memulihkan semula dewan orang ramai yang rosak dan lama tidak dapat digunakan. Selain itu membaiki beberapa rumah dan parit tanah yang menjejaskan kerja sawah serta bantuan makanan asas terutama semasa Covid-19 serta keperluan kesihatan seperti kerusi roda, lampin dan susu.
Acara dia hari lalu meriah dimulakan dengan sarapan pagi, gotong-royong dan aktiviti kanak-kanak. Seterusnya diisi dengan sesi interaktif mengenai keselamatan oleh Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Perlis, Dr Fadzil Klinik Annura dan Rukunegara Sebagai Panduan Kehidupan Bermasyarakat oleh saya sendiri. Acara diakhiri dengan kuiz Kenegaraan dan jamuan makan tengah hari. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
KOS PILIHAN RAYA DAN WAKIL RAKYAT KAYA
Mutakhir ini muncul semula wacana tentang kos pilihan raya dan pendapatan wakil rakyat yang disifatkan kaya. Ia bukan wacana baru. Malangnya, tidak ada yang baru dalam kandungannya.
Kos pilihan raya di sini merujuk kos bagi seseorang calon atau parti yang mahu bertanding. Kos SPR dan agensi berkaitan berbeza pula. Pilihan raya, di sesetengah negara, adalah sejenis industri tersendiri.
Kos pilihan raya memang tinggi. Dr Marzuki, pensyarah sains politik UIAM yang juga mantan SU Politik dan mantan KSUS Mahiaddin Yassin menjelaskan secara umum perbelanjaan sebanyak RM1 juta bagi sebuah Parlimen itu pun hanya asas.
Saya percaya ramai daripada kami hanya boleh tersenyum. Asas bagi mereka mungkin siling bagi kebanyakan kami. Tidak terbayang ada duit sebanyak itu untuk dihanguskan dalam belanja politik seseorang. Mungkin situasi kita tidak sama.
Sebab itu saya tahu ramai terkejut bila saya hanya berbelanja tidak lebih RM70,000 pada tahun 2018. Bukan kedekut, tetapi memang tidak ada dana besar. Mujur parti menanggung sebahagian besar kos logistik. Dan saya sedar memang ada pengundi yang tidak berminat memilih calon tidak berduit kerana berpandangan “macam mana mereka mahu tolong kita?” kerana kekurangan tersebut.
Dan sebab itu, meskipun ada sesetengah pihak meremehkan sumbangan Tun Mahathir dalam kemenangan 2018, saya tetap berterima kasih kepada beliau. Tambahan pula kerana Langkawi bersebelahan Kangar. Tempiasnya ada. Saya boleh berbeza pandangan dengan beliau dan pada masa yang sama mengakui sumbangannya. Bukan satu masalah.
Had siling perbelanjaan seorang calon pilihan raya ada dalam Akta. Seingat saya bagi calon Parlimen hanya RM200,000 sepanjang tempoh kempen. Dan kita tahu ada loopholes misalnya perbelanjaan parti bukan perbelanjaan calon.
Kos pilihan raya ini adalah sebahagian daripada ekosistem terkait dengan wakil rakyat. Memang ada wakil rakyat boleh dilantik melalui cara lain misalnya pelantikan senator atau di beberapa negeri ada tambahan ADUN. Tetapi umumnya wakil rakyat dipilih melalui pilihan raya.
Jika dinilai pendapatan asas seorang ahli Parlimen katakan RM16k sebulan x 12 bulan x 5 tahun penuh, jumlahnya adalah sekitar RM960,000. Tidak cecah RM1 juta pun. Kebanyakan elaun adalah hangus - panggilan telefon, pengangkutan dan keraian (bukan hiburan sebagaimana difahami sesetengah orang yang boleh memberi gambaran salah. Entertainment di sini merujuk kepada keraian. Entertain. Jumpa orang belanja makan-minum). Lihat semula kos pilihan raya dan pendapatan asas, boleh dikatakan tidak menguntungkan.
Sebab itu saya bersetuju dengan kenyataan Rafizi Ramli dalam satu podcast-nya yang menyebut pendapatan ahli Parlimen tidak boleh menjadikan mereka kaya. Saya setuju kerana telah melaluinya. Hidup senang sikit tetapi tidak boleh kaya. Jika tambah komitmen besar, silap-silap bergolok-bergadai.
Bayangkan, mereka yang berbelanja besar kemudian kalah? Lebih merugikan. Ini pun telah saya lalui. Hari ini kau mungkin calon pilihan raya, minggu depan tiba-tiba kau menganggur.
Tetapi itulah kos masuk politik. Cost of entry. Jika dipilih menyertai badan Legislatif, bolehlah balik modal dan senang sedikit, bukan kaya. Ia tidak sama dengan cost of entry penjawat awam sebab itu perbandingannya tidak begitu tepat. Kau tak perlu dapatkan undian puluhan ribu atau ratusan ribu orang untuk memohon menjadi penjawat awam. Kau tidak akan dinilai lima tahun sekali untuk terus bekerja.
Ada sebab kenapa perkhidmatan wakil rakyat hanya lima tahun sekali kemudian perlu dipilih semula. Jumlahnya tidak ramai dan kuasa besar diberikan dengan risiko tersendiri. Ia adalah sebahagian daripada aturan sistem. Jika hanya nak cakap pasal duit, ia semacam high risk, high returns walaupun contoh ini sebenarnya tidaklah tepat sangat.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya berpegang kepada pandangan ahli Parlimen diberikan pencen dan formula siling semasa adalah munasabah dan boleh disemak setiap 10 tahun sekali manakala menteri kabinet diberi gaji lebih tinggi dan hanya diberikan caruman KWSP sepanjang mereka memegang jawatan.
Tg Razaleigh, ahli Parlimen paling lama di dunia, hanya baru menikmati pencennya selepas tidak lagi menjadi wakil rakyat selepas 2022. Pencen wakil rakyat Tun M semasa berhenti pada tahun 2003, lebih kecil daripada ramai penjawat awam pengurusan. Tapi pencennya sebagai PM yang tinggi. Pencen wakil rakyat Syed Saddiq, yang hanya akan diterima sekitar 20 tahun lagi, mungkin termasuk dalam kalangan B40 pada masa itu.
Saya tahu ramai orang politik terutama yang pernah atau masih jadi wakil rakyat lebih suka berdiam dalam hal ini. Tidak mungkin ‘menang’ dengan mereka yang mempertikaikan. Tetapi saya percaya semua perkara dalam dokumen Belanjawan memang boleh dibincang. Orang boleh semudahnya menuduh saya ‘bias’ dalam pandangan tertentu mengenai isu ini. Tidak ada masalah.
Di mana-mana di dunia ini, wakil rakyat mungkin menang undi popular untuk terpilih. Ironinya, orang politik umumnya sering dipandang sebagai kerjaya yang kurang dipercayai. Ia adalah sebahagian kos menjadi orang politik yang ramai tidak berani melakukannya.
Saya hanya boleh mengajak diri sendiri dan mereka yang berminat untuk memahami sistem secara keseluruhannya dan sama-sama cuba memperbaikinya dari semasa ke semasa. Bukan mengulang wacana hanya untuk melampiaskan marah dan tidak tahu kenapa tidak ada perubahan berlaku. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Malaysia bukan sekadar nama. Selamat Hari Malaysia!
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Hari ini bersedih. Molek, kucing yang agak rapat dengan saya, baru pergi sebentar tadi. Terima kasih atas waktu-waktu bersama.
😭 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Hard luck for today
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
About to start
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Getting ready.
Selangor lawan Perlis.
Padang Astaka, PJ, Selangor.
#ragbipialaagong2025 -
Noor Amin Ahmad reposted
mariana Z
@mariana057
The CEO of IKEA was just elected Prime Minister in Sweden.
He should have his cabinet together by the end of the weekend. -
Noor Amin Ahmad reposted
Malay Mail
@malaymail
Police have arrested a husband-and-wife team in Negeri Sembilan over allegations they used illegally modified Touch ‘n Go cards in their transport company’s operations, racking up losses of nearly RM60,000 since last year.
According to Utusan Malaysia, Negeri Sembilan Police Chief Datuk Alzafny Ahmad said the 43-year-old Malaysian man and his 33-year-old wife, who is a citizen of China, bought the tampered cards in bulk from a local supplier.
“They purchased between 200 and 300 cards in a cash transaction. Each card cost RM150 and carried an invalid top-up of RM300 — double the card’s price,” he told reporters at Seremban District Police Headquarters.
The couple allegedly distributed the illegally modified cards to lorry drivers to bypass toll plazas during deliveries, reducing operational costs and boosting profits. -
Noor Amin Ahmad reposted
Khairul Hafidz
@khairul_hafidz
Tidak setuju.
Selama dua tahun Dr @DrDzul menjadi Menteri Kesihatan, banyak hasil kejayaan yang telah diterima, antaranya:
1. Meminda Akta Perubatan 1971 yang memberi pengiktirafan kepada laluan kepakaran alternatif. Political will YBMK lah yang merealisasikan pindaan ini. Sangat singkat, kurang setahun akta dipinda.
2. Lung Health Initiatives. Inisiatif ini dibawa sehingga ke World Health Assembly dan resolusi ini dipersetujui oleh banyak negara.
3. Fokus utama YBMK adalah digitalisasi. Cloud Base Clinic Management System (CCMS) yang telah digunapakai oleh lebih 200 Klinik Kesihatan. Saya saksi mata melihat usaha dan tumpuan beliau mengenai digitalisasi ini dengan usaha kerasa Bahagian Kesihatan Digital yang diterajui oleh Dr @maheshappannan
4. Hospital Service Outsourcing Program (HSOP) yang mana setakat ini 24,000 kes di hospital awam dapat dialihkan ke hospital swasta.
5. Pindaan Akta 342. Sebagai Pakar Perubatan Kesihatan Awam, pindaan ini adalah penting untuk mengukuhkan lagi kesiapsiagaan kita kepada penyakit berjangkit. YBMK secara spesifik mahu akta ini dipinda dalam tempoh beliau menjadi YBMK
6. War on 5S. Salt, Sugar, Smoke, Sedentary, Stigma. Inilah yang selalu disebut-sebut oleh YBMK kepada kami. Siapa yang kerja di Ibu Pejabat pasti pernah dengar mengenai 5S menunjukkan komitmen YBMK terhadap isu tersebut.
7. Telemedicine. Satu lagi inisiatif yang diperkasakan di bawah YBMK. Konsultasi maya diperluas kepada 478 klinik kesihatan. Ia telah mengurangkan kesesakan di klinik/hospital dan mudahkan akses terutama di kawasan pedalaman.
8. Bajet klinik daif. YBMK tak pernah lupakan mengenai klinik-klinik daif ini. Peruntukan RM560 juta (2023-2025) dan tambahan RM400 juta lagi untuk isu ini. Klinik-klinik sentiasa dinaik taraf. Saya minta presiden CEUPACS berikan bukti mana klinik kesihatan yang berdindingkan papan berlantaikan tanah itu.
9. Isu buli juga diutamakan. Garis panduan buli telah dilancarkan. Isu-isu buli dalam profesyen juga diambil perhatian serius oleh kementerian kerana YBMK sendiri tegas dalam isu buli ini.
10. Perluasan Wellness Hub yang merupakan pusat komuniti kesihatan daerah. Sudah beroperasi di 33 lokasi dan akan diperluaskan kepada 81 lokasi menjelang 2033.
Banyak lagi kejayaan yang telah dikecapi. Orang akan kata ini kerja penjawat awam, YBMK ambil credit sahaja. Saya berada di ibu pejabat, saya tahu bagaimana satu dasar dibentuk. Jika tiada political will dari seorang menteri semua ini tidak dapat dilaksanakan. Ya, ini jasa YBMK. Saya saksi mata melihat usaha keras YBMK dalam mengemudi KKM. Bukan cakap kosong tapi saya sendiri melihatnya.
Jadi, mananya "destroyed public healthcare"?
Ia tidak berasas. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad reposted
Cyber Guardian
@Radz1112
8. Why am I sharing this information?
- This case is genuinely hopeless without political and *heavy* societal pressure.
- A justice system that has to go through one agency to process most, if not all, criminal cases is an exploitable point of failure. -
Noor Amin Ahmad reposted
Cyber Guardian
@Radz1112
- Allegedly has crafted molotov cocktails, used against other minors
- Hyper-masculine mentality, domestic-abuse supporting
- Allegedly confrontational to foreign law enforcement
- Allegedly comfortable with resorting to violence -
Noor Amin Ahmad reposted
Cyber Guardian
@Radz1112
7. What do we know about the suspect?
- Is tech literate
- Has connections to PDRM upper command
- Has previously trained PDRM department(s) in tech-related subjects
- Allegedly heavily problematic childhood; fights with all figures of authority, kicked out of school at age 13. -
Noor Amin Ahmad reposted
Cyber Guardian
@Radz1112
5. The primary suspect has a connection to Caghi because of the Dmarc Record listed in the original release of the website recorded their personal email address.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Cyber Guardian
@Radz1112
4. The OZVR4 user Actifedot/aLiph coincides with the primary suspect of this case, who, based on their Facebook account:
- owns potentially the only Mitsubishi Legnum VR4 in Malaysia
- has a history of studying/working in Australia
- is named similarly to 'aLiph' -
Noor Amin Ahmad reposted
Cyber Guardian
@Radz1112
3. Sometime in 2025 or late 2024, the user in question had either deleted their account or had their account deleted from inactivity.
This is new and the removal of this evidence is something I (or a PDRM digital forensics investigator) should have foreseen. -
Noor Amin Ahmad reposted
-
Noor Amin Ahmad reposted
Cyber Guardian
@Radz1112
1. Caghi involves threat actor Actifedot.
- Actifedot was known for selling database(s) involving the information of Malaysians in April 29, 2022
- Actifedot advertised Caghi in his Breach forums signature sometime after the first public iteration of the website in mid-2022. -
Noor Amin Ahmad reposted
Cyber Guardian
@Radz1112
I don't use Twitter anymore to keep my mental health composed after Gaza happened. One of my subordinates brought this up at work recently.
Had some bad leads when I was investigating this case but also had some good ones. Reviewed some and found a couple of new information. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Current reading …
-
Noor Amin Ahmad reposted
CV Reviewer | Yasmin
@reviewbyyasmin
Know someone looking for an undergraduate scholarship? 🎓 The Jardine Foundation is offering full-ride scholarships for studies at Oxford & Cambridge 🇬🇧
Share this with siblings/juniors who dream of Oxbridge! -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad reposted
Mario Nawfal
@MarioNawfal
🇨🇳 CHINA BROKE THE SKY WITH 11,787 DRONES
Chongqing, China just pulled off the wildest drone light show the world has ever seen.
A jaw-dropping 11,787 drones lit up the night sky, setting a new Guinness World Record.
The drones moved together to create glowing shapes like a giant running kid and swirling clouds above tall buildings.
It looked more like a Pixar dream than something real.
Fireworks could never.
Source: @MarchUnofficial -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Sehari sebelum bermulanya Ragbi Piala Agong 2025, saya sempat hadir melihat latihan fizikal akhir pemain-pemain Perlis yang diadakan di padang SMK Syed Sirajuddin.
Padang yang bersejarah dan membawa fikiran saya melayang ke kenangan persediaan MSSM 1999 dulu sewaktu terpilih mewakili negeri Perlis.
Sempat menyampaikan sedikit kata pendorong kepada semua.
Dan kelmarin sebagai Naib Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia dijemput untuk diperkenalkan oleh kapten-kapten pasukan Kelantan dan Perlis kepada semua pemain masing-masing di samping pengadil-pengadil perlawanan.
Perlawanan yang sangat menghiburkan dan mendebarkan! Perlis berjaya melakukan kejutan kepada Kelantan yang merupakan pasukan pilihan. Perlis menang 41 berbalas 30.
Dengan kualiti permainan yang ditunjukkan saya percaya peluang kedua-dua pasukan, khususnya Perlis terbuka untuk mara ke pusingan seterusnya.
Tahniah! -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kelmarin bersama Persatuan Memanah Perlis.
Sampaikan sedikit sumbangan untuk mereka bertanding di MSSM nanti.
Meskipun agak mahal, acara memanah semakin mendapat sambutan bila jumlah peserta di Perlis sahaja mencecah lebih 800 orang!
Saya sempat cuba memanah. Boleh tahan berat juga. Terpaksa 'cover line' buat 'steady'.
Terasa macam Robin Hood sekejap. Tapi lepas memanah keluar daripada bulatan sasaran, tak berani nak mengaku. 😂 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Pagi dan tengah hari kelmarin dijemput
1. Mengisi slot Mahasiswa Islam: Ejen Perubahan atau Sekadar Penonton? yang dianjurkan oleh PKPIM Perlis di rumah Sekretariat Wadah-ABIM-PKPIM sempena Muktamar Sanawi mereka.
PKPIM tidaklah terlalu asing bagi saya memandangkan pernah menjadi SUA cawangannya UPM.
Kebetulan September adalah bulan bersejarah bagi pertubuhan ini kerana diasaskan sebagai pertubuhan pelajar Islam 'terawal' di Tanah Melayu pada September 1960 (didaftar rasmi kemudian pada tahun 1961) dan menukar nama daripada PKPITM kepada PKPIM juga pada September 1966 (atau 1965?).
Mahasiswa selamanya aset negara. Bagaimana ia bermanfaat bergantung kepada pilihan sedar yang dibuat setiap masa.
2. Seterusnya ke bengkel pertama pendidikan politik yang dianjurkan di Hotel Seri Malaysia, Kangar. Bengkel sehari ini agak padat dengan sejumlah pengisian asas dan dihadiri oleh 75 orang anak muda, pelajar dan belia setempat.
Saya dijemput hadir untuk menyampaikan sedikit perkongsian sebagai seorang mantan ahli Parlimen yang menang pada usia relatif muda (36 tahun) semasa PRU-14 lalu.
Saya sendiri adalah produk latihan politik yang diperkenalkan oleh generasi pemikir-aktivis terdahulu. Cuma zaman saya maklumat dan peluang masih terbatas. Itu pun sempat saya mengambil peluang memperkayakan pengetahuan dan pengalaman sehingga ke sejumlah negara lain termasuk antaranya Amerika Syarikat, Jerman, Hong Kong dan sebagainya.
Politik, menurut hemat saya, adalah seni dan sains menguruskan kepelbagaian - persamaan dan perbezaan manusia dalam pelbagai aspek. Menurut Ludwig Erhard, Canselor kedua Jerman selepas Konrad Adenauer (dan beliau juga adalah Menteri Ekonomi di zaman Keajaiban Ekonomi Jerman semasa era Adenauer), politik adalah seni bagaimana kita membahagikan kek di mana setiap penerima potongan ini merasa mereka mendapat lebih banyak (daripada yang sepatutnya). -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Semalam hadir Program Jiwa Komuniti Madani di Auditorium APM Perlis.
Selain menyaksikan Pertandingan Busana Kanak-Kanak Kebangsaan, saya turut dijemput menjadi salah seorang daripada tiga juri pertandingan nyanyian lagu.
Sengit juga. Juara dan naib juara berbeza hanya 0.4 mata.
Hebat-hebat orang Perlis. Sangat berbakat! -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Lewat malam semalam sempat meluangkan masa minum dan berborak dengan sdr Akhramsyah Tan Sri Sanusi Junid, Presiden Persekutuan Catur Malaysia kini.
Meskipun ada beza kecenderungan politik, kami bersahabat dan sentiasa boleh lepak bersama berbincang pelbagai hal terutamanya berkaitan catur, politik dan negara. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Merasmikan pembukaan Kejohanan Catur Amatur Malaysia 2025.
Alhamdulillah Persatuan Catur Negeri Perlis telah sekali lagi diberi kepercayaan oleh Persekutuan Catur Malaysia (MCF) sebagai penganjur kejohanan kebangsaan setelah kejohanan berpasukan antara negeri pada tahun 2024.
Pemenang bagi Kejohanan ini akan berpeluang mewakili Malaysia ke Kejohanan Catur Amatur Dunia 2025 yang dijadualkan dipertandingkan di Serbia pada November tahun ini.
Sejak menerajui Persatuan Catur Perlis, kami telah menjalankan banyak pertandingan, bekerjasama dengan pelbagai agensi yang berminat memajukan permainan catur antaranya MARA Perlis, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, PDRM Perlis dan Yayasan Islam Perlis.
Persatuan juga menghantar ramai bakat muda untuk mengambil pengalaman bertanding di kejohanan bertaraf 'National Rated' dan 'FIDE rated', selain mengikuti kursus arbiter untuk melayakkan diri sebagai 'pengadil' kejohanan.
Persatuan akan terus menyokong MCF bagi mengembangkan lagi permainan catur sementelah ia semakin diiktiraf bila dipertandingkan di Sukan SEA, SUKMA malah Piala Dunia Catur eSport yang menawarkan hadiah lebih USD1 juta. -
Noor Amin Ahmad reposted
Malaysia Rugby Official
@MRugbyOfficial
Masa Penuh
Perlis 41 - 30 Kelantan
#malaysiarugby
#mru
#pialaagong -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
One with the team. Proud of them.
Insya-Allah kita usahakan yang terbaik untuk bawa pasukan pergi lebih jauh ke atas. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Keputusan penuh
Perlis 41 Kelantan 30
#ragbimalaysia
#pialaagong -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kedudukan separuh masa
Perlis 21 Kelantan 10
#ragbimalaysia
#pialaagong2025 -
Noor Amin Ahmad reposted
Mind Essentials
@Mind_Essentials
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Semalam dijemput merasmikan Majlis Penutup Kem Jati Diri SRK Seri Indera. Awal sahkan kehadiran dan terpaksa melepaskan tiket menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura di Stadium Bukit Jalil.
SRK Seri Indera adalah sekolah saya dari darjah 1 (1989) sehingga darjah 6 (1994). Banyak kenangan saya di sini. Sebab itu sebelum ini saya cuba menulis ingatan-ingatan saya di media sosial dalam siri tulisan Sesekali Terkenang.
Alhamdulillah saya masih ingat lebih 100 orang nama rakan dari sekolah rendah. Malah ramai juga senior yang saya ingat - terutama yang aktif sukan.
Saya juga ingat semua nama guru kelas dan kebanyakan guru yang mengajar saya - termasuk guru besar dan guru disiplin yang pernah merotan dan mendisiplinkan saya sebagai budak nakal ketika itu.
Saya juga aktif dalam aktiviti sukan dan turut melibatkan diri dalam pengakap muda.
Secara keseluruhannya, kenangan saya di SRK Seri Indera sangat menggembirakan. Dan itulah yang saya percaya tentang pendidikan - sekolah mesti menjadi tempat yang menggembirakan, seterusnya menjadi nukleus kepada perubahan masyarakat.
Membelek aktiviti dalam Kem Jati Diri ini, saya percaya ia telah disusun sangat baik dan pasti memberikan kesan positif kepada semua pelajar. Lengkap dengan aktiviti rekreasi luar termasuk Orienteering, mengatasi halangan (obstacles), ikhtiar hidup, perkongsian ceramah oleh pensyarah UNIMAP yang juga alumni SRK Seri Indera satu ambilan dengan saya (1989-1994), Tuan Muhammad Izmer Yusof.
Paling semangat menyanyikan semula lagu sekolah yang diperkenalkan di zaman saya. Gembira kerana masih menghafal hampir keseluruhan liriknya.
Semasa menjadi ahli Parlimen saya sempat memberikan sumbangan tidak kurang RM40 ribu kepada sekolah ini.
Oleh kerana pernah mewakili sekolah dan negeri dalam permainan catur dan ragbi sentuh pada tahun 1994, maka saya menawarkan kepada sekolah untuk menghidupkan Kelab Catur SRK Seri Indera di mana saya akan cuba melengkapkan 10 set lengkap berserta 10 jam Catur di samping menyusun kelas-kelas Catur dari peringkat asas (untuk yang tidak tahu tetapi mahu belajar bermain catur) sehingga peringkat lebih tinggi (boleh bermain dengan baik di peringkat pertandingan).
Untuk ragbi sentuh, saya akan berbincang lanjut dengan rakan, Pak Sheikh Hafiz, orang Perlis yang kini aktif dalam ragbi sentuh di peringkat kebangsaan.
Tahniah kepada pihak sekolah, ibu bapa dan murid-murid yang menjayakan kem ini. Semoga SRK Seri Indera akan meneruskan tradisi melahirkan insan cemelang. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Dijemput hadir ke Hari TVET Kolej Vokasional Kangar.
Pada zaman saya bersekolah, Sekolah Vokasional telah ditukarkan nama menjadi Sekolah Teknik. Kini ia telah dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional.
Kini kita melalui satu zaman di mana perubahan persekitaran seringkali memaksa pendidikan mengejar kepantasan perubahan tersebut berbanding pendidikan mencorakkan perubahan persekitaran. Ini berlaku terutamanya kerana pendidikan melibatkan perubahan sistem yang terkenal kerana birokrasi pentadbiran. Manakala perubahan persekitaran bergerak berinovasi dengan asas pendidikan pada mulanya dan menemukan perkara-perkara baru dalam persekitaran kurang birokrasi.
Kita semakin mendengar kepentingan TVET dan STEM. Ia antara laluan kepelbagaian kecerdasan (multiple intelligence) yang mesti disusun kemas dan bukan hanya sekadar eksperimen ikut-ikutan apatah lagi melibatkan masa depan pelajar.
Saya masih ingat semasa menjadi ahli Parlimen ada aduan tentang kedudukan sijil Kolej Vokasional yang belum mendapat pengiktirafan setara SPM bagi laluan Pendidikan dan kerjaya seterusnya. Ini antara contoh bagaimana sistem mesti tangkas mengesan kelompangan yang ada.
Kolej Vokasional Kangar tidak jauh dari rumah keluarga saya. Semasa menjadi ahli Parlimen saya sempat membantu menyumbang kemudahan ratusan kerusi dan kewangan untuk aktiviti PIBG.
Semoga Kolej Vokasional Kangar akan terus maju melahirkan lebih ramai bakat inovasi negara dalam pelbagai lapangan mereka. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Hadir Majlis Anugerah Kecemerlangan kali ke-45, Hari Kokurikulum, Hari Kantin, Hari Koperasi dan Hari Kerjaya di SMK Putra, Kangar.
Bermula dengan merasmikan majlis, menyampaikan anugerah dan melawat pameran aktiviti pelajar.
SMK Putra bukanlah asing bagi saya kerana dulu keluarga pernah menetap di Lorong Tiga, Padang Katong. Abang saya dulu bersekolah di SMK Putra jadi ada masanya saya mengikut ayah menghantar abang ke sekolah.
Sebahagian rakan saya juga pernah bersekolah di sini dan ada sepupu dan rakan saya mengajar di sini. Pemangku Pengetua semasa, Puan Wan Norliza binti Md Nor juga adalah senior saya semasa bersekolah di SMK Derma dulu.
Semasa menjadi ahli Parlimen, saya sempat memberi sumbangan sekitar RM45 ribu untuk aktiviti dan kemudahan kecil infrastruktur di sekolah ini. Insya-Allah, saya akan cuba membantu sekolah untuk mencari sumbangan untuk meneruskan pelbagai usaha melahirkan insan cemerlang dari sekolah ini.
Semoga SMK Putra akan terus maju dan berjaya. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Hadir jemputan merasmikan Hari Kecemerlangan SMK Syed Sirajuddin.
Dimulakan dengan memeriksa barisan kawad beberapa pertubuhan beruniform sebelum masuk ke dewan untuk majlis.
Seterusnya menyampaikan ucapan perasmian dan diikuti penyampaian sejumlah anugerah dan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang SMK Syed Sirajuddin dalam pelbagai bidang ko-kurikulum dan ko-akademik.
SMK Syed Sirajuddin bukanlah sekolah yang asing bagi saya. Dulu rumah Pak Long dan Mak Long saya terletak betul-betul di depan sekolah ini.
Walaupun bersekolah di SMK Derma, Kangar, saya telah diambil sebagai pemain import bagi pasukan ragbi untuk kejohanan MSSM 1999 oleh SMK Syed Sirajuddin yang menjuarai kejohanan di peringkat MSSPs. Jadi saban hari selama sekitar dua bulan menggunakan masa petang untuk berlatih di sekolah ini. Naik bas sekitar jam 2:45 petang di Taman Sena Indah kerana latihan bermula jam 4 petang dan balik bas terakhir jam 6.45 petang dari seberang jalan sekolah ini. Pernah terlepas bas jadi terpaksa berjogging balik ke rumah selama sejam.
Saya juga kenal beberapa orang rakan dari sekolah ini yang tusyen bersama.
Walaupun SMK Syed Sirajuddin berada di Parlimen Arau, saya ada memberi sumbangan kepada sekolah ini kerana ramai pengundi Kangar bersekolah di sini disebabkan lokasinya yang berada di sempadan tiga kawasan Parlimen.
Sejak 2018, tidak kurang RM55 ribu telah saya sumbangkan dan usahakan untuk sekolah ini.
Semoga SMK Syed Sirajuddin terus maju dan melahirkan ramai insan cemerlang dalam pelbagai lapangan yang boleh memimpin kemajuan negara dan masyarakat.
Gambar malam tak ada - hadir jamuan meraikan pencapaian mereka mendapat lebih 10 pingat emas dalam olahraga MSSPs. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Minggu lalu sempat hadir ke Program JIWA @ Komuniti MADANI Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia KM Kampung Ujong Batu.
Bermula dengan aktiviti senamrobik, diikuti dengan brisk walk keliling kampung mengedarkan bendera Malaysia kepada penduduk untuk dipasang di rumah mereka.
Diikuti dengan penyampaian hadiah pertandingan bagi acara yang dipertandingkan sempena program dan cabutan bertuah.
Majlis dirasmikan oleh Pengarah Penerangan Negeri Perlis, Puan Aidatul Shima binti Che Hassan. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Banyak yang dibincangkan tentang Perlis.
Semoga Allah s.w.t. mengurniakan kesihatan dan kekuatan, ilham dan kebijaksanaan kepada DYTM Tuanku Raja Muda Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Negeri kecil, penduduk tidak ramai;
Suasana tenang, indah dan permai;
Rakyat hidup rukun dan damai,
Lawatlah Perlis, mai jangan tak mai.
Istana payung rakyat,
Setia hidup muafakat;
Negeri maju dengan berkat,
Hidup berjasa melebar manfaat. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Time well spent today. Sedar tak sedar habis 2 jam.
Menjunjung kasih DYTM Tuanku Raja Muda Syed Faizuddin Putra Jamalullail atas kesudian meluangkan masa bersama.
Raja berdaulat, rakyat berilmu; negeri sejahtera, Perlis maju.
Insya-Allah. -
Noor Amin Ahmad reposted
Malaysia Rugby Official
@MRugbyOfficial
5 hari lagi.
Sepak mula kejohanan ragbi Piala Agong 2025
4 perlawanan minggu pertama bakal berlangsung.
#malaysiarugby
#mru
#pialaagong -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Politik ni macam berniaga juga.
Ramai orang suka berniaga barang yang orang mahu. Ada permintaan besar. Ia lebih mudah kerana memang orang akan cari. Cuma cabarannya kategori ini lazim ada banyak pesaing. Jadi, kek ekonomi yang berlegar, misalnya untuk kedai makan, terpecah banyak.
Maka sesetengah kedai mengambil pendekatan unik masing-masing. Ada menu utama (killer menu), ada yang sediakan banyak pilihan misalnya 100 jenis lauk, ada yang jual murah sedikit, ada yang mengkhusus menu misalnya nasi ayam, ada yang beri minuman percuma, ada yang sediakan puluhan jenis ulam-ulaman dan sebagainya. Faktor luas kedai, keselesaan tempat duduk, kebersihan, kemudahsampaian termasuk parkir, ruang berhawa dingin semua itu boleh juga mempengaruhi.
Tidak ramai yang mahu menceburi perniagaan dalam bentuk lain - meyakinkan mereka bahawa barang itu baik untuk mereka. Ada, tapi tidak cukup ramai bertahan lama. Ia lebih sukar. Lazimnya kita mesti lebih mendalami produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan sebelum meyakinkan pengguna bahawa mereka memerlukannya dan ia baik untuk mereka.
Di kalangan pengguna pula, bukan semua mahukan atau mampu membeli sesetengah produk dan perkhidmatan ini jika mereka mahu sekalipun.
Sesekali akan berkongsi dengan mereka yang berlabon politik dengan saya. Motivasi peniaga ialah keuntungan. Mereka akan cari jalan untuk mendapat keuntungan - besar atau kecil. Motivasi politik pula ialah populariti. Jarang ahli politik tidak mahu popular.
Namun, kita tidak wajar melepas pandang bahawa keuntungan dan populariti saja tidak memadai.
Ramai boleh menerima meskipun cara demokrasi - majoriti menentukan keputusan - umumnya baik untuk kestabilan, majoriti tetaplah bukan penentu kebenaran. Tocqueville mengingatkan ini dalam kupasannya tentang the tyranny of the majority. Dulu ustaz-ustaz kita dalam ceramah mereka juga mengingatkan “jika majoriti orang gila/bodoh membuat keputusan, maka …” untuk mengingatkan bahaya menyerah kepada demokrasi tanpa soal.
Sebab itu, falsafah penting untuk difahami dalam kita membincangkan proses politik secara berterusan. Jangan kerana mengagungkan demokrasi atau pemerintahan suara ramai rakyat, kita lekas teruja dengan mob rule atau anarki sehingga mengabaikan apakah sebenarnya tujuan mana-mana sistem politik dibentuk.
Saya suka apa yang ditulis Sri Mulyani pagi ini. Jelas dengan aturan sistem. Nampak tenang meskipun sudah pastilah beliau antara yang terkesan dengan penjarahan ke atas rumahnya.
Sebahagian yang pernah berlabon politik dengan saya pasti pernah mendengar bagaimana saya mempertahankan DASAR-DASAR tertentu di zaman Pak Lah, Najib, Mahathir - meskipun saya berada di pihak lawan politik mereka.
Sering saya mengingatkan bahawa ahli politik mencari populariti. Namun, bila mana ada dasar yang dilihat tidak popular tetapi dipertahankan bersungguh-sungguh dan cuba dijelaskan, berilah lebih perhatian. Ini kerana ia melanggar resam politik. Ada sesuatu yang hendak disampaikan untuk kebaikan umum daripada pilihan tidak popular yang mahu diambil mereka. Bukan semua keputusan politik mesti popular. Demi negara dan masa depan yang lebih baik, pasti ada keputusan sukar perlu diambil bermula lebih awal sebelum menuai hasilnya kemudian. Entah yang menyemainya pun mungkin tidak sempat menikmati hasil tuaian.
Sebab itu politik mesti lebih banyak membincangkan dasar, bukan bermain dengan emosi tanpa akal nurani dan hati budi. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
NEGARA |
Saya masih ingat sewaktu bara Reformasi '98 masih menyala dulu. Bersama seorang senior berbual dalam keretanya.
Kami antara yang menikmati protes di jalan raya. Sebagai anak muda, terasa ia simbol keberanian. Ada rakan kami di-ISA-kan. Ada yang dibuang universiti. Ada yang digantung pengajian. Itu risiko nyata pada waktu itu. Dan kami mengambilnya.
Namun waktu itu saya melontarkan pandangan kepadanya bahawa reformasi tidak sama dengan revolusi.
Apa bezanya? Bukankah kedua-dua mendambakan perubahan?
Benar. Meskipun kedua-duanya mahukan perubahan. Namun, ada sebab kenapa ia memakai dua perkataan berbeza.
Bagi saya, revolusi sifatnya keras dan segera, reformasi sifatnya lebih sederhana dan beransur-ansur.
Penegasan saya kepada senior tersebut ialah pada protes di jalan raya yang merayakan kebebasan bersuara dan berhimpun. Ia jaminan Perlembagaan yang mesti diurus tertib oleh pihak berkuasa dan rakyat yang mahu menggunakan kebebasan ini.
Sepanjang sejarah manusia bukan saja mahukan kebebasan, tetapi mereka juga mahukan keadilan.
Kegagalan mengurus hak dan tanggungjawab bersama ini akan membuka ruang kepada salah guna hak dan pengabaian tanggungjawab oleh mereka yang mempunyai motif buruk malah jahat.
Maka, manakala saya menyokong kebebasan bersuara dan berhimpun, ia bukanlah tiket untuk saya bebas menutur apa saja, apatah lagi merosakkan kemudahan awam dan mengorbankan nyawa dan harta mereka yang tidak bersalah.
Revolusi memang boleh terjadi kerana pelbagai sebab terutama di negara yang peralihan kuasa hampir mustahil berlaku kerana cengkaman rejim yang bukan saja bersifat mengawal, tetapi bertindak keras terhadap perbezaan pendapat dan kepembangkangan.
Beza pendapat dan kepembangkangan adalah antara ciri yang menjadi sebahagian daripada fitrah manusia (human nature) terhadap autoriti dalam bentuk apa pun - politik, masyarakat malah agama. Ini kerana autoriti itu lazim datang bersama kawalan dan hukuman.
Reformasi dan revolusi tidak sepenuhnya hanya terjadi kerana perut lapar. Ia juga mungkin terjadi apabila autoriti menggunakan segala macam cara untuk menyekat kebebasan fizikal, kebebasan beragama, kebebasan intelektual dan sebagainya.
Lihatlah dalam sejarah bagaimana autoriti atas pelbagai label menghadapi reformasi dan revolusi. Padanya pasti ada pelajaran berharga tentang bagaimana manusia mengolah persetujuan mencari perimbangan kebebasan dan keadilan yang diurus pihak berautoriti. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Ada 3 minggu nak siapkan kertas kerja
Sastera Dalam Kancah Politik untuk dibentang di Simposium Festival Sastera H. B. Jassin di Jakarta minggu keempat September 2025. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Acapkali dalam hidup manusia memusuhi kebaikan kerana mendambakan kesempurnaan. Making perfection as the enemy of good!
Banyak contoh pembaharuan semula bandar (urban renewal) di negara lain termasuk Amerika, UK, Jepun dan Jerman. Akal kemetot tak mungkin nampak ia bukan isu kaum. Ia adalah pendekatan pembangunan tak kira tempat.
Datum Jelatek dulu pun TS Khalid Ibrahim dituduh mahu usir Melayu. Mereka ingat pegawai kerajaan jahil sebab mereka jadikan diri sendiri sebagai kayu ukur.
Perhatikan yang beria nanti adalah mereka yang tidak pernah tinggal di kawasan ini dan lebih membawa pandangan minoriti.
Jika 80% perlu bersetuju, apakah mereka menyangka 80% ini bukan Melayu dan jahil atau berniat jahat? Bukankah mereka juga penduduk yang sepatutnya terkesan?
Ada yg cuba pancing keputusan 80% boleh menzalimi 20%. Ada unsur kezaliman majoriti. Mereka diam bila ditunjuk 1% boleh menzalimi 99% mengikut kaedah mereka yang konon lebih baik.
Hakikatnya @planmalaysia_ telah menegaskan penduduk asal akan ditawarkan rumah di tempat yang sama secara percuma. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Dalam pengalaman hidup bersama, dari semasa ke semasa kita perlu membuat keputusan.
Lazimnya, satu proses undi akan dilakukan. Meskipun tidak selalu benar dan tepat, keputusan majoriti diambil. Walaupun begitu, banyak rasional perlu dikemukakan untuk memastikan prinsip "majority rules, minority rights" (baca: keputusan majoriti yang tidak membelakangi hak minoriti) dapat dipertimbangkan.
Mengapa keputusan majoriti dan minoriti? Kerana itulah lumrahnya. Manusia tidak seragam. Manusia mungkin boleh setuju 100% dalam satu perkara, tetapi hampir mustahil boleh bersetuju 100% dalam semua perkara. Inilah asas membentuk apa yang hari ini kita panggil demokrasi.
Oleh kerana itu, dalam soal kepimpinan, demokrasi mensyaratkan pilihan raya/pemilihan berkala supaya pemimpin diberi ruang untuk menunjukkan wibawa mereka dan dinilai dari satu tempoh ke satu tempoh.
Semasa pembentukan Malaysia (kebetulan kita menuju 16 September), referendum dibuat untuk menentukan rakyat di Sabah dan Sarawak mahu bersama. Kita tahu ada tiga pilihan jawapan. Tidak 100% sama.
Dan begitulah amalannya dalam banyak kehidupan kita. Ia telah dipraktik dan membantu menyelesaikan banyak perkara kerana 'diterima' sebagai satu cara munasabah untuk mencapai satu keputusan.
Namun kita juga mesti sentiasa sedar peringatan Tocqueville tentang the tyranny of the majority. Bagaimana majoriti dijadikan asas untuk bertindak zalim - tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Menjadikan majoriti sebagai puncak kebenaran.
Seperti yang dijelaskan lebih awal, majoriti tidak selalu benar dan tepat. Maka ia mesti dipandu dengan nilai kebenaran, kebebasan dan keadilan.
Benar, adakalanya kita juga mensyaratkan persetujuan 100% dalam membuat keputusan. Namun, sebagaimana dinyatakan, hampir mustahil manusia boleh bersetuju 100% dalam semua perkara. Dalam pengalaman hidup kita, persetujuan 100% ini boleh dikatakan absurd, menyusahkan banyak pihak. Akhirnya ia menjadi modal mati (dead capital) - antara punca kemiskinan terbesar seperti yang dihujahkan Hernando de Soto. Tanya saja mereka yang mempunyai nama dalam sebilangan tanah banyak pemilik. Adakah ini kebenaran, kebebasan dan keadilan yang kita dambakan?
Banyak contoh dalam sejarah menunjukkan bagaimana pilihan terbaik (menurut satu sisi pandang) terpaksa diketepikan untuk pilihan lain (mungkin kedua atau ketiga terbaik). Malah dalam Islam juga, bagi yang belajar sedikit tentang usul fiqh, ada misalnya pilihan "jika tidak dapat melakukan semua, jangan ditinggalkan semua."
Hakim yang membuat keputusan perbicaraan juga dipandu oleh beberapa prinsip misalnya Audi Alteram Partem - mendengar daripada semua pihak (yang termasuk dalam pertikaian).
Memang, buku tentang kepimpinan dan pengurusan adalah genre yang paling banyak ditulis. Dari genre buku ini kita belajar banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran bagaimana manusia membuat atau meninggalkan sesetengah keputusan.
Tidak mudah berlaku adil. Manusia akan selalu berbeza pendapat kerana mahu mencapai keadilan mengikut pemahaman, cara dan kesediaan masing-masing.
Lihatlah isu-isu semasa yang bergentayangan dari semasa ke semasa. Ia menuntut kepimpinan kita. Kepimpinan, iaitu bagaimana kita merumus pendirian sendiri bila berhadapan dengan pelbagai isu ini. Adakah kita telah mencapai makam pencerahan - iaitu mengatasi ketidakmatangan yang ditempa sendiri? Kitalah yang perlu menjawabnya. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Datum Jelatek boleh jadi contoh bagaimana ada yang tentang Pembaharuan Bandar yang TS Khalid Ibrahim buat dulu tapi beliau teruskan. Rujuk terma dan jawapan2 beliau di Dewan Negeri dan penerangan dalam SelangorKini.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Meskipun libat urus Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam soal Pembaharuan Bandar (Urban Renewal) dikatakan telah bermula sejak 2012, saya sendiri telah mendengar agenda ini lebih awal sedikit, semasa berkhidmat di Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim.
Beliaulah pemimpin yang pertama kali saya dengar mengungkapkan tentang pembaharuan semula bandar ini rentetan isu tanah Talam Corporation di Hulu Selangor dan juga situasi bandar-bandar lama yang semakin kurang menyerlah kerana pembangunan baharu yang lebih menarik.
Jadi, persoalan pembaharuan bandar bukanlah soal baru dan bukanlah agenda yang pada asalnya ditentang sangat. Sejak 2012 telah ada empat orang Menteri yang bercakap tentang perkara sama. Cuma kebetulan, agenda Pembaharuan Bandar ini dimuktamadkan dalam penggal ini, di mana Menterinya pula Nga Kor Ming, seorang Cina.
Dalam situasi pembangkang ketandusan isu, maka ia cuba dihangatkan. Walhal mereka tidak pernah menunjukkan minat untuk hadir libat urus.
KPKT sebenarnya telah menyiapkan Garis Panduan mengenai Pembaharuan Bandar ini. Boleh rujuk di www.kpkt.gov.my/kpkt/resources/user_1/MENGENAI KPKT/PEKEL….
Dokumen ini boleh dibaca. Boleh dibahas. Ia sebenarnya menjawab sebahgaian besar soalan yang dibangkitkan termasuk kononnya dakwaan meremehkan kuasa negeri.
Meskipun diakui bahawa ada Akta yang digubal bercanggah dengan Perlembagaan, wajarlah kita mengambil tahu bahawa proses penyediaan RUU bukanlah ditaip oleh YB Menteri di biliknya berseorangan. Kementerian membawa agenda mereka melalui pelbagai proses libat urus dan akhirnya disemak oleh Jabatan Peguam Negara sebelum dibawa oleh Kementerian sebagai RUU di Parlimen. Ini pun satu bahagian yang sebenarnya perlu menjadi pengetahuan am masyarakat terutama yang mengaji Kenegaraan di universiti.
AGC yang perlu menyemak sama ada sesuatu RUU menyalahi Perlembagaan, bertindih dengan undang-undang lain dan sebagainya. Bahasa dalam RUU adalah bahasa perundangan, jadi banyak penelitian perlu dibuat. Sebahagiannya menyebabkan keinginan sebenar daripada sesuatu cair misalnya Enakmen Kebebasan Maklumat di Selangor pada era Tan Sri Khalid sendiri. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Menikmati bacaan sejarah awal NU. Konflik antara kaum tradisi dan modenis yg berakar dan tumbuh sehingga kini.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Hadi Azmi
@amerhadiazmi
Third case of motorcyclist death from falling off DASH. Previous cases 26 Feb and 26 July.
Berita RTM
@beritartm
Mangsa seorang pelajar kolej swasta berusia 19 tahun, dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum melanggar pembahagi jalan.
berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senara…
'Yang sahih di RTM'
#rtm #beritartm #malaysiamadani #taatsetia #bersamamalaysiaku #rancakkanmadani #madanibekerja -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Ini gambar mahasiswa UM berkumpul dan bergerak ke Parlimen pada era lewat 1960an. Zaman Anwar Ibrahim masih mahasiswa.
Di mana beliau? Di dalam Parlimen bertemu Tun Razak menyampaikan suara mahasiswa pada ketika itu.
Tadi baca berita YB Menteri Fahmi Fadzil kata PMX tidak ada masalah dengan perhimpunan yang dibuat berhampiran Parlimen. -
Noor Amin Ahmad reposted
Cats That Make You Go Awww
@CuteAdorableCat
This cat was paralysed until this miracle happened 🙏🏼
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Masa sekolah rendah lagi aku belajar nama Melayu bagi Rafflesia ialah Pakma.
Memetik Azwan Ali, “Kau sekolah tak?”
Malaysiakini (BM)
@mkini_bm
‘Nama Anwar pun tak apa’ - Wan Fayhsal cadang tukar nama bunga Rafflesia www.malaysiakini.com/news/752804
-
Noor Amin Ahmad reposted
CV Reviewer | Yasmin
@reviewbyyasmin
Are you a local postgrad looking for a scholarship?
Apply for the Young Scholars for Excellence Programme to receive MYR 1,500/month, training, networking & publication opportunities! Min CGPA 3.5. Apply by 31 Aug!
📍www.kas.de/en/web/malaysia/young-scholars-for-excellence-… -
Noor Amin Ahmad reposted
CV Reviewer | Yasmin
@reviewbyyasmin
Final call for anyone seriously looking to break into tech! 🚨
Online courses are a good start, but they don’t give you the real-world experience and network you need to land your first job. Apply now for the K-Youth Programme!
📌 www.talentlabs.org/programmes/kyouth-2025 -
Noor Amin Ahmad reposted
The Star
@staronline
Tengku Maimun said that during her tenure as a judge, she had never encountered any political interference.
www.thestar.com.my/news/nation/2025/08/19/ignoring-politi… -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Patologi dan Palataologi adalah dua perkara berbeza!
-
Noor Amin Ahmad reposted
CV Reviewer | Yasmin
@reviewbyyasmin
Are you a young woman aiming to break into Oil & Gas? Join a 3-day mentoring programme by TalentCorp & G4G Malaysia. Gain mentorship, career roadmaps & interactive insights!
Happy to share that I'm participating as a mentor. See you there! ❤️
Register: form.evenesis.com/oilandgasasia2025/womanleaders -
Noor Amin Ahmad reposted
Malaysia Rugby Official
@MRugbyOfficial
Piala Agong
Peringkat kumpulan
#malaysiarugby
#mru
#pialaagong -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Ramai membaca untuk mengesahkan (validate) atau mengukuhkan apa yang mereka telah terlebih dahulu terima atau percaya sebagai perkara yang betul atau benar.
Jika bacaan itu menunjukkan ada beza dengan apa yang telah diterima atau dipercaya, maka mereka akan bersikap kritikal atau skeptikal mempertikai atau menolaknya. Malah pergi lebih jauh mengecam atau melabelnya sebagai salah atau sesat.
Ini adalah sebahagian sikap manusia yang mempengaruhi cara mereka berfikir dan bertindak dalam banyak perkara kehidupan termasuk misalnya membeli buku.
Ramai yang menganggap peta pemahamannya telah lengkap. Atau cukup dengan cara berpuas hati memahami peta daripada cakap-cakap pihak lain, apatah lagi daripada mereka yang dihormati atas sebab apa pun. Tidak perlu dibuktikan sangat.
Hakikatnya, tidak ada air yang boleh dituang dari bekas kosong manakala sia-sia menuang air ke dalam cawan yang sudah penuh. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Hari ini PMX rasmi Fakulti AI di MMU. Ramai tidak tahu Anwarlah yang meminta Telekom menubuhkan Universiti Telekom yang kemudian ditukar nama kepada MMU. Waktu itu Telekom mencatat keuntungan besar ~RM2 billion (pertengahan 90-an).
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
16-17 Ogos 2025
1. Hadir jemputan Konvensyen Wanita Amanah Negeri (AWAN) Perlis yang dirasmikan oleh YB Anfaal Saari, ADUN Templer, Selangor;
2. Hadir Perasmian Mesyuarat Tiga Kawasan Amanah Negeri Perlis yang dirasmikan oleh SU Agung Amanah sdr Faiz Fadzil. Turut dihadiri oleh rakan-rakan pimpinan Kerajaan Perpaduan - UMNO-BN dan PH;
3. Mesyuarat bulanan Cabang Kangar kali ketiga;
4. Mesyuarat Yayasan Pencegahan Jenayah Perlis (MCPF);
5. Singgah ke jamuan sempena Program Semarak Merdeka - Kibarkan Jalur Gemilang di Wang Besar, DUN Bintong. Berkesempatan bertukar fikiran dengan rakan-rakan Pemuda UMNO Kangar khususnya Ketua Pemuda Negeri dan Kangar, add Saiful Fariddil dan Pengerusi dan SU JPKKP Wang Besar, Bang Chop dan abang Rabi'an. Bang Chop adalah rakan lama bapa saya di zaman aktif membantu Datuk (kini Tan Sri) Radzi Sheikh Ahmad semasa di dalam UMNO dulu.
6. Sempat juga bertemu Pakcik Daud, kenalan lama bapa saya semasa zaman bekerja sebelum pencen. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
15-17 Ogos 2025
1. Hadir mengiringi Pengerusi Tekun Nasional ke Majlis Pelancaran Kerjasama Strategik Tekun Nasional dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) yang disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Ia adalah kerjasama pertama antara Tekun Nasional dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dijalin dengan mengambil kira fungsi PBT yang banyak berurusan dengan perusahaan kecil dan sederhana di mana peniaga banyak terlibat dalam urusan pinjaman tidak berdaftar selama ini.
2. Menerima jemputan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke Majlis Pelancaran Perlis Connect yang disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis di Pavillion Padang Besar.
3. Hadir jemputan Majlis Perasmian Program Santunan Desa anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang disempurnakan oleh Ketua Penyelaras Komuniti KEMAS Perlis, Dato' Rozabil Abdul Rahman di Denai Larian Pengkalan Assam, Kangar.
4. Kunjungan hormat bertemu Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Tuan Musa bin Salim bagi melihat ruang kerjasama yang boleh dijalin untuk pelbagai program masyarakat di sekitar negeri Perlis. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
15 Ogos 2025
Menyertai Program Semarak Merdeka - Edaran Jalur Gemilang yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Harapan pimpinan Dr Fadzil.
Sebanyak 1000 bendera kenderaan/bendera kecil diedarkan kepada penduduk.
Selain ini, edaran sekurang-kurangnya 1500 bendera lagi akan diedar secara berterusan oleh KEADILAN-PH di seluruh negeri dari masa ke masa menjelang Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. -
Noor Amin Ahmad reposted
Nabilah Azhar
@NabilahAzharrr
Asyik takut anak kena buli je, kadang-kadang kita lupa anak kita pun ada potensi untuk jadi pembuli.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Malaysia Rugby Official
@MRugbyOfficial
Tahniah dan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di atas inisiatif membentuk pasukan untuk menyertai kejohanan 4th Asian School Rugby Sevens Championship.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Apa yang membuatkan YB rasa polis tak panggil mereka untuk diambil keterangan?
Saifuddin Abdullah 🇲🇾
@saifuddinabd
SIASAT MEREKA, BUKAN SEKADAR TUKAR TEMPAT
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Dari masa ke masa terutama tahun-tahun kebelakangan ini kita mendengar isu bendera. Malangnya bukan sebagai sanjungan yang menyatukan tetapi sebagai bahan pertengkaran.
Puncanya? Kerana ada segelintir rakyat yang salah pasang sehinggalah pertikaian keperluan menyemat lencana bendera Malaysia di seragam sekolah.
Bukanlah baru kita bercakap tentang nilai patriotisme rakyat Malaysia yang semakin berkurangan. Saya ingat semasa sering muncul di kaca televisyen dalam siri wacana ilmiah sekitar 15 tahun lalu, isu ini pernah dibangkitkan. Bendera bernilai RM3 terasa mahal dan berat untuk dibeli dan dikibarkan.
Saya tidak punya jawapan tuntas. Apakah nilai patriotisme kita berkurangan selari dengan peredaran zaman di mana silibus pendidikan telah mengeluarkan mata pelajaran am seperti Alam dan Manusia atau kursus Kenegaraan di universiti tidak diajar dengan semangat yang betul? Atau kerana peristiwa-peristiwa politik yang meruntuh kepercayaan terhadap sistem sehingga patriotisme dinilai sebagai nilai politik sempit?
Saya mungkin bernasib baik pernah terlibat dalam Persatuan Kadet Bersatuan Malaysia (PKBM) semasa di sekolah. Kalimah Allah s.w.t. dan Rasul pada baret dan tali pinggang menjadi begitu sensitif untuk diletak merata atau masuk ke tandas. Begitu juga bendera. Tidak boleh dibiar jatuh ke lantai.
Adakah semua yang sensitif ini berlaku? Ya. Memang ada yang sesekali terlupa, lalai atau tidak mengambil berat melakukan semua itu. Namun, pernahkah kita mendengar ada pergaduhan kerananya? Tidak. Mengapa? Kerana kita menegur bila berlaku kesilapan. Kita tidak menjadikan ia sebagai bahan pergaduhan atau kerusuhan dalam masyarakat. Teguran seminit dua dapat membetulkan situasi. Malah mendidik. Banyak masa tidak terbuang daripada pergaduhan yang tidak perlu.
Sempena bulan kebangsaan dan Hari Malaysia nanti, marilah kita bersama mengibarkan Jalur Gemilang, bendera Malaysia yang kita sayangi. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Bagi saya YB Menteri Fadhlina Sidek telah buat perkara yang betul dalam isu arwah Zara.
1. Arahan siasatan dalaman mengikut prosedur. Kementerian tidak menolak atau mengiakan berlaku buli atau jenayah. Namun mandat pihak sekolah atau jabatan pendidikan tidaklah sebesar mandat polis dalam hal berkaitan jenayah. Mereka juga tidak ada kepakaran forensik untuk menentukan perkara lebih terperinci.
2. Laporan polis telah dibuat seawal kes berlaku kerana ia adalah sebahagian prosedur. Polis telah mula menyiasat dan telah selesai memanggil 60 orang untuk memberi keterangan.
3. Menteri telah mengunjungi keluarga dan memberi beberapa bantuan sokongan.
4. Menteri hanya boleh menyatakan polisi-polisi Kementerian, bukan memberi ulasan peribadi terhadap isu. Jaminan keselamatan di asrama dinyatakan kerana ada ribuan pelajar di asrama di seluruh negara. Tak boleh generalisasi semua tak selamat.
5. Menteri, bahkan sesiapa sahaja yang cuba memberi ulasan peribadi, berhak dipanggil untuk memberi keterangan sebagai pertanggungjawaban kepada apa juga kenyataan mereka. Kita berhak untuk diam kerana sebarang kenyataan benar atau salah boleh digunakan. Malah, dalam sesetengah keadaan kenyataan Menteri yang tidak perlu boleh dilihat cuba mempengaruhi kes dan menjejaskan siasatan. Maka tak ada keperluan untuk Menteri buat kenyataan media harian mengenai isu ini.
6. Menteri bertanggungjawab terhadap banyak perkara berkaitan pendidikan. Apatah lagi pelajar-pelajar akan mengharungi peperiksaan percubaan SPM. Gangguan terhadap pentadbir, guru dan pelajar adalah sikap tidak bertanggungjawab.
7. Beberapa dakwaan tidak benar malah bersifat fitnah dibuat terhadap Menteri kononnya cuba menutup mulut pihak sekolah dan keluarga, berpakat dengan pihak sekolah, yang saya fikir ada merit untuk laporan polis dibuat. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Peluang kerjaya kontrak
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Pagi tadi tiba di Sabah. Kali kedua bulan ini. Ada lagi satu perjalanan ke Sabah bulan ini juga. Biasalah nak Pilihan Raya Negeri tak lama lagi. Ada tugas-tugas kecil yang perlu dibuat di sini bagi membantu persiapan rakan-rakan.
Macam biasa akan bertemu seorang rakan asal Semenanjung yang sipi sikit dari lingkaran politik. Minum pagi sambil bertanya hal-hal seputar Sabah. Cuma kali ini lari sikit daripada perbualan politik yang biasa. Bertanya tentang isu arwah Zara.
Jawapannya biasa tetapi membuatkan saya terfikir, “Kau tengok Min orang-orang pandai biasa tak gelojoh nak ulas. Bukan mereka tak ambil tahu tetapi mereka sangat tahu isu yang ada bukan semudah ramai bayangkan. Melibatkan beberapa pihak dan ada tertibnya.”
Ia membawa fikiranku melayang kepada peristiwa kematian Adib. Kebetulan aku sedikit terlibat secara tidak sengaja setelah menggesa netizen yang komen lewat FB menawarkan diri menjadi saksi berdasarkan komennya. Ia masuk berita. Kita pun tahu sebenarnya komen tersebut hanya atas dengar, bukan bidang kepakarannya pun.
Kes Adib mungkin tidak diperkatakan sangat. Ramai yang membakar sentimen politik perkauman. Dan aku masih menyimpan erat jawapan Hamid Bador mantan Ketua Polis Negara terhadap pertanyaan peribadiku kepadanya mengenai hal ini yang aku percaya ramai anggota polis juga ada maklumat sama.
Akhirnya kita berserah kepada Allah s.w.t. kerana Dialah yang memegang dan membolak-balik hati manusia. Mereka yang merasa diri wira dan juara semua akan tiba di destinasi yang sama untuk dihitung kira. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya semak FB Menteri Pendidikan beliau telah ke Sabah bertemu keluarga seawal berita kematian diterima. Sebelum itu lagi arahan telah diberi mengikut prosedur dan polis bertindak. Sejak itu 60 saksi dipanggil untuk beri keterangan. Siapa kata 3 minggu tak buat apa? Yang beria kata buli dan belum ada didakwa ni boleh bagi nama tak siapa yang perlu didakwa?
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Lai
-
Noor Amin Ahmad reposted
Malaysia Rugby Official
@MRugbyOfficial
Juara!
Tahniah pasukan Bunga Raya 7s Under 18
Mencatatkan 4 kemenangan dari 4 perlawanan dengan mengatasi pasukan Singapura di perlawanan akhir. Pasukan terbaik dari 6 pasukan yang bertanding.
4th Asian School Rugby Sevens Championship 2025 - Pingat Emas
Tahniah buat semua -
Noor Amin Ahmad reposted
Malaysia Rugby Official
@MRugbyOfficial
Ketiga terbaik Asia!
Tahniah pasukan Bunga Raya 7s Under 20
Menamatkan saingan dengan nota cemerlang untuk muncul pemenang tempat ketiga dari 8 pasukan yang bertanding
Asia Rugby Emirates Under 20 Sevens 2025 - Pingat Gangsa
Tahniah buat para pemain serta pengurusan pasukan -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Selamat Hari Lahir sdr @anwaribrahim.
Semoga diberi kesihatan, kekuatan, kecekalan, kesabaran dan kebijaksanaan untuk terus memimpin negara Malaysia. -
Noor Amin Ahmad reposted
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐃𝐀𝐓𝐎' 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐖𝐀𝐑 𝐁𝐈𝐍 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Semoga YAB Dato’ Seri dikurniakan usia yang berkat, dipermudah segala urusan dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT. Kami turut mendoakan agar terus cekal dan sihat sejahtera dalam menakhoda negara ke arah kegemilangan Malaysia MADANI.
Ikhlas daripada,
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#taatsetia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
1. Soal mati memang sulit. Ajal adalah ketetapan Tuhan. Sebab kematian adalah hal yang lain. Maka dalam sesetengah kematian timbul isu mencari keadilan.
2. Dalam al-Quran (surah al-Ma'idah, ayat 27-31) dicatat peristiwa pembunuhan pertama antara Habil dan Qabil. Kedua-duanya anak Adam a.s. dan Hawa. Asal usul kita semua. Qabil membunuh Habil lewat korban yang dipersembahkan kepada Allah s.w.t..
3. Habil menjelaskan bahawa sekiranya Qabil mahu membunuhnya, dia tidak akan berbuat yang sama. Habil mengingatkan Qabil akan azab neraka sebagai balasan orang zalim. Qabil yang didorong oleh rasa iri hati telah membunuh Habil dan Tuhan menyifatkannya sebagai orang yang rugi.
4. Allah s.w.t. kemudian menghantar burung gagak yang mengajar Qabil bagaimana mengebumikan mayat Habil.
5. Dan kemudian dalil kesucian nyawa manusia yang tidak boleh dibunuh sewenangnya tanpa proses keadilan:
"Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi." (surah al-Ma'idah, ayat 32).
6. Bunyinya mudah. Namun sepanjang sejarah kita boleh membaca atau mendengar banyak kisah pembunuhan tanpa hak.
7. Antara yang paling masyhur ialah pembunuhan Khalifah Uthman ibnu Affan r.a.. Dibunuh ketika membaca al-Quran. Dalam keadaan berpuasa. Pembunuhan di Tanah Haram pada bulan Haram. Malah beliau tidak membenarkan orang ramai berkumpul untuk mempertahankannya. Peristiwa yang disebut sebagai satu Fitnah al-Kubra (Bencana Besar) oleh sejarawan Islam.
8. Khalifah Ali Abi Thalib r.a. yang diangkat menggantikan saidina Uthman r.a. dituntut oleh satu kelompok manusia agar menghukum pembunuh saidina Uthman r.a.. Tuntutan tersebut tidak dapat dipenuhi segera kerana beberapa faktor termasuklah penentuan saksi untuk hukum bunuh balas selain situasi pergolakan yang perlu didamaikan.
9. Daripada peristiwa ini berlakulah Perang Jamal, Perang Siffin, Majlis Tahkim dan Perang Nahrawan. Padanya ada rundingan perdamaian, ada salah faham, ada yang mengambil kesempatan, ada yang bertipu helah. Kita tergamam membaca bagaimana para sahabat r.anhum yang hidup, belajar, berjuang bersama Rasulullah s.a.w. boleh terdedah kepada beza pendapat yang tajam.
10. Khalifah Ali Abi Thalib meninggal dunia setelah beberapa hari menderita ditikam oleh Ibnu Muljam, seorang yang ahli ibadah bahkan dinilai paling layak mengajar al-Quran kepada masyarakat Mesir sebagaimana ketika beliau diutuskan ke sana oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a. atas permintaan gabenor saidina Amru al-'As r.a..
11. Ibnu Muljam yakin tindakannya membunuh Khalifah Ali r.a. adalah benar di sisi Allah s.w.t.. Tanpa rasa kesal. Sebahagian besar pemberontak percaya bahawa Khalifah Ali r.a. gagal menegakkan hukum Allah s.w.t..
12. Manakala Khalifah Ali r.a. dalam waktu-waktu terakhir kehidupannya percaya hukuman boleh diambil terhadap Ibnu Muljam yang menikamnya di dahi pada malam 17 Ramadan ketika sedang mengambil wudhu', tetap mengingatkan bahawa kemaafan lebih dekat dengan taqwa. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
1. Nyawa adalah suci. Hatta jenazah seorang Yahudi juga diberi penghormatan. Kematian adalah ketetapan dalam kehidupan. Setiap yang bernyawa pasti mati. Setiap hari ada yang mati. Namun, kesangsian bukanlah terjadi pada setiap kes kematian.
2. Kesangsian adalah produk fikir manusia. Tanggapan. Boleh jadi benar dan boleh jadi salah. Sangsi wujud kerana sifat jenayah memang sering cuba menghilangkan bukti. Mengelak pertanggungjawaban.
3. Sejak dulu memang ada kes kematian yang menimbulkan sangsi. Sama ada situasi mayat mencurigakan atau ada juga kes hukuman dikenakan kepada yang 'mempertahankan diri'.
4. Kematian adalah ajal ketetapan Tuhan. Itu keyakinan orang beriman. Tidak cepat atau lambat. Bagaimanapun, sebab kematian itu pelbagai. Orang beriman juga percaya kepada perintah larangan membunuh. Ada sebab kematian yang tidak sah dan perlu dibawa ke muka pengadilan.
5. Bukan tidak boleh mengambil nyawa. Namun ada proses hukumnya. Sejak dulu lagi. Berevolusi mengikut bagaimana masyarakat berkembang. Di sini ada beza pada pegangan agama, budaya dan adat masyarakat. Yang pasti, mengambil nyawa tidak seharusnya menjadi keputusan peribadi.
6. Namun pada masa yang sama ada gerakan global yang berhasil membawa kesedaran tentang keperluan menghapuskan hukuman mati mandatori. Ringkasnya, ada pilihan hukuman selain hukuman mati semata-mata untuk jenis kesalahan yang dibuat. Ia adalah gerakan yang tercetus daripada kesedaran bahawa keputusan pengadilan boleh tersilap menghukum yang tidak bersalah, atau berlebihan dalam mengenakan hukum kepada mereka yang didapati bersalah.
7. Tidak sedikit sepanjang sejarah mereka yang tersalah dihukum. Sama ada sengaja atau tidak. Ada yang dihukum mati. Ada yang menderita ditahan lama.
8. Rumit. Sulit membuktikan keadilan. Kepada yang dituduh atau kepada yang menuduh. Kerana itu berkembangnya pelbagai perkara termasuk sains forensik. Semuanya untuk menegakkan keadilan, bukan sekadar tanggapan. Namun, ia masih bukan jaminan kesempurnaan.
9. Di sebalik kematian ada banyak motif. Kekuasaan - sama ada mempertahankan atau mencari jalan mencapainya. Disorok kerana menjaga kepentingan pihak tertentu. Heboh bukan untuk mencari kebenaran, tetapi untuk membingkai pendapat umum. Kemasyhuran - konon kamilah yang paling tahu apa terjadi, ada maklumat eksklusif yang tidak boleh dikongsi termasuk kepada pihak penyiasat. Ada banyak sebab yang sebenarnya bukan untuk memberi keadilan kepada semua.
10. Keghairahan manusia kepada keadilan membolehkan proses hukum berjalan. Keghairahan manusia menghukum menjadikan keadilan sebagai taruhan. Manusia ber-Tuhan belum tentu benar takutkan Tuhan. Sebahagian menyangka Tuhan sentiasa memihak kepadanya kerana mereka manusia ber-Tuhan sehingga sebenarnya mereka lalai ber-Tuhan-kan tanggapan diri sendiri. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kebetulan, semasa konflik di sempadan antara Thailand dan Kemboja tempoh hari, aku sedang menghabiskan bacaan dan suntingan terjemahan karya ini.
Aku pernah ke Thailand dan Kemboja. Thailand lebih kerap kerana bersebelahan dengan Perlis. Kemboja kerana ikut hadir ke program Nahdah Asia sekitar 2011.
Dari pengalaman kecil itu aku tahu Anwar mempunyai hubungan baik dengan pemimpin kedua-dua negara. Baik pemerintah atau gerakan massa. Bermula dari zaman belia sehingga beliau berada di puncak kuasa sebelum terbuang dulu.
Kepimpinan bukanlah hanya soal tahu mengurus. Ia adalah proses kompleks melibatkan pelaburan sumber - masa, tenaga, fikiran dan tentunya material - untuk tujuan ramai, jika tidak seluruhnya. Dalam hal ini, Anwar berada pada kedudukan yang tepat sebagai Pengerusi ASEAN, dengan pengalaman, wibawa dan jaringan kenalan yang telah dibinanya bagi membolehkan usaha damai dicapai.
Membaca Journey to Angkor adalah satu pengalaman berbeza bagi aku. Mungkin kerana latarnya - Buddha yang sarat dengan pengaruh pelbagai dalam ajarannya dan pengembangannya di dua negara iaitu Thailand dan Kemboja yang mempunyai silang sejarah. Tambahan pula Kemboja di bawah pengaruh Perancis yang juga berbeza dengan Inggeris.
Catatan perjalanan YM Putera Damrong Rajanubhab ini banyak menunjukkan persamaan dan perbezaan pengaruh dan amalan ajaran Buddha di kedua-dua buah negara. Justeru itu aku berasa ralat. Mungkin saja peperangan yang berlaku berpunca daripada kecenderungan manusia memperbesar-besarkan perbezaan sebagai pertembungan dan kurang menghargai persamaan serta meraikan perbezaan sebagai keniscayaan hidup. -
Noor Amin Ahmad reposted
THE SKIN DOCTOR
@theskindoctor13
Tariffs are taxes paid by American importers, not foreign govts, meaning the money “flowing in” is actually coming from US businesses and consumers, not China, India or anyone else.
It’s like robbing your own citizens and calling it foreign income. For someone who claims to be a business genius, not understanding this basic economic principle either points to a dangerously low IQ or deliberate deception, and neither is reassuring.
Thank you for your attention to this matter. -
Noor Amin Ahmad reposted
Logan Weaver
@LogWeaver
There's an American family with 14 billionaires.
More than any family on Earth.
And they control the ENTIRE global food supply.
It's not the Waltons. It's not the Kochs.
99% of people have never heard their name.
Here's how they became the richest invisible dynasty: 🧵 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
AIR PERLIS: BAGUSLAH UNTUNG RM1 JUTA, JADI APA YANG MENARIKNYA?
1. Dalam kenyataan terkini yang dikongsi dengan rasa bangga, kerajaan negeri Perlis menyatakan bahawa Syarikat Air Perlis (SAP) mendapat keuntungan sebanyak RM1 juta pada tahun 2024.
2. Di Parlimen tadi, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata syarikat air Perlis tidak mencapai petunjuk prestasi utama (KPI).
3. Dua kenyataan di atas nampak tidak selari. Satu pihak berbangga dengan keuntungan RM1 juta kononnya sebagai bukti pandai mentadbir. Satu pihak lagi menegaskan bahawa KPI tidak tercapai.
4. Di sini kita perlu bijak membaca. Keuntungan syarikat memang penting, tetapi tujuan penubuhan SAP bukanlah untuk menjana keuntungan semata. Keuntungan hanyalah alat untuk SAP memberikan perkhidmatan lebih baik dan setakat ini KPI tersebut belum tercapai.
5. Inilah soalan sebenar saya yang gagal dijelaskan oleh YAB Menteri Besar dan mereka yang cuba menangkis bagi pihaknya.
6. Ada juga yang menulis menjustifikasi semakan tarif dan kenaikan caj minimum sebagai satu keperluan. Ini semua orang, termasuk budak sekolah rendah pun boleh faham. Tak perlu graf yang rumit. Sebagai orang yang dilatih dalam bidang sumber, dan ada sedikit pengalaman dalam isu air di Selangor, saya juga faham. Bukan sahaja dapat balik hasil, tetapi dapat kawal tingkah laku supaya orang ramai mengelak pembaziran.
7. Saya tidak mempersoakan kenaikan kadar tarif air. Saya hanya meminta YAB Menteri Besar menjelaskan apa yang menariknya dengan kenaikan ini? Almaklum YAB MB telah memberi komentar sinis tentang ‘menariknya’ jika harga minyak turun 60 sen.
8. Hasil semakan, saya tahu sebanyak RM1.3 juta telah diperuntukkan untuk ganti paip di 11 kampung pada tahun 2023. Sebanyak RM26 juta dipohon SAP daripada KKDW, PAAB dan kerajaan negeri Perlis untuk ganti paip di 18 kampung dan naik taraf sistem retikulasi dan pam air pada tahun 2024.
9. Di bawah pendekatan seterusnya keseluruhan perbelanjaan modal (CAPEX) seterusnya adalah sebanyak RM7.7 billion (Rujuk kenyataan TPM di Parlimen). Terdapat RM1.37 billion lagi diperuntukkan kerajaan secara bertahap yang boleh dipohon oleh kerajaan negeri Perlis (Rujuk jawapan Menteri kepada soalan yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen Kangar).
10. Saya sebenarnya mengharapkan YAB MB menjawab dan memberi pencerahan yang menggembirakan tentang beberapa perkara menarik dalam beberapa hal misalnya:
i. Liputan perbekalan air akan mencapai 100% di luar bandar di Perlis dalam masa 2 tahun (kini 99%);
ii. Purata rezab margin bekalan air yang kritikal (di bawah <5%) akan dinaikkan ke tahap margin ideal (10-15%) dalam tempoh 10 tahun;
iii. Penggunaan domestik per kapita sehari (LCD) akan lebih rendah atau paling tidak setara dengan purata negara melalui pelbagai kempen kesedaran. Untuk rekod penggunaan air domestik Perlis adalah antara yang tertinggi dalam negara;
iv. NRW akan diturunkan kepada 38% sebagaimana sasaran peruntukan Persekutuan bagi negeri Perlis pada tahun 2029;
v. Kualiti air terawat di Perlis mencapai tahap 100% dalam masa 2 tahun; dan
vi. Memastikan aduan ditangani dalam tempoh kurang 24 jam bagi kes biasa.
Boleh ditambah yang sesuai.
11. Di atas hanyalah contoh jawapan yang saya harapkan daripada YAB MB sesuai dengan maklumat yang beliau ada, ratusan juta peruntukan persekutuan, heboh kecekapan mentadbir dengan keuntungan RM1 juta.
12. Saya hanya mahu tahu apa yang menarik. Rakyat Perlis juga mahu tahu apa yang menarik untuk mereka. Pastilah mereka gembira jika bekalan air tidak kerap putus, tidak perlu menahan air pada waktu tertentu atau mengangkut air dari tempat lain atau menunggu bantuan air tiba. YAB MB juga mahukan yang menarik bukan?
Air untuk semua,
Guna secara hemah;
Bangga untung sejuta,
KPI masih lemah.
NOOR AMIN BIN AHMAD
Pengerusi Pakatan Harapan Perlis
Pengerusi KEADILAN Perlis
7 OGOS 2025 -
Noor Amin Ahmad reposted
Malaysia Rugby Official
@MRugbyOfficial
Selamat berangkat Bunga Raya JR
Pasukan Malaysia 7s Under 20 terbang ke Bihar, India dalam misi besar di saingan Asia Rugby 7s Under 20 pada 9-10 Ogos 2025
Selamat berjaya Bunga Raya
#malaysiarugby
#mru
@asiarugbylive -
Noor Amin Ahmad reposted
Khazanah Research Institute
@KRInstitute
Now hiring: Public Policy Researcher (Quantitative Focus)
Join Khazanah Research Institute to apply data-driven research in addressing key policy issues, from household well-being to fiscal reform. We're looking for researchers with strong quantitative skills. Ideal for those trained in data, economics, or related fields who are keen to work on research that informs policy.
Apply here: www.linkedin.com/jobs/view/4277502031/
#publicpolicy #quantitativeresearch #researchcareers -
Noor Amin Ahmad reposted
CV Reviewer | Yasmin
@reviewbyyasmin
Keen to start a green career? The ASEAN Green Skills Fair 2025 is your gateway to:
🔹 Breaking into high-impact climate careers
🔹 Building skills for tomorrow’s green economy
🔹 Navigating workforce shifts
Open to all!
📍www.talentcorp.com.my/resources/news-events/asean-green-s… -
Noor Amin Ahmad reposted
Jack
@jackcoder0
In 2015, Apple tried to destroy Spotify.
Apple demanded 30% of all revenue. BLOCKED app updates. Threatened to remove them from the App Store.
Until they made ONE bold mistake that transformed Spotify into a $120 BILLION empire.
Here’s the unbelievable story: ⤵️ -
Noor Amin Ahmad reposted
Milo Jones
@Inveniam
Intelligence Book of the Day: The Intelligence Intellectuals: Social Scientists and the Making of the CIA www.amazon.com/Intelligence-Intellectuals-Scientists-Geor…
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
AIR PERLIS: JANGAN GELABAH, JELASKAN UNTUK KESEDARAN DAN PENGETAHUAN RAKYAT
1. Seperti dijangka, selepas kenyataan saya semalam yang disiar beberapa media, ada pihak yang nampak kurang senang dan cuba menangkisnya.
2. Kenyataan saya sebenarnya sederhana. Bagi yang teliti membaca, tidak sedikit pun saya mempersoal keperluan semakan tarif air. Pengalaman berkhidmat di Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor sekitar 15 tahun lalu mendedahkan saya kepada isu pengurusan air, bukan saja di Selangor malah juga persoalan perkhidmatan air secara menyeluruh.
3. Kerajaan negeri dan pihak yang cuba menangkis tidak perlu berdolak-dalik untuk mengaku bahawa kenaikan caj minimum air di Perlis adalah paling tinggi. Ia bukan rahsia kerana telah dilaporkan pelbagai media.
4. Persoalan saya ialah dengan kenaikan ini, apakah yang lebih baik akan dikecapi oleh penduduk di Perlis? Saya bertanya kerana YAB Menteri Besar Perlis sebelum ini ada memberi komentar sinis ‘penurunan 6 sen harga minyak RON95’ yang dianggap tidak atau kurang menarik. Maka, jelaskan saja apa yang menarik pada kenaikan caj minimum ini?
5. Isu Air Tidak Berhasil (NRW) yang tinggi di Perlis bukanlah isu baru. Angka 62% NRW yang dipetik adalah berdasarkan kenyataan Pengerusi SPAN pada Januari 2025. Sebagai ahli Parlimen Kangar 2018-2022, saya juga ada membawa isu ini di Parlimen. Selain itu, sudah tentu saya menerima banyak aduan tentang masalah berkaitan perkhidmatan air di negeri Perlis daripada penduduk. Bagaimanakah kenaikan ini boleh membantu menangani semua permasalahan ini?
6. Kenyataan saya sebenarnya memberi peluang kepada YAB Menteri Besar Perlis untuk menjelaskan isu air di negeri Perlis secara tuntas. Berapa banyakkah daripada ratusan juta komitmen kerajaan Persekutuan untuk membantu negeri telah dibelanjakan dan berapa peratuskah pencapaian pengurangan NRW setakat ini?
7. Saya percaya data dan maklumat ini ada dan patut dikongsi untuk meyakinkan penduduk bahawa masalah air yang dihadapi sekian lama akan menjadi semakin baik dan kerajaan Persekutuan jelas tidak menganaktirikan negeri Perlis bila menyediakan peruntukan besar untuk mencapai sasaran menurunkan NRW pada kadar 38% menjelang 2029.
8. Penduduk di Perlis berhak menikmati kemudahan perkhidmatan air yang lebih baik. Rakyat tidak mahu Syarikat Air Perlis (SAP) hanya mempunyai bangunan baru tetapi perkhidmatannya masih belum mencapai tahap memuaskan.
NOOR AMIN BIN AHMAD
Pengerusi Pakatan Harapan Perlis
Pengerusi KEADILAN Perlis
3 OGOS 2025 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Secebis Kisah Politik Sabah
“Bagaimana kamu sekarang sejak jadi YB?”
“Dulu sebelum jadi YB, jarang-jarang orang mati, sejak saya jadi YB macam hari-hari pula ada orang mati …” -
Noor Amin Ahmad reposted
Malaysia Gazette
@MalaysiaGazette
Kenyataan media rasmi oleh peguam keluarga Zara Qairina.
#malaysiagazette #justiceforzara -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
NAIK RM1.60: APA JAMINAN PENINGKATAN KUALITI PERKHIDMATAN AIR DI SELURUH NEGERI PERLIS?
Baru-baru ini caj perkhidmatan air di negeri-negeri telah diumumkan dan menyaksikan Perlis mengalami kenaikan caj tertinggi sebanyak RM1.60, iaitu daripada RM7.20 kepada RM8.80 bagi setiap meter padu air.
Kebetulan seminggu sebelumnya, YAB Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli memberikan komen sinis terhadap pengumuman penurunan harga minyak sebanyak 6 sen oleh YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Dalam kenyataannya yang dipetik media, Mohd Shukri berkata jika turun 60 sen barulah menarik.
Beliau mungkin tidak menyedari bahawa kadar sebenar harga minyak RON95 di Malaysia adalah sekitar RM2.50 seliter. Beerti, jumlah subsidi sebenar adalah sekitar 50 sen.
Namun, beliau pasti sedar bahawa Air Tidak Berhasil (Non-Revenue Water (NRW) di Perlis masih paling tinggi di Malaysia. Berdasarkan data umum yang ada, jumlah NRW di Perlis berada pada tahap 61.5% pada tahun 2022, meningkat kepada 62.0% pada tahun lalu. (Rujuk: bernama.com/bm/news.php/am/dunia/news.php?id=2386032).
Kerajaan Persekutuan telah memberikan komitmen menyalurkan geran sebanyak RM436.5 juta kepada Kerajaan Negeri Perlis untuk menurunkan kadar NRW kepada 35% sehingga tahun 2029. Berapa banyakkah yang telah dibelanjakan pada tahun ini? Berapa peratuskah penurunan NRW disasarkan pada tahun ini?
Jika Mohd Shukri membayangkan penurunan 60 sen harga minyak barulah menarik, beliau mesti menjelaskan apakah yang menariknya dengan kenaikan tarif air di Perlis sebanyak RM1.60 bagi setiap meter padu?
Rakyat Perlis mahukan penyelesaian kepada masalah perkhidmatan air di negeri ini. Apakah jaminan Mohd Shukri untuk menyelesaikan masalah ini dalam tempoh baki penggal pentadbiran yang ada.
NOOR AMIN BIN AHMAD
Pengerusi Pakatan Harapan Perlis
Pengerusi KEADILAN Perlis
2 OGOS 2025 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Tinggi betul amalan kawan saya.
Dia dapat MySara RM100. Dia tak tahu mcm mana nak bagi balik kepada kerajaan.
Dia hisap rokok tempat awam. Kena kompaun RM150.
Begitulah cara dia pulangkan balik kepada kerajaan. -
Noor Amin Ahmad reposted
muz
@MuzammilKhairi
“EPF is the main buyer of new government debt. The more funds EPF retains, the more the government can borrow to finance national debt, which has surged since GE14.”
You smoke what, Uncle?
EPF has always been the main buyer of government debt. There’s nothing new about that, unless you just found out today and if so, that’s on you.
In 2017, EPF held 27.2% of total government debt. Fast forward to 2024, it holds 26.4%. That’s a decline of 0.8%, not a surge.
Eric SeeTo Lim Sian See
@LimSianSeeEric
The Madani plan in RMK13 announced yesterday is to restructure EPF into two main accounts: a retirement savings account and a retirement pension account.
The aim of this move is to prevent contributors from withdrawing their entire EPF savings upon retirement. Only part of the savings will be allowed for withdrawal, while the remainder will be paid out as a monthly pension.
In addition, the Prime Minister also announced that the government is considering raising the official retirement age in Malaysia to 65 years, including for civil servants.
This means that EPF contributors may, in the future, only be allowed to withdraw part of their savings and receive monthly pension payments at age 65.
PMX claims that this is a noble effort because many individuals are still healthy, active, and able to contribute even in their 60s.
However, behind these measures, the government also stands to gain several advantages:
EPF is the main buyer of new government debt. The more funds EPF retains, the more the government can borrow to finance national debt, which has surged since GE14.
Raising the retirement age for civil servants is actually another way to reduce the government’s pension burden- as reported by BERNAMA.
The first step has already been taken by abolishing the pension scheme for new civil servants, and now the next step is to raise the retirement age.
In my opinion, the government should not make these measures compulsory for everyone. If workers are given the option, these are good steps as they provide more choices. But if they are made mandatory, it will be a heavy burden on the people.
Workers should be allowed to decide for themselves- whether they want to restructure their EPF savings for monthly pension payments or keep the full withdrawal option, and also whether they want to retire at age 60 or 65.
No need to force it. Let us decide our own future in our old age. -
Noor Amin Ahmad reposted
Paul Tan
@paultantk
june vs july. bil TNB ⬇️ under new tariff
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Simpan...
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Simpan buat kenangan
-
Noor Amin Ahmad reposted
Scholarship for PhD
@ScholarshipfPhd
DAAD Scholarship Germany 2026-2027 (Fully Funded) is Announced*
Details: scholarshipforphd.com/daad-scholarship-2026/
International Students for Masters & Ph.D. ALL Nationality are Eligible
All the Expenses will be Covered by DAAD.
Travel Allowance, Monthly Stipend, Health Insurance, Family Allowance.
Master Degree: 12-24 Months, 36 months for Ph. D.
Fields:
Economic Sciences/ Business Administration/, Political Economics, Development Cooperation, Engineering and Related Sciences, Engineering, Mathematics, Regional and Urban Planning, Agricultural and Forest Sciences, Natural and Environmental Sciences, Medicine and Public Health, Social Sciences, Education and Law, Media Studies. -
Noor Amin Ahmad reposted
Free Malaysia Today
@fmtoday
Nearly 30 DAP MPs visit Umno HQ, hosted by Zahid #fmtnews #fmteng www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2025/08/01/near…
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Berkat Jumaat. Selesai dua masalah bertahun. Boleh senyum sikit.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
-
Noor Amin Ahmad reposted
Syahir
@syahir
Setiap kali RMK kerajaan akan umumkan siling peruntukan pembangunan untuk tempoh 5 tahun.
Bermakna perbelanjaan pembangunan (DE) yang Kerajaan bentang setiap tahun dalam belanjawan akan ikut apa yang sudah diumumkan dalam RMK.
Contoh RMK-13 yang baru dibentangkan Kerajaan memperuntukkan RM430 bilion untuk DE atau purata RM86 bilion setahun.
Kita boleh expect DE yang akan diumumkan untuk Belanjawan 2026 hingga 2030 sekitar RM86 bilion setiap tahun.
Tapi tak ramai sedar hubungan peruntukan pembangunan dalam RMK dengan kenaikan hutang Kerajaan.
Kerajaan meminjam atau menambah hutang untuk membiayai perbelanjaan pembangunan (DE) setiap tahun.
So kita boleh expect sepanjang 2026-2030 Kerajaan akan tambah lebih kurang RM430 bilion hutang baru di mana hutang Kerajaan yang kini sekitar RM1.3 trilion akan mencecah RM1.7 - RM1.8 trilion pada hujung 2030.
Boleh semak jumlah peruntukan pembangunan sejak RMK-9 hingga RMK-12 dan sememangnya pertambahan hutang tersebut lebih kurang sama dengan peruntukan pembangunan yang diperuntukkan dalam setiap RMK.
So kesimpulannya apa? Hutang yang Kerajaan buat sejak dulu memang dah dirancang lebih awal lima tahun, dan kita boleh jangka berapa hutang Kerajaan akan tambah setiap lima tahun.
Dulu peruntukan RMK-10 hanya RM230 bilion, hutang naik RM223 bilion dalam tempoh sama, sekarang RMK-12 dulu Ismail Sabri umum RM400 bilion untuk 5 tahun dan pertambahan hutang Kerajaan juga setakat 2024 RM365 bilion.
So tak payah buat kerja bodoh bandingkan hutang zaman Kerajaan dulu dengan zaman Kerajaan sekarang sebab semuanya memang ada dalam perancangan dan takde kena mengena dengan kemampuan atau prestasi menguruskan ekonomi negara.
Khalas. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Eric SeeTo Lim Sian See
@LimSianSeeEric
Which govt borrowed most and borrowed the fastest?
Here is the BNM data for outstanding government bonds.
Outstanding government bonds at each period:
March 2009: RM264.1 billion
April 2018: RM684.6 billion
February 2020: RM781.7 billion
November 2022: RM1,010.1 billion
July 2025: RM1,285.9 billion
Increase and number of months between each period:
March 2009 to April 2018 (Najib - 109 months)
Increase: RM420.5 billion (684.6 – 264.1) or RM3.89b per month
April 2018 to February 2020 (PH1.0 - 22 months)
Increase: RM97.1 billion (781.7 – 684.6) or RM4.41b per month
February 2020 to November 2022 (PN - 33 months)
Increase: RM228.4 billion (1,010.1 – 781.7) or RM6.93b per month
November 2022 to July 2025 (Madani so far - 32 months)
Increase: RM275.8 billion (1,285.9 – 1,010.1) or RM8.62b per month
Period April 2018 to July 2025: (Post-Najib - 87 months)
Increase: RM601.3 billion (1,285.9 – 684.6)
CONCLUSION:
1. During Najib’s era (109 months), bond debt increased by RM420.5b, compared to the post-Najib period (87 months) which shot up by RM601.3 billion.
2. In just 32 months under Madani, bond debt has jumped by RM275.8b - already higher than the RM228.4b increase during 33 months of the PN administration.
3. The average borrowing rate during Madani (so far, no major crisis) is RM8.62b per month - much higher than the Covid crisis era of PN at RM6.93b, and several times higher than PH at RM4.41b (with no crisis), and Najib’s era at RM3.89b (which included the Great Recession and oil price collapse crises).
BNM data do not lie - especially regarding the status of outstanding government bond debt at any given time. -
Noor Amin Ahmad reposted
Athenaeum Book Club
@athenaeumbc
Dostoevsky demolished Karl Marx in a single paragraph
In just a few lines, he dismantled Communism — and exposed the evil at its rotten core
Here’s what Dostoevsky wrote, and how it put Marx and Communism to shame…🧵 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Semua orang tak betul. Dia saja yang betul.
Utusan Malaysia
@UMonline
Tun M cabar Anwar bubar Parlimen sekarang
www.utusan.com.my/nasional/2025/07/tun-m-cabar-anwar-buba… -
Noor Amin Ahmad reposted
Abang aji🪵
@apanakdikato
Pengerusi SG4🤭
Ada sebab usia dia blh capai 100 tahun, kalau manusia biasa 65-75 tahun je.. -
Noor Amin Ahmad reposted
Free Malaysia Today
@fmtoday
Hormat nasihat Sultan Selangor, SIS gugur perkataan ‘Islam’ daripada nama #fmtnews #fmtberita www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/0…
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kalau ikut akal jenuh dia PRU dua tahun sekali, kecuali jika dia pegang kuasa la kot.
Malaysia Gazette
@MalaysiaGazette
Tun M cabar PM bubar Parlimen
#malaysiagazette
malaysiagazette.com/2025/07/31/tun-m-cabar-pm-bubar-parli… -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Monyet dulu. Monyet sekarang.
-
Noor Amin Ahmad reposted
CV Reviewer | Yasmin
@reviewbyyasmin
Deadline extended for the Yayasan Peneraju Leadership Programme 2025! A golden chance for aspiring women leaders to gain mentorship, build strategic skills & join a powerful network.
📅 9 & 16 Aug
🔗 shorturl.at/OjujS -
Noor Amin Ahmad reposted
The Spectator Index
@spectatorindex
BREAKING: Waves of up to 7 feet high have been measured west of Hawaii
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya selalu betulkan hutang era Najib tak boleh dilihat pada akhir 2017 kerana dalam Belanjawan 2018 Najib telah bentang berapa anggaran defisit.
Kita tahu 2018 kerajaan tak buat projek baru hanya kurangkan belanja dgn batal projek belum buat. Kena jujur drpd 2010 (baca: lepas zaman Pak Lah), kenaikan hutang drpd >300B menjadi >700B pada tahun 2018.
Cuma itu hanya baru satu sisi. Kena lihat pula hasil kerajaan (baca: kutipan cukai). Kena lihat juga off-budget spending misalnya 1MDB yang kini diserap kerajaan.
Eric SeeTo Lim Sian See
@LimSianSeeEric
End 2017 (Najib): RM686.6b at debt ratop pf 50% of GDP.
End 2022: RM1.0796 trillion (60.2% of GDP)
End Jun 2025 (after 30 months Madani): RM1.3 trillion (approx 66% of GDP): -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Segala macam pemimpin dan kepimpinan di dunia, kau akan berbalik kepada 2 jenis - cenderung mengawal atau cenderung beri ruang bebas. Kedua-dua ada titik ekstrem. Satu menuju kediktatoran. Satu menuju anarki.
Untuk elak sampai ke titik ekstrem di dua kutub, pemimpin akan cuba capai dan usaha keseimbangan. Manakala masing-masing akan terus cuba mengheret pemimpin lebih memihak kepada kawalan atau kebebasan.
Kecenderungan dua kutub berbeza inilah yang melahirkan blok negara bebas dan negara banyak kongkongan. Atas nama sistem yang pelbagai. Dilapik dengan hujah sosio budaya (termasuk agama).
Cabaran pemimpin tetaplah mencari titik keseimbangan. Bandar luar bandar. Kaya miskin. Gender. Kerajaan swasta. Dalam negara, luar negara. Pelbagai lagi. Semakin ramai sedar ini, semakin ramai berpotensi tahu keperluan bertolak ansur dan budi bicara.
Dalam usaha mencari titik keseimbangan inilah pemimpin perlu bercakap, jumpa orang, mendengar, mengurus beza pendapat, mengambil ketetapan, menentukan guna sumber dan pelbagai lagi. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Dalam Anwar Ibrahim: Dari Cherok To’ Kun ke Kuala Kangsar sengaja saya tulis dalam bentuk Anwar dan perkembangan zamannya (Anwar and His Time).
Antaranya termasuk perihal keserantauan supaya pembaca baru tahu sejarah dan kaitan kini.
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei berlaku dalam dua dekad berhampiran. Penting disedari ialah ia masih dalam era awal Perang Dingin.
Manakala Perang Dingin banyak berkisar tentang tentang pertembungan blok Komunisme dan blok Kolonial, pergelutan di rantau ini juga libatkan peralihan atau pengekalan sistem lama yang rata-rata berunsur Monarki Mutlak.
Pergelutan peralihan sistem lama dan pertembungan blok Komunisme dan blok Kolonial menatijahkan kepelbagaian sistem politik di rantau ASEAN, sekurang-kurangnya. Olahan juga pelbagai seperti NASAKOM, Demokrasi Terpimpin dll. -
Noor Amin Ahmad reposted
Khazanah Research Institute
@KRInstitute
"Spending more is easy. Spending wisely is the real test."
With the 13th Malaysia Plan about to be tabled, Our Chairman, Dr Nungsari A. Radhi @nungsari, explains why fiscal reforms must go beyond numbers and how public investments can’t afford to repeat the mistakes of the past.
From debt ceilings to development priorities, this is a fiscal perspective Malaysia can’t ignore.
Read: Fiscal Reforms and the 13th Malaysia Plan
👉 [ krinstitute.org/Views-@-Fiscal_Reforms_and_the_13th_Malay… ]
#kri #khazanahresearchinstitute #advancingmalaysia #13mp #fiscalreform #rancanganmalaysia -
Noor Amin Ahmad reposted
Malaysiakini (BM)
@mkini_bm
Menteri kesal doa disalah guna untuk kepentingan politik www.malaysiakini.com/news/750431
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Islam ajar berlumba mengerjakan kebaikan. Mereka ajar berlumba menunjuk kebangangan.
Kena pandai bezakan yang mana agama dan bukan. -
Noor Amin Ahmad reposted
Book Therapy
@Book_therapy223
-
Noor Amin Ahmad reposted
Berita Harian
@bharianmy
Jurugambar jalanan KLCC kena saman RM2,000
#bhkes Berdasarkan notis kompaun yang dikeluarkan, individu terbabit dikenakan tindakan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 (1) UUK Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan 2016
www.bharian.com.my/berita/kes/2025/07/1425462/jurugambar-… -
Noor Amin Ahmad reposted
Faisal Tehrani
@MohdFaizalMusa1
Beliau bukan Profesor, bukan ahli akademik, bukan pula felo ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu). Tapi dia sering guna "Akademi" Alam dan Tamadun Melayu, jadi ramai orang salah faham. Banyak dakwaan dia sebelum ini kesasar dan tidak benar.
JOKER 🔺
@tjerealjoker
Muka dah ada..
Ni kalo kena saman, sedapp nih.
Woii kak oiii... 2018 bila pulak Anwar jadi PM..
Astagaaa... Untit ohhh untit...
Dah laa bodohhh.. kepam plak tuuu..
Skrip basi dok ulang ulang ni dah ready nak kena saman ke⁉️
Satgi bila dah kena..
Ohhh sori.. saya tarik balik. -
Noor Amin Ahmad reposted
Laga Cawan 🌺
@LagaCawan
It’s been two and half years now, so how is Malaysia under Anwar?
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kelantan juara National 7s setelah mengalahkan Johor 17-12.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
National 7s
Perlawanan akhir antara Johor dan Kelantan. Sengit. Kelantan pasukan pilihan sedang ketinggalan 10-12 dan masa kurang 3 minit. -
Noor Amin Ahmad reposted
Malaysia Rugby Official
@MRugbyOfficial
Keputusan Perlawanan
Hari ketiga
Womens Open | Bronze Medal Match
Johor 5 - 12 Perlis
#malaysiarugby
#mru
#natsevens -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
What a comeback!
Tahniah MRSM Balik Pulau berjaya mengatasi Victoria Institution 14-13 dalam perlawanan akhir Super School Rugby 2025. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kalau ada orang tunjuk gambar KLSCM, kau tunjuk balik keterangan gambar tu.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Bagus juga bila ramai bercakap tentang turun dan kekal Anwar ni. Cuma rata-rata masih sama ada terikat dengan sikap dan pandangan politik kepartian atau terbatas dengan pilihan semasa yang ada.
Persoalan kepimpinan sebenarnya besar dan perlu dibincangkan secara mendalam dan luas. Buku kepimpinan dan pengurusan adalah antara genre yang paling banyak ditulis di dunia.
Buku tentang Abraham Lincoln saja punya banyak. Lihat contoh gambar susunan buku tentang beliau yang ditulis dan dibuat menara di Ford’s Theatre, Washington D. C., tempat beliau ditembak sebelum mati. Aku sendiri telah menterjemah tiga jilid buku Lincoln edisi ringkas setebal sekitar 1600 muka surat tulisan sejarawan Amerika Syarikat Carl Sandburg.
Ramai orang melihat atau menganggap kepimpinan sebagai hobi, kerja yang dibuat bila ada masa. Sedikit yang menyedari bahawa kepimpinan adalah tanggungjawab, kerja yang memerlukan banyak pengorbanan, kesabaran, pengetahuan, kemahiran, nilai dan idea pendorong bagi mengolah persetujuan atau penerimaan ramai untuk sebarang keputusan yang diambil. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Pagi ini hadir ke Majlis Perasmian Pasar Geowarisan Se-Jati yang disempurnakan oleh Raja Negeri Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Program yang berlangsung sejak 25 Julai ini melibatkan pelbagai acara termasuk pasar geowarisan dan pelbagai terurai pameran menarik oleh pelbagai agensi dan pertubuhan masyarakat. -
Noor Amin Ahmad reposted
Malaysia Rugby Official
@MRugbyOfficial
Kedudukan akhir peringkat kumpulan
Mens Open
#malaysiarugby
#mru
#natsevens -
Noor Amin Ahmad reposted
Malaysia Rugby Official
@MRugbyOfficial
Kedudukan akhir peringkat kumpulan
Mens Under 21
#malaysiarugby
#mru
#natsevens -
Noor Amin Ahmad reposted
Malaysia Rugby Official
@MRugbyOfficial
Kedudukan akhir peringkat kumpulan
Womens Under 21
#malaysiarugby
#mru
#natsevens -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kelmarin ikut hadir Seminar Pemantapan Organisasi dan sesi pertemuan Ketua-Ketua Cabang bersama Presiden KEADILAN.
Insya-Allah agenda Reformasi akan diteruskan sebaiknya. -
Noor Amin Ahmad reposted
Stand With Palestine 🇵🇸
@Fhxx96
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Sebenarnya kau nak berhimpun berapa ramai pun tak kisah. Hak demokrasi. Buat secara aman.
Cuma mungkin sebab agenda kau nak jatuhkan orang, bermegah dengan angka, maka ramai bercakap pasal angka.
Kau nak protes seorang diri pun OK. -
Noor Amin Ahmad reposted
__earth
@__earth
Malaysia’s democratic journey has made both protest participants (regardless of sides) and the government of the day mature in so many ways
That means all of us are able to protest peacefully
Simultaneously, the government has become more robust/less fragile to street protests -
Noor Amin Ahmad reposted
KEADILAN
@KEADILAN
MPP telah memutuskan pelantikan bagi jawatan-jawatan utama parti seperti berikut:
-
Noor Amin Ahmad reposted
15 Sebelah (Malaysia Rugby 🇲🇾)
TERKINI
Kesatuan Ragbi Thai umum sudah ada 7 pasukan bersetuju untuk sertai Unions Cup edisi ketiga tahun hadapan di Thailand 🇹🇭
Thailand 🇹🇭
Filipina 🇵🇭
Singapura 🇸🇬
Taiwan 🇹🇼
Guam 🇬🇺
Indonesia 🇮🇩 🆕
Malaysia 🇲🇾 🆕
Diumumkan juga penyertaaan masih dibuka untuk pasukan kelapanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Seorang yang berpendapatan RM1,800 sebulan memerlukan 1000 bulan untuk mengumpul RM1.8 juta. Ia bersamaan dengan lebih 83 tahun.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Rugi cucu Tun. Tak baik mencuri!
-
Noor Amin Ahmad reposted
Aifaa Shafia
@aifaashafia
I really need help. Sesiapa ada kucing disekitar Jitra & Alor Setar, berat 5-6kg, sihat dan vaccinated, please donate blood to my cat. He only has 2 days to live due to leukaemia. Please help me
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Dah banyak kali nampak ada yang kongsi tangkap layar ‘tweet Anwar’ tanpa sedar pada tarikh tersebut Anwar masih dalam penjara.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Tak semua demonstrasi saya ikut serta.
Tapi pernahlah merasa naik trak FRU. -
Noor Amin Ahmad reposted
Malaysiakini (BM)
@mkini_bm
PM minta himpunan Sabtu ini berlangsung aman, tertib www.malaysiakini.com/news/750075
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya budak hutan
-
Noor Amin Ahmad reposted
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
Ramai yang tertanya-tanya: Apa sebenarnya Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ni?
Lepas YAB Perdana Menteri umum SARA untuk Semua iaitu SETIAP RAKYAT MALAYSIA BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS akan terima RM100 SARA secara ‘one-off’ pada 31 OGOS 2025, terus ramai tertanya-tanya… -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
AL-AZHAR - era Mamluk
1. Sebagaimana ditulis sebelum ini, peranan al-Azhar merosot di bawah pemerintahan Salahuddin al-Ayubi sehingga golongan Mamluk menaiki takhta. Oleh kerana itu, kenaikan golongan Mamluk menjadi satu peristiwa penting dalam pengembalian peranan dan fungsi al-Azhar untuk memelihara dan memartabatkan Islam.
2. Mamluk, bermaksud orang yang dimiliki atau ringkasnya hamba. Mereka terdiri daripada pelbagai bangsa asal misalnya Turki, Rom, Rusia, Tartar dan Mongol yang majoritinya bukan muslim. Majoriti Mamluk di Mesir adalah dari Turki.
3. Golongan Mamluk mula diserap dalam ketenteraan di zaman Abbasiyah sebelum diberi peranan dalam pentadbiran di zaman Ayyubiyah. Perang Salib dan ancaman tentera Mongol meningkatkan pengambilan golongan Mamluk dalam pasukan tentera Mesir di zaman pemerintahan Sultan Salih Najm al-Din Ayub.
4. Krisis demi krisis berlaku termasuk antaranya:
i. Kematian Sultan Salih; dipangku oleh isterinya sementara diganti oleh anaknya Turan Shah yang kemudian dibunuh oleh tentera Bahri daripada kalangan Mamluk Salihiyah;
ii. Sekali lagi isterinya diangkat, dipersoal oleh Khalifah Musta’sim Billah di Baghdad yang mendorongnya berkahwin dengan ketua tentera Mamluk, al-Mu’iz al-Din Aybak al-Turkumani, menjadikan suaminya Sultan Mamluk yang memerintah Mesir bermula 1250; tindakan yang dipersoal oleh pemerintahan Ayyubiyah di Syria terhadap al-Mu’iz;
iii. Pembunuhan al-Mu’iz oleh Shajar al-Dur sendiri, digantikan oleh anaknya al-Mansur ‘Ali yang kemudian dirampas oleh Muzaffar Sayf al-Din Qutuz dan pembunuhan pembesar-pembesar yang setia kepada al-Mansur ‘Ali;
iv. Kemenangan tentera Mamluk terhadap tentera Mongol dalam peperangan di Ayn Jalut yang membawa kepada pembebasan Syria daripada penguasaan Mongol
v. Pembunuhan Sultan Muzafar oleh al-Zahir Rukn al-Din Baybar al-Bunduqdari.
5. Perubahan banyak berlaku di bawah kepimpinan al-Zahir Baybar. Beliau diperakui sebagai sebagai pengganti Sultan Muzafar pada tahun 1260. Berjaya menangani serangan Mongol yang masih berkuasa di Iraq dan beberapa kawasan di Timur Tengah dan tentera Salib di laut Mediterranean. Beliau juga memulakan hubungan diplomatik dengan pelbagai pihak antaranya Constantinople dan Pulau Sicily.
6. Al-Zahir Baybar menghidupkan semula Khalifah dengan membaiah dan melantik Abu al-Qasim Ahmad bin Muhammad sebagai Khalifah Abbasiyah pertama di Kaherah pada tahun 1261. Khalifah Abbasiyah terakhir - al-Mu’tasim Billah di Baghdad - telah meninggal tiga tahun sebelumnya selepas dibunuh oleh tentera Mongol. Pelantikan Abu al-Qasim dimaklum kepada seluruh kawasan pemerintahan Mamluk yang meminta agar nama Khalifah al-Mustansir dibacakan dalam khutbah Jumaat. Meskipun Abu Qasim diangkat menjadi Khalifah, kuasa eksekutif masih dipegang oleh al-Zahir Baybar sebagai Sultan.
7. Sultan al-Zahir Baybar berkuasa selama 17 tahun dan dikenali sebagai seorang yang mempunyai kewibawaan dalam hal pentadbiran, ekonomi, pertanian dan ketenteraan. Beliau menjadi sultan pertama mengambil empat kadi daripada setiap mazhab utama Islam.
8. Pada mulanya al-Azhar berdepan beberapa cabaran antaranya:
- menghidupkan penguasaan bahasa Arab memandangkan pemerintah Mamluk memakai dialek Turki;
- mengekalkan penghormatan kepada undang-undang Shariah;
- mengajar prinsip etika dan keadilan sosial yang berlandaskan al-Quran; dan
- memastikan Islam sebagai agama yang selari dengan kedalaman dan keluasan akal fikiran di tengah berleluasanya tahyul dan taksub.
9. Di bawah Sultan al-Zahir Baybar, hukum mazhab Hanafi dipakai bagi membolehkan solat Jumaat diadakan di lebih satu masjid dalam kawasan yang sama. Ini membolehkan solat Jumaat kembali dihidupkan di al-Azhar.
10. Beliau juga mengembalikan bantuan kewangan dan mengembalikan semula dana wakaf kepada al-Azhar yang membantu bayaran kepada guru-guru pengajar di sana. -
Noor Amin Ahmad reposted
Malaysiakini (BM)
@mkini_bm
Polis kesan dua kes disyaki didalangi perisik asing - IGP www.malaysiakini.com/news/749965
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kata kawan, “Bagi sesetengah orang RM100 terasa kecil bila kerajaan bagi tapi terasa besar bila nak masukkan ke dalam tabung masjid.”
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Minyak turun 6 sen, ayak naik 5 sen. Masih untung lagi 1 sen. Hangpa tau apa? 📏
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Gambar ini mengingatkan aku kepada pembentangan tentang Islam dan Pasaran Terbuka di UIAM sekitar 2009.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Masa Selangor perkenal air 20m padu percuma byk juga kritikan terhadap TS Khalid. Sebahagiannya sgt berasas dan saya pun setuju. Ada dibangkitkan di Dewan. Jawapan TS Khalid buat pengkritik terdiam …
Beliau minta siapa yang tak mahu boleh beri nama untuk caj bil seperti biasa tanpa bayaran air percuma.
Saya tahu TS Khalid pun bukanlah setuju sangat dengan pemberian air percuma ini. Sebab itu pelan air Selangor dilihat secara menyeluruh, bukan hanya sekadar mahu bayar sekitar RM10 juta sebulan yang lebih menguntungkan pembekal, menggalakkan pembaziran dan tidak memberi pulangan setimpal kepada kerajaan.
Dalam tidak setuju tu sampai habis penggal jugalah beliau meneruskan pemberian air percuma ini. Sudah tentu menyebabkan perbelanjaan teralih.
Pada masa yang sama dalam pergaulan terhad dengan masyarakat saya mendengar sendiri bagaimana mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana bawah merasa syukur dengan tanggungan sekitar RM11 sebulan itu. Antara lain ada yang berkata, “Aku sekarang tak payah fikir nak kena bayar bil air bulan-bulan dah. Duduk berempat pun bil masih kurang RM11.” Waktu itulah.
Kesan dasar adalah pelbagai kepada kumpulan pelbagai. Apa yang hari ini menjadi keistimewaan tidak semestinya menjadi keistimewaan sampai bila-bila. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya pernah menulis perbincangan tentang dasar kebajikan dan pencen di Malaysia pada tahun 2017. Boleh dimuat turun di www.kas.de/documents/252038/253252/7_dokument_dok_pdf_510….
Kita boleh lihat corak pendapatan dan jenis perbelanjaan rakyat Malaysia mengikut tahap pendapatan. Ini data lama 2014. Pasti ada data baru.
Sebab tu saya suka bantuan tunai bersasar. Sasaran bukan semestinya hanya kepada penerima, tetapi kepada jenis perbelanjaan yang dibenarkan. Oleh kerana golongan berpendapatan rendah berbelanja besar untuk makan-minum, setiap bantuan bakul makanan atau perbelanjaan untuk makan-minum ada kesan signifikan kepada perbelanjaan isi rumah mereka. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Yang saya faham penghargaan luar biasa itu ialah dapat tambah bantuan tanpa tingkatkan defisit. Maksudnya bila belanja berhemah, tambah pelaburan, kurang ketirisan, ada pertumbuhan, ada lebihan boleh dipulangkan di luar perancangan asal Belanjawan tahunan. RM3.7 billion tu bukan sedikit. Kau nampak RM100 mungkin sedikit walhal harga beras naik RM1 pun kau bising sambil terus hisap rokok berkepul.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tanggal 22 Julai adalah satu tanda yang terukir kukuh dalam lipatan persejarahan negara bangsa ini. Atas kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Sarawak yang ke-62 kepada seluruh anak Sarawak; dari Limbang ke Lundu, dari Bintulu ke Betong.
Faktanya, Sarawak adalah jiwa dan nadi Malaysia. Sama ada di pedesaan dan pedalaman atau di kota, rakyat Sarawak hidup berukun dalam kepelbagaian yang sarat dengan nilai dan budaya. Lantas ia menjentik dhamir betapa Sarawak merupakan amanah besar yakni perpaduan bukan sekadar retorik tetapi cara dan gaya hidup.
Justeru, Kerajaan di bawah pimpinan saya kekal teguh terhadap usaha menjamin serta melaksana perkara-perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan amanah dan penuh rasa tanggungjawab.
Atas semangat ini, saya berkeyakinan bahawa Sarawak akan terus di landasan yang tepat terutamanya dalam melakar masa depan yang lebih adil, inklusif dan lestari, selain terus memimpin teguh dalam bidang tenaga boleh baharu, ekonomi hijau, dan pemerkasaan pendidikan serta teknologi. Walhasil, kesatuan kaum dan warisan budaya Dayak, Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Melayu dan Cina Sarawak akan terus menjadi lambang keutuhan masyarakat Sarawak yang beragam dan pelbagai.
ANWAR IBRAHIM
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Pelawak
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Isu yang pernah saya bangkitkan semasa menjadi ahli Parlimen kini hampir direalisasikan. Meskipun mungkin tidak sempurna, ia tetap permulaan yang baik.
Ahli-ahli Parlimen tidak harus hanya memikirkan soal populariti semasa dan sementara sebaliknya sentiasa berusaha memberi impak kepada pengukuhan institusi dalam negara yang akan berlangsung dan bertahan lebih lama.
www.bernama.com/bm/news.php?id=1794279 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
AL-AZHAR - era Salahuddin al-Ayubi
1. Salahuddin al-Ayubi menamatkan dinasti pemerintahan Fatimiyyah pada tahun 1171. Beliau sebelum itu menjadi Perdana Menteri bagi pemerintahan Fatimiyyah bermula tahun 1169. Beliau memberi keutamaan kepada mazhab Syafie.
2. Berpegang kepada hadis Nabi s.a.w. yang menegah solat Jumaat dibuat di dua masjid dalam bandar yang sama, beliau menghentikan khutbah Jumaat di al-jami’ al-Azhar dan hanya mengadakannya di masjid Hakim. Solat Jumaat tidak diadakan di al-Azhar selama kira-kira seratus tahun selepas itu.
3. Masjid al-Azhar bukan saja tidak digunakan untuk solat Jumaat, malah kelas pengajian dan pembiayaan yang dinikmati semasa era Fatimiyyah juga dihentikan. Pensyarah terpaksa melakukan pelbagai kerja bagi menampung keperluan hidup mereka.
4. Manuskrip-manuskrip dan kitab-kitab yang dikumpul pada era pemerintahan Fatimiyyah juga dilupuskan. Boleh dikatakan semua perkara berkaitan pemerintahan Fatimiyyah dan ideologi Shiah dibuang.
5. Di bawah pemerintahan Salahuddin al-Ayubi, al-Azhar tidak lagi dianggap sebagai pusat pendidikan ulung untuk mempelajari agama.
6. Sebagai alternatif, Salahuddin membuka beberapa madrasah. Pada tahun 1170, Madrasah al-Nasiriya yang mengajar mazhab Syafie telah dibuka. Madrasah ini dinamakan sempena namanya sendiri al-Malik al-Nasir bin Salah ad-Din). Madrasah kedua ialah Madrasah al-Qamhiya yang mengajar mazhab Maliki. Madrasah ketiga, Madrasah al-Suyufiyya mengajar mazhab Hanafi.
7. Puluhan madrasah lagi dibuka oleh pengganti-pengganti Salahuddin al-Ayubi kemudiannya. Antara yang popular ialah Madrasah Kamiliya di zaman Sultan al-Kamil (1218-1238) dan Madrasah al-Salihiya di zaman al-Salih al-Ayub (1239-1249).
8. Semua madrasah baru ini dibantu oleh pihak berkuasa. Ia menjadikan al-Azhar tertinggal ke belakang kerana tidak mempunyai sokongan yang tetap dan kuat, khususnya oleh pihak berkuasa.
9. Bagi menghadapi situasi ini, al-Azhar menyesuaikan sistemnya dengan sistem madrasah yang baru dan tidak berbalik kepada sistem di zaman pemerintahan Fatimiyyah.
10. Al-Azhar mula kembali memulihkan peranannya di bawah pemerintahan Sultan Mamluk yang mengambil alih pemerintahan bermula tahun 1250 dan dinastinya berterusan sehingga tahun 1382. -
Noor Amin Ahmad reposted
Tom Wright
@TomWrightAsia
The hunt for Jho Low delivers NEW evidence.
—His fake Australian passport (same name, birth month and year) appears to have been used to open this company in the UK.
—New info coming in about US companies and possible link to Hong Kong.
Tips to @whereisjho
$JHOLOW -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
AL-AZHAR - catatan awal
1. Asal namanya Masjid Kaherah (Jami’ al-Qahira).
2. Mula dibina tahun 970 setelah pemerintahan Fatimiyyah menakluk Mesir. Mengambil masa sekitar dua tahun untuk siap - dibuka kepada umum pada Ramadan 972.
3. Setahun setelah siap baru Khalifah Mu’izz daripada pemerintahan Fatimiyyah datang ke Mesir dari Afrika Utara. Beliau memang berhajat memindahkan pusat pemerintahan Fatimiyyah ke Mesir yang dilihat lebih strategik. Setahun kemudian Masjid Kaherah diumum menjadi masjid rasmi pusat bandar baru Mesir di bawah pemerintahan Fatimiyyah.
4. Bermula sebagai masjid. Menjadi masjid Shiah yang pertama di Mesir. Telah ada masjid-masjid lain yang dibina oleh pemerintah Abbasiyah. Al-Maqrizi menyatakan masjid pertama dibina di Mesir sejak ditakluk di zaman Saidina Umar al-Khattab r.a. pada 640 ialah Jami’ ‘Umar ibn al-Khattab di Fustat pada tahun 750, diikuti Jami’ al-‘Askar pada tahun 785.
5. Berkembang menjadi pusat pendidikan di bawah Khalifah al-‘Aziz. Bermula dengan pengajian al-Quran dan falsafah undang-undang (jurisprudence) setelah solat Jumaat sehingga berkembang lebih besar kemudiannya. Harus diingat, falsafahnya adalah berteraskan sistem pemerintahan Fatimiyyah.
6. Tiga jenis pelajar:
- Golongan soleh yang memperdalam pemahaman tentang al-Quran dan penafsiran;
- Kumpulan pelajar umum yang mempelajari tentang pengajian Islam;
- Syarahan-syarahan rasmi yang dipanggil sebagai majlis al-hikmah.
7. Khalifah al-Hakim yang mengganti bapanya menyediakan peruntukan khusus daripada dana wakaf untuk kegunaan Masjid Kaherah. Menaik taraf kemudahan penginapan pelajar, mengindahkan reka bentuk bangunan, memperbanyak koleksi manuskrip dan memperkemas silibus dan sistem pengajaran.
8. Oleh kerana Dar al-‘Ilmu agak sempit untuk menjadi pusat pengajian tinggi, maka sebuah pusat baru dibuat pada tahun 1005 yang dikenali sebagai Dar al-Hikmah. Ia mengandungi sebuah perpustakaan besar di mana koleksi kitab dan buku penting diletakkan di sana. Populariti Dar al-Hikmah melebihi Masjid Kaherah.
9. Setelah kira-kira satu abad barulah Masjid Kaherah dinamakan Masjid al-Azhar (Jami’ al-Azhar).
10. Di bawah pemerintahan Khalifah al-Musta’li (1101-1130), Dar al-Hikmah ditutup, menjadikan al-Azhar sebagai pusat pendidikan yang lebih terkenal. -
Noor Amin Ahmad reposted
Abah
@chairmanGLC
I'm hiring!!
Senior Product Manager in sales role, managing enterprise and commercial network. 5-10 years experience. Office in Petaling Jaya.
Share this with your friends please. Thanks guys! -
Noor Amin Ahmad reposted
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tak nampak pelaburan masuk Malaysia? Itu tandanya….
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #pelaburanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad reposted
Malaysiakini (BM)
@mkini_bm
Tiada pertukaran saat akhir senarai calon lantikan hakim, kata PM www.malaysiakini.com/news/749636
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
1. Sudahlah Tun.
2. Bersatu menang 13 kerusi Tun jadi PM. Kuasai bermacam hal.
3. Jatuh kerajaan parti berpecah pun Tun nak jadi PM walaupun akui tak cukup undi.
4. Tun nak bertanding lagi kunun sebab rakyat nak Tun jadi PM lagi. Tapi kita senasib kalah. Beza sikit sebab Tun hilang deposit.
5. Yang berpakat dengan Tun sekarang tu bukan siapa pun ada 112 undi. Ada yang pernah jadi PM tikam belakang Tun dan tak ada majoriti juga.
Dr Mahathir Mohamad
@chedetofficial
𝗧𝗨𝗥𝗨𝗡 𝗔𝗡𝗪𝗔𝗥
1.Rakyat sudah seru supaya Anwar turun dari jawatan Perdana Menteri. Inilah laungan rakyat di Alor Setar.
2.Sebenarnya Anwar bukan dipilih oleh rakyat untuk jadi Perdana Menteri. Dia kalah. Tetapi dengan cantuman dengan parti yang juga kalah dia berjaya mendapat cukup bilang untuk diri Kerajaan.
3.Sekarang persoalan timbul sama ada ia layak bertanding dalam PRU. Ini kerana terdapat kekeliruan berkenaan pengampunan Anwar. Ada kemungkinan bahawa pengampunannya tidak sah.
4.Anwar diberi ampun semasa saya jadi Perdana Menteri kali ke-2. Saya lakukan seperti dinasihat. Saya percaya ianya betul pada masa itu.
5.Tetapi sekarang ada yang timbul berkenan kesahihan pengampunan Anwar ini.
6.Rakyat berhak untuk selesaikan kekeliruan ini.
7.Selain itu, Anwar sudah tidak layak jadi Perdana Menteri kerana ianya terlalu kerap membohong. Tidak ada yang betul keluar dari mulutnya.
8.Dulu janji Reformasi. Kini sudah jadi bahan jenaka dan rakyat rata-rata kata sudah
“dikencing” dengan penipuan.
9.Hari ini di depan mata kita dia amal nepotisme dan kronisme.
10.Dulu dia tuduh saya tanpa sebarang bukti.
11.Bila ia amalkan, bukti jelas di depan mata.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
21 Julai 2025 -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Sekonyong-konyong timbul isu rundingan kerjasama PN-BN pasca PRU-15. Ia mungkin satu reaksi kepada kenyataan YB Rafizi Ramli yang cuba menunjukkan peranannya dalam membolehkan rundingan PH dan BN lebih berjaya berbanding rundingan PN dan BN.
Maka Dr Marzuki, mantan Setpol dan SUSK YB TS Mahiaddin pun membuka beberapa kisah dan berkongsi beberapa dokumen dan gambar.
Bagi ahli politik yang menulis, saya percaya semua kenyataan dan bahan ini menarik. Saya sendiri mahu merekodkan pengalaman peribadi dalam beberapa hal politik termasuk kisah 2018-2022 sementara masih ingat. Ia boleh disifatkan sebagai sejenis memoir. Dan juga sekaligus catatan sejarah yang dilalui meskipun ia mungkin berbeza daripada pengalaman pihak lain.
Cuma dalam persoalan semasa ini, seperti yang selalu saya tegaskan di beberapa tempat, ia hanya membuktikan bahawa tuduhan terhadap UMNO, khususnya terhadap YB Zahid, meleset.
1. Kenyataan DS Shamsul Iskandar dalam satu podcast tentang bagaimana beliau 'berkorban' tidak mencabar kiraan semula undian apabila (YB) DS Zahid menang tipis di Bagan Datuk. Untuk makluman, jika jumlah beza undi kurang 5%, calon berhak meminta kiraan semula kertas undi.
DS Shamsul mungkin dikecam ketika itu kerana dilihat cuba menggambarkan diri sebagai wira. Namun apa yang boleh kita belajar ialah masa itu emas. Dengan DS Shamsul tidak meminta kiraan semula, satu keputusan tindakan boleh dibuat untuk SUA (YBS) DS Saifuddin Nasution membuat dan menghantar satu surat tawaran rundingan kerjasama dengan UMNO-BN bagi membentuk kerajaan. Ini kerana dalam PRU-15 pada 19 November 2022 itu tidak ada pemenang mutlak.
2. Dalam satu podcast Dato' Asyraf Wajdi, SUA BN, pula menceritakan bagaimana DS Saifuddin datang ke bangunan UMNO sekitar dua pagi (?) untuk menghantar surat tawaran rundingan tersebut. Dan UMNO-BN tidak membuat sebarang keputusan ketika masih sugul menerima kekalahan besar mereka buat kali pertama.
Namun, sebagai sebuah parti yang lama berkuasa, pasti UMNO-BN tahu bahawa mereka mempunyai cukup kerusi yang diperlukan oleh PH dan PN bagi melengkapkan jumlah untuk membentuk kerajaan.
3. Umum tertanya-tanya dan ramai meramalkan PN akan kembali berkuasa semula setelah kerjasama politik pengkhianatan membolehkan mereka menjadi kerajaan pada Mac 2020.
Pasti diingati pagi itu ada seorang pemimpin politik dengan yakinnya berkata kepada wartawan yang menanti, "Dah cukup jumlah! Lebih daripada cukup!".
Namun, pada hari yang sama Presiden UMNO menegaskan belum ada rundingan dibuat dengan GPS dan PN bagi membentuk kerajaan.
Rujuk: www.mstar.com.my/lokal/semasa/2022/11/20/bn-tak-pernah-ru…
Saya percaya panggilan telefon dan permintaan bertemu pasti rancak berlaku. Namun, ramai tidak tahu letihnya menjalani proses pilihan raya. Saya yakin pimpinan BN hanya bertemu semula pada 20hb November 2022 setelah semua pimpinan utama dari seluruh negara tiba, mendapat cukup rehat.
4. Pada 21hb November 2022, UMNO-BN dalam kenyataan awal mereka jelas menegaskan kesediaan menjadi pembangkang.
Rujuk www.utusan.com.my/nasional/2022/11/bn-sedia-jadi-pembangk….
Ini memberi bayangan bahawa tidak ada konsensus dalam BN untuk bersama PN. Ini sama seperti situasi semasa (YB) DS Anwar mengumumkan "Strong, Formidable and Convincing" pada September 2020 yang mendorong 'campur tangan' Istana bagi mengelak situasi tergantung berpanjangan.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Dalam kes September 2020, meskipun mempunyai cukup sokongan akuan bersumpah, (YB) Anwar tidak terus diangkat menjadi Perdana Menteri. Sebaliknya Istana mahu ahli-ahli Parlimen dalam setiap parti membuat keputusan secara konsensus dan diangkat oleh ketua parti. Sebab itu surat-surat ketua parti diminta walaupun sebenarnya semua ahli Parlimen telah menandatangani akuan bersumpah.
Ini adalah tindakan yang lebih baik berbanding kes Februari 2020 di mana (YB) Mahiaddin diumum menjadi PM. Ini kerana dalam undian awal jelas (YB) Anwar mendapat undi tertinggi, diikuti (YB) Tun M dan (YB) Mahiaddin. (YB) Tun M ada menulis tentang ini dalam satu tulisannya.
Cuma kerana undian yang diterima (YB) Anwar tidak mencapai 112, satu undian semula dibuat. Ada beberapa isu timbul ketika itu kerana semasa undian semula PH++ memberi sokongan kembali kepada (YB) Tun M. Garis masa tempoh mendapatkan sokongan majoriti tidak jelas - siapa cepat dia dapat (?) - dan ada ruang akuan bersumpah dibuat bagi kedua-dua pihak. Ini dapat ditunjuk misalnya dalam kes undi paling tinggi (YAB) Mahiaddin di Parlimen hanyalah 114 setelah mengambil kira beberapa ahli Parlimen yang melompat menyebelahi kerajaan selepas (YAB) Mahiaddin diumum menjadi PM.
5. Pertemuan BN dan PN yang kini heboh kembali berlaku pada 22hb November. Ternyata ia tidak berhasil.
6. Daripada pengalaman naik turun (YB) Mahiaddin dan (YB) Ismail Sabri, saya percaya Istana telah mengambil tindakan tepat untuk memanggil semua parti berunding bagi membentuk kerajaan perpaduan. Dan saya juga percaya Anwar berhak menjadi PM ke-10 kerana secara amalannya patut kerjasama politik yang memenangi kerusi terbanyak yang ditawarkan untuk membentuk kerajaan dalam satu tempoh, katakan dalam tempoh 30 hari kerjasama politik yang mendapat undi terbesar diberi kuasa dan masa berunding dengan semua parti untuk menyertai kerajaan.
6. Sebagaimana kita tahu, ada yang koyak ketika itu sampai dalam pidatonya sinis mengungkap tentang "bumbung hijau, bumbung kuning." Berbeza dengan kejadian Mac 2020 dan Ogos 2021 di mana Tun M dan Anwar tidaklah sinis sebegitu.
7. Agenda menjatuhkan kerajaan perpaduan terus dijalankan dan nampak surut selepas pelantikan DYMM Tuanku Yang di-Pertuan Agong yang baru. Malah dalam ucapan-ucapan awal Tuanku juga ada menyinggung hal ini di mana Baginda tidak akan melayannya.
8. Saya pernah bercakap di Parlimen dan menulis di luar Parlimen bahawa krisis pelantikan atau penggantian Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri semakin berlaku di negara kita. Satu pertimbangan mesti dibuat untuk menyemak semula aturan, kaedah dan tatacara terbaik di sisi Perlembagaan dan undang-undang semasa bagi memelihara kestabilan, keutuhan dan keharmonian dalam negara. -
Noor Amin Ahmad reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ada yang menuduh lawatan rasmi ke luar negara sekadar makan angin namun faktanya lebih 3,400 projek pelaburan telah diluluskan sejak 2022 dengan kadar pelaksanaan mencecah 86.4 peratus. Suku pertama 2025 sahaja, lebih 40 peratus projek baharu telah dimulakan.
Hasilnya lebih 50,000 pekerjaan diwujudkan dengan gaji median meningkat kepada RM2,745, di samping lonjakan sektor digital dan hijau. Ini hakikat nyata dasar pelaburan Kerajaan MADANI sedang membuahkan hasil, digerakkan bersama penjawat awam yang cekap dan berintegriti.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad reposted
Science girl
@sciencegirl
Once upon a time, there was light
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Anwar dan Pondok. Bukan pengalaman baru. Zaman belajar di MCKK sering luang masa ke Madrasah Idrisiah di Bukit Chandan ajar sedikit bahasa Inggeris dan belajar sedikit bahasa Arab. Memadukan pengetahuan moden dan tradisi.
-
Noor Amin Ahmad reposted
Cakap Melayu 🌺
@Pascakapmelayu
Corak Warna Biru Bahasa Melayu
#biru
#warna
#bahasamelayu -
Noor Amin Ahmad reposted
Thomas Sowell Quotes
@ThomasSowell
-
Noor Amin Ahmad reposted
Tom Wright
@TomWrightAsia
Jho Low is the world’s master fraudster but he remains free, living in this Shanghai mansion and operating under a false Aussie passport. We reveal how he remains useful to the Chinese government: www.youtube.com/live/3H3C7I3n9DI
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Satu tuduhan jahat yang dimainkan oleh Perikatan Nasional dan yang mahu bersubahat dengan mereka ialah titah addendum disembunyikan untuk menganiaya Najib Razak.
Di sebalik dakwaan ini ialah untuk menghasut penyokong Najib Razak dan UMNO-BN seluruhnya keluar daripada kerajaan perpaduan.
Bagi menambah perisa mereka memainkan isu derhaka. Walhal jika semudah itu derhaka maka PN menolak pembentukan kerajaan perpaduan itu jauh lebih derhaka.
Tapi tak apalah. Mari kita cuba layan pemikiran cetek mereka.
Berdasarkan kenyataan peguam Najib Razak, addendum yang dimaksudkan diserahkan kepada mantan Peguam Negara (ketika masih berkhidmat) dan memang dibuat di luar perbincangan Lembaga Pengampunan. Ini fakta yang diterima oleh kedua-dua pihak.
Kes semakan kehakiman dibawa oleh Najib adalah untuk mendapat tahanan di rumah. Jangan salah faham dulu ingat kena tahan di rumah beliau. Akta belum ada tentang ini. Yang ada pun Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL). Kena penuhi syarat-syarat ditetapkan sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 43 Akta Penjara 1995 (Akta 537) dan juga Peraturan 111 Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
Tak apa itu isu lain.
Tercetusnya soal addendum adalah apabila Najib Razak buat semakan kehakiman bagi menuntut tahanan di rumah. Hujahnya addendum inilah. Maka barulah timbul soal addendum.
Pada mulanya mahkamah putuskan hearsay sebab tak ada bukti. Ada salinan sahaja. Maka Najib buat rayuan. Ada surat Istana sahkan ada bagi addendum. Kini bukti diterima untuk dibawa dalam semakan kehakiman.
Dalam semakan kehakiman nanti barulah akan ditentukan sama ada addendum tersebut adalah sebahagian daripada keputusan yang telah ditandatangani dan dimeterai melalui mesyuarat Lembaga Pengampunan.
Jika Mahkamah Tinggi terima, maka kena tengok undang-undang mana untuk laksanakan tahanan rumah ini. Jika Mahkamah Tinggi tolak, bermaksud keputusan di luar mesyuarat tidak diterima pakai.
Keputusan di luar mesyuarat tidak diterima pakai ini adalah pendirian peguam Persekutuan berdasarkan hujah yang ada. Saya percaya hujah yang sama akan dibawa nanti. Maka saya fikir rasionalnya tidak ada sesiapa menyembunyikan addendum ini tetapi ia hanya tidak diterima pakai oleh peguam Persekutuan memandangkan mereka berpendirian bahawa ia bukanlah sebahagian keputusan yang dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.
Sama ada ini akan diterima oleh Mahkamah Tinggi nanti sama-sama kita tunggu. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Bila saya menulis PAS belum berjaya menjelmakan kepimpinan yang diyakini umum, ia tidak bermaksud pada masa akan datang PAS tidak mampu menjelmakannya. Ia bergantung kepada pilihan PAS sendiri.
Dalam contoh mudah yang selalu digunakan, saya akan mengajak kita membayangkan Haji Hadi sebagai PM. Cukup itu dulu. Ternyata ramai tidak dapat membayangkannya. Nah, di sinilah masalah yang masih menghantui PAS. Partinya kuat tetapi pemimpin utamanya tidak ada dalam imaginasi rakyat untuk diangkat menjadi PM.
Ada yang berkata PAS kini ada pemimpin profesional yang ramai dan boleh ditonjolkan. Jawab saya ramai profesional yang menyokong PAS ni bukan perkara baru. Sama ada mereka diberi peranan dan ruang mencukupi. Dulu misalnya, orang seperti Dr Dzulkefly, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, adalah muka yang tampil dalam banyak forum di Lembah Klang. Itu pun belum cukup menyeluruh.
Juga perlu diingat, latar belakang kerja profesional bukan semestinya bermaksud mahir politik.
Ketika kumpulan kecil ini nampak lebih menonjol dalam membawa mesej PAS for All, kumpulan lebih ramai yang tenggelam mengambil langkah cuba membunuh politik mereka. Gugur segugus sehingga memunculkan Amanah. Sejak itulah idea PAS balik ke kepompong lama kerana tidak ada lagi yang boleh menggantikan kumpulan ini dalam menyebarkan PAS for All. Kumpulan profesional yang masih bersama PAS sama ada bermain selamat atau kadangkala menjadi lebih ustaz daripada ustaz PAS yang ada (baca: lebih jumud).
Saya tidak mahu bertanya kepada orang PAS tentang imaginasi mereka sama ada Haji Hadi sesuai menjadi PM. Kita semua tahu jawapannya. Dan di situlah akar masalah dalam pemikiran penyokong PAS - rata-rata. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Nak kena beli ni. Mantan Presiden KMUM zaman Anwar baru masuk UM.
Nungsari A Radhi
@nungsari
An uncommon memoir
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Seorang ahli Parlimen boleh mengulas isu dasar sewajarnya. Mereka adalah wakil rakyat, bukan wakil agama atau kaum, yang diberi kepercayaan majoriti di kawasan masing-masing mengikut sistem yang kita pakai. Mereka boleh bercakap mewakili mana-mana kumpulan majoriti, minoriti bahkan individu yang mungkin terkesan dengan mana-mana dasar kerajaan.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kita tak perlu menangguk di air yang keruh.
Halal dan sijil halal adalah dua perkara berbeza.
Jika kita anggap sijil halal adalah perkara agama dan orang bukan muslim tidak patut masuk campur, maka yang patut diwajibkan ada sijil halal ialah semua peniaga muslim. Bukan peniaga bukan muslim.
Cubalah wajibkan. Yang berkuasa di negeri boleh guna syarat nak dapat lesen berniaga di PBT.
Cubalah. Jangan terkejut nanti jika ratusan ribu peniaga kecil Melayu-Muslim yang akan bangkit lawan kamu. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Halal dan sijil halal adalah dua perkara berbeza.
Saya pernah menulis artikel di The Malaysian Insider sekitar 2010 dan 2014 mengenai isu ini.
Bagi yang belajar sedikit sebanyak usul fiqh akan tahu bahawa keharusan lebih luas berbanding wajib dan haram.
Islam adalah agama rahmah, bukan agama marah-marah. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Prof Ahmat Adam juga aktivis mahasiswa PBMUM di era yang sama.
Steven Sim 🇲🇾
@scheekeong
Ini kata-kata Sejarawan Profesor Emeritus Ahmat Adam tentang PMX @anwaribrahim.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Tergamak ahli Parlimen PN kata Malaysia lebih kejam daripada Israel.
Kita nampak macam nak perlekeh kerajaan Malaysia, padahal sebenarnya dia seolah-olah memuji Israel!
Israel yang dah bunuh ratusan wartawan dianggap lebih baik!
@wanfayhsal patut fikir lebih panjang sebelum buat perbandingan. Elok tarik balik dan mohon maaf! -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN dan berbuka puasa bersama rakan-rakan pimpinan.
Sempena 25 tahun penubuhan KEADILAN banyak yang telah kami lalui. Banyak lagi yang akan dilalui bagi memaknai perjuangan reformasi. -
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Prof @chinhuatw akan kendali sesi Pendanaan Politik dgn panel2 YB @ahmadmaslan (Pontian), YB @DrDzul (Kuala S’ngor) dan @TriciaYeoh (CEO IDEAS). Anjuran Kaukus Ahli Parlimen Muda Dewan Rakyat dgn kerjasama @MYParlimen, @usembassykl, @sinarharianSH dan @rasuahbusters, @LEADStudies
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Kadangkala dapat aduan rawak. Sampai Sabah, Sarawak pun ada. Tak kira parti saya cuba bantu sampaikan. Sahabat saya YB @lukanisman pun pernah bantu orang Sarawak di KL yang aduannya sampai kepada saya di Perlis. Demikianlah…
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Ketika mengasaskan Kaukus Ahli Parlimen Muda Dewan Rakyat. Saya dptkan sokongan dan persetujuan bi-partisan. Wanita pun ada tapi tak dapat hadir masa pertemuan ni. @shaharabdllh, @akmalnasir, @ArthurJKurup, @FadhliShaari dan @lukanisman.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Pelan betul pemulihan kita.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Shafie Apdal ambil tindakan betul. Bila orang nak sabo kerajaan, panggil semua ADUN buat headcount, bagi taklimat dan buat keputusan bersama sementara masih cukup bilangan.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/03/10/saba… Radu Tatap Radu @MyKinabatangan
-
Bung Moktar Radin
@MyKinabatangan
hahaha, kau ni ahli ekonomi dan pakar dari mana pula, ini saja kah sudut yg kau mampu rumus utk meyakinkan rakyat yg ph telah buat yg terbaik, kau tidak lihat secara micro negara ini hampir musnah disebab kan oleh kebodohan dan kerakusan pemimpin ph
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Boleh Dato’ jelaskan lebih lanjut? 22 bulan ni inflasi lebih rendah, pengangguran kurang, org hilang kerja tak setinggi 2013-2017. GDP bertambah.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya MP Kangar Dato’. Saya bahas semua ini di Dewan. Bukan mcm Dato’. Dato’ hanya boleh tulis tapi fakta tak bagi pun.
Post not available here, view on X
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
40k tu saya tak pasti sdr dpt drpd mana. Org tak berbelanja atau org beralih ke online? GDP bertambah. Tapi isu hutang isu rumah adalah warisan zaman BN - tertinggi di rantau ini.
-
Bung Moktar Radin
@MyKinabatangan
Kita masing masing ada cara, u buat cara u, I buat cara I, kita lihat lah bagai mana kita membahas didewan rakyat, yg penting kita jangan buat fitnah ✌️
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Saya MP Kangar Dato’. Saya bahas semua ini di Dewan. Bukan mcm Dato’. Dato’ hanya boleh tulis tapi fakta tak bagi pun.
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Betul YB. Saya hanya kongsi fakta yg YB boleh semak drpd dokumen2 rasmi terbitan Jabatan Perangkaan, Bank Negara dll. PH mungkin tak sempurna tapi data tak tipu ada byk juga pencapaian baik.
-
Bung Moktar Radin
@MyKinabatangan
Seluruh rakyat malaysia mengharapkan PM-8, bersama barisan cabinetnya agar dapat membuat perubahan secara holistik, sebab rakyat sudah terbeban secara langsung selama 21 bulan apa bila ph tidak meperdulikan masalah rakyat
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Boleh Dato’ jelaskan lebih lanjut? 22 bulan ni inflasi lebih rendah, pengangguran kurang, org hilang kerja tak setinggi 2013-2017. GDP bertambah.
-
Noor Amin Ahmad
@NoorAminAhmad
Nampak pemilihan Presiden Indonesia sangat menarik.






































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































